Wednesday, December 31, 2014

NURKILAN SELAMAT TAHUN BARU 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015
NURKILAN 



2014 sudah melabuhkan tirainya,terasa begitu pantas masa berlalu.Taktala baru semalam 2014.Bermacam dugaan dan rintangan pada tahun 2014.

Dugaan yang ku anggap sebagai kekuatan untuk lebih tabah mengharungi segala dugaan yang diberikan.Alhamdulillah di beri peluang untuk terus bernafas di tahun 2014.

2014 memori yang sangat indah pahit getir kehidupan mendewasakan ku agar lebih matang dan lebih untuk berjuang dalam kehidupan.

2014 tersemat kenangan indah dalam pasca kehidupan moden ini. Kenangan indah yang tidak akan sama sekali akan padam dalam pikiran ku.

2014 juga detik permulaan semua yang ku lakukan untuk diri ku mahupun family ku.Diharap 2015 akan buatkan diri ku lebih matang dan bijak mengatur dalam apa jua yang ak inginkan.

2014 Sedih untuk meninggalkan mu kerana memori indah,pahit getir semua yang terjadi tidak akan sama untuk 2015.

2014 tamparan hebat buat semua semoga kita tabah untuk meneruskan kehidupan di tahun 2015.

Azam 2015 masih sama untuk 2014 semoga ku diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di tahun 2015,diberi peluang untuk buktikan kemampuan ku dalam kerja yang aku lakukan,diberi hidayah untuk ak berubah sedikit demi sedikit,diberikan kebahagian bersama family,persahabatan dan apa jua yang indah.

Buat keluarga:
Terima kasih atas sokongan yg diberikan tnpa sokongan mak abah adik2 tak kan mampu untuk meneruskan apa yang di lakukan.Korang adalah segalanya dalam hidupku.

Buat tersayang:
Terima kasih atas usaha mu yang banyak membantu dari semua segi jasaku ku kenang hingga akhir hayat.

Buat sahabat:
Terima kasih atas persahabatan yg korang beri walaupun jauh tp tetap di hati.

Buat Kawan:
Terima kasih sudi jadi kawan ku di dunia realiti mahupun dunia maya maaf andai terbuat salah dlm sedar mahupun x.


Selamat Tahun Baru 2015 
Selamat Tinggal 2014 
Pergilah duka pergilah derita semoga sinar baru 2015 menjelma dengan seribu kemanisan hidup.

Sunday, December 28, 2014

PESAWAT AIRASIA QZ 8501 HILANG

Pesawat Airasia QZ 8501

Di laporkan Pesawat AirAsia QZ dari Surabaya ke Singapore hilang dari Radar pada 6.17pagi (waktu Indonesia).



Semoga semuanya selamat 

Friday, December 26, 2014

SALURAN BANTUAN MANGSA BANJIR

SALURAN BANTUAN MANGSA BANJIR

Sebanyak lima negeri di Malaysia sedang di landa Banjir yang semakin buruk iaitu Kelantan , Terengganu , Pahang di kawasan Pantai Timur serta dua negeri di utara iaitu Perlis dan Perak

Pelbagai saluran untuk bantuan banjir sudah di lancarkan.Kepada yang ingin menderma boleh terus lihat butiran di bawah.

Selain dari wang ringgit , makanan dan keperluan amat di perlukan oleh mereka terutama air mineral.

Semoga mereka tabah dengan ujian yang sedang diterima oleh mereka.Sama-sama kita berdoa agar kembali pulih seperti sediakala.


Wednesday, December 17, 2014

FESYEN BY LIYANAFUZA

FESYEN BYLIYANAFUZA

ByLiyanaFuza merupakan salah satu Vendor di Penelope Store & Boutique yang sudah lama bersama Penelope Store.

Produk beliau merupakan fesyen yang beliau sendiri gayakan. Fesyen dengan trend terkini dengan harga yang sangat berpatutan di bawah RM30.

Harga mampu milik dan kualiti dijamin 100% berkualiti serta selesa..

Antara produk adalah:
Kimino cardigan plain
Kimono cardigan floral
Blouse
Shirt
Sweater 
Palazzo 
Skirt dan perlbagai jenis lagi..

Berikut merupakan sedikit gambar.
Lain-lain produk boleh follow 
Instagram : @penelope_store
Facebook : penelopestore



Monday, December 15, 2014

GAMBAR SEKITAR FESTIVAL LIGHT AND MOTION PUTRAJAYA

LAMPU PUTRAJAYA
LIGHT AND MOTION PUTRAJAYA

Baru-baru ini telah di adakan Festival light and motion Putrajaya di Dataran Putrajaya Presint 3.

Festival yang dapat menarik ribuan penduduk untuk datang ke Putrajaya bagi menyaksikan keindahan kawasan presint 3 yang di hiasi dengan lampu-lampu yang boleh buat pengunjung berasa teruja dengan keunikan lampu yang terpancar di bangunan yang unit di Putrajaya.

Berikut merupakan beberapa keping gambar yang sempat di ambil ketika di Festival LAMPU.







Amacam? Hehe
Meh follow ig kita meh

@hazwanhairy