Thursday, February 28, 2013

KARNIVAL HARI WILAYAH 2013


Karnival Hari Wilayah 2013 yang akan di adakan di Taman Metropolitan Kepong , Kuala Lumpur pada 2 dan 3 March 2013. Kepada orang ramai yang berdekatan dengan Taman Metropolitan Kepong ni boleh lah datang beramai-ramai untuk memeriahkan suasana..

Pelbagai aktiviti sukan akan diadakan pada karnival tersebut termasuk auto show.. Bersempena dengan Karnival Hari Wilayah 2013 ni Visionnaire Group akan membuka gerai jualan jadi kepada korang yang nampak gerai kami tu sila lah singgah.hehe



Gerai dibuka pada 2 & 3 haribulan Mac 2013.
Pelbagai jenis minuman serta makanan yang kami sediakan.
Kunjungilah kami untuk mendapatkan minuman yang terbaik dari kami seperti air tembikai, air cincau, air mangga, air keladi, air laici dan sebagainya.


Jualan Karnival Hari Wilayah
Lokasi  : Taman Metropolitan Kepong
Tarikh  :  2-3 March 2013
Masa   :  8.30 pagi - 6.00 petang

Tujuan aktiviti : Mencari dana untuk club untuk menampung aktiviti-aktiviti lain yang akan di adakan pada masa akan datang seperti sukan dan sebagainya. Ahli-ahli yang akan turut serta dalam segala aktiviti adalah free..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Berminat untuk menjadi salah seorang ahli VISIONNAIRE TEAM

Atau

*ADD kami di Facebook - VISIONNAIRE FRIEND
*LIKE kami di Facebook - VISIONNAIRE GROUP
* FOLLOW kami di Bog - VISIONNAIREMY.BLOGSPOT.COM


Notakaki Hazwanhairy  : Ramai-ramai datang ke gerai jualan kami yea kalau dah nampak saya tu tegur-tegur la tau..haha

Wednesday, February 27, 2013

UNIQUES VIEW 15685


Hampir beberapa minggu tak update mengenai trafik blog sebabnya aku malas dah nk update tiap-tiap minggu kang di cop macam-macam lagi..haha. Kepada mereka yang tak putus-putus beri semangat tu terima kasih tak terhingga dari aku ni korang lah kekuatan aku untuk terus berblogging.

Untuk kali ni sebab aku buat adalah untuk update trafik kepada mereka-mereka yang ingin menyewa iklan di blog hazwanhairy.com . Dah hujung bulan kan so ruang iklan yang di sewa bulan lepas akan berakhir. 

Kepada korang yang berminat nak sewa iklan dengan kadar serendah RM5, RM10 dan RM 15 di blog hazwan hairy.com dengan pakej entry yang disediakan boleh tunggu entry yang akan di publish petang or malam nanti.

Kalau nak tau lebih awal boleh baca entry ruang iklan untuk disewa di blog hazwan hairy.com .Pakej dia sama ja cuma olahan ayat nanti berlainan klik SINI


Alhamdulillah UV dan pageview still maintain macam yang lepas juga rasa bersyukur dan terima kasih tak terhingga kepada korang yang sudi beri support untuk blog picicsan aku ni. Nak tengok UV yang lepas boleh klik SINI dan SINI


Notakaki Hazwanhairy : Macam biasalah kadang-kadang kita naik kadang-kadang kita jatuh yang penting usaha dan jangan mudah mengalah.




Monday, February 25, 2013

BLOGSHOP AKSESORI CHINTAFIEZZASHOP


Untuk entry hari ni masih lagi buat promosi untuk blogshop chintafiezzashop yang menjual pelbagai aksesori untuk wanita. Kalau korang yang suka beli barang secara online ni saya cadangkan kat korang untuk beli di chintafiezzashop yang menawarkan harga yang berpatutan.

Menjual pelbagai barangan wanita seperti baju kurung moden, baju kurung lace, dress peplum, belt, blouse, baju muslimat, skirt,skinny jeans dan macam-macam lagi.. Anda semua boleh terus ke blog beliau ----> http://chintafiezzshoppe.blogspot.com/

Dibawah ni saya masukkan beberapa jenis koleksi yang ada dijual di chintafieezashop










okeh dah puas cuci mata? boleh korang segera dapatkan..heee


notakaki hazwanhairy : Ini iklan okeh buka saya yang jual ea ramai yang salah ingat saya jual. Kalau orang sewa iklan di blog saya ,saya akan buat entry promosi ikut pakej .Kalau berminat nak sewa PM untuk bulan depan punya..haaa mesti tak baca terus komen kan..kantoii !! haha



Sunday, February 24, 2013

2ND YEAR OHSEM ANNIVERSARY AKU CUMA SEORANG KULIKUTIF!! GIVEAWAY


Lama gila tak join segmen/ GA oleh sebab kekangan masa tak dapat lah sangat nak ngadap laptop dan blog. So hari ni nak join segmen dari bro remy kalau korang nak join boleh klik SINI


Ini adalah 2nd Ga yang beliau buat untuk followers dan reader beliau. GA yang 1st dulu aku dah pernah menang tau dapat hadiah replika Kapal Terbang model Mas Airbus380. Untuk GA kali ni rasanya hadiah replika ni rasanya ada..haaa kalau korang nak join tu cepat-cepat sikit sebab lagi beberapa hari saja nak last GA ni..

Blog remy sekarang dah berubah ooo sangat cantik seronok lak tengok perubahan header tu awesome giler!!terbaikk...

klik sini nak join---->http://remyhazza-satuperjalanan.blogspot.com

Notakaki Hazwanhairy : Sory kekawan yang mana buat GA, segmen yang mana aku tak sempat join. Kalau ada nanti drop ok..


Saturday, February 23, 2013

1 JUTA PAGEVIEW BLOG HAZWANHAIRY.COM


Alhamdulillah terasa sangat teruja dan seronok sampai nak lompat-lompat setinggi langit tau bila blog picisan a.k.a blog persenol aku ni dah mencapai 1 juta view. Bersusah payah nak naikkan nama blog ni akhirnya impian jadi kenyataan..*over lak kan..haha



Jutaan terima kasih dekat korang semua yang tak putus-putus baca entry di blog hazwanhairy.com ni. Terima kasih juga sebab selalu komen-komen dalam semua entry..Teruja beb ngan korang semua tanpa korang reader-reader memang tak kan blog hazwanhairy.com ni dapat capai 1 juta pageview.

1 Million viewer sepanjang setahun lebih blog hazwanhairy.com dalam dunia blogging ni. Bukan senang nak senang yang pasti usaha untuk dapat reader & followers blog sejati anda.. Pelbagai cacian,kutukan komen yang pernah aku dapat tapi semua tu tak menghalang tuk teruskan berblog.

Hanya mampu ucap terima kasih ja dekat korang. Nak mintak maaf if tak sempat nak masuk blog korang komen-komen macam dulu sangat.Tapi akan usaha tuk masuk blog korang walaupun lambat sedikit..hehe

Korang memang awesome! !!!

notakaki hazwanhairy : Tiada kata-kata cuma tergamam seketika...


Friday, February 22, 2013

MALAYSIA SOSIAL MEDIA WEEK 2013


Belek punya belek tengok email dari Malaysia Sosial Media Week (MSMW2013). Setelah buka dan baca email terteralah ayat seperti di bawah.

en google
Dear Netizens

We are pleased to offer 2 (two) COMPLIMENTARY seats for the upcoming MSMW
2013 conference on 27th and 28th February at Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur. This goodwill gesture is our small way of thanking your support and encourage friends and netizens to be part of the MSMW. You need to 

- Lunch and tea breaks provided
All you need to do is to confirm your participation..simple as that!
Our cut off is by 24 Feb 6pm..
Hurry, seats are LIMITED and we go on first come first serve basis.


Email ni dah dapat 5 hari tau baru dapat baca semalam..haha.. Tak check plak email yang lepas-lepas kan dah melepas, apa yang harus aku buat just tunggu balik ja lah.. haha.. Mula-mula tak faham sangat dengan email ni tiba-tiba leh dapat offer cam ni. 


notakaki hazwanhairy : Ada sapa-sapa dapat email macam ni juga? boleh PM gua..jgn lupa follow blog ni ea..plezzz ----->http://visionnairemy.blogspot.com/


Thursday, February 21, 2013

AKU & HIDUP | EDDYSYROL.BLOGSPOT.COM


PENGIKLANAN

Hari ni nak perkenalkan satu blog kat korang semua pembaca setia blog hazwanhairy.com. Nak review tak berapa nak pandai sangat komen so perkenalkan saja lah. Blog yang di maksudkan ada blog eddysyrol.blogspot.com the official blogsite of Eddy Syrol .


Korang mesti dah pernah dengar dan tengok blog ni kan? Jejaka kacak Anak kelahiran Kota Belud Sabah. Kepada korang yang nak kenal rakan blogger baru yang baik hati ni boleh segera follow beliau. Dah lama dah aku kenal ngan eddy ni cuma x bekesempatan lagi nak jumpa insyallah bulan 9 nanti sampai Kota Kinabalu.

Blog yang simple dan padat dengan isi boleh buatkan korang santai-santai petang bila baca entry beliau.Seorang yang agak jiwang bila berkata-kata kalau korang tak caya tengok sendiri blog beliau..hehe..Maaf eddy terpaksa cakap anda jiwang..hahaha...

Follow sini ----> http://eddysyrol.blogspot.com/



Notakaki hazwanhairy : Tiada kata-kata lain melainkan ungkapan " Busy" hanya mampu ku ucapkan..heee

Tuesday, February 19, 2013

PUTERI BAYU BEACH RESORT PANGKOR | PART 2


PUTERI BAYU BEACH RESORT PANGKOR | RESORT TERBAIK DI PANGKOR | VACATION 

Mood nak menaip makin membuak-buak plak seterusnya masih lagi pasal percutian di Puteri Bayu Beach Resort Pangkor. Kalau korang yang belum tengok lagi entry lepas boleh klik SINI

Untuk entry ni nak cerita sedikit semasa sampai di Puteri Bayu Beach Resort Pangkor ni dan serba sedikit gambar sekitar resort ni..Kami sampai dalam pukul 12 tengahari selepas bersesak punya lama dekat jetty Lumut. Dah sampai ni terus ja cheak in nasib baik lah boleh masuk dalam chalet dah time ni..

SNAP LAST YEAR PUNYA
TAPI BEG TETAP BYK NI..HAHA
So acaranya mestilah makan-makan setelah berlapar dari menunggu feri lagi. Makanan ni bawa dari rumah ja senang sikit sampai terus ja makan..hehe. Sorang sikit bawa lauk jadi lah banyak bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama di jinjing..hahaha...okeh tak de kena mengena meh sini tengok gambar..

NI PUN SAMA
STIL MAKANAN YG XBERUBAH..HAHA

Dah terliur tengok makanan simple tu? meh sini nak tunjuk chalet sekitar Resort ni plak..


Sangat menarik resort ni ea kalau korang sekali datang mesti nak datang lagi macam kami ni dah 6tahun berturut-turut time raya cina mesti dekat sini dan chalet tetap yang sama no 141 menghadap laut..haha..Tak kan mungkin ada orang lain yang akan amik chalet ni selain kami...haha...


meh tengok entry sebelum ni dibawah..Kena baca dari awal baru menghayati percutian ni kot-kot lah korang leh berangan dulu kan?haaaa ok juga.. :p

PUTERI BAYU BEACH RESORT | CHALET FAMILY VILLA





Monday, February 18, 2013

PUTERI BAYU BEACH RESORT PANGKOR | DAY 1


PUTERI BAYU BEACH RESORT PANGKOR 

Baru berkesempatan nak update pasal vacation dengan family-family belah my mom dekat Puteri Bayu Beach Resort Pangkor. Tahun ni kurang sedikit orang yang join sebab 2 family tak dapat hadir tapi kemeriahan tetap sama macam tahun-tahun sebelum ni tau sebab semua dah besar-besar..haha..
PUTERI BAYU BEACH RESORT, PANGKOR
macam dekat phuket lak..
Dalam 15 orang yang ikut serta vacation kali ni ramai juga kan..Bertolak dari Penang pukul 7 pagi dalam kul 10.00 dah sampai terminal feri Lumut terus beratur nak naik feri. Time ni orang dah sangat ramai ok cuti sekolah plak kan 45 minit juga lah beratur baru dapat naik feri. Tak snap pic pun sebab terlalu rimas bila sesak-sesak dengan orang ni..haha

Untuk entry ni nak tunjuk kat korang gambar sekitar chalet dekat Puteri Bayu Beach Resort.

FAMILY VILLA
2 BILIK TIDUR
- KING
- SINGLE
2 BILIK AIR
1 RUANG TAMU





Resort yang sangat cantik berhadapan laut memang sesuai untuk korang yang mana nak buat family day dekat sini. Macam-macam kemudahan yang boleh korang dapat dekat resort ni ea.Jadi rancanglah percutian anda untuk kesini..hehe

Kalau korang nak tengok Rate dan Jenis Chalet serta Hotel boleh klik SINI



JAMU SUSUK DARA


PENGIKLANAN | JAMU SUSUK DARA

Ini adalah iklan yang telah di sewa oleh orang luar ea. So mengikut pakej aku perlu promosi produk-produk yang di iklankan di blog hazwanhairy.com tak kisah lak iklan apa-apa pun tapi bukan 18sx..haha.. Kali ni jamu susuk dara lak  benda apa ni?ni adalah produk kesihatan untuk golongan wanita sahaja ea..

Kepada wanita di luar sana korang boleh lah baca serba sedikit mengenai jamu susuk dara ni di SINI
Pelbagai persoalan di fikiran korang akan terjawab di situ . Guna lah produk susuk dara untuk diri anda.

JAMU SUSUK DARA

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi no di bawah :
Nurul 
012-4902628


nota kaki hazwan hairy : Lama sangat rasa xbuat pasal kehidupan rasa rindu sangat nak menaip pasal tu..haha..xpe next pasal pangkor akan menyusul..then korang follow blog ni juga sbb aku sebagai admin yang handle this blog  ---> http://visionnairemy.blogspot.com/

Sama-sama kita bantu dalam berblog baru leh maju..ngeee


Sunday, February 17, 2013

RUMPAI LAUT PURE KOLAGEN


RUMPAI LAUT PURE KOLAGEN

Seperti yang sedia maklum rumpai laut pure kolagen sekarang tersangat lah terkenal di serta semenanjung Malaysia ,Sabah dan Sarawak. Rumpai laut yang berasal dari Sabah ni dapat membantu memulihkan kesihatan serta kecantikan seseorang.

Jadi kepada korang yang berminat nak dapatkan rumpai laut pure kolagen asli dari sabah ni boleh segera mendapatkannya dengan harga yang berpatutan.

boleh segera hubungi no ni bawah
Carseem
014-8523716
 @
facebook : RUMPAI LAUT ASLI SABAH


TAWARAN TERHAD...
PROMOSI BULAN FEBRUARI
GRED AAA ( violet ) = RM19 Sekilogram
GRED AA ( white gold ) = RM18 Sekilogram

selagi stok masih ada segera lah kol no dia atas or SINI



Friday, February 15, 2013

MAXI PLAIN RAYNA PEPLUM | CHINTAFIEZZASHOP.BLOGSPOT

MAXI PLAIN RAYNA PEPLUM

Hari ni nak tunjuk kat korang satu blogshop yang menjual pelbagai jenis pakaian dan aksesori wanita diantaranya adalah Maxi Plain Rayna Peplum. Kepada korang yang memang suka shopping online boleh segera melawat blog INI .

Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan semua orang mampu memilikinya. Yang suka bergaya apa tunggu lagi kan? 

Disini nak tunjuk sedikit gambar Maxi Plain Rayna Peplum. Peplum sekarang kan makin popular so meh tengok jenis ni plak.. Untuk maklumat lanjut korang  boleh follow blog di sini --->http://chintafiezzshoppe.blogspot.com/

facebook : chinta.fiezz.shop

 
 Material top & bottom: lycra

Free Size :
Bahu 15 inch
Dada 37 inch
Labuh 30 inch

RM82 (SM) & RM84 (SS) include postage
Item Code : Black/Grey
Item Code : Blue/Soft Blue
Item Code : Dark Blue/Soft Purple
Back View
Item Code : Dark Pink/Soft Pink


juga follow blog di sini---->http://chintafiezzshoppe.blogspot.com/

Thursday, February 14, 2013

VISIONNAIRE TEAM SPORT


VISIONNAIRE FC TEAM SPORT


Visionnaire team merupakan sebuah kelab yang mempunyai penaung serta memiliki organisasi yang menjalankan pelbagai aktiviti seperti sukan & rekreasi , pendidikkan , kem motivasi , aktiviti amal, annual dinner, pelancongan & kebudayaan serta banyak lagi aktiviti yang melibatkan komuniti remaja dan dewasa.

Sebarang persoalan korang boleh  follow blog visionaire --->http://visionnairemy.blogspot.com/

Aktiviti-aktiviti akan diupdate di situ kalau korang berminat boleh ikut serta dengan aktiviti yang di jalankan oleh Visionnaire team ni.

Kepada korang yang free esok ( jumaat ) 15/2/2013 boleh join aktiviti sukan yang diadakan untuk mengeratkan silatulrahim antara satu sama lain. Sesiapa sahaja boleh ikut serta ea untuk sport ni.

LOKASI : KOMPLEKS RAKAN MUDA PUCHONG
TIME : 10.00MLM- 12.00MLM
SUKAN : VOLLYBALL & NETBALL

Berminat boleh segera join kan diri esok!!! yang pasti FREE!!!! 
Boleh ikuti link dibawah
Visionnaire di
Facebook : FACEBOOK GROUP
FB Frend : FACEBOOK FRIEND
Blog : http://visionnairemy.blogspot.com/


p/s: 5 hari cuti tengah amik mood nak BW..haha...wait yea rakan-rakan ku..


Saturday, February 9, 2013

PUTERI BAYU BEACH RESORT PANGKOR


PUTERI BAYU BEACH RESORT PANGKOR | PRICE | HOTEL & CHALET

Tahun baru Cina sekali lagi pilihan family untuk bercuti dah 5tahun berturut-turut still pilih Pulau Pangkor sebagai tempat percutian untuk family day. Masih juga memilih tempat penginapan yang sama Puteri Bayu Beach Resort yang sangat mempersonakan dan tidak pernah sesekali jemu untuk ke resort ni dan Pulau Pangkor.
PUTERI BAYU BEACH RESORT
PANGKOR ISLAND MALAYSIA

Serba sedikit mengenai resort yang family-family aku pilih ni. 4 family yang join tuk percutian kali lebih kurang 20 orang. Tempat penginapan ni memang sesuai untuk family day korang boleh pilih jenis rooms & chalet mengikut pilihan hati korang. Macam kami semua pilih Chalet Family Villa dan Garden Villa.

Sebab ramai kan jadi ini lah pilihan terbaik kongsi lah sorang sikit lagipun villa ni sangat luas dan selesa ok.

FAMILY VILLA

Family Villa ( 8 Unit )
Price :
Cuti  Umum             Promo W'end           Promo W'day
                                ( Fri-Sat )              ( Sun - Thurs)
RM900                     RM550                     RM450



Garden Villa 
Price :
Cuti  Umum             Promo W'end           Promo W'day
                                ( Fri-Sat )              ( Sun - Thurs)
 RM400                    RM250                      RM200

Bayu Villa 
Price :
Cuti  Umum             Promo W'end           Promo W'day
                                ( Fri-Sat )               ( Sun - Thurs)
 RM500                    RM300                      RM250

Hotel Rooms
Standard
Price :
Cuti  Umum             Promo W'end           Promo W'day
                                ( Fri-Sat )               ( Sun - Thurs)
 RM250                    RM140                       RM120

Superior
Price :
Cuti  Umum             Promo W'end           Promo W'day
                                ( Fri-Sat )               ( Sun - Thurs)
 RM270                    RM155                      RM140

Deluxe
Price :
Cuti  Umum             Promo W'end           Promo W'day
                                ( Fri-Sat )               ( Sun - Thurs)
 RM340                    RM225                       RM175

Harga untuk 1 malam tau. Kalau korang selalu g sini boleh lah dapat % macam mana family kami dapat..hahah...Boleh tengok sini juga --->http://www.puteribayu.com

Tunggu next entry after vacation okeh . Selamat bercuti dan berhati-hati ketika memandu ingatlah orang yang tersayang..

KL-PENANG-PANGKOR-PENANG-KL
OFFBLOG 5DAY....


Friday, February 8, 2013

SIARAN LANGSUNG LIPUTAN SBB2013 MHI RTM1


LIPUTAN SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2013 #SBB2013 | MALAYSIA HARI INI | SIARAN LANGSUNG TV1 

Kalau korang yang belum tengok lagi liputan khas sepetang bersama blogger # sbb2013 live di Rancangan Malaysia Hari Ini TV1 khamis 7/2/2013  boleh lah tengok video dekat bawah ni. Kredit tu bro Anarm sebab beliau telah upload video ni dekat youtube then beliau sempat juga snap pic aku dengan leeza masa live dalam tv..haha
WITH SANTAILEEZA..OUCH MALU!HAHA
Kalau tak, mungkin aku tak dapat nak tengok lah muka aku bila masuk tv camna yang pasti nampak gemuk ok aku suka yang tu..haha..Ada ramai blogger yang gambar dorang jadi tatapan dalam Tv1 semalam walaupun tak sampai 10 saat masuk tv tapi okeh pa kan 2 part juga la..haha.. meh tengok liputan sekitar event ni



Entry lain sekitar SBB2013
Sepetang bersama blogger anjuran Denaihati.com
Sepetang bersama blogger 2013 ( 15gambar )
Hazwanhairy In Utusan Malaysia #SBB2013

p/s : Next year kalau ada peluang camni jangan lupa kaut-kaut ok rugi kalau tak pergi !boleh dapat ilmu juga..


IKAPUKPUK.BLOGSPOT.COM


IKAPUKPUK.BLOGSPOT.COM


Korang mesti pernah tengok kan watermark ni or mesti pernah kenal dengan  mr & mrs rongok right? yeaaa beliau adalah pemilik ikapukpuk.blogspot.com . Kalau korang tak kenal lagi boleh segera follow beliau.

Blog beliau boleh dikategorikan blog santai dan dapat menarik minat org untuk terus membaca sampai abis. Korang boleh baca dan tengok gambar-gambar menarik yang beliau upload dalam entry. Aku suka tengok gambar time beliau bersama-sama orang asli rasa gambar tu unik sangat teringin pun ada nak bersama dorang..hehe

Lagi satu pemilik blog ni sporting tau ! tak nyesal kalau korang kenal beliau meriah blog , twitter bila bersembang ngan dia..hehe.. ayuh kenal beliau di www.ikapukpuk.blogspot.com

Thursday, February 7, 2013

PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge



PETRONAS SWITCH FOR XTRA ROAD CHALLENGE

Berkesempatan untuk attend event party "PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge " pada 18
Januari 2013 bertempat di Rooftop Gtower Kuala Lumpur. 1st sekali nak ucap jutaan terima kasih dekat bro framestone yang bagi peluang untuk attend event yang se "gah" ni dan dengan ini dapat beri peluang tuk blogger-blogger baru mula nak menapak dalam dunia blogging.


Event yang berlangsung malam 18 januari 2013 adalah untuk mengumumkan pemenang "PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge " yang menobatkan Faizal Ismail ( FBI ) bersama team beliau sebagai juara yang membolehkan beliau bersama-sama team pasukan menerima hadiah bernilai rm10,000 menewaskan selebriti lain termasuk Awal Ashaari, Scha Alyahya dan selebriti merangkap blogger Hanis Zalikha.



Di sini nak ceritakan serba sedikit mengenai " PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge".
Program ini dianjurkan melalui laman peminat Facebook PETRONASBrands, di mana kempen ni telah di jalankan selama tiga bulan di seluruh negara. Keempat-empat selebriti perlu menyudahkan cabaran yang di berikan bersama peminat terpilih


Team Awal kena selesaikan 3 tugasan termasuk F1 simulator,pocket bike dan driftting untuk road ini bertempat di negeri Pahang .Team Scha Alyahya di Penang yang perlu menyelesaikan tugas berkaitan makanan. Manakala team Fbi pula di Johor,team beliau perlu melakukkan senaman bersama peminat di negeri johor . Hanis Zalikha diberi tugas untuk membuat video di hadapan peminat .


Setiap perjalan mereka dibuat dengan video dan setipa kumpulan mempunyai 2 video site iaitu video untuk pengenalan kempen diri sediri dan trailer untuk video tersebut.Setiap cabaran akan diupdate melalui twitter #Switch4XTRA Road Challenge di sepanjang tugasan yang dilakukan. Peminat boleh mengikuti perkembangan tugasan mereka di PETRONASBrands official Twitter.


Untuk peminat yang ingin menonton video drama mereka semasa penggambara PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge ni boleh melayari laman facebook.com/PETRONASbrands.
Untuk pengetahuan anda, minyak PETRONAS Primax 95 XTRA memang tahan lama dan mampu memberi penjimatan. Rasanya, anda tidak perlu ragu-ragu untuk SWITCH for XTRA!


Team Detail :

1st team : Awal Ashaari

Fans :

1.     Name : Faudzul Azim Bin Md Yusof
      Occupation : Culinary Graduate

2.     Name : Azman Bin Rahim ( Azuma )
      Occupation : Event Coordinator

2nd Team : Scha Al-yahya
Fans:
1.     Name : Umadevi Vengdesh
      Occupation : Marketing Officer

2.     Name : Noor Huda Binti Daud
      Occupation : Biologist

3rd Team : Faizal Bin Ismail ( FBI )
Fans:
1.     Name : Affandy Bin Hushni
      Occupation : Head of IT department

2.      Name : Ahmad Izzudin Bin Mat Salleh
      Occupation : Assistant Director of IT department

4th Team : Hanis Zalikha
Fans :
1.     Name : Farhana Azreen Binti Ismail
      Occupation : Graphic Designer

2.      Name : Tiffany Ooi
      Occupation : IT specialist


Antara blogger yang menyertai event ni di bawah blogger femes bro framestone adalah Nisa Kay , Boni Kacak , Dkna Abza , Eazy , Mikail . Terima kasih bro sebab memilih kami dan beri kepercayaan dekat blog.Kalau ada lagi event jangan lupa helo-helo ok..haha..ok..haha..


Lain-lain gambar akan di update pada entry santai berikutnya..