Monday, February 12, 2018

KILANG JAHIT KURTA BORONG 2018

JAHITIT BORONG KURTA | KEDAI JAHIT BORONG KURTA | JAHIT PUKAL KURTA | KURTA RAYA


Untuk entry hari ni kami nak review dekat hampa ssemua yang sedang mencari kilang atau kedai menjahit kurta secara borong. Kurta memang popular sekarang ni, kalau kita tengok dekat mana mana instagram atau facebook terlalu banyak lambakan design kurta.So sekarang ni kepada yang berminat nak buat kurta sendiri boleh terus mencuba.


Kos yang diperlukan tidak lah mahal mana cuma serendah RM500 dah boleh hasilkan kurta jenama sendiri atau design sendiri , ia bergantung pada design dari pihak anda dan juga jenis kain yang nak di gunakan.

Kalau kain memang terlalu banyak jenis jangan salah pilih cukup lah.Kalau nak buat kurta atau jenama sendiri ni kalau boleh pilih kain yang berkualiti.Sebab baru nak mecuba jadi kualiti tu sangat penting untuk memberi kepuasan kepada pelanggan.

Kepada yang berminat nak dapatkan sebut harga jahit kurta secara borong atau pukal  boleh berhubung dengan butiran di bawah.


IH CUBE ENTERPRISE:
Whatapps : 017-5945084 / 0146144789
Email : ihcube.ent@gmail.com
Lokasi : Season Square ,Damansara Damai 
( set masa untuk berjumpadan bincang )

Min order : 

Jenis kain yang di sediakan seperti :
- Jappanese cotton
- Italian cotton
- Cotton crepe
- English Cotton
- Nilon cotton

Semua jenis cotton ni memang popular untuk buat kurta.Boleh lah pergi survey sendiri kalau nak lebih kepastin .Harga Kalau hampa ada jenis kain sendiri boleh bagitau  mereka.








Berminat nak jadi dropship kurta boleh tekan link di bawah :

Kurta teluk belanga slim fit 





INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :hazwan943@yahoo.com.my 

Sunday, February 11, 2018

RESEPI LAKSA PENANG , RESEPI LAKSA CAMPUR SOTONG PENANG

RESEPI LAKSA PENANG, RESEPI LAKSA CAMPUR PENANG, RESEPI SAMBAL SOTONG

Untuk entry hari ini terlebih rajin nak buat laksa penang dan nak berkongsi dengan hampa semua resepi laksa penang lebih special sikit tambah sambal sotong.Haa kalau dekat Penang kami panggil laksa campoq..Selain dari sotong kadang kadang ada juga orang letak sambal tauhu ,rasa dia pun padu bai..




Meh nak kongsi resepi laksa Penang versi orang bujang masak dan ikut resepi mak kami yang mudah gila ni. Haha.
.
Bahan bahan 
- Ikan sardin kami guna 7ekoq ( 5,6 orang makan )
- Cabai kering *
- Belacan *
- Bawang besaq 2 biji *
- Bunga kantan
- Daun senohong (kesum)
- Asam keping
- Garam & gula 

Cara cara 
- Blander yang bertanda *
- Rebuih ikan,boh sekali garam & asam keping
- Dah mendidih angkat dan asingkan isi dengan tulang.
- Isi tumbuk jgn lumat sgt, tulang tadi blnder dgn air isi ikan dan tapis untuk guna blik air td.
- Masukkan bahan blander td semua pastu bg mendidih sikit masukkan garam, gula, bunga kantan, daun senohom pastu siap!
Campak campak ja rajin ngan malas ja aihh..
.
Pastu rebuih la teloq 2,3 biji dan buat la sambal sotong macam biasa buat tu..biaq kering sikit baru sedappp!! Xtau buat sambal sotong?? 😑





Nak kami kongi resepi sambal sotong padu kami ke? Klik link dekat bawah ada resepi sambal sotong.



.



@hazwanhairy
hazwan943@yahoo.com.my

Monday, February 5, 2018

28 GAMBAR DI TIME CAPSULE RETREAT,SUNGAI LEMBING PAHANG

TIME CAPSULE RETREAT SUNGAI LEMBING PAHANG | TIME CAPSULE RETREAT


Entry hari ni nak kongsi dengan hampa semua gambar sekitar kawasan Time Capsule Retreat ,Sungai Lembing Pahang.Kalau hampa teringin nak rasa bercuti di dalam hutan dengan suasana yang mendamaikan Time Capsule Retreat memang sesuai untuk anda beristirehat bersama kawan kawan. Berkesempatan bercuti dan menginap di sini untuk satu malam dan boleh di katakan tempat penginapan best bagi yang ingin merasa tenang dengan kehijauan hutan di sekeliling time retreat capsule.

capsule

Dekat time capsule retreat ni ada 3 jenis bilik yang boleh hampa pilih.Kalau ikut viral lah bilik jenis capsule yang popular.Memang popular pun masa kami booking tarikh yang pegi tu dah penuh cuma tinggal parallel dengan white cottage saja jadi dan kami pilih amik parallel aurora.



parallel 


 Parallel pun ada 3 jenis yang boleh pilih,parallel aurora yang kami amik ni ada 2katil queen ,2 aircond dan ada bilik air di dalam.Kira dalam tu macam 2 bilik ada plak pintu sliding yang boleh pisahkan dengan katil sebelah so tak jadi masalah kalau ada perempuan..hahaha..hang dapat bayangkan tak?hahaha...



Parallel Aurora

Parallel Aurora

Parallel cooporate plak ada 1 katil queen 1 katil single,sofa bed dan meja tinggi untuk kegunaan letak laptop ke sambil fefeling buat kerja menghadap hutan.Best weh kalau amik yang ni pun.Paling best kalau hampa amik parallel discovery yang ni sesuai untuk yang nak honeymoon dalam hutan tau sebab ada balcony luar yang ada bathtub open okk,kawasan ni khas tau ada pintu pagar orang luaq tak boleh masuk hanya yang tinggal dalam parallel discovery ni saja boleh masuk soo boleh mandi dalam bathtub open tu tanpa segan silu sbb orang tak kan nampak pun menghadap hutan.haha





Parallel Discovery

Parallel Discovery

White Cottage

White Cottage

Untuk 1 hari kami semua bercuti dekat sini tak banyak aktiviti boleh buat.Masa kami p hari tu lombong biji timah tak dapat masuk tutup sebab ada air limpahan masuk dalam terowong tu masa hujan lebat dekat Pahang yang lepas.Sebelum ni dah pernah masuk jadi tak lah rasa kecewa sangat cuma 2 orang ja yang belum.pernah dan kecewa..haha..

Jadi plan di teruskan melawat muziem sungai lembing kadar bayaran RM2 boleh tengok salah silah mengenai Sungai Lembing dan pelombongan biji timah di kawasan sini.Agak tertarik dan teruja bila tengok dan baca mengenai cara mendapatkan biji timah dan kawasan perlombongan. Dah settle sini kami jalan sekitar kawasan kampung di Sungai Lembing antaranya meniti titi gantung.Serius kawasan dia sangat lawa padahal titi gantung ja pun..haha. Abis semua ni kami lepak pulak dekat area bus stop beli makanan dekat situ jumpa 1 kedai makcik ni dia jual sangat murah borong abis cokodok dgn keropok lekor kemudian lepak dekat sungai tengok orang mancing..Best walaupun nampak macam biasa saja.







Kami dah cadang awal sebelum pergi sana, sebelah malam kami akan bawa makanan sendiri untuk masak dekat sana jadi bincang punya bincang kami buat steamboat untuk makan malam dekat sini dalam hutan yang sejuk tu..haha..Serius best gila time tu potong potong, masak masak dan makan makan. Lepak sampai rasa dah tak tahan dengan nyamuk pastu sembang dalam bilik plak..haha.Kalau malam situ nak pergi mana dah tak boleh tak ada apa so aktiviti masak masak sambil buat unggun api ni sangat best.




Untuk aktiviti pagi tidak ada program hanya bangun pagi bersenam dan makan makan saja lah..haha..Kalau bajet hampa banyak boleh plan pergi air terjun pelangi pakej RM60 seorang nanti depa akan bawa ke sana dengan pacuan 4 roda dan lebih kurang sejam perjalanan masuk ke sana.\



Sekian sahaja untuk entry kali ni..next cerita aktiviti dekat Kuantan plak.







Instagram :@hazwanhairy
Email : hazwan943@yahoo.com.my