Thursday, May 31, 2012

APA NAK BUAT JIKA PASANGAN SUKA MEMBEBEL?

Jangan buat tidak tahu sahaja
-Perkara paling geram ialah apabila si dia membebel,si lelaki pula boleh buat tidak tahu. lebih teruk ada yang pakai earphone atau pasang radio kuat-kuat..

Berdiam diri, jangan menjawab
-Ada wanita yang membebel tetapi lelaki boleh mengeluarkan kata-kata seperti "awk ni xda keja asyik mebebel saja" atau yg lebih teruk " jangan lah membebel saja pening kepala tau x"

Belajar memujuk
-Biasanya wanita akan membebel jika ada sahaja perkara yang menyakitkan hatinya. Sikap dan tingkah laku seseorang lelaki juga boleh menyebabkan si dia membebel tanpa sebab. jd jgn biarkan wanita merajuk sepanjang hari kalau boleh pujuklah dgn kata-kata manis..

Jangan pandang remeh dengan perkataan "maaf"
-Ucapan maaf tidak hanya tertumpu ketika Hari Raya sahaja. Kadang-kadang tingkah laku yg tidak disedari blh menguris hati dan perasaan pasangan. Biarpun anda merasakan tidak melakukan kesalahan, jangan pula ego untuk meminta maaf..

Cuba tanya apa masalahnya
-Peka dgn setiap perubahan yang berlaku pada pasangan anda, Kalau muka pasangan anda berkerut seribu atau pertanyaan tidak dijawab cuba selidik apa masalah yg dihadapi..

p/s: itu saja tips untuk arini..hehe

TIPS GEMUKKAN BADAN

ASSALAMUALAIKUM.
Oleh sebab ramai bertanya tips untuk gemukkan badan jadi disini aku telah siapkan sedikit tips bagaimana anda nak menggemukkan diri anda..Selalunya orang semua nak kurus kan jarang sekali nak jumpa orang yang nak gemukkan badan mcam aku..haha...

Bersusah payah aku cuba nak menggemukkan diri aku ni perlbagai cara aku telah lakukkan tapi apakah daya still sama juga dah xtau nak buat camna.. adakah genetik? oh tidakkk sebabnya mak abah adik-adik semua besar-besar belaka lah abg dia yg sulung ni ja kecik molek..opsss..haha...

di sini ada beberapa tips untuk diamalkan dan dikongsi dengan korang sama-sama lah kita cuba ea...

- Kurangkan memakan benda yang pedas kerana ia akn membakar kalori anda setelah anda memakan makan yang banyak kalori..Kalori amat penting dalam badan ok..

- Amalkan memaan benda yang berlemak yang tinggi kalori contoh ayam, daging dll...

- Ambil makanan yang penuh karbohidrat seperti roti, kacang, coklat-coklat setiap masa sambil tengok tv ka dalm keta ke, kat memana ja lah teruskan memakan benda-benda cmtu ok..mcm aku makan cadbury..eeeee

- Pengambilan suppliment tambahan yang boleh buat kita berselera nak makan nasi sampai mak ayah marah ok..haha..contohnya appeton ke, ikan kod ke , vitamin, multivitamin  pape yang diluluskan oleh pihak kesihatan..Ingat jangan mengambil sebrang ubatan yang dilarang ok nanti padah jadinya.

- Banyakkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan contohnya pisang kerana pisang baik untuk kesihatan.

- Banyakan meminum air masak..if korang xsuka minum air masak gagahkan diri minum ok.Kalau kita minum air masak proses pencernaan didalam badan akan berjalan dengan lancar dan akan membunag segala toksin yang tak diperlukan...

- Senaman juga perlu untuk diri ea..Lakukan senaman setiap hari sekurang-kurangnya 30minit sehari agar kesihatan anda sentiasa sihat .

Itu saja yang saya dapat kongsi untuk anda..selamat mencuba ok -peace-


Wednesday, May 30, 2012

TIPS KURUSKAN BERAT BADAN

ASSALAMUALAIKUM
Nak turunkan berat badan? haaa mesti ramai orang yang berusaha untuk kuruskan badan kan?terutama sekali bagi kaum wanita..Gologan mereka lah yang paling risau mengenai berat badan ni..Maklumlah badan merupakan 1 pakej buat dorang kan! betul x? tapi untuk menurunkan berat badan anda secara ideal, bukanlah perkara yang mudah kerana anda perlu mempunyai komitmen serta dapat beri kan diri anda ruang masa dan yang paling penting jangan mudah putus asa..
Di sini aku berikan sedikit tips untuk korang yang bercita-cita nak turunkan berat badan tuh..

1. waktu makan anda setiap hari
contoh
sarapan pagi : 7 pagi until 8 pagi
makan diantara waktu pagi dan tengahari : 10pagi-11pagi
makan tengahari  : 12.30 tengahari - 2.00 petang
minum petang      : 3.30 petang - 4.00 petang
makan malam      : 6.30 petang - 7.00 petang

2. Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Sekali senaman hanya perlu sekurang-kurangnya 30minit. Anda juga boleh bahagikan kepada 3 sesi pagi, petang & malam

3. Elakkan memakan makanan ringan pada waktu malam . Jika anda lapar sebaiknya boleh digantikan dengan sekeping roti yang rendah lemak dengan secawan air yang kurang manis.

4. Kurangkan sebanyak 500 kalori sehari bagi tujuan mengurangkan  berat badan contohnya ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi.

5. Yang paling penting , pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya kerana waktu tidur amat penting untuk kita.. sekurang-kurangnya 8jam sehari. agar badan tidak kelihatan letih..

itu saja yang dapat dikongsi bersama-sama anda semoga berjaya ea...-peace-

WORDLESS WEDNESDAY # BERANGAN

ASSALAMUALAIKUM

Wordless wednesday : Rabu x bercakap GAMBAR yang menceritakan segalanya
selanjutnya KLIK DISINI

Tuesday, May 29, 2012

TIPS PEMAKANAN SIHAT

ASSALAMUALAIKUM...
Arini rasa nak berkongsi ngan korang yang sudi baca enty saya nih tentang tips pemakanan sihat. Alhamdulillah setakat ni kesihatan saya tidak mengalami sebarang kesulitan dengan mengamalkan pemakanan secara sihat..Dalam apa jua hidangan atau menu yang kita sediakan perlulah enak dan menyihatkan..Ini merupakan tips yang saya amalkan...

tips pemakanan sihat
- Amalkan meminun jus diwaktu pagi contohnya jus oren, betik dan lain-lain
- Meminum susu diwaktu pagi contoh : dutch lady low fat (if korang xminum jus)
- Amalkan pengambilan telur separuh masak setiap pagi..
- Kurangkan pengambilan makanan bergoreng or berlemak
- Banyakkan pengambilan tomato bagi mengelakkan kanser prostat dan tomato juga boleh melicinkan kulit anda
- Amalkan memakan sayur-sayuran setiap hari.
- Jangan lepas sarapan pagi sekurang-kurangnya sekeping roti bakar or gardenia dengan milo panas
- Lebihkan protein dan serat dalam setiap pengambilan makanan
- Elakkan meminun minuman bergas or minuman manis
- last sekali amalkan memakan Brokoli kerana brokoli mampu melawan kanser ..cara terbaik adlah dengan melakukan proses stim sayur trsebut berbanding rebus

itu saja yang saya nak kongsi tentang tips pemakanan yang saya amalkan..semoga korang dapat cuba  ! Kesihatan sihat minda akan cergas boleh lah berblogging..haha...-peace-

Natural Beauty Contest 11 - Abg Stalker

ASSALAMUALAIKUM
selanjutnya klik sini
Walawehhh untuk kali pertama ak join contest dan ini di taq oleh adik manis Ardini Izzati .Diikutkan aku malu nak join contest ni oleh sebab contest ni nak cari natural beauty??? cantik ker?hahah...maklumlah wajah ni macam akan dikecam hebat ja nanti..ahaha!... Xpe aku sahut cabaran ardini join contest nih just suka-suka ja kan menang kalah adat pertandingan kan redha ja lah...

Terima kasih sebab ajak hairy join contest ni ea sama-sama lah kita cuba ok segan silu jadinya bila anda suka panggil saya dengan gelaran retissss ..hahaha..Memula confius giler otak pikir crop ni edit ka x ea? then dorang cakap itu bukan edit...
buktinya...
dengan gigih aku print screen.. cepat add fb mereka..haha
Susah betoi nak cari gambar yang natural ni maklumlah sejak jadi graphic designer ni tangan asyik nak edit ja gambar belek punya belek jumpa lah gambar ni . Dan ni lah gambarnya hasil dari DSLR kesayanganku...Korang jangan gelak plak okey ini semua sekadar hiburan semata-mata....harapan lah kau hairy nak menang kalau muka macam nih..haha...

korang rasa camna sila drop komen anda segala pujian & cacian saya terima..sangat diperlukan untuk entry ini tolong ea.. -peace-

aku taq
pezol stylez
rilek sebentar

ak cabar korang lak..haha

Monday, May 28, 2012

FOLLOWERS KE 1000

ASSALAMUALAIKUM...
kebabooommmm mercun bunyi melimpah-limpah dari langit ...haha...

Alhamdulillah dengan sokongan padu dan jitu dari korang yang sudi support me dalam dunia blog nih kini followers aku telah meningkat dari hari ke hari semakin beranak-ranak..Sekarang dah genap 1000..yeah!!! gembira lah uols...hahaa....Sgguh aku xsgka korang sudi menjadi pembaca penulisan ku nih..hehe...

sudah3 !!!
back to entry..2 minggu lepas ada berangan  " bila lah nak sampai followers ke 1000 ni  " masa tuh followers baru 500++ berangan saja lah aku time tuh nak capai 1000 bukan senang dengan blog aku yang cikai ni..tapi alhmdulillah sekarang ni dah ade orang sudi baca dan sudah ade pengikut yang sejati...

YA !!...Bukan senang blog kita ni nak dapat kepercayaan dari orang lain tuk singgah kat blog kita kan !!... Jadi ini adalah satu penghargaan buat aku ...btw terima kasih lagi sekali dekat majalah remaja kerana anda buat saya lebih semangat tuk menulis macam-macam.. Selanjutnya KLIK SINI

yang bertuah untuk direview adalah SHAP


Dia ni masa 3 ari lepas kot dah bgtau dekat aku yang akan jadi followers ke 1000 aku padahal time tuh bru 800++  aku ingat dak ni tipu aku ja lah rupanya betul! haha...hari-hari beliau view blog aku nak jadi orang ke 1000 last-last beliau dapat juga .. terima kasih weh sebab hari-hari view blog aku yang cikai nih ea..komen ja ko x kan !! hahaha...




TIPS MEMIKAT HATI LELAKI

ASSALAMUALAIKUM...
Walawehh!! lama dah xbuat entry tips-tips untuk dikongsikan bersama korang...Ok untuk entry nih aku sediakan kat korang (perempuan) yang single ( ada lagi ke yang single? ) 15 tips untuk memikat hati lelaki-lelaki kacak, ansem ,comel di luar sana.

1. Jujur dan sentiasa merendah diri
2. Jangan terlalu mengongkong
3. Mempunyai tingkah laku yang sopan dan lemah lembut
4. Pandai memasak kerana lelaki suka orang memasak (ehem)
5. Jangan bersikap jual mahal apabila berada bersama
6. Berpewatakan menarik mampu menarik minat lelaki ( jangan terlalu serabai sangat )
7. Jangan bandingkan "dia" dengan lelaki-lelaki yang pernah anda kenali
8. Jangan bercakap benda yang tidak berfaedah kerana lelaki akan bosan
9. Menghormati dirinya , keluarganya dan teman-teman rapatnya
10. Jangan terlalu menunjukkan yang kamu tu baik dan sempurna
11. Jangan perasan yang kamu ini mempunyai wajah yang jelita
12. Sentiasa bercakap lemah lembut
13. Jangan bersikap terlalu kuno seperti baru kenal dunia maya ni (haha)
14. Jangan terlalu mengada-ngada dan gedik-gedik bila berjumpa..
15. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata romantik...( ehem-ehem)

Simple-simple ja entry tips aku wat hope korang selamat mencuba yea kaum-kaum wanita yang lelaki tunggu next entry..hehe...sekadar berkongsi -peace-

Sunday, May 27, 2012

VIDEO TRAGEDI HIMPUNAN SEJUTA BELIA PUTRAJAYA

ASSALAMUALAIKUM...
Allahhuakbar terdiam aku tengok video drag racing ni dekat youtube tadi ,tragedi rempuhan kereta di Himpunan Sejuta Belia Putrajaya 2012 semalam ...Sama-sama kita berdoa agar mereka semua selamat..Amin

meh tengok nih..

STYLEZ : RUMAH KIUB


Rumah Kiub di Belanda pada pandangan mata kasar seolah-olah buah dadu berwarna kuning yang tersusun elok. Rumah tersebut merupakan satu inovasi perumahan yang diilhamkan oleh arkitek Piet Blom dengan konsep tinggal di bumbung bandar bagi menjimatkan penggunaan ruang tanah.

Rekaan Blom itu mewakili sebuah perkampungan di dalam bandar Rotterdam dengan setiap rumah seakan sebatang pokok. Apabila disusun bersama ia menjadi seperti sebuah hutan.
Dalam bidang seni bina, reka bentuk bangunan pelik ini dikenali sebagai akrkitektur novelti iaitu bangunan dan struktur yang diberi sentuhan bentuk luar biasa.
Ia sama ada untuk tujuan pengiklanan, mercu tanda atau sekadar menonjolkan sisi eksentrik pemilik bangunan.

"Perkembangan dalam perisian komputer telah memberi peluang kepada arkitek untuk tampil dengan variasi bentuk tiga dimensi.
"Ia memudahkan mereka berimaginasi dan menghasilkan sesuatu yang kelihatan menarik," kata penulis pembentukan bandar, James Graham Ballard.
Namun, bukan semua rekaan bangunan unik itu berjaya. 

Buktinya, sebuah resort di Sanzhi UFO City, Taipei, Taiwan mengangkat konsep kapal angkasa makhluk asing sebagai asas rekaan bangunannya gagal disiapkan kerana pemajunya kerugian selain berlaku beberapa kemalangan di sekitar kawasan pembinaan bangunan itu.

p/s: Sekali skala cari bahan 

Saturday, May 26, 2012

TIPS BERHENTI MEROKOK

ASSALAMUALAIKUM
haaa merokok !! sangat merbahaya kepada kesihatan ok ingat tuh... untuk diri sendiri juga lah..haha...entry arini aku nak bg tip berhenti merokok... walaupun "susah" nak berhenti tapi usaha untuk berhenti tuh jika ada anda plan-plan mencuba pasti akan berjaya..

tip berhenti merokok
- banyakkan minum air masak
- jangan sesekali mencuba untuk minum alkohol
- banyakkan senaman, aktifkan diri anda dengan melakukan pelbagai aktiviti fizikal
- banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran
- banyakkan makanan sajian oat kerana ia berkesan menghilangkan ketagihan nakotin
- lakukan yoga dan dapatkan sesi urutan
- sekiranya anda gagal , jangan berputus asa! cuba, dan cuba lagi sehingga berjaya

okey itu saja tips untuk kali ni...semoga berjaya korang  !!
simple right any comment drop ok...


TIP BERCINTA DENGAN LELAKI RENDAH

ASSALAMUALAIKUM
Pagi ni nak kongsi tips kat korang yang bercinta dengan lelaki rendah...Tips ini hanya untuk kaum wanita sahaja..sebab mereka la yang bercinta dengan lelaki kan... untuk lelaki kalau nak baca xsalah pun anggap ja sebagai bahan bacaan..haha...

Entry buat bacaan kaum WANITA...
Cinta sejati tidak mengenal rupa , pangkat dan harta.  Itu realiti yang sebenarnya.  Jika anda berkasih dengan lelaki "rendah " , ada tips boleh anda gunakan untuk mengekalkan hubungan tersebut .

1 - Jangan timbulkan isu.
 Wanita harus bijak dalam mngawal keadaan. Jangan sesekali menimbulkan isu ukuran si dia di hadapan siapa-siapa pun kerana isu ini cukup sensitif .

2 - Jangan pakai kasut bertumit tinggi .
 Bagi wanita , ada baiknya tidak mengenakan kasut bertumit tinggi apabila berduan. Bila anda berdua jalan seiring , ia lebih manis dan elok dipandang. si dia pun tidak berasa janggal .

3 - Yakini cinta anda.
 Jika anda berdua sering dipandang pelik mahupun diejek, abaikan. Jika si dia cinta sejati anda terimalah si dia dalam apa jua keadaan pun..


p/s: orang cakap juga kalau isteri tinggi murah rezeki betul ka idok...hehe

Friday, May 25, 2012

3 MANUSIA PNH "GAGAL" KINI "BILLIONAIR"

Assalamualaikum....
fuhhh penat xabis lagi teruskan berblogging nampak sangat semangat berblogging ni membara-bara...haha...

Gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal buat selamanya itupun jika kita bangkit semula dan berusaha dengan lebih gigih serta menjadikkan kegagalan yang lepas sebagai semngat untuk terus berjuang menjadi orang yang lebih berjaya...

Di sini saya senaraikan 3 "jutawan" yang suatu ketika dahulu pernah gagal dalam hidup kini menjadi orang-orang terkaya di dunia...

TONY FERNANDEZ
pengasas Tune Air Sdn Bhd dan Air Asia
Pernah menghadapi saat kejatuhan akibat tragedi 11 sept,
menyebabkan industri penerbangan jatuh merudum
ramai berpendapat dirinya "gila" kerana ketika itu
ramai yg tidak berani menaiki kapal terbang..

STEVE JOBS
Merupakan pengasan APPLE
Beliau sudah menempa kegagalan seawal usia remaja
apabila di tendang keluar dr pengajian
di Homestead High School, cCalifornia pada tahun 1972.
Beliau kemudian masuk ke Reed College Polland
tetapi mngalami nasib sama seawal semeter pertama.
BILL GATES
pengasas MICROSOFT
beliau sekarang merupakan org terkaya didunia selama 13 tahun
dahulunya beliau hanya seorang office boy
ok terima kasih sebab sudi baca saya mau beradu...drop ur komen ok toink2..

SELAMAT TINGGAL KORANG


ASSALAMUALAIKUM...
Salam jumaat dan selamat pagi tuk korang yang sudi baca entry blog aku yang nih....Dipagi yang mulia nih bersyukur ke hadrat ilahi aku diberi peluang untuk terus hidup di dunia nih.. Arini awal sikit aku online buka aku giigh on9 awal-awal tau tapi arini aku mau pulang ke kampung halaman ku di Penang...

yeahh!!! dah lama xbalik penang rindu sesangat ngan family & bantal busuk kat dalam bilik tuh..haha...akuu balik ni pun sebab dapat undangan kenduri kahwin kawan-kawan sekolah..Alahai semua dah na kahwin aku nih bila lagi lah nak kahwin ..Jodoh dimana kau berada? muncul lahhhh...haha..

Sedikit rasa segan lak bila nk jumpa kawan-kawan yang dah beranak pinak nih...Bila jumpa kawan yang dh kahwin mesti dorang akan tanya "zack hg bila lagi nak kahwin?" ( zack tu nama panggilan aku dari zaman sekolah taw ) so jawapan aku "jodoh ngn duit xde lagi" haha...

Macam lah aku sorang ja yang xkahwin kan padahal ramai gila yang xkahwin lagi...Sebab pe dorang tnya aku ja? haaaaa...dulu aku lah digelar playboy sekolah ..haha ( statemnet berani mati ni) ! tu dulu la sekarang ni sorang pun xnak habuan nya!! haha...sekarang ni aku dah matang kan dulu kekanak g... :p

Doakan perjalanan aku selamat sampai..!! hye blogger penang...

Thursday, May 24, 2012

WWW 1 BIDAAN TERMAHAL

ASSALAMUALAIKUM 
WWW 1 adalah nombor siri paling hangat diperkatakan... sejak 30 April tender dibuka... bidaan semakin hari semakin meningkat sehingga mencipta sejarah yang tersendiri apabila nilai bidaannya mencecah RM520,000. Walaubagaimana pun, WWW333 merupakan nombor siri yang paling banyak bidaan setakat ini.

Nombor siri WWW yang sangat popular kerana nama keluarga seperti Wong atau Wang dilihat mampu membawa kebahagian dan simbol maharaja di China, kata Menteri Pengangkutan.

"Sejak pengumuman mengenai nombor yang dikaitkan dengan singkatan terkenal WWW iaitu World Wide Web dibuat, beberapa tawaran telah dilakukan oleh individu yang berminat dengan harga sudah pun melebihi RM400,000,"  No angka tunggal seperti WWW 1, WWW 3, WWW 8 serta WWW 11 , WWW 33 ,WWW 88 dijangka akan menjadi rebutan.

Keputusan penuh bagi no siri pendaftaran WWW akan di keluarkan oleh portal JPJ pada isnin ini dan surat rasmi keputusan bidaan akan dikeluarkan mulai 6 Jun 2012. No pendaftaran siri WWW dijangka boleh mula ddaftarkan pada 15 Jun 2012. Pembida boleh memilih untuk menerima keputusan secara pos atau datang sendiri ke pejabat JPJ Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur (Wangsa Maju)

#sumber

KARNIVAL 1MALAYSIA MEGA SALE !!

ASSALAMUALAIKUM


Musim membeli belah kini kembali lagi ! bagi pembeli tegar a.k.a kaki shopping tuh jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati potongan harga hebat bagi barangan yang sememangnya sangat -sangat berkualiti...
Karival membeli belah ini akan bermula pada 15 Jun 2012 - 2 september 2012 di seluruh Malaysia.

Jadi boleh lah korang sediakan duit siap-siap tuk shopping raya ea..!kalau aku just kat uptown ja lah xmampu nak mahai-nahai kat butik...haha... kalau yang swap tuh best lah kalau aku nih jenuh nak berhempas pulas tenaga zahir siang malam  nak cari duit nak shopping...sobsob ...


p/s: Peringatan buat korang berbelanjalah dengan berpatutan selari dengan kemampuan anda...

KENAPA PERLU BERJIMAT?

Assalamualaikum..
dah lama rasanya aku xbuat entry pasal tips kan.. Alkisahnya semalam tidur lena diulik mimpi "nyeri" tetiber terselit plak mimpi pasal "saving" ni... Paling mnyerikan apabila aku terpaksa jadi "pengemis" ditepi jalan semata-mata untuk dapatkan wang !! oh tidakkkkk.....kemana pergi blog? aku kan seorang blogger...haha...
Terus bangun tidur aku karang apa yang aku mimpi semalam...

Entry arini untuk kesedaran kepada anda-anda termasuklah saya sendiri yang suka boros a.k.a kuat mengeluarkan wang untuk shopping, dan sebagainya...HAHA..

kenapa perlu berjimat?
1.  Mengenal pasti kesalahan dalam kewangan
2.  Menyemak perbelanjaan bulanan
3.  Memastikan anda tidak tersasar dengan melakukan pembaziran
4.  Untuk membuat tabungan masa akan datang
5.  Meningkatkan perbelanjaan bulanan

p/s: jadi bijak lah berbelanja untuk masa depan...

Wednesday, May 23, 2012

WORDLESS WEDNESDAY # APPRECIATE

ASSALAMUALAIKUM....
Wordless wednesday : Rabu x bercakap GAMBAR yang menceritakan segalanya
selanjutnya KLIK SINI

PESERTA MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM...
Entry arini nak berkongsi kat korang yang belum tahu peserta masterchef selebriti malaysia...Kalau yang dah tahu tuh bagus lah kan..hehe..! meh lah kita tengok senarai 16 peserta yang yang mewakili badan-badan kebajikan masing-masing yang akan menunjukkan kehebatan mereka beraksi di dapur...

SIAPA PILIHAN ANDA?

BLOG HAZWAN HAIRY dlm MAJALAH REMAJA..

ASSALAMUALAIKUM...
ALHAMDULILLAH..
Sudahkan kalian dapatkan majalah REMAJA edisi 15 MEI 2012? kalau belum sila dapatkan dengan segera ok..kenapa aku suruh beli? haaaa ni dia sebabnya.....hehe

Fuhhhh!! gembira xterkata lah semalam macam xpercaya ja macam  mana blog aku yg suam-suam kuku yg baru setahun jagung nih boleh ade dalam majalah remaja edisi 15 may nih? haha..Penulis remaja pun xde nak bgtau apa2 tup-tup tgk ade dalam majalah remaja..ini adalah satu penghargaan buat blog aku nih terima kasih banyak sgt to editor ruangan blogger ni sebab memilih blog aku ni.....nak berterima kasih dekat sapa pun aku xtau..

Seriously ni 1ST  time aku beli remaja..haha...selalu bila blik umh kak ngah aku ja aku akan baca remaja tp arini aku dah beli so pasni ari-arilah aku beli...terima kasih pihak majlah remaja...!!

aku xpernah nak apply masuk majalah oleh sebab aku xpernah ade majalah remaja dan aku tahu blog aku tak ade benda yang menarik xlayak nak masuk mana-mana majalah....Sapa yang cadangkan blog aku nih? ohh tidakkkkk percaya lagi...!! terima kasih sgt-sgt untuk sapa-sapa yang cadangkan tu ea...


 Blogging tak pernah membuang masa ok.. ada member cakap "hg xbosan ke asyik nak mengadap laptop ja dok mengarang benda-benda ni".... ..It is an activity that i will do everyday if i free..when u have a blog u can feel the pent up when writing everything from the heart..

terima kasih buat gadis dari blog JANDISTORY sbb dia lah yang bgtau semua ni..mula-mula tu aku ingt cuma gurauan dari beliau ja kat shoutbox dia msj..haha! ternyata balas-balas chat di situ then dia bg link blog blogger femes ni eazyizzuddin pun masuk majalah juga ..

Tuesday, May 22, 2012

1ST DAY BERPUASA ( DOA BULAN REJAB )

 ASSALAMUALAIKUM...
Tahukah anda pada  Isnin 21 Mei 2012...

Adalah malam 1 Rejab.. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab...Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar...
Jadi,perbanyakkan doa mudah-mudahan ALLAH ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Perbanyakkan Istighfar, minta ampun daripada ALLAH SWT...

Ada sesapa yang yang berpuasa hari ini? Alhamdulillah dengan izin Allah swt aku dapat berpuasa untuk bulan rejab nih... Korang yang berpuasa tuh berbuka ape? ...Macam aku arini tadi pergi pasar malam cari makanan bila sampai tu nafsu makan tetber datang dgn rakusnya..haha... Macam bulan ramadhan pulak tp aku still boleh kawal dan ni lah makanan aku berbuka untuk hari ini...
PECAL
XPASTI KUIH APE
NASI KERABU
Esok insyaAllah akan berpuasa lagi moh lah kita reramai berpuasa..hehe

SENARAI PEMENANG CONTEST KE2 HAZWAN HAIRY

ASSALAMUALAIKUM..
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar akhirnya dah jumpa pemenang..Rezeki kali ini di kongsikan kepada pemenang contest ke 2 hazwan hairy....Semua peserta sangat-sangat lah hebat sampai penaja nak memilih pemenang pun sampai sakit kepala....haha...

Yang x tersenarai top 10 ni tak bermakna slogan anda xhebat tau semuanya hebat belaka cuma pertandingan kan kalah menang adat la semua tuh lagipun hanya top 10 saja untuk diberi hadiah.. hehe.....Hope korang dapat menerima keputusan ni dengan hati yang terbuka...

100% pemilihan dibuat oleh penaja melalui contest ke2 hazwan hairy

PERTAMA :
PCL
BUKU MOTIVASI REMAJA & TOPUP 10/ SIJIL PENGHARGAAN/PENANDA BUKU KHAS

KEDUA      : 
PEZOL STYLEZ
BUKU MOTIVASI REMAJA & TOPUP 5/SIJIL PENGHARGAAN/PENANDA BUKU KHAS

KETIGA      :
SEKEPING HATI
http://bisikansekepinghati.blogspot.com/2012/05/contest-ke-2-hazwan-hairy.html
BUKU MOTIVASI REMAJA & TOPUP 5/SIJIL PENGHARGAAN/PENANDA BUKU KHAS

KEEMPAT  :
LINDA ZEHAN
BUKU MOTIVASI REMAJA/SIJIL PENGHARGAAN/PENANDA BUKU KHAS

KELIMA     :
NURUL SYUHADAH
BUKU MOTIVASI REMAJA/SIJIL PENGHARGAAN/PENANDA BUKU KHAS

KEENAM   :
MK SHAHIR
BUKU MOTIVASI REMAJA/SIJIL PENGHARGAAN/PENANDA BUKU KHAS

KETUJUH  :
CIK PENSEL
http://cikpensil.blogspot.com/2012/05/contest-ke-2-hazwan-hairy.html
KOMIK REMAJA/SIJIL PENGHARGAAN/PENANDA BUKU KHAS

KELAPAN :
PECINTA PINK
http://akmaluv90.blogspot.com/2012/05/contest-ke-2-hazwan-hairy.html
KOMIK REMAJA/SIJIL PENGHARGAAN/PENANDA BUKU KHAS

KESEMBILAN :
BAI BAIZURA
http://baizuratuha.blogspot.com/2012/05/contest-ke-2-hazwan-hairy.html
KOMIK REMAJA/ SIJIL PENGHARGAAN/PENANDA BUKU KHAS

KESEPULUH :
CIK MUDA PUAN UMI
 http://cikpuanmudaumi21.blogspot.com/2012/05/contest-ke-2-hazwan-hairy.html
KOMIK REMAJA/ SIJIL PENGHARGAAN/PENANDA BUKU KHAS
 
SAGUHATI UNTUK 45 PESERTA

REVIEW BLOG & BLOGLIST JUN 

Untuk selanjutnya mengenai hadiah KLIK SINI dan SINI

Sejuta terima kasih sebab korang sudi join contest yang telah aku buat...Hope korang still close dengan blog hazwan hairy ni ea...tanpa korang blog ni xkan ade pengunjung...

Maklumat yang diperlukan
Sila KLIK SINI dan tinggalkan maklumat seperti dibawah sebelum 29/5/2012
Hadiah akan mula di pos mggu hadapan..

nama :
no hp :
alamat :

terima kasih....

EMAIL DRI PEMINAT ? FUHHHH

ASSALAMUALAIKUM
Hari ni bangun pagi-pagi tetiber terus terasa nak buka email.... Selalunya xpernah nak buka email pagi-pagi buta nih maklumlah nak tengok apa kan.. Buka tadi tengok yang lain semua xbp nak "berjenis" twitter ja pastu satu email ni ada nama... So aku buka dan baca lah email yang dikiramkan oleh seorang gadis bernama ili... alangahkah terkejutnya bila aku dapat email macam tuh..nak tau dia tulis ape? tengok bawah!!
salam perkenalan... boleh sy tau..anda buat blog berdasarkan pe yg anda lalui dlm kehidupan atau bermain dgn imaginasi? sy hendak belajar membuat blog, tp tak tau nk tulis pe... 
Ini jawapan aku...
salam prkenalan ili...saya menulis tentang perkara yg dilalui dlm kehidupun seharian saya...apa yg kita lalui if bersesuaian dan dpt menarik minat org lain baca just teruskan mengarang..makesure apa yg kita tulis tuh biar lahir dari hati kita dan ikhlas. Baru nanti org view blog kita dorg akan selesa dan follow blog kita...btw saya ni baru lagi dalam dunia blog ni then saya baru juga nak bertapak..gudluck ili..

 fuhhh!! mau aku xterkejut..kenapa beliau memilih untuk bertanya aku yang baru sangat dalam dunia blogging nih...sangat teharu bila dapat email camni..kalau korang cmna?hehe
MAYB BLOG MASUK REMAJA KOT KAN ADE ORG EMAIL..HEHE
TERIMA KASIH REMAJA
SGT2 APPRECIATE
Aku akan terus menulis walau apa pun yang akan terjadi..terima kasih buat ili kerana anda dah buat saya lebih bersemangat....-peace-

Monday, May 21, 2012

FUHH BACKGROUND MELETOPP X?

ASSALAMUALAIKUM...
TERBARU..
Yeahh!!! entry semalam aku gigih nak tukar background blog tapi xjadi kan kini sudah menjadi !!! haha...korang rasa camna? over melampau ka, meletop ka , apa2 ka... hehe...nampak kan background ni masih mengekalkan ciri-ciri liku-liku kehidupan hazwan hairy....bertemakan tagline "sejuta langkah kembara impian hazwan hairy" ini lah blog aku..walawehhh!!!!

SEMALAM PUNYA..
 Terima kasih sangat-sangat kat korang yang sudi bg pendapat tuh aku sangat hargai ok ...mayb nampak serabut sikit kot sebab nampak 3 gambar..korang memang sempoi lah weh!! walawehhh rasa bersyukur dapat kenal blogger-blogger hebat cam korang...