Sunday, November 19, 2017

MENANG HP ZTE AXON 7 DI THE MALAYSIAN ENTRPRENEURS FESTIVAL JOHOR EDITION

ZTE AXON 7 4GB RAM 64 GB | ZTE AXON GOLD


Baru baru ni berpeluang menghadiri The Malaysian Entrepreneurs Festival 2017 ( TMEF ) yang di adakankan di KSL Resort City Johor Bahru anjuran SME..TMEF mengumpulkan usahawan usahawan bertujuan membantu usahawan atau peniaga untuk mencapai matlamat perniagaan. Selain tu tmef mengajar, mambantu, memberi inspirasi, motivasi kepada sesiapa yang hadir ke TMEF.

Bila dapat jemputan untuk join ni pikir juga dulu sebab dekat Johor kan, kos nak pergi sana lagi apa semua tu kena kira..haha.Nasib baik ada penginapan dekat sana jadi dah tak perlu pikir pasal hotel. Event ni free sahaja tak perlu keluarkan sesen pun makan minum semua pihak event dah bayarkan jadi alang alang ada kerja area johor sabtu ahad lajakkan terus sehingga event ni pada hari rabu.


Event ni banyak sponser diantaranya ZTE Malaysia, syarikat telifon bimbit jenama ZTE dari malaysia ni ada tawarkan 2 biji telifon bimbit. 1 biji untuk cabutan bertuah dan 1 biji lagi untuk gambar di instagram paling kreatif dan banyak like..Bila nampak ni aku dah senyum lebar dah! Senang ja syarat syarat dia..hahaha..

Gambar ni lah yang menyebabkan kami menang hp zte axon 7 tu..haha


Update gambar dan tunggu orang like lah atau suruh sapa sapa like..Alhamdulillah rezeki untuk hari tu aku menang HP ZTE AXON 7!! Wowww terkejut masa tu tak terkata apa, naik pentas kaki ketaq ketaq jadi..hahaha..Syukur Alhamdulillah untuk rezeki tu boleh lah buat pakai untuk bisnes..ZTE Axon 7 ni 4GB RAM & 64GB yea sangat best punya laju..haha



  


Boleh tengok gambar di bawah apa yang menarik ZTE Axon 7 ni..Kalau nak beli harga dalam RM1599 juga tau! ehehe











Sekian saja lah! idea pun xdak penulisan pun cam apa lagi...hahaha...




INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :hazwan943@yahoo.com.my 

Sunday, November 12, 2017

CETAK BAJU TSHIRT MURAH

TSHIRT PRINTING KANAK KANAK | PRINTING BAJU FAMILY DAY KANAK KANAK

Bagi korang yang nak buat Tempahan T-shirt atau Cetak baju dengan kadar murah serendah RM10!!! korang boleh dapatkan segera dengan menempah di Tshirt printing IH. Harga termasuk baju dan design sekali, If korang ada design sendiri boleh juga harga boleh di runding mengikut terma dan syarat .



Terdapat juga baju kanak kanak size 1 bulan untuk printing.Kepada sesiapa yang sedang mencari tempat untuk tempahan printing baju family day, baju persatuan , baju group atau baju kumpulan, baju rewang , baju kahwin , baju couple , baju kelas , baju korporat , baju muslimah dan pelbagai jenis baju printing boleh terus berhubung dengan Tshirt Printing IH.






Kami juga menerima tempahan untuk cetakan ( Sulaman / Silkscreen )

 Corporate Shirt / F1 Uniform
 Vest
 T-shirt Muslimah
 Quick Dry Roundneck & Collar
 Cap
 Polo Shirt
 Jersi
 Jacket

Kami juga menerima tempahan baju Custommade dari anda dengan harga yang berpatutan...

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Hp        : 016 - 9645287 / 017-5945084 / 012-3367702
Email    : ihcube.ent@gmail.com

Instagram : @tshirtprinting_ih 
Website : www.ihcube.com
Facebook  : TSHIRT PRINTING IH  & MH PRINTING 





Monday, November 6, 2017

RESEPI PUDING MARBLE MUDAH

RESEPI PUDING MARBLE | RESEPI MUDAH PUDING MARBLE


Puding marble | Sebenarnya dah lama nak buat puding marble, kali ni baru berkesempatan nak buat.Untuk entry kali ni kami nak kongsi resepi puding marble yang sangat mudah untuk hampa buat. Cukup bahan dan boleh hasilkan puding marble yang sangat sedap.Kalau dah ada bahan rajin dengan tak rajin ja lah..hahaha

Rupa dia tak dak lah cantik sangat tapi alhamdulillah rasa dia sedappp woooo.....



Bahan bahan untuk Puding Marble :
- 1 bungkus agar agar tali ( 37gm )
- 6 gelas air anggaran 1300ml 
- 2 cawan gula pasir ( tgk manis mana nak )
- 4 Biji telur
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 tin susu cair ( nak lebih pun tak apa )
- 2 sudu besar majerin
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1/2 cawan serbuk koko


Cara cara :
- Masak agar agar dengan air
- Pukul telur sehingga kembang, masukkan tepung jagung ke dalam telur dan pukul sehingga sebati.
- Masukkan susu cair dan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati.
- Apabila agar agar tadi sudah hancur masukkan gula. Bila semua sudah sebati boleh angkat dan tapiskan dulu ke dalam periuk.
- Masak lagi sekali agar agar yang sudah di tapis tadi sehingga mendidih dan boleh masuk adunan telur tadi.
- Kacau sehingga mendidi dan masukkan majerin serta kacau sampai mendidih.
- Bila mendidih dah boleh angkat setengan adunan di bahagi kepada 2 bahagian.Satu perisa vanila dan satu lagi boleh masukkan serbuk koko dan kacau di atas api yang perlahan sehingga sebati.
- Bila semua dah settle boleh tuang ke dalam dulang berselang seli di atas adunan sehingga abis..

Mudah kan?kalau kami boleh buat xkan hampa xboleh buat..hahaha




Sunday, November 5, 2017

GAMBAR SEKITAR BANJIR DI BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG | KAMPUNG KU

SEKITAR BANJIR DI PULAU PINANG | SEKITAR BANJIR DI BUKIT MERTAJAM 


Banjir di pulau Pinang | 5 november 2017 Pulau Pinang di kejutkan dengan benjana banjir dan ribut yang luar biasa .Kami nak kongsi juga kejadian banjir yang berlaku dekat kawasan kampung kami. Setelah sekian lama tak banjir hari ni berlaku lagi lebih dasyat dari sebelum ni.


Gambar yang kami nak kongsi ni berlaku dekat kawasan kampung kami saja tau di kawasan Kampung Bukit Teh dan berangan sembilan. Kampung sekitar Bukit Mertajam. Seluruh kawasan sekitar Pulau Pinang lumpuh sama sekali sejak hujan 17 jam tanpa henti..















Semoga seluruh penduduk Pulau Pinang tabah dan sabar menghadapi ujian dari Allah swt.Semoga tiada kejadian yang tidak diingini berlaku..


#PRAYFORPENANG 

Saturday, November 4, 2017

RESEPI SAMBAL SOTONG

RESEPI SAMBAL SOTONG | RESEPI MUDAH SAMBAL SOTONG


Resepi sambal sotong | Lama tak berkongsi resepi jadi hari ni en bujang nak share dekat hampa semua yang google mencari resepi sambal sotong. Sambal sotong ni mudah sahaja kalau nak buat. Resepi yang kami buat ni sedikit sebanyak ada ikut resepi dari mak tapi kadang kadang tak sama pun macam mak buat..haha




Bahan - bahan untuk resepi sambal sotong
- Sotong
- Cili kering ( blander )
- Bawang merah
- Bawang besar 
- Bawang putih
- Sedikit belacan
- Asam jawa
- Gula
- Garam
- Ubi kentang 

Cara cara :
- Blander cili kering bersama dengan bawang besar, bawang putih , bawang merah dan juga belacan.
- Kemudian panaskan minyak dan tumis sedikit bawang merah dan bawang putih sampai wangi.
- Kalau tak tumis pun tak apa
- Masukkan bahan blander tadi dan masak sehingga naik minyak.Dan tambah kan sedikit air.
- Kemudian masukkan ubi kentang yang dipotong 4 dan masak sehingga empuk.
- Setelah ubi empuk boleh masukkan sotong dan biarkan sehingga masak.
- Dah boleh di hidang..

Mudah kan?campak campak pun boleh..