Thursday, November 29, 2012

MENCARI KERETA SEWA DI KUCHING


KERETA SEWA DI KUCHING

Pejam celik, pejam celik dah nak sampai masa untuk vacation @ Kuching Sarawak. Hari ni baru  sibuk nak cari kereta sewa dekat sana. Hotel semua dah settle tinggal ni saja yang tinggal, kalau tak da kereta sewa susah lah, tak kan nak jalan jauh naik bas kot, amik masa yang lama juga tuh kalau dengan kereta senang ja boleh ikut suka hati.
en google..ada ke kereta ni..haha
Sabtu pagi ni berangkat ke sana untuk tempoh yang agak lama juga lah 4h3m weh nak buat apa kat sana lama-lama ntah..haha.. .Ikutkan pegi 7orang last-last 2 orang ja pegi lagi 5 tiket burn atas sebab alasan-alasan yang ok dan xok..Abaikan mereka malas nak amik port janji aku hepy kan cuma terasa hati ja.. Nasib ada 2 orang member lagi kat kuching tu..Tak sabar gila nak jalan-jalan , shopping -shopping kat sna.

Pergi balik rm60 sahaja ! murah kan sebab tu senang-senang ja burn.

Korang ada tak cadangan dekat mana boleh dapatkan kereta sewa yang murah selain en google. Mana nak tau kan korang yang tengah baca entry ni ada buat bisnes kereta sewa boleh juga tolong rekeman kan. Senang sikit nak berhubung kalau tak terpaksa lah cari dekat sana bila dah sampai Kuching nanti.

Haa ada tak blogger dari kuching? kalau ada tuh meh lah roger-roger boleh bawa jalan-jalan sana.Lagipun ni 1 st time sampai kuching *malunya..haha..Nak ole-ole dari kuching tunggu entry berikutnya.



Wednesday, November 28, 2012

SAYS.COM | CASH OUT IS COMPLETE


SAYS.COM | CASH OUT | CARA DAFTAR SAYS.COM | CARA SHARE IKLAN SAYS.COM

Alhamdulillah dah terima pun duit dari says.com yang aku cash out 2 minggu lepas. Sangat pantas proses dari dorang aku ingatkan lama proses ni, 21 / 11 hari tu dah masuk pun. Ini adalah cash out pertama sejak aku buat acc tuk says ni 2 bulan lepas kalau tak silap walaupun tak banyak rasa bersyukur sangat sebab duit ni mampu tampung aku nak servis kereta dan bawa g bercuti- cuti kat Kuching nanti..hehe


Macam tau-tau ja kan "bini" nak kena servis untuk kali kedua.Bila dah ada tanggungjawab ni macam-macam nak kena pikir dan susun strategi terutama bab duit. Nasib lah duit say ni ada boleh juga cover sikit-sikit kalau tak tak mampu lah nak buat simpanan tuk bulan ni..haha..Berapa yang aku dapat tu biarlah aku saja yang tahu malas lah nak tayang seketul-seketul..hehe

korang ada buat says juga ke? kalau belum lagi tuh meh aku ajar kan..Boleh tengok cara-cara nak daftar says.com ni. ----> CARA-CARA DAFTAR & SHARE IKLAN SAYS.COM


Tuesday, November 27, 2012

CARA-CARA SHARE LINK IKLAN SAYS.COM | DAFTAR SAYS.COM


DAFTAR SAYS.COM | CARA-CARA SHARE LINK IKLAN SAYS.COM

Korang yang mana belum join lagi says.com ni boleh lah join secepat mungkin if korang nak buat duit or tambah duit dalam poket masing-masing..Di sini aku nak ajar korang yang mana xtau lagi cara-cara nak daftar says.com ni dan cara nak sahre iklan korang...Simple dan jelas.

Cara daftar says.com
1. Mula- mula korang kena daftar dulu dekat website ni -----> http://says.com/my
2. Pastu korang akan nampak sign up now yang kaler hijau macam kat bawah ni..tekan-tekan!


3. Lepas tu korang masukkan lah maklumat yang diperlukan. Yang username tu boleh lah korang masukkan nama glamer korang tuh.. Dah siap semua tekan create my account yang kat dalam kotak kuning tu..

Siap sudah korang daftar.. Mayb korang kena verify dulu acc ni nak bagi aktif , so korang buka lah email korang aktifkan acc ni..Then selesai !!...pastu korang leh daftar masuk macam biasa..


Cara nak share iklan korang..
1. korang nampak special yang aku 4 segikan tu? haaa tekan yang tu na..


 2. Pastu kuarlah iklan-iklan korang tuh...Iklan tu kena lah korang share dulu baru leh dapat duit korang...sebelum seterusnya tengok sini dulu sbgai rujukan tengok ----> SINI dan SINI

3. Iklan yang complete dah xleh guna tau korang abaikan just tekan iklan yang tinggal days left saja...tengok kat bawah ni..


4. Contoh iklan kat bawah ni ea...Pastu korang kena tekan dlu broadcast yang dalam kotak hijau tu tuk then keluarlah macam ni ----http://bit.ly/TZbL52

Kalau nak copy link boleh ikut step seterusnya di bawah.


Tekan share kat atas tu akan keluar macam kat bawah ni.

Tekan share tu akan keluar macam kat bawah ni.



Itu saja yang dapat aku bantu korang semua yang mana rasa berminat nak buat tuh..hehe.Kalau nak share iklan suruh orang tekan-tekan tu makesure jangan main kotor k kang xpasal-pasal kena marah..haha .
Boleh tengok SINI, SINISINI SINI, SINI , SINI,

Monday, November 26, 2012

KALENDER 2013 DR HAZWANHAIRY.COM | BOX CREATIVE


KALENDER 2013 | HAZWANHAIRY.COM | BOX CREATIVE

Hari ni nak tunjuk kat korang kalender 2013 dari hazwanhairy.com | Box Creative yang akan diberikan kepada blogger-blogger bertuah. Macam mana korang nak dapatkan calender eksklusif ni nantikan entry yang akan di publish kelak.. Hope korang sudi untuk terima kalender ikhlas dari kami ni.

Serba sedikit ulasan mengenai design kalender diatas. Design tersebut sedikit sebanyak dapat membantu memperkenalkan produk-produk dari box creative kepada korang yang berminat untuk menggunakan khidmat dari kami. Sekarang sedang giat mempromosikan produk- produk tersebut dengan potongan harga yang berpatutan. Dalam masa yang sama boleh juga memperkenalkan blog hazwanhairy.com ni kepada orang yang melihat kalender ni..

Kepada korang yang berminat nak tempah kalender design blog anda sendiri boleh lah menghubungi kami. LIKE le page kat bawah ni kalau sudi..

PAGE : BOX CREATIVE 
CALL : 017-4223101
EMAIL : hazwan943@yahoo.com.my
               ihcube.ent@gmail.com

WEBSITE :http://ihcube.com

Cepat-cepat order selagi % masih ada PM me ok....



Sunday, November 25, 2012

SENARAI LAGU FINAL ANUGERAH JUARA LAGU 27


SENARAI LAGU FINAL ANUGERAH JUARA LAGU 27 | LAGU FINAL AJL 27 2012

credit to google
Anugerah Juara Lagu ke 27 yang akan berlangsung pada 6 Januari 2013

1. Idola ( Azlan n the Typewriter )
2. Pelangi senja ( Stacy )
3. Terukir di bintang ( Yuna )
4. Anak kampung ( Jimmy palikat & One Nation Emcee)
5. Ombak Rindu ( Hafiz & Adira )
6 .Tanpamu ( Amir Jauhari )
7. Lagu ( Bed Room Sentuary )
8. Teman Pengganti ( Black & RJ )
9. Ku Akui ( Hafiz )
10 .Simetri ( Hazama & Amy Seach )
11. Andai ku Bercinta Lagi ( Mojo )
12. Patah Seribu ( Shila Amzah )


MEGA GIVEAWAY DARI WWW.YANAYASSIN.COM


Segmen Giveaway kelima untuk kali ni dari blogger femes Yana Yassin . Sebenarnya dah lama nak join GA dari yana ni tapi akibat kekangan masa so tak sempat nak buat entry . Tapi akhirnya dapat juga aku join GA dari blogger femes ni. Yana ni 1st time aku jumpa hari tu beliau sangat sporting ok ramah tamah ,mesra ooo .

Untuk GA beliau kali ni pelbagai hadiah ditawarkan tau ada ole-ole dari Beijing, Korea, Singapore , Pangkor , Cameron Highland, dan banyak lagi lah kalau aku taip panjang lak baik korang g tengok sendri segmen ni.. Kalau korang bertuah dapat lah hadiah semua tu dari beliau kalau tak bertuah dapat kenal pun jadi lah kan..hehe...

Ceritakan pengalaman manis/masam korang dalam dunia blogging ni

 Manis
- Macam-macam perkara manis yang terjadi semasa aku berblogging ni kalau nak cerita ni memang sampai esok pun tak abis menaip..haha..Paling manis bila blog direview oleh majalah , dapat kenal ngan blogger-blogger yang sporting yang sentiasa keep in touch walaupun di dunia maya ni sahaja. Yang masam plak bila ada seorang pembaca yang memberi komen tidak puas ati serta cercaan yang boleh menjatuhkan semangat tapi aku anggap itu satu semangat untuk aku terus mencapai apa yang aku inginkan..


Itu saja serba sedikit yang boleh di kongsi kepada korang. hehe..Meh kita ramai-ramai meriahkan segmen dari blogger femes ni ----> yana yassin

tag : Mama maszull
       Jiwalara

       leeza

SEGMEN FOLLOW DAN BLOGWALKING OLEH MIALIANA.COM


Segmen ke empat yang aku join ni datang dari blog akak Mia Liana.com . Baru terpersan segmen yang dianjurkan ni datang plak dari blogger femes haruslah join..haha. Sekali skala join segmen dar blogger tak salah pun tak perlu lah kot nak cakap sebab kenapa kan, aku pun dah rasa bosan nak menaip benda yang sama..haha..Yang pasti korang akan dapat banyak kelebihan bila join mana-mana segmen or contest. Selain tu dapat juga support mana-mana segmen dari blogger .


Nyatakan apa yang anda suka di blog ni?
Blog akak la kan.! Okeh cek nak jawab ni..
Blog akak ada macam-macam cerita, informasi yang berguna untuk kami sebagai blogger baru yang mula nak bertapak ni. Lagi plak blog akak tersangat femes ,kalau tak xkan lah boleh tercalon dalam digi wwwwow award kan..hehe..Lagipun blog akak dah lama bertapak dalam dunia blog ni pelbagai tips mengenai blog boleh dapat dalam Mialiana.com.

Jumlah followers? Ini dia..hehe



Jum join boleh klik sini gak ---> http://www.mialiana.com


NABILA MEDAN'S GIVEAWAY


Segmen Giveaway  ketiga yang aku join datangnya dari blog Nabila Medan . Kalau korang berminat nak join Giveaway ni boleh lah segera menaip entry . Mana nak tahu kan kalau ada rezeki anda korang dapat lah hadiah yang ditawarkan. Hadiah plak hebat-hebat tau korang jangan lupa nak join GA ni kalau rezeki korang untuk hadiah tak de , korang juga boleh tambahkan followers blog or kenal ngan kawan-kawan baru. Tak perlu lah aku nak ulang benda yang sama dalam setiap entry lah noh sebabnya kenapa..hahaha...


Nabila medan ni sporting juga tau selalu nampak beliau dekat my page..hehe...Blogger yang sangat femes ni kalau korang tak join rugi lah. Salah satu platform untuk orang lain kenal blog korang juga if korang dekatkan diri ngan blogger-blogger cam nabila ni...


Apa tuggu lagi klik sini ---> http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/

Segmen dari blog hazwanhairy.com akan muncul ^^

FULL MOVIE MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU KEDUA



FULL MOVIE : MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU KEDUA


Maharaja lawak Mega 2012 yang di hoskan oleh AC Mizal bersiaran langsung di Astro Warna 132 , Astro On The Go dan Mustika HD. 

Senarai 11  peserta Maharaja lawak Mega 2012 minggu Kedua :

1. Jozan ( Johan & zizan )
2. Jambu ( Tauke & Yus )
3. Boboi ( Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki & Nabil )
4. Shiro ( Shahrul & Ajak )
5. Sabon ( Sathia & Abon )
6. R2 ( Rahim & Wan Lopez )
7. Pi Mai ( Imuda & Man Over )
8. Saywho ( Eko , Vicha & Bocil )
9. Dadidu ( Bobo, AR Badul & Arif Sudin )
10 . Bandung Jokers ( Dodon, Amin & Aman )
11. Balas ( Shuk, Fendi & HazOne )





FULL MOVIE MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 : MINGGU PERTAMA


FULL MOVIE MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU PERTAMA


FULL MOVIE : MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU PERTAMA


Maharaja lawak Mega 2012 yang di hoskan oleh AC Mizal bersiaran langsung di Astro Warna 132 , Astro On The Go dan Mustika HD. 

Senarai 11  peserta Maharaja lawak Mega 2012 minggu pertama :

1. Jozan ( Johan & zizan )
2. Jambu ( Tauke & Yus )
3. Boboi ( Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki & Nabil )
4. Shiro ( Shahrul & Ajak )
5. Sabon ( Sathia & Abon )
6. R2 ( Rahim & Wan Lopez )
7. Pi Mai ( Imuda & Man Over )
8. Saywho ( Eko , Vicha & Bocil )
9. Dadidu ( Bobo, AR Badul & Arif Sudin )
10 . Bandung Jokers ( Dodon, Amin & Aman )
11. Balas ( Shuk, Fendi & HazOne )

Saturday, November 24, 2012

PENCARIAN BLOGLIST DISEMBER NURFARA HANI


Segmen kedua yang aku join untuk hari ni dari Nurfara Hani.. Kalau korang berminat nak masuk bloglist beliau boleh segera mengjoinkan diri  dalam segmen bloglist disember ni.. Beliau ni seorang yang sporting selalu datang blog aku komen-komen . So bagi korang yang nak dia masuk blog korang komen-komen boleh join segmen ni.. Tak rugi tau kalau join mana-mana segmen blogger untung-untung korang dapat followers dan rakan-rakan blogger baru. Jadi apa tunggu lagi marilah kita sama-sama meriahkan..

Tekan sini --------> http://nurfara-hani.blogspot.com/

Support kawan-kawan blogger apa salahnya kan ..

SEGMEN BW CUTI-CUTI BY EMAS PUTEH


Segmen pertama yang aku nak join minggu ni dari Emas Puteh . Hari ni saja aku nak join mana-mana segmen or contest or sebagainya dari blogger, mohon korang jangan benci lihat entry-entry aku ni ea..hahaha... Macam aku cakap dalam entry segmen sebelum ni, tak salah kalau korang join mana-mana segmen sebabnya korang boleh tambah bilangan followers dan kenal ngan kawan-kawan baru. Dalam pada tu korang boleh dapat traffic free if dorang buat list ..hahaha...


Jadi apa tunggu lagi meh tekan sini ---> http://www.kisahemasputih.com/

Sapa lagi buat segmen or contest meh taq aku.. :p

Friday, November 23, 2012

AIRASIA FABULOUS FLY DAY


AIRASIA


Sekali lagi AirAsia buat promosi  airasia Fabulous Fly Day untuk percutian akhir tahun 2012. Sebelum ni airasia ada buat juga pada 2  Nov lepas penerbangan ke Pulau Langkawi , Kuala Terengganu , Phuket dan Bali. 

Untuk air asia fabulous 23 Nov, tarikh booking cuma sehari sahaja dan travel still sama macam yang sebelum ni 1 Dis - 31 Dis 2012 bagi penerbangan ke Kuala Terengganu, Bandar Aceh, Hat Yai dan Krabi.

Bagi korang yang nak menghabiskan cuti tahun 2012 boleh lah memilih destinasi yang sesuai untuk percutian anda bersama-sama family, kawan dan sebagainya..

Boleh klik sini ------> AIRASIA



JADUAL PENUH PERLAWANAN AFF SUZUKI CUP 2012


JADUAL PENUH PERLAWANAN AFF SUZUKI CUP 2012 | AFF SUZUKI CUP 2012


DESIGN BY : BOX CREATIVE & HAZWANHAIRY.COM

Thursday, November 22, 2012

DIGI PREPAID SMARTPLAN | CPUV/BUFFERED EARNING


DIGI PREPAID SMART PLAN | BUFFERED EARNING

Setelah lama Buffered Earning ( BE ) tak muncul akhirnya en Nuffnang bermurah hati sedekah Digi Prepaid Smartplan for the next BE... Jutaan terima kasih dekat nuffnang sebab mempercayai blog hazwanhairy.com . Masa aku taip entry ni langsung tak rasa pape pn macam tak excited dapat BE tak tau kenap boleh korang jawab? hahaha....

Untuk korang yang nak juga BE ni dari en nuffnang korang kena lah selalu baca tips-tips nak dapatkan BE kalau ada rezeki dapat lah kalau tak dak berusaha kearah lain .Sekarang ni dah banyak sumber yang boleh dapatkan duit ni tapi aku tetap setia ngan Nuffnang walaupun !! haha...Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan ni walaupun tak banyak macam blogger-blogger hebat lain .Mohon nuffnang bagi lagi BE untuk seterusnya k...sayang nuffnang ketat-ketat :p

Kalau korang berminat nak tukar kepada Digi prepaid smartplan ni boleh lah korang tgk website digi..Ada pengguna digi cakap digi ni terbaik tau selalu bagi bonus jadi apa tunggu lagi kalau nak bertukar line hp tu boleh pilih digi sebagai pilihan anda... Boleh tengok website ni ---> DIGI PREPAID SMARTPLAN

Jangan lupa tekan-tekan kalau nampak..ngee
Nak tips? ------->TIPS DAPATKAN BUFFERED EARNING

Wednesday, November 21, 2012

PUNCA MALAYSIA SERI DENGAN BANGLADESH


Wordless Wednesday
HAHAHAH....

RESTOREN AYAM PENYET RIA TIDAK HALAL?


RESTOREN AYAM PENYET RIA | TIDAK HALAL? 

Hari ni nak berkongsi sedikit maklumat yang aku dapat ni mengenai isu Restoren AP Ria Sdn Bhd ( Ayam Penyet )  yang disahkan tidak halal dan tidak mendapat sijil halal daripada pihak JAKIM.. Apa betul isu ni ? Dah keluar dekat tv or belum? or korang dah tengok dekat fb macam aku?  tidak dapat dipastikan hanya orang-orang tertentu saja boleh jawab isu ni.. Di sini aku sertakan post dari ustaz dan komen dari pihak Ayam Penyet AP untuk korang lihat...




p/s: setiap miggu aku makan Ayam Penyet AP ni area TSB Sg Buloh .hahaha..

Tuesday, November 20, 2012

TEMA BLOG HAZWANHAIRY.COM?


TEMA BLOG HAZWANHAIRY.COM
Entry kali ni nak menjawab soalan dari seorang member fb kepada aku berkenaan dengan tema blog yang aku uruskan ni...
Blog aku ni boleh dikategorikan sebagai umum,  apa saja yang boleh dikupas tak kisah pe jua topik-topik yang menarik asalkan memberi pengetahuan dan ilmu. Pada mulanya blog aku ni berkisarkan tentang kehidupan seharian aku. Jujur aku cerita dan berkongsi bersama-sama serta meluahkan tentang apa jua yang terbuku dan yang tersirat dalam hidup aku ni.

Nama pun liku-liku kehidupan kan jadi mestilah tentang kehidupan penulis ni..hehe. Dengan tagline "sejuta langkah kembara impian hazwan hairy " memberi kekuatan untuk aku terus melangkah ke hadapan demi mencapai impian yang pasti suatu hari aku akan kecapi dengan izin dariNya.

Tapi sekarang blog dah berubah sedikit demi sedikit dan masih mencari lagi identiti untuk blog hazwanhairy.com ni..
Untuk korang yang belum tahu lagi di sini nak terangkan serba sedikit tentang blog ni ,kadangkala apa yang aku nak kongsikan kepada pembaca adalah mengenai iklan-iklan semasa, informasi semasa , tips-tips, punca or sebab , berita yang pembaca belum tahu lagi serta informasi-informasi lain yang boleh beri korang semua informasi.. Boleh cheak di Label di sitebar kalau korang nak tahu lebih lanjut..


Itu sahaja jawapan ringkas yang boleh aku jawab..Terima kasih atas sokongan kalian semua ^^


Monday, November 19, 2012

BANNER KONSERT DATO CT | BOX CREATIVE


Konsert Siti Nurhaliza @ Bukit Gambang Resort City 9 November
Siti Nurhaliza LIVE in Kuantan 2012..

Tekan untuk gambar yg jelas
Cantik x?

Banner yang dihasilkan untuk konsert Siti di Kuantan pada 9 November 2012 lepas bertempat di Bukit Gambang Resort City . Kepada korang yang nak tempah banner macam ni boleh lah berurusan dengan saya, untuk keterangan lanjut boleh lah korang tengok butiran di bawah..

PAGE : BOX CREATIVE 
CALL : 019-3483807
EMAIL : hairyzachary@yahoo.com

Kepada Fans-fans Club tu boleh lah dapatkan khidmat kami ni..

Banner yang di hasilkan untuk customer pasti tidak akan mengecewakan..Sesetengah banner setelah print gambar akan nampak kembang tapi setakat ni Alhamdulillah respon dari customer semua baik-baik belaka..Terima kasih korang yang mana bantu memberi sokongan dan kepercayaan kepada kami..

Untuk tempahan lain-lain yang sedang hangat dipasaran boleh tengok entry dibawah..
TEMPAHAN POCKET CALENDER 2013
TEMPAHAN BOOKMARK








YEAR END SALE 20% FIREFLY


YEAR END SALE 20% FIREFLY


Bagi korang yang belum tahu lagi firefly ada buat 20% off untuk mana-mana penerbangan boleh lihat dalam link ini -----> http://www.fireflyz.com.my/
Tempahlah dengan segera untuk percutian anda pada tahun 2013...



p/s: Baru lepas usha-usha ticket ke Koh Samui mahal juga lah :p


Saturday, November 17, 2012

BAYI MAUT DISIMBAH ASID | SERANGAN CINTA




KOTA KINABALU: Berang cintanya dihalang, seorang pemuda bertindak gila apabila menceroboh rumah keluarga teman wanitanya, lalu menyimbah sebaldi cuka getah ketika keluarga berkenaan tidur di ruang tamu, menyebabkan seorang bayi berusia enam bulan yang juga adik kekasihnya maut manakala kakak dan ibu bayi itu parah
.
Dalam kejadian di Kampung Gaur, Kota Belud, jam 5 pagi pada Rabu lalu, bayi berkenaan, Johrsin Hortelano, maut selepas enam jam dirawat di Hospital Kota Belud akibat melecur teruk di muka.

Ibu bayi itu, Virgnia Alegada, 39, dalam keadaan kritikal dan kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu dan seorang lagi anaknya, Jezel Hortelano, 12, dirawat di Hospital Kota Belud dengan keadaannya dilaporkan stabil.

Bagaimanapun, kata sumber, teman wanita suspek yang turut tidur di ruang tamu rumah berkenaan ketika kejadian tidak cedera.

Menurutnya, ketika kejadian, semua 10 beranak itu termasuk teman wanita suspek, tidur di ruang tamu rumah itu dan suspek menyimbah cuka getah melalui tingkap terbuka.

#sumber metro

Friday, November 16, 2012

MAS A380 FLIGHT FROM REMYHAZZA


Rasa gembira tak terhingga bila nak start menaip entry ni ..Haha.. Ini adalah kali ke 3 aku dapat hadiah dari blogger then kali ni hadiah dari blogger remmy hazza di atas kejayaan aku dapat tempat kelima GA beliau Haaa GA ni dikira sapa yang bertuah tau Random okeh kalau tempat kelima pun terpilih dikira sangat-sangat bertuah lah bila terpilih..Tengok sini-----> SENARAI PEMENANG


Syukur alhamdulillah aku sangat gembira bila terima hadiah ni...Hadiah yang aku dapat ni replika kapal terbang tau. Aku sangat-sangat minat replika flight kalau nak beli memang tak mampu lah.hehe. Klau mampu pun yang murah tu pun klo nasib ada jumpa lah kedai yg murah before ni aku beli Air asia n Firefly mahal juga lah Mas belum ada lagi ..Sungguh tak sangka bila akhirnya aku dapat replika ni boleh lah aku letak dalam "bini" aku nanti.....hehe...
Boleh lah aku berangan terbang ke London bersama A380 ni...haha
jgn jeles ok .. :p

Sejuta terima kasih buat blogger remmy hazza atas hadiah yang diberikan ni..Kepada korang yang belum kenal lagi remy ni sila lah berkenalan. Blogger yang sangat sporting dalam dunia penulisan ni. Pelbagai cerita korang leh dapat dalam blog beliau tapi aku suka bila ada entry mengenai makanan terliur tengok makanan yang sedap-sedap tuh..hehe..

GA ni buat aku menang --- > JUM FOLLOW AKU CUMA SEORANGG KULIKUTIF

 

Thursday, November 15, 2012

TEMPAHAN BOOKMARK | BOX CREATIVE


5hari off blog hari ni baru sempat nak update semula , first sekali nak mintak maaf dekat korang semua sebab 5 hari xmasuk komen-komen kat blog korang kan maklumlah sebab ada perkara yg tak dapat nak dielalakkan tp sebelum ni if aku tergelam timbul aku tetap masuk kan haaa tu tandanya pembaca setia juga tau kat blog korang..hehe..


Hari ni nak promote sikit tempahan bookmark yang dah disiapkan ni .Bookmark yang ditempah juga oleh ika pemilik blog http://ikapukpuk.blogspot.com .Sebelum ni ada entry mengenai tempahan pocket calender yang di tempah oleh beliau juga kepada korang yang belum lagi tengok boleh klik sini ----> tempahan Pocket Calender 2013

Kalau korang berminat nak dapatkan pocket calender dan bookmark dari beliau korang leh join contest yang dianjurkan beliau boleh buat kenangan tau benda tu..

Kepada korang yang nak tempah Bookmark & Penanda buku dan sebagainya korang boleh tengok butiran dibawah ni..


PAGE : BOX CREATIVE 
CALL : 0174223101
EMAIL : hazwan943@yahoo.com.my
               ihcube.ent@gmail.com
WEBSITEhttp://ihcube.com

Bilangan tempahan mengikut anda...

Harap korang semua dapat support..hehe
Like ok! ...


Saturday, November 10, 2012

6 INVITATION WEDDING BADGE UPSR 2000


Bulan ni saja kawan - kawan aku 8 orang berkahwin tapi hanya dapat 6 invitation saja yang lagi 2 mayb terlupa kot xpelah mungkin wakil dekat sapa-sapa ke..Insyallah aku akan hadir juga ke majlis korang cuba ada 2 majlis ja mayb tak dapat nak datang atas sebab yang tak dapat dielakkan.

Selamat Pengantin Baru korang semua semoga bahagia hingga akhir nyawa bersama pasangan masing-masing...



Tahiah Hawa & Razdi


Hawa ni kawan sekampung time sekolah tadika, rendah , menengah sampailah tingkatan 6. Bertemu jodoh dengan Didie juga classmate hawa dan aku masa kami form 6 dulu.. Tak sangka korang akan jadi suami isteri 4 tahun korang bercinta kan..wah dalam diam-diam tengok-tengok dah kahwin...hehe


Tahniah Noraini & Boy
Noraini pun sama kawan sekampung, time sekolah tadika, rendah, menengah juga . Dalam diam-diam bertemu jodoh dengan budak kampung sebelah ..hehee....Dengan dia ni rapat sikit dari yang lain sebabnya dia ni macam AJK dalam group badge kami kena handle sikit-sikit program jadi perlu selalu berhubung dengan pengerusi sapa lagi kalau bukan aku..ahahaha


Tahniah Aminah & pasangan
Aminah ni pun lebih kurang juga lah kawan time tadika dan sekolah rendah badge sekali cuma dia ni time sekolah menengah ja ke sekolas asrama penuh..Maklumlah 5A kan aku dapat A sikit ja..hahaha....Jumpa pun bila time reunion badge upsr kami ja...




Tahniah Fairuz & Firdaus
Fairuz ni sama lah macam noraini dan hawa kalau aku taip pun sama juga kan...haha...Jodoh beliau pulak dengan senior aku time sekolah menengah ni pun aku tak sangka juga tengok-tengok dah dapat invite kahwin. Tahniah lagi buat korang tapi nak mintak maaf dekat peoihh sebab kenduri dia aku tak boleh pegi time tu aku otw nak g sarawak...


Badge UPSR 2000
Keseluruhan : 31 orang
Hadir : 19 orang
pic 2 tahun lepas nampak macam budak-budak..erghhh!! ahha
Dari kiri berdiri : Deris ( dah kahwin ) aman , wan , men, bob (belum ) azri (dah kahwin ) fendy, rahim, parin , aku (belum)
Fairuz ( otw kahwin ) faiz ( belum )
duduk dari kiri : ezan, shikin, milia (belum ) aminah, noraini (otw ) sarah ( belum ) hawa (otw )

p/s: Itu saja entry untuk hari ni aku nak siap-siap balik Penang japg untuk attentd majlis dorang.. Doakan perjalanan aku selamat sampai.. Korang jangan tanya aku bila plak ea nanti dah tiba masa korang ucaplah tahniah ok...haha...

Mungkin juga aku jarang on9 sehingga hari selasa ni kalau tak sempat BW komen kat korang tu sory sangat-sangat nanti aku komen sekaligus okeh ......Assalamualaikum


Friday, November 9, 2012

LABEL BLOG HAZWANHAIRY.COM


Seharian aku buat label untuk blog hazwanhairy.com ni betapa sungguh aku tak da kerja lah lagipun kalau buat apa-apa tu aku tak kan biar tertinggal mesti disiapkan semua walau apa pun terjadi.. Akhirnya siap sudah label-label entry di dalam blog hazwanhairy ni tanpa gangguan dari mana-mana pihak..hehe...

see

Macam dah ketinggalan plak nak hasilkan label untuk blog padahal ramai dah guna. Tapi yang aku guna ni paling biasa punya saja nak labelkan sebab senang nak baca apa-apa yang berkaitan. Kadang-kadang aku kalau modd hilang aku akan baca balik entry-entry yang boleh buat aku tersenyum macam-macam kenagan yang ada dalam ni suka, duka dalam kehidupan.. 

Nak cerita mengenai label-label penting / yang korang leh dapat informasi 

BERITA - Blog aku ni kadang-kadang aku selitkan juga berita-berita hot dekat paper sebagai bacaan korang juga kan kot-kot dapat sesuatu ke dari pembacaan tu jadi tak salah kot copy dari situ..

INFORMASI - Dalam kategori ni ada macam-macam info yang korang boleh dapat kebanyakkan yang korang tak tahu lagi 
contoh : kenapa pasangan suka bebel? kentang mampu membunuh? dan etc

INFORMASI SEMASA : Info-info menarik juga sama macam infomasi tadi tapi ada sedikit kelainan.

IKLAN SEMASA : Iklan ni bukan iklan yang klik-klik dapat 20sen tu tau tapi ikalan dimana korang boleh dapat informasi tentang apa yang akan berlaku di Malaysia
contoh : Megasale , exspo , larian dan etc

TIPS/PUNCA : Dalam ni bermacam-macam tips or punca kalau korang nak dapatkan boleh tengok sendiri yea tips nak gemuk ke,kurus ke,cantik ke,pikat laki or pmpn ke,gigi kuning ke, dan segalanya lah...

BOX CREATIVE : If korang memerlukan khidmat Printing & Advertising boleh tengok dalam page itu ea..Mana nak tau korang nak tempah bookmark, kad kahwin, calender, buku ,print novel, paper beg, banner, bunting, flyer ,baju dan macam-macam lagi lah tengok dalam tu noh..

IH EMPAYAR : Dalam ni , if korang nak tempah produk makanan seperti apam polcadot, cookies, cheese tart, batang buruk sabah, cupcake, kek kukus, coklat untuk majlis-majlis kenduri, birthday dan lain-lain boleh lah lihat dalam label tu ok..

ALKISAH - Cerita pasal liku-liku kehidupan hazwanhairy lah dah nama blog pun macam tu kan mesti ikut tema dia juga tapi tak de cerita pasal cinta-cinta ea oh no no no !! Boleh baca kalau berminat..haha

36 label


Yang lain-lain label tuh tak payah terangkan lah ea kang entry ni jadi panjang berjela korang bosan plak nak baca..hahaha..Tapi label-label lain tu hope korang tengok best weh semua isi dalam itu bukan nak tipu try lah tengok pasti buat anda tersenyum..hahaha...





DIBURU GUNA WANG PALSU




NUSAJAYA: Enam beranak diburu polis kerana disyaki menggunakan wang palsu untuk membeli-belah dan menjamu selera di sebuah pusat beli-belah di sini, tanpa menyedari gerak geri mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Kejadian berlaku Isnin lalu dan enam beranak itu membabitkan seorang lelaki, dua perempuan dewasa selain dua kanak-kanak serta seorang bayi. 

Mereka dikatakan berlagak seperti satu keluarga sedang bercuti dan berkunjung ke pusat beli-belah berkenaan untuk berbelanja di sekurang-kurangnya tiga kedai.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Asisten Komisioner Nor Hashim Mohamad berkata, ketika berurusan petugas di beberapa kedai didatangi enam beranak itu tidak menyedari pembayaran dilakukan menggunakan wang palsu.

“Hasil siasatan mendapati keluarga terbabit membuat pembayaran menggunakan wang palsu di tiga kedai di kompleks itu. Wang palsu yang mereka gunakan hampir menyamai wang kertas tulen berdasarkan warna, kualiti kertas dan ciri keselamatan lain seperti pelekat bersinar.


p/s : Macam ni pun ada ke? alahai memalukan saja...
#sumber...

Thursday, November 8, 2012

MBPJ EASY PAYMENT COUNTER


MBPJ EASY PAYMENT COUNTER..
Pagi tadi dengan tidak sengaja parking di tepi jalan area Kota Damansara atas sebab nak ambil barang tiba-tiba 5 minit kembali dekat kereta tengok dah ada surat cinta. Mula-mula ingatkan parking dekat situ selamat lah sebab tengok kereta memang banyak park dekat tempat yang sama. Mungkin hari ni bukan nasib aku jadi terima lah surat cinta itu dengan ikhlas..

en google sahaja nak snap malu aih..
Dapat ja surat cinta dari MBPJ tu bayaran kompaun rm100 dengan sepantas kilat terus google cari pejabat MPBJ dekat PJ ni jauh juga nak pergi balik rumah dulu kiranya bertuah juga lah kot hari ni terjumpa lori yang menyediakan khidmat bayaran apa-apa yang berkaitan dengan MBPJ.. Sungguh tak sangka kan macam sudah dirancang sahaja..haha..

MBPJ Easy Payment Counter memang sangat easy  sepantas kilat sahaja buat pembayaran di situ . Perkhidmatan macam ni agak sesuai lah dilakukan setiap minggu di satu-satu kawasan yang ramai orang agar memudahkan orang ramai nak buat apa-apa pembayaran. Kalau nak buat pembayaran melaui online pun boleh tapi susah lah nak dapat diskaun kan . Alhmdulillah selesai aku buat pembayaran dan dapat juga diskaun yang sepatutnya...

Selanjutnya boleh klik sini -----> http://www.mbpj.gov.my/web/guest/home

lokasi kaunter bergerak setiap bulan klik ----> Lokasi

p/s: aku pun xtau persaan aku nak sedih ke, gembira ke, risau ke sebab kena bayar saman ni.. haha.. Benda yang boleh kita elakkan terjadi apa boleh buat mayb bukan rezeki aku hari ni....

DIBELASAH KERANA FACEBOOK



KUALA LUMPUR: Hanya kerana memberi komen mengutuk pakaian teman maya di facebook (fb), seorang wanita bersama suami dan adiknya dibelasah lebih 10 orang bersenjatakan kayu dan parang dalam kejadian di Kepong Baru, di sini, Isnin lalu.

Kejadian ala samseng itu berlaku jam 12.30 tengah malam Isnin lalu, ketika mangsa yang mahu dikenali sebagai Lisa, 18, pertama kali berjumpa wanita itu yang tidak puas hati dengan komennya di fb.
“Saya mengenalinya melalui fb sejak setahun lalu dan kerap berbual di alam siber, namun tidak pernah berjumpa,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam. 

Lisa berkata, dia tidak menyangka rakannya di laman sembang sosial sejak setahun lalu itu dengan tiba-tiba terguris hati berhubung komennya yang mengutuk pakaiannya.

Lagipun, katanya, itu bukan pertama kali mereka bergurau seperti itu dan dia bersedia berjumpa apabila wanita berusia 30-an itu masih tidak puas hati biarpun dia beberapa kali meminta maaf.


#Sumber...
Facebook pun jadi punca sekarang berjaga-jaga lah kalian..hee

Wednesday, November 7, 2012

REVIEW BLOG PART 7


Hari ni nak wat entry sikit nak perkenalkan 4 blog yang korang patut follow dan kenal dengan pemilik blog tuh..Kenapa aku suruh kenal? sebab pemilik blog ni adalah orang yang baru follow blog aku ni dan beliau dari awal follow until now x henti-henti komen kat entry aku ok..Haaaa bukan senang nak cari followers aka reader yang "baru" then still keep in touch ngan blog kita ni..
Tekan LINK -LINK HIGHLIGHT dorang...
Blogger ni korang dah kenal? kalau belum kenal pegi follow dia dengan segera. Blogger yang sempoi dan sangat sporting tau. Blogger baru juga ni follow blog hazwanhairy.com yang terujanya setiap entry blog ni beliau baca dan komen dari awal sampai ke hari ni .Blog beliau menarik banyak informasi yang boleh dapat , cerita-cerita boleh korang bersantai-santai di sana..Haaa susah nak cari blogger macam ni tau jadi tunggu apa lagi cepat follow beliau... ----> http://anisa-mylife.blogspot.com/


Blogger bakal nurse ni korang mesti dah kenal kan?awek qelate ni pewittt... blogger ni pun sporting tau selalu juga masuk komen-komen dalam blog, dalam page, dalam fb hazwan hairy.. Gila sporting kan terbaik cikmisi...hikhik...Blogger ni dah kenal lama dah tapi still keep in tounch dengan beliau walaupun di alam maya mana nak tau satu hari nanti boleh terjumpa kannn... Meh kenal dengan beliau cepat --> CORETAN CIKMISI


KINARAKINARATARA
Susah nye nak taip nama kamo kina terbelit-belit lidah hery..hahaha....
Blog seterusnya ni milik awek bernama kina...Jari jemari dia ni sangat awesome tau tau tak henti-henti beliau komen dekat blog ni . Entry lama pun kadang-kadang beliau baca tak bosan katanya..hehehe...Terima kasih sgt dekat kina sebab support blog hazwanhairy.com ni.. Korang kenal lah beliau k pasti tak kan nyesal punya lah tanpa dorang-dorang ni blog korang tak meriah tau ingat tuh orang-orang camni penting dalam dunia blog..Apa tunggu lagi kenal lah sesama korang ---->http://kinarakinatara-beebeey.blogspot.com/

Header anda tak dapat nak copy lah sory.. :p
Blogger terakhir untuk di review hari ni pun sama sporting juga..haishhh uuntunglah hazwanhairyy dapat kenal awek-awek sporting..hahahhaha ...Blogger ni pun selalu masuk blog komen-komen juga dan yang aku persan setiap jejak dia msti say hai-hai.. Kadang-kadang komen di fb dan chat ( opsss kantoi ) haha...Chat benda biasa ja tau contohnya tukar says ( kantoi lagi ) hahaha...Korang wajib terjah blog dan follow beliau dekat blog beliau tu koran boleh baca sambil gelak aku suka masuk baca entry-entry spontan beliau ---http://akupencintahlovate.blogspot.com/


Itu saja lah untuk entry ni..selamat berkenalan yea korang semua sama-sama kita jadi blogger yang rapat dan apa-apa sajalah yang baik ^^
Kalau korang nak kena REVIEW juga jenguk-jenguk lah selalu...hehe

Nak kenal blogger lama yang aku maksudkan tuh boleh kenal mereka dalam entry kat bawah ni..