SELAMAT TAHUN BARU 2014
Sekejap sangat masa berlalu 2013 sudah pun melabuhkan tirainya bermacam-macam kenangan pahit dan manis dalam tahun 2013. Syukur alhamdulillah di beri kesempatan untuk menikmati tahun 2013.
2013 banyak meninggalkan 1001 kenangan dalam diri aku, jatuh bangun aku dalam tahun 2013 sangat memberi cabaran untuk aku terus berusaha untuk mencapai apa yang aku hajati..
Terima kasih ya Allah kerana beri peluang kepada ku untuk teruskan kehidupan yang mencabar dengan liku-liku yang penuh dengan dugaan dalam kehidupan. Terima kasih kepada family mak abah yang banyak bagi semangat untuk along, beri peluang itu ini melayan kerenah anakmu jasamu ku kenang sampai akhirat.
Terima kasih juga tak terhingga kepada Along yang banyak sangat membantu untuk aku gapai apa yang aku impikan. Dengan dorongan, semangat, pertolongan buat aku terus bangun dan berjuang untuk terus mencari rezeki. Kita sesama berusaha untuk 2014 yea.
Terima kasih sahabat , kawan-kawan yang banyak menceriakan hidupku.
2013 banyak menguji aku tentang kehidupan & pekerjaan di awalnya penuh dengan ujian tapi tak semestinya bila anda gagal anda terus gagal selamanya kan. Biarkan kenangan pahit berlalu pergi yang pahit kita ketepikan yang manis kita utamakan.
2014 akan aku manfaatkan masa sepadat yang mungkin bagi aku meneruskan apa yang aku hajati demi untuk berjaya dalam kehidupan untuk menjadi orang yang berguna. Nak jadi orang yang berpegang pada ilmu agama ,di murahkan rezeki olehNya, jadi orang yang berjaya dalam kehidupan serta pekerjaan, orang yang di senangi di kalangan sahabat dan kawan-kawan dan semestinya orang yang bersemangat waja untuk menempuh 2014.
|
2014 Berganjak lagi umur ku..ekeke...
koleksi Instagram punya : hazwanhairy |
Terima kasih sudi baca entry ni sampai habis terima kasih semuanya.. hehe
SEMOGA TAHUN 2014 LEBIH BERMAKNA BUAT DIRI KITA SEMUA
BIARKAN KENANGAN 2013 TERSEMAT DALAM DIRI KALIAN
BUANG BUKU LAMA BUKA BUKU BARU
ALL THE BEST
KEPADA KORANG SEMUA READERS, PENGOMEN, FOLLOWERS