Friday, January 26, 2018

RESEPI KARIPAP KENTANG DAN DAGING

RESEPI KARIPAP KENTANG | RESEPI KARIPAP DAGING | RESEPI KARIPAP KENTANG DAN DAGING

Resepi mudah karipap kentang : Bila mood terlebih rajin dan hanya duduk mereput dekat rumah terjadi lah macam macam masakkan yang mudah untuk makan.Kali ni kami try buat karipap kentang bersama dengan daging. Daging dah lama ada dalam peti ais mana yang ada ja la letak..haha

Bentuk dia tu xdela lawa sangat tangan jantan buat kan hg kena paham..haha.asal sedap sudah la..haha


Resepi ni kami kol mak kami juga nak double confirm macam mana nak buat karipap kentang bagi sedap dan rangup. Meh try cuba buat ikut resepi ni tengok menjadi ke tak.

Bahan bahan untuk doh :
- Tepung gandum 2 cawan 
- Majerin 2,3 sudu
- Minyak masak 2 sudu makan 
- Air & garam

Cara - Cara uli doh :
- Panaskan minyak masak bersama dengan majerin
- Kemudian masukkan ke dalam tepung gandum & uli sehingga sebati.
- Masukkan air garam dan uli sehingga tidak melekat.
- Biarkan selama 30 minit


Bahan bahan untuk inti:
- Daging atau ayam 
- Kentang dipotong dadu
- Bawang besar dipotong dadu
- Bawang merah 1 biji & 1 ulas bawang putih untuk menumis
- Rempah kari daging 1 bungkus atau kurangkan 
- Tambah serbuk cili untuk bagi pedas
- Daun kari 
- Daun bawang 
- Garam dan gula.



Cara - cara masak inti:
- Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah , bawang putih dan daun kari sehingga naik bau wangi.
- Masukkan rempah kari daging bersama air dan biarkan sehingga pecah minyak.
- Boleh masukkan ubi kentang dan daging biarkan sehingga empuk.
- Bila dan empuk boleh masukkan bawang yang dipotong tadi dan juga daun bawang.
- Dah siap!! biar sejuk sedikit dah boleh buat karipap..



Mudah saja kan?? kalau ada bahan semua boleh buat rajin dengan tak rajin ja lah..hehe..Selamat mencuba...





Instagram: @hazwanhairy
Email: hazwan943@yahoo.com.my

Thursday, January 25, 2018

( 8 GAMBAR ) AHMAD'S KITCHEN MAKANAN WESTERN BEST DI SUNGAI BULOH

AHMAD'S KITCHEN , MAKANAN WESTERN SEDAP DI SUNGAI BULOH,WESTERN FOOD


Semalam berkesempatan untuk singgah makan di Ahmad's Kitchen Sungai Buloh setelah viral di media sosial.Tertarik untuk p cuba makanan dekat sini sebab tengok makanan dia sedap sedap dan ada macam macam jenih makanan western.



Bila sampai sana ada sorang akak ni sapa kami bagi salam,sambil hulur dekat kami menu, wahhh ini 1 st time tau duduk di meja makan dan orang yang amik order bagi salam.Sangat ramah ok!okekk boleh p selalu ..haha.. Bila buka menu mata jadi juling tengok macam macam menu makanan menarik minat untuk di cuba.Kami semua amik masa lama juga lah nak pilih satu satu makanan apa..hahah

Harga pulak murah dan sangat berbaloi tau dengan banyak nyaa memang susah nak dapat harga macam ni.Yang paling penting sangat sangat sedappp terutama sekali bbq sos dia memang padu bai abis hirup macam tu ja..haha..Kalau hampa p nanti cuba la try!

Air pulak ada macam macam jenis juga bak kata kedai ni "hipsters drink" bila kau dengar hispter dah blh bayang macam mana air dia kan.tp jangan bayang harga sebab tak mahai wehhh serius terkejut kalau tempat lain ada aiskrim,coklat,chipmore,dan bla bla lagi yang nampak meriah dah lebih RM10 tau tp ni cuma harga RM7.5 sangat berbaloi..

Ni la yang kami makan semalam


Spageti balognese with fish fillet RM16.9
Fish & fillet RM10.9

Rm 10.9 Chicken Grill






Rm7.5 



Kalau hampa nak p try makan boleh cari kedai ni dekat area bandar baru sungai buloh kawasan market pagi sebaris kedai zai seafood dan sebelah kedai satay..Lebih mudah cari petron sg buloh haaa market belakang tu lepas tu buka mata luas luas cari nama medai ok..hahaha..Cari ja  Ahmad's Kitchen .

Boleh like facebook : Ahmad's Kitchen
instagram : Ahmad's kitchen


Selamat mencuba..







instagram : @hazwanhairy 
Email : hazwan943@yahoo.com.my 

Wednesday, January 24, 2018

BAJU GILDAN MURAH

TSHIRT GILDAN , TSHIRT GILDAN MURAH , PRINTING BAJU GILDA


Kepada sesiapa yang sedang mencari tempat untuk printing baju family day, baju persatuan , baju group atau baju kumpulan, baju rewang , baju kahwin , baju couple , baju kelas , baju korporat , baju muslimah dan pelbagai jenis baju printing boleh terus berhubung dengan Tshirt Printing IH.

Tshirt Printing IH menyediakan perkhidmatan silkscreen baju, heatpress baju, sulaman baju korporat, menjahit baju mengikut design anda dan sebagainya..Harga yang di tawarkan serendah RM13/ pcs mengikut terma dan syarat.

Baju Gildan juga di sediakan kepada yang sedang mencari kualiti kain yang terbaik..



Kami juga menerima tempahan untuk cetakan ( Sulaman / Silkscreen )

 Corporate Shirt / F1 Uniform
 Vest
 T-shirt Muslimah
 Quick Dry Roundneck & Collar
 Cap
 Polo Shirt
 Jersi
 Jacket

Kami juga menerima tempahan baju Custommade dari anda dengan harga yang berpatutan...

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Hp        : 016 - 9645287 / 017-5945084 / 012-3367702
Email    : ihcube.ent@gmail.com

Instagram : @tshirtprinting_ih 
Website : www.ihcube.com
Facebook  : TSHIRT PRINTING IH  & MH PRINTING 





Monday, January 22, 2018

RESEPI & CARA BUAT NUGGET HOMEMADE

RESEPI NUGGET HOMEMADE , CARA BUAT NUGGET HOMEMADE , NUGGET HOMEMADE AYAM

Resepi nugget homemade. Lama tak update resepi dekat blog hari ni nak kongsi resepi mudah untuk buat nugget di rumah.Resepi ni pun aku perasan dekat page fb so rasa macam simple sangat bahan untuk buat nugget ni.Ala lagi terus cuba lah mana tau kan lebih sedap.

Nugget homemade

Bila dah cuba tu ternyata memang ssdap sangat ini percubaan pertama tau buat nugget homemade pun dah sedap.Lepas ni dah tau apa yang kurang dan apa yang kena tambah.

Bahan bahan untuk buat nugget.
- Dada ayam 1 ketul
(lagi banyak ayam lagi sedap tau masa awal buat letak 1 ketul saja tapi masih terasa ayam)
- Bawang besar 1 biji
- Bawang putih 4 ke 5 ulas
- Lada hitam 1 sudu teh
( nak pedas letak la byk mana nak pun,1 sudu ni pn dah terasa)
- Kiub ayam 
- Garam 
- 1 biji telur
- 2 ke 3 sudu tepung gandum ikut masing masing nak rasa ayam lebih ke tepung lebih.

Cara cara 
- Letak air sedikit dalam blander dan masukkan semua bahan di atas ke dalam blander.
- Perlahan lahan putar sampai sebati.
- Dah siap boleh masukkan ke dalam loyang apa pun boleh.
- Kukus selama lebih kurang 30 min sehingga kental.
- Dah siapbeh sejukkan dan potong ikut bentuk yang nak..





Dah sejuk sikit boleh start goreng..Untuk goreng sediakan 1 biji telur hancurkan dan kacau macam biasa.Celurkan nugget yang dah dipotong tadi ke dalam telur dan celur pulak ke dalam serbuk roti..kemudian tunggu sehingga keemasan dan boleh angkat untuk di makan..mudah kan?? Haaaa selamat mencuba...






Email: hazwan943@yahoo.com.my
Instagram :@hazwanhairy 

Monday, January 1, 2018

SELAMAT TAHUN BARU 2018

SELAMAT TAHUN BARU 2018

 

2018: Semoga dipermudahkan segala urusan dan di beri kesihatan yang baik bagi memudahkan melakukan urusan.
Selamat Tahun Baru 2018
.
@hazwanhairy