Sunday, August 5, 2018

RESTORAN HALAL DI BANGKOK DAN PATTAYA

RESTORAN HALAL DI DI BANGKOK | PERCUTIAN BAJET KE BANGKOK DAN PATTAYA 


Untuk yang muslim macam kita ni kalau ke Bangkok agak susah nak cari restoran makanan halal kalau hampa tak buat kajian awal untuk ke Bangkok. Nanti dekat sana baru nak cari memang buang masa. Jadi untuk entry kali ni nak kongsi dekat hampa dekat mana boleh dapatkan makanan halal di bangkok dan juga pattaya.
Bangkok ni tak sama macam pergi Hatyai atau Krabi yang banyak orang islam dekat sana dan kedai kedai makan tepi jalan pun banyak yang halal. Kalau dekat Bangkok ni agak susah lah juga asyik nampak pork saja ..haha jadi kalau nak makan mesti ragu ragu kan.

Kalau nak cari Restoran makanan halal di Bangkok tanpa ragu ragu boleh cari dekat MBK Center ada satu kedai tu memang 100 % makanan halal iaitu Yana Restaurant. Dalam MBK Center ada kedai lain selain Yana Restaurant jadi hampa pilih la mana satu nak makan.


Selain dari MBK Center ni nak dapatkan makanan halal di Bangkok untuk petang dan malam boleh cari dekat Ratchathewi. Kena turun dekat stesen BTS Ratchathewi dan jalan jalan la area situ ada kedai kedai makanan halal.

Kalau singgah dekat Chatuchak Market pun ada kedai kedai makanan halal. Boleh beli untuk makan makan santai. Dekat sini ada macam macam makanan macam dekat floating market siap duit saja..haha..


Untuk Pattaya plak pun sama kena google awal untuk cari Restoran makanan halal di Pattaya. Salah satu kedai yang kami singgah Amir Halal Food Pattaya. Hampa waze saja nama kedai ni nanti waze bawak..Kalau tak jumpa juga ni ada detail restoran Amir Halal Food.

Amir Halal Food 
Facebook : amirhalalfoods@gmail.com
Line : amirhalalfoods
Contact : 087-1325088 , 089-6896025 , 038-373992 
Alamat : 60 M.10 Tho-atilla Mosque South Pattaya Rd. Muang Pattaya ( belakang kedai ni ada masjid )





Selain dari kedai Amir Halal Food ni dekat area Pattaya beach ada beberapa kedai makanan halal nanti hampa google maps ja senang naik lah dan pilih mana satu nak makan..haha.

Itu saja kot untuk kali ni.Yang belum tengok lagi bajet percutian ke Bangkok dan Pattaya boleh tekan link di bawah.
.
PERCUTIAN KE BANGKOK PATTAYA THAILAND.



Instagram : @hazwanhairy
Website : www.hazwanhairy.my


PERCUTIAN BAJET KE BANGKOK , PATTAYA THAILAND

TIP BERCUTI DI BANGKOK DAN PATTAYA | BAJET BERCUTI DI BANGKOK DAN PATTAYA | PERCUTIAN BAJET KE BANGKOK | PERCUTIAN BAJET KE PATTAYA


Entry kali ni kami nak kongsi perjalanan kami ke Bangkok dan Pattaya, Thailand. Dalam entry ni juga kami ada kongsi dengan hampa bajet bercuti ke Bangkok Pattaya . Kalau hampa rasa boleh ikut sila la ikut..hehe... Percutian bajet ke Bangkok dan Pataya selama 5H4M.




5H4M BANGKOK PATTAYA , THAILAND 
27,28,29,30,31.8.2018
( 3650 Baht = RM448.12 + RM60 
Total tidak termsuk tiket Flight dan shopping = RM508.12
.
(Cara kami bercuti)
Day 1: 8.40 malam fight KL - Bangkok ( 2jam )
- Beli simcard dekat airport ( 150 baht unlimited 7 day )
- Sampai Bangkok dari Airport naik bas A1/A2 ke Victoria Monument.
- Amik train ( BTS ) ke Stesen Siam ( tukar ) ke Chong Nonsi .
- Check in *The Chatbox Silom Hostel * ( RM60 2night ) sangat rekeman, bersih, selesa, berbaloi. Kami amik level atas sekali sebilik 6 orang ada ruang lepak dan toilet tak kongsi dengan sesiapa di sana khas untuk kami sahaja.
- Keluar cari makan ( 50 baht )

Day 2
- 8 pagi siap untuk breakfast ( hotel sediakan menu simple untuk alas perut , roti bakar , telur, conflake , pulut ayam , susu , jus oren , buah buahan ) . macam tak simple sangat lah bayar RM30 semalam tapi dapat makan macam ni kira ok sangat. Lain tempat hostel tak ada ok!


- Beli day pass BTS (140 baht )
- Berjalan ke train BTS naik ke stesen Siam kemudian tukar ke Victoria Monument.
- Jalan sikit dan turun tangga untuk cari van ke Sounthern Bas Station.
- Beli tiket ke Damnoen Saduak Floating Market ( satu lagi Amphawa Floating Market )
- 2 jam perjalanan ke sini , masa kami p Thailand public holiday so jalan sangat sesak hampir 4 jam perjalanan ke Damnoen Floating Market..
- Bila dah sampai nanti boleh beli tiket bot untuk jalan jalan dalam floating market. Harga yang kami dapat seorang 600 baht ( termasuk tiket van balik ke Bangkok )
- Makan makan abis dekat situ 80 baht ( tak makan sangat sebab tak berapa nak lalu haha )


  • - *Maeklong Railway Market* ( tak sempat tgk train sbb terlepas gara gara jem )
  • • jadual Train 6.20am,9.45am,10.20am,1.45.pm,2.30pm ,6.20pm
  • - Balik Bangkok 3jam sebab jem lagi apoooo stress jadual dah lari.Terus ke Chatuchak Market.
  • • Sila bawa duit yg banyak klo gila shopping.
  • • Yg berniaga online sgt sesuai sini.
  • • Makan santai abis 100 bath.
  • - Amik BTS dari Chatuchak stesen Mo chit tukar Ke siam then tukar ke Chong Nongsi ( guna day pass )
  • - Mandi dan keluar lepak area silom.


  • Day 3:
  • -Siap tuk sarapan pagi mcm semalam settle check out dan gerak ke stesen bas Ekkamai.
  • - naik train bts ke stesen Ekkamai ( refer map) 40baht
  • - Amik van ke Pattaya 150baht
  • • kalau bas besar 120baht
  • (2 jam perjalanan ke Pattaya City )
  • - Sampai terus tggu check in
  • The Grass suite Apartment ( 800 baht sorang 2mlm )
  • - Keluar makan dekat Amir halal food ( 150 meter dri hotel )
  • - 100% halal dan sgt sgt sedap kami amik set sorang 200 baht tu pn smpai ayam bawa balik ( refer gmbr )
  • - Jalan ke Pattaya City ( 1.5km jalan amik view )
  • - Balik naik tuttut ( 30baht )
  • - Keluar malam + lepak area Pattaya beach ( 30 baht )
  • - Walking street ( tak payah pegi lah sini jalan luaq pantai sudah ok? )
  • - balik 30 baht


  • Day 4:
  • - Sarapan xdak so beli sendiri ( megi ,roti , air 50baht )
  • - Gerak ke Jety Pattaya ( 30 baht )
  • - Amik feri ke KoH Larn Island ( return 60 baht )
  • • speedboat 300 batht
  • - Feri 40-45 minit
  • - Sewa motor round Koh Larn Island senang nak p mana mana ( 300 baht ) kami pujuk rayu dpt 200 baht sebiji mtr bahagi 2 so 100baht sorg dalam pulau 4 jam .
  • Nuel Beach
  • • Samae Beach
  • • Tawaen Beach ( pling ramai )
  • Sila mintak maps dkt sewa mtr td.
  • - Makan tghari 100 baht
  • - Mandi laut & gerak ke Pattaya City.
  • - Balik hotel ( 20 baht murh sbb ada yg lain )
  • - Makan malam dkt Thai Arab restaurant ( 80 baht )
  • - Jalan jalan Pattaya City
  • Pattaya night market
  • • Pattaya street market
  • • Central Festival pattaya
  • • Pattaya Beach
  • - last last urut kaki sbb penat hahaha 200 baht.
  • - Balik hotel 30 baht


  • Day 5 :
  • - Gerak ke Bangkok semula 150 ba
  • - Lepak MBK center
  • • dalam ni ada banyak kedai makanan halal tanpa ragu ragu kami makan dkt Yana Restaurant ) 150 baht
  • - Nak simpan beg ada loker 40bath ( sejam ) kena 100 bath
  • - Siam paragon,siam discovery,Hard Rock, Bangkok street market etc
  • - Kul 4 gerak lepak Airport ( teksi sorg 90 baht )
  • - Flight Balik KL 8.20 malam


  • SAMBUNGAN GMBR BOLEH TEKAN LINK DI BAWAH.
  • GAMBAR PENUH
  • GAMBAR
  • GAMBAR 2
  • .
  • Selesaiii!! Sebenarnya trip ni sambil jalan jalan kami shoot baju karton collection .. Boleh refer gambar.
  • .
  • .
  • Total 3651 baht tukar RM448.12 + RM60 ( hotel ) = RM508.12
  • ( anggran kami saja myb lebih beberapa ringgit )
  • .
  • Flight RM300 ( return 2mggu sebelum )
  • Erl transit
  • KL Sntral - Putrajaya - KLIA2 = RM24
  • ( jimattt )
  • Bas ke KLIA 2 : RM12
  • Erl express : RM55
  • .
  • .
  • Hepy holiday!!!!
  • @hazwanhairy
  • www.hazwanhairy.my