Saturday, August 26, 2017

RESEPI IKAN PATIN MASAK LEMAK CILI API

RESEPI IKAN PATIN MASAK LEMAK CILI API | RESEPI MUDAH IKAN PATIN MASAK LEMAK 

Untuk entry kali ni nak kongsi resepi ikan patin masak lemak cili api.Dah banyak resepi kalau dekat google macam macam orang buat ada juga yang copy paste ayat ( yang tu teruk )..haha..Nak kongsi juga sebab ni kami yang masak sendiri.haha.. Ikutkan nak buat ikan patin masak tempoyak tapi tempoyak pulak tak dak jadi terhasilah masak lemak cili api.


Bahan bahan mudah untuk hampa yang nak cuba nanti.

Bahan Bahan:
- 1 ekor ikan patin
- Santan 
- Serai
- Kunyit hidup 
- Serbuk kunyit
- Cili api
- Bawang besar
- Bawang putih 
- Daun kunyit
- Gula
- Garam


Cara cara dia , mula sekali kisar atau tumbuk dulu cili api,bawang putih, bawang merah dan kunyit hidup. Kemudian panaskan kuali dan terus masuk bahan bahan yang dikisar/ tumbuk tadi.Sampai dah rasa wangi sikut boleh masukkan air, santan,serai, serbuk kunyit masak sehingga mendidih barulah masukkan ikan. Ikan tak boleh lama lama nanti dia lembut dah tak sedap. Lebih kurang 7-10 minit dah siap. Sebelum tu boleh letak garam, gula dan biarkan masak.

Tak banyak bahan bahan jadi hampa boleh la cuba buat juga. Kebanyakkan bahan bahan ni memang dah ada dalam peti ais bagi kami lah.Seminggu sekali beli bahan bahan mentah lepas tu buat la apa boleh buat..haha.

Selamat mencuba!!...






INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :hazwan943@yahoo.com.my 

Wednesday, August 16, 2017

TEMPAT MAKAN DI CAMERON HIGHLAND | 200 SEED CAFE BY ABANG STRAWBERRY CAMERON HIGHLAND

200 SEED CAFE BY ABANG STRAWBERRY CAMERON HIGHLAND | TEMPAT MAKAN BEST DI CAMERON HIGHLAND


Kalau pergi Cameron Highland jangan lupa singgah sarapan pagi, tengah hari atau santai petang dekat 200 seed cafe by Abang Strawberry ok. Menu yang di sediakan di sini semua best best.Menjadi lokasi pilihan pelancong kalau berkunjung ke Cameron Highland sekarang ni.


Sempat singgah hari tu nak sarapan pagi tapi terlebih pukul 11 pagi pulak jadi tak dapat nak merasa menu sarapan pagi yang menarik perhatian tu.Kami pilih mana yang ada ja yang pasti sedap kena dengan tekak kami.





Kawasan yang di kelilingi dengan perumahahan kampung dan ladang ladang strawberry yang sangat sejuk jadi hampa boleh makan sambil feeling..hahaha.Kalau rasa nak petik petik strawberry sendiri pun disediakan di sini.

Masa pergi aritu ramai orang dalam cafe ni bahagian depan penuh dan bahagian belakang pun penuh.Hampa tengok la sendiri gambar yang sempat kami ambil ni.Tu ja lah nak kongsi untuk kali ni kalau nak pergi boleh waze saja 200 seed cafe dia atas..






Selamat bercuti ok..Jangan stress kalau sabtu ahad jem tau.haha

Facebook : 200 SEED CAFE BY ABANG STRAWBERRY

Link di bawah boleh tengok penginapan.

COPTHORNE HOTEL CAMERON HIGHLAND





INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :hazwan943@yahoo.com.my 

Saturday, August 12, 2017

SHORT VACAY | COPTHORNE HOTEL CAMERON HIGHLAND

COPTHORNE HOTEL CAMERON HIGHLAND | HOTEL DI CAMERON HIGHLAND


Berkesempatan ber "short vacay " ke Cameron Highland baru baru ni macam lama sangat tak bercuti. Ada yang tercari cari penginapan dekat Cameron Highland atau tempat menarik di Cameron Highland ke? Entry ni nak review salah satu tempat penginapan yang boleh anda cuba kalau nak p Cameron Highland.


Untuk penginapan kami pilih Copthorne Hotel oleh sebab nak merasai satu malam di sini apa yang best..haha. Copthorne Hotel merupakan salah satu resort terbesar dan juga tertinggi di Cameron Highland di kawasan Brinchang.Terdapat pelbagai kemudahan yang di sediakan di Copthorne Hotel seperti kolam renang, gymnasium, ruang metting, spa dan banyak lagi lah..Tak try pun semua ni..haha

Bilik luas boleh masuk 1 family juga ..hehe











Haaa kalau hampa nak tengok permandangan indah dekat Cameron Highland boleh try amik penginapan di sini, lagi tinggi lagi jelas permandangan yang hampa nampak.Macam kami amik ni ja lah view yang dapat..haha



Copthorne hotel terletak berdekatan dengan Kea Farm dan laluan utama di kawasan Cameron highland. Untuk ke Pekan brinchang ambil masa lebih kurang 5 minit kalau tak jem.Berdekatan dengan taman rama rama dan macam macam lagi lah..


Selamat bershort vacay ok!!

klik link nak double check harga ----> Copthorne Hotel Cameron Highland




INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :hazwan943@yahoo.com.my 

Wednesday, August 2, 2017

FONDANT CUPCAKES | 14 GAMBAR CUPCAKES FONDANT YANG SANGAT AWESOME

FONDANT CUPCAKES | CUPCAKES FONDANT MURAH 

Entry hari ni kami nak promote sikit fondant cupcakes yang awesome ni untuk hampa semua yang tercari cari dekat mana nak buat tempahan cupcakes fondant yang sangat sangat lawa dan sangat murah. Sesuai untuk sebarang majlis dan yang paling penting boleh buat ikut tema apa yang hampa nak.. Dengar kata segala jenis bentuk fondant boleh buat tau hampa cuma bagitau benda apa nak letak ja.
tema dia tailor..sangat teruja wehhh....

Ada berpuluh puluh contoh fondant cupcakes yang depa dah buat tempahan dari customer.Kalau hampa berminat nak tengok boleh terus pegi ig madyloncupcakes.


selit birthday sekali alang alang

beli untuk makan makan..sedappp

Perisa pulak yang kami tau lah ada beberapa jenis perisa yang hampa boleh cuba contoh pilihan seperti vanilla,red velvet , chocolate ini untuk cupcakes jenis fondant. Kalau tak mau fondant cuma nak yang biasa ada juga tau hampa boleh tengok dekat instagram terus.

Sempat 'curi' beberapa keping contoh tema yang sangat sangat menarik perhatian aku.Sebenarnya semua lah lawaa kalau nak letak semua gambar mau berat blog kami nanti..hahaha













Apamacam tergugat nak feeling feeling ada cupcakes cantik macam ni tak untuk diri sendiri? kalau tuk diri sendiri boleh order sendiri..haha..Nak tunggu kawan kawan kau bagi tak tau bila boleh dapat kan so demi kepuasan diri sendiri apa kata hampa p order dan buat tema sendiri..

Instagram ----> madyloncupcake

Sangat sangat teruju dengan hasil yang depa buat! Kreatif sunggoh! Semoga bisnes kalian makin maju jaya...Nanti kami nak oder lah untuk suprise..

Dah baca? p share lekas..



INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :hazwan943@yahoo.com.my