Friday, June 28, 2013

PEMBEKAL POPIA NESTUM UNTUK RAYA



Kami IH Empayar Ent merupakan pembekal popia nestum @ batang buruk sabah di seluruh Malaysia.
Kepada korang yang berminat nak buat Tempahan Batang Buruk Sabah atau Popia Nestum secara borong ataupun individu  boleh segera dapatkan dari IH Empayar

Tempahan untuk hari raya sudah pun di buka, dengan menawarkan harga yang sangat berpatutan dan rasanya yang sangat menyelerakan asli resepi daripada Sabah.

Boleh hubungi no di bawah dan diatas
017-5945084
012-9047287 
link FB LIKEIH EMPAYAR



PEMBEKAL POPIA NESTUM

Lokasi pengedar : Sg Buloh / Damansara / Penang ( Bukit Mertajam ) / Kulai / Johor Bahru / Putrajaya  / Sabak Bernam / Sg Petani / Lembah Klang, Rawang, Terengganu

Harga : Terdapat 3 jenis bekas / Balang
RM 10 , RM 15 , RM20 

Harga Borong korang boleh PM no di atas harga menarik menanti anda..

Jika ada yang berminat nak jadi pengedar boleh segera hubungi no di atas , agen diperlukan tanpa sebarang modal untuk syarat-syarat boleh PM sekarang..


Tuesday, June 25, 2013

GAMBAR SEKITAR JEREBU DI KOTA DAMANSARA DAN SUBANG


JEREBU DI KOTA DAMANSARA

Hari ni nak kongsi ngan korang keadaan jerebu yang berlaku di area Kota Damansara dan Subang. Gambar ni di ambil semalam dalam pukul 4 petang macam tu la..Keadaan time ni dah di tahap sangat tidak sihat akan tetapi selepas pukul 5 petang sehingga hari ini jerebu makin teruk berlaku di sekitar Petaling Jaya .


Keadaan jerebu yang sangat membimbangkan ni mengakibatkan sekolah-sekolah di sekitar KL dan selangor diarah tutup serta merta termasuklah di beberapa daerah di Johor..Sama-sama lah kita jaga kesihatan dan kurangkan aktiviti luar kalau keluar untuk perkara penting makesure jangan lupa pakai topeng mulut dan hidung ok..






Banyakkan meminum air masak juga, yang tu penting agar tekak tak kering.Kalau tekak kering dah satu hal plak boleh sebabkan demam. Kalau nak tengok tips-tips perlu amal ketika jerebu korang leh klik SINI



Sunday, June 23, 2013

TIPS PERLU AMAL KETIKA JEREBU


TIPS PERLU AMAL KETIKA JEREBU

Beberapa kawasan di semenanjung Malaysia sekarang sedang dilanda fanomena jerebu akibat daripada kebakaran dari sumatera indonesia.. Hujan tidak turun mengakibatkan keadaan jerebu bertambah buruk serta merbahaya kesihatan kepada manusia. Jadi kepada korang yang di sini saya nak bagi tips yang patut anda amalkan ketika jerebu.
gambar jerebu yang lepas..
tips
- Banyakkan meminum air masak
- Kurangkan aktiviti luar kalau boleh rehatkan diri di rumah saja ketika cuti
- Jika anda keluar rumah pastikan memakai penutup mulut bagi mengelakkan kesihatan anda terganggu.
- Elakkan pembakaran secara terbuka di tempat anda

Tips yang ringkas tapi bermanfaat untuk diri anda.. Berkongsilah dengan semua orang dan jag diri semua..

Saturday, June 22, 2013

LAST WEEK UNIQUE VIEW 17 RIBU


Hari ni nak kongsi ngan korang sedikit page view dekat blog aku ni. Bukan ada niat apa-apa yea jangan salah faham plak ,aku teruja sebab dah lama tak dapat maintain view macam ni haaa.. Yang dah lama jadi reader blog aku ni mesti tahu yang aku rajin update juga pasal page view blog aku ni dulu-dulu.


Semenjak ni ja aku dah agak kurang update oleh sebab kekangan masa, masa tak berapa nak mengizinkan aku update blog macam dulu. Yang atas view minggu lepas punya time aku update hari-hari tu, pasal baju lah, pasal JDT lah , pasal produk lah dan sebagainya.Nampak kan menjadi okeh!

Dah lama tak dapat view macam ni tau sekali update ja ramai juga yang masuk-masuk blog aku ea. So lepas ni nak kena update sehari sekali lah kot baru leh mantain view ni. Yang pasti kena wat entry yang boleh buat orang teruja dan orang cari-cari dekat google penting tu kalau dah step betul tak payah update pun view boleh banyak okeh..

Terima kasih tak terhingga dekat korang yang sudi baca entry dalam blog aku ni, apa yang aku boleh kongsi aku kongsi lah ea sebagai panduan korang juga. Kadang-kadang apa yang aku tulis ada juga "mesej" kat korang..ada ke? hahaha...

Nanti aku BW korang macam dulu ea malam-malam boleh lah update sekarang dah busy sikit then alhamdulillah dah ada shop online masih dalam proses lagi nanti aku update shop tu okeh..Meh support semua.

So korang yang awesome tu meh lah like shop aku ni , shopping online fashion-fashion shoes men women dan macam-macam lah nak tengok klik SINI or -----> PENELOPE_STORE
or terus cari dekat Instagram ---> PENELOPE_STORE



Notakaki hazwanhairy: Terima kasih kat korang yang wish birthday dekat blog, fb, wechat, instagram, whatsapps dan semua-semua lah..Nanti yang mana buat entry, buat birthday card saya akn review blog korang..terima kasih again sangat terharu!!


HEPY BIRTHDAY MAMA MASZULL



Selamat hari lahir buat mama maszull, semoga di panjangkan umur, murah rezeki dan bahagia di samping orang yang di sayangi.Semoga kehidupan lebih bahagia di samping suami, anak-anak, menantu dan awisy yg comel tu..

Baru-baru ni birthday saya mama maszull ada up entry wish birthday so hari ni giliran saya plak nak wish birthday mama. Korang boleh klik SINI dan SINI ( tahun lepas )

Mama maszull ni blogger yang dah kenal sekitar 2 tahun, ini kali kedua mama wish my birthday sangat terharu okeh! Mama maszull seorang blogger yang tak pernah jemu-jemu masuk blog saya komen, baca dan sebagainya .Dalam kata lain beliau merupakan seorang blogger yang sentiasa keep in touch.

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN MAMA MASZULL!!

Wednesday, June 19, 2013

19 JUN HARI HAZWAN HAIRY


BIRTHDAY CARD

Semoga hari ini segala urusan ku di permudahkan dan mendapat hidayat dari Allah SWT.. Terima kasih mak abah tanpa mak abah tiada abg long di dunia ni , terima kasih ya Allah beri ku peluang untuk hidup dan lihat dunia ini.. Terima kasih semuanya yang wish dkt fb, whatsapp, wechat, line , blog doa kalian bermakna buat diriku ini...


Saturday, June 15, 2013

RHB DEBIT MASS USAGE & KAKAO TALK CAMPAIGN BUFFERED EARNING


Rhb debit mass usage & kakao talk campaign adalah buffered earning terbaru untuk blog aku ni. Dah lama gila tak buat entry pasal BE dari nuffnang tetiba rindu plak nak ucap jutaan terima kasih banyak-banyak dekat nuffnang bagi peluang dekat aku merasa BE tak henti-henti.


Maaflah en nuffnang sebab tak sempat nak promote BE sebelum-sebelum ni,nasib lah pihak nuffnang tak merajuk..haha..Nilai yang aku dapat ni tak lah besar mana tapi bersyukur lah juga sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan..

Ikutkan nak terangkan serba sedikit mengenai CPUV ni tapi takut macam salah maklumat plak so tak berani lah nak create entry..haha..Yang aku tau sangat cuma Kakao Talk yang sekarang ni sofware popular dekat smartphone anda. Kalau korang nak tahu lebih lanjut nampak iklan tu tekan lah tengok dapat juga sumbang beberapa sen kat aku kan..

Sama macam wechat , line , viber benda alah ni so kalau berminat korang install lah ea..Kakao Talk lah bersama yuna dan band korea tu apa nama ntah aku tak amik port pasal korea..haha..

Bercakap pasal nuffnang ni ramai yang suruh aku cuba innity dan komli yang boleh di katakan masyuk bagi dorang yang dah cuba tapi aku belum bersedia lagi nak cuba masih setia dengan nuffnang ..see nuffnang nampak kan aku sayang kau lebih?tak menduakan u okeh!! haha

Okeh kepada korang yang nak tips-tips nak dapatkan BE dari nuffnang ni boleh lah try cuba tips dari aku ni hope korang leh dapat juga ..Klik -----> TIPS DAPATKAN BE NUFFNANG





Friday, June 14, 2013

SENARAI PEMENANG ANUGERAH BLOKBUSTER 2 2013


Senarai Pemenang Anugerah Blokbuster 2 2013 yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Johor Bahru pada 15 Jun 2013. 


Anugerah Filem Kelakar Terhebat - Hantu Kapcai
Anugerah Filem Takut Terhebat - Sumpahan Kum-Kum
Anugerah Filem Aksi Terhebat - Hantu Kapcai
Anugerah Watak Pelakon Jahat Terhebat - Sofi Jikan
Anugerah Direktor  Baru Terhebat - Drahma Harun ( adik manja return )
Anugerah Drama Muzikal Terhebat -  Aku Ada, Kau Ada ?
Anugerah Lagu Tema Terhebat - Beginilh Caranya
Anugerah Tuan Direktor Terhebat - Syamsul Yusof ( Bohsia 2- Jalan Kembali )
Anugerah Hero Terhebat - Zizan Razak
Anugerah Heroin Terhebat - Yana Samsudin
Anugerah Hero Baru Terhebat - Izzue Islam
Anugerah Heroin Baru Terhebat - Neelofa
Anugerah Astro First Terhebat - Ombak Rindu
Anugerah Khas PFM - Mejar David Teo
Anugerah Filem Terhebat - Hantu Kapcai

100% aku yang taip ea bukan copy paste bagitau siap-siap penat tau taip sendiri last-last nanti ada orang suka-suka cakap copy paste ! lempang kang baru tau..ahaks

Tahniah untuk semua pemenang.. Sambil tengok sambil online sambil buat entry la ada juga entry yang boleh di publish..hahaha...


Wednesday, June 12, 2013

BAJU EDISI KHAS FINAL PIALA FA 2013 THE RED WARRIOR


Baju edisi khas final piala FA 2013 The Red Warrior, kepada penyokong the red warrior if nak tambah koleksi baju TRW boleh segera wat tempahan di BOX CREATIVE. Tempahan akan di buka sehingga 16/6/2013 sahaja..


Jadi apa tunggu lagi !!
Untuk harga borong boleh berunding dengan pihak Box creative..
bagi yang nak tempah tshirt kelab penyokong the red warrior tak berkolar ( roundnet ) bolehh rujuk entry dekat SINI

nak tengok lebih banyak design baju kelab penyokong boleh terus klik ----> BOX CREATIVE


Tuesday, June 11, 2013

KEYWORD BAJU JDT POPULAR MINGGU LEPAS


Hari ni nak share sedikit keyword popular minggu lepas dekat blog hazwanhairy.com ni. Blog yang kian di mamah usang ni tapi keyword agak menjadi-jadi . haha...Alhamdulillah lah keyword nak kata tinggi sangat tu tak de la tp sentiasa ada juga orang tekan-tekan blog aku dekat google ea..

KEYWORD POPULAR
Nampak tak permainan di situ? walaupun busy tetap orang berjalan-jalan santai di blog aku ea. seronok nak habaq hampa weh walaupun blog aku ni tak femes. Maklumlah blog personal ja lepas tu selit-selit iklan bisnes ko rasa ada orang suka ke? yang penting aku selesa ngan apa aku buat abaikan suara-suara yang kedengaran di sana-sana janji tak copy paste!! ahaks..

Kereta sewa kuching murah ni selalu sangat ada orang search tau tak henti-henti dari bulan 12 hari tu aku g bercuti dekat Kuching Sarawak, nampak kan keyword tu menjadi...

Yang terbaru ni pasal baju kelab penyokong JDT , sapa cakap orang tak baca entry aku kalau aku buat iklan??ni buktinya ea yang ramai penyokong JDT ni kelik-kelik maklumat pasal JDT sooooo!!!

Apa yang penting dalam blog ni ikhlas sudah lah, Biarlah rezeki tu sedikit dulu lama kelamaan akan terlihat hasilnya...Sekian terima kasih! 







Monday, June 10, 2013

BAJU KELAB PENYOKONG KELANTAN


Tshirt kelab penyokong Kelantan..Hok mano sero demo oghe kelate, sokong the red warrior, maghi-maghi sini saya nok crito, sayo buka temphohe baju kelate . Hok sero minak tu tok payoh nok tunggu-tunggu maso rugi dok nati.

BAJU KELAB PENYOKONG KELANTAN
tekan untuk lebih jelas


BAJU KELAB PENYOKONG KELANTAN
tekan untuk lebih jelas


- RM35.00
- 100% cotton
- XS- XXL 
- lembut dan ringan
- harga sekali kos penghantaran
- warna merah dan putih

Hubungi 
012-9047287 / 0174223101( msj, whatsapps, call )
ijam_mansor11@yahoo.com
hazwan943@yahoo.com.my

BAJU BERKOLAR

Rego bulih nego kalu beli borong, minimum 10 helai. bulih kontek nombor kat atas . 2 warno untuk peminat red warrior. Kalau yang tak paham aku cakap kelantan tu boleh roger terus no yang tertera..Then kalau saya salah menaip dan bercakap mohon maaf ..hehe



Untuk baju kelab penyokong JDT boleh rujuk entry SINI dan tempah di BOX CREATIVE 



Friday, June 7, 2013

KANAK-KANAK MAKAN SISA MCD ORANG LAIN


Alkisah ni aku nak cerita sedikit dengan pembaca blog aku ni mengenai satu kejadian yang aku tengok sendiri dengan mata aku. Semalam aku g lunch dekat mcd , lokasi Damansara Damai ini kawasan rumah aku juga lah lunch sorang-sorang dekat situ sedih kan ? ada orang kesah??hahaha..

Kisahnya dekat situ ada lah 3, 4 orang kanak-kanak dalam lingkungan darjah 2, 3, 4, 5 macam tu lah tak dapat nak agak umur dorang tu. Selalu juga budak-budak sekolah makan mcd dekat situ maklumlah budak bandar kan kecik-kecik pun melepak dekat situ.Dalam pikiran banyak juga duit budak-budak ni makan dekat situ.

Lama sikit aku duduk situ tengok dorang berlari keluar masuk mcd biasalah budak-budak main gamaknya yang aku terkejut tu rupanya-rupanya dorang ni tak beli pun mcd dekat situ tapi dorang ni makan sisa orang lain tau..Terkejut gila-gila aku di buat mereka ni. 

Yang sorang ni round-round dalam mcd rupanya usha makanan yang tak habis dari orang lain. Ya Allah dik kenapa macam tu? air minuman tak abis, kentang goreng, semua dorang amik makan tanpa pikir apa-apa. Agaknya orang lain pun perasan apa yang aku tengok yang cina depan aku ni lagi lah ternganga tengok budak-budak tu makan bekas orang lain..

Dah kenyang terus dorang balik , nak kata macam kanak-kanak terbiar pakaian semua elok terurus.Tak tau nak cakap macam mana aku jadi kaku , kelu .. Apa perlu permantauan?


Tuesday, June 4, 2013

BAJU KELAB PENYOKONG JDT


PROMOSI BAJU FAN CLUB JOHOR

T'shirt untuk kelab penyokong JDT. Kepada korang yang berminat nak menempah baju ni boleh PM dengan segera .Untuk warga johor dan kelab penyokong bola sepak harimau selatan serta siapa-siapa yang berminat apa tunggu lagi luaskan kuasamu dengan mendapatkan baju eksklusif ini.

BAJU KELAB PENYOKONG JDT
- RM45.00
- 100% cotton
- S- XXL 
- lembut dan ringgan
- harga sekali kos penghantaran
- warna merah dan biru sahaja

Hubungi 
012-9047287 ( msj, whatsapps, call )
ijam_mansor11@yahoo.com

CEPAT JANGAN TERLAMBAT..... SELAGI STOK MASIH ADA....

ROAD TO FINAL - jangan lupa pakai baju ini nanti ya....!!!!!!

#Nantikan Perlawanan akhir piala FA diantara JDT vs Kelantan pada 29 jun 2013 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Notakaki Hazwanhairy : #Tolongpromosijobkawan-kawan


Monday, June 3, 2013

NASI LEMAK AYAM WARUNG WAK KENTUT


Nasi lemak ayam warung wak kentut itulah nama Warung nasi lemak yang sangat terkenal di Bandar Kulai. Pelik kan nama warung ni tapi sepelik-pelik namanya, kedai ni jadi tarikan kepada penduduk di Kulai dan sekitar Kulai.

NASI LEMAK AYAM WARUNG WAK KENTUT
Dah makan setengah oleh sebab tak tahan tengok ayam dia baru terpikir yang aku ni ada blog rupanya jadi untuk bebelan dalam blog snap lah juga tuk kongsi ngan korang semua betapa sedapnya nasi lemak ni.

Dari mana datangnya nama tu aku pun tak tahu lah kena tanya owner kedai lah kot agaknya owner dia. Weekend lepas aku pergi jalan-jalan dekat Felda Inas Kulai so tempat yang aku di bawa makan ni . Ternyata sangat ramai okeh orang yang datang makan dekat sini. 
NASI LEWAK WARUNG WAK KENTUT , KULAI
Sekitar pukul 6 petang dah penuh meja makan ni ada bukan melayu saja tau yang datang makan sini cina pun ramai nampak kan betapa hebatnya nasi lemak dekat sini. Nasi lemak dan ayam goreng panas sajian utama dia harga RM4 saja dan air apa pun dekat gerai ni RM1 tak kira lah korang amik air mahal ka x kecuali air buah tak de dekat sini.


So kepada korang yang pergi dekat Kulai ni perlu cuba tau Nasi Lemak dekat Warung Wak Kentut ni pasti korang akan rasa nak makan lagi..Pelik itu menjanjikan yang terbaik! unikkk....Jangan risau anda semua tak kan kentut kalau lepas makan..hahahahaha...

Saturday, June 1, 2013

AKADEMI FANTASIA 2013 VS AKADEMI FANTASIA 7


Akademi Fantasia 2013 kembali lagi setelah beberapa tahun di hentikan untuk beri laluan kepada rancangan realiti lain. Ujibakat Af 2013 akan di adakan di 4 lokasi iaitu Sarawak , Sabah , Kuala Lumpur dan Johor Bahru bermula 1 dan 2 Jun sehingga penghujung bulan 6, Jadi apa tunggu lagi keluarkan bakat anda yang terpendam itu..

AKADEMI FANTASIA
Bila AF 2013 ni kembali mula lah aku teringat kembali kenangan aku masa ujibakat AF7 dulu tahun 2009. Tahun di mana aku mula sambung stady dekat KL ni mungkin tak dapat sebab nak suruh aku fokus study kot..hahaha..

Time tu lagu mawi "angan dan sedar " aku bawa okeh lagu tu aku lepas tau tuk stage berikutnya ..hahaha..Bila yang ke 2 punya alahai rezeki idok ada lah terlupa lirik bawa lagu " im yours " .Kalau lah aku lepas kan best boleh masuk stage dance kalau dance aku dah tak risau dah ..haha..

Okeh tu ja lah yang aku nak kongsi ngan korang. If korang yang nak audition af 2013 ni buat yang terbaik okeh tak salah kalau mencuba walaupun suara ke laut ke ke darat ke sila konfiden kan diri anda semua yea. Untung-untung dorang nak cari kelainan mana nak tau kan.

Oleh sebab ramai yang merindui entry bebelan dari aku ni so aku taip entry dengan seikhlas hati. Terima kasih kat korang yang yang setia ngn blog aku yang kian di mamah usang but tetap ada keywod-keywod yang melekat tau..haaaaa strategi tuk up hit dekat blog tu kena mendalami dengan lebih dalam lagi ea..

Biarlah aku tak dikenali macam dulu lagi di blog ni aku redha dan pasrah dengan persekitaran yang berlaku sekarang ni.Yang mana penting di dahulukan if ada rezeki di blog ni adalah.Lagipun tak de masa nak mengadap FB untuk merapatkan diri dengan orang lain.Orang cakap blogger ni kalau nak dikenali kena bermesra-mesra dengan blogger lain baru leh naik so aku kena lupakan semua itu..haha..