Tuesday, July 25, 2017

DECO TAMAN MINI DI BALKONI | 8 GAMBAR HIAS POKOK DI BALKONI

HIAS POKOK DI BALKONI |TAMAN MINI DI RUMAH | DECO TAMAN DI BALCONI RUMAH


Siapa cakap ruang sempit tak boleh buat mini taman walaupun tanam pokok dalam pasu sahaja.Tengoklah dunia apa yang kami dah buat dengan balkoni rumah kami ni.haha..Dekat entry ni kami nak bagi idea sikit kat hampa yang teringin nak hias hias pokok bunga dekat ruang kecik macam rumah kami ni.Alhamdulillah dah jadi macam hutan dah harap tak dak la beruk beruk , gajah menumpang berteduh..haha

rak putih dan set meja kayu tu dekat ikea..Meja tu kami beli 1 ja kerusi kalau ikutkan dua nasib ikea  ni boleh beli satu satu  kan..haha

Mungkin sebab minat terhadap tanah, tumbuhan hijau, bunga bunga membuak buak terhasil lah mini taman dekat balconi. Seminggu sebelum raya baru start berjinak jinak dengan tumbuhan.Rumah kami atas jadi balKoni ja lah tempat nak berbakti dengan tanah pun.haha. Boleh kira beberapa orang ja letak bunga bunga dekat balKoni nampak paing over setakat ni aku la kot..haha..

Deco taman mini dah lama sangat dah nak buat selepas beli kerusi dan rak yang nak sangat dekat ikea, lepas tu  terus la tambah tambah beli pokok dengan bunga untuk penuhkan ruang.Cuti 12 hari raya hari tu pokok keladi kami mati sedihnya rasa tapi dah tumbuh balik dah anak anak keladi tu..Maknanya tangan kami ni sesuai lah tuk tanam apa apa pun sama macam tangan abah kami tanam apa mesti menjadi..hahaha

Salah satu sebab buat deco mini taman ni sebab minat tu satu benda lah dan satu lagi terapi stress pun boleh juga tau.Bila kita tengok tengok pokok bunga , daun daun hijau ni boleh ubah mood kita. Nampak tenang dan relex saja ok.Kalau boleh nak ja duduk dekat tepi tu selalu..haha.Alhamdulillah rasa macam best bila berbakti dekat tanah ni..

dah siap pun...tenang ja tengok..haha


dah siappppp...

Belum siap lagi ni..
Gmbar sebelum siap sepenuhnya..Pokok keladi depan tu la yang mati..
sekarang jadi anak pkok dah nasib hidup balik.
belum siap kembang mekar morning glory ni.

Lepas ni nak tanam sayur sayuran pulak lah senang sikit nak masak petik petik ja tak payah beli dah..haha.

Sesiapa nak beli bunga murah murah harga borong boleh la hampa google cari SZ Nursery Sg Buloh, Harga sangat murah tau kami pun terkejut...





INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :hazwan943@yahoo.com.my 

Monday, July 24, 2017

RAYA 2017 | 40 GAMBAR MAKAN MAKAN LEPAK SANTAI RAYA BERSAMA KAWAN

RAYA 2017 | MAKAN MAKAN RAYA | LEPAK SANTAI RAYA 2017

Alhamdulillah syawal sudah pun melabuhkan tirai, semoga kita semua dapat berjumpa Ramadhan dan Syawal pada tahun hadapan. Alhamdulillah juga niat nak buat makan makan , santai santai untuk jumpa dengan kawan kawan rapat yang tinggal dekat sekitar Lembah Klang ni jadi juga.

haaa konsep dia macam ni lah santai santai ok! tak kalut nak p rumah org lain dah,klo ada
jemputan pun soh mai last..haha
Untuk majlis kecik tahun ni tak lah openhouse sangat kira mcam tertutup lah juga sebab tak canang merata tempat awal awal .haha..Sebab mulanya memang tak mau buat tapi ada orang tanya tahun ni buat ke?sebab depa xmai tahun lepas jadi depa nak mai juga tahun ni.haha

Kalau dah ramai yang tanya tu kena la buat kan walaupun yang tanya tu bukan ada yang mai pun.haha..Syukur alhamdulillah dapat beri layanan lebih dekat semua tetamu yang datang gelak ketawa sampai terlupa orang yang tak mai..

Kepada yang dapat jemputan tapi tak mai tu dan mesej bagitau tak jadi mai jangan risau lah tak ada apa pun, kami bukan nak sentap sentap macam xdak perasaan orang ada keja ke apa kami faham lah..haha..Jangan gelabah tau kalau tak mai pun kami masih ja berkawan.haha nak mai bila bila helo okeh kami cari kawan bukan nak cari musuh.Kawan kawan punca rezeki tau tapi tengok juga lah sejenis yang mana..ngee

Yang tak jemput tu maaf sangat sangat mungkin ada yang terlepas pandang kami jemput yang terdekat sahaja dan yang tahun lepas mai..Yang 3 tahun jemput tapi tahun lepas tak datang jujur dari hati memang tak jemput dah tahun ni..hahaha

Jutaan terima kasih dekat besfriend Ewan, iz, ala tolong kami potong potong, masak masak, kemas kemas sebelum dan selepas majlis. Semoga kebaikan kalian diberkati Allah swt.Tak tau nak ucap terima kasih macam mana.

Sejuta terima kasih tak terhingga kepada abg taufik yang mai jauh dari Penang tengok tengok dah terpacak depan pintu siap bawak kerepek lagi..haha.. untuk Hanoor yang datang bersama Kek brownies sedap gila, abg adhan siap buat kek lepastu bagi kami, Farah yang mai jauh dari Seremban dan bawa creampuff gebu gebas, Ewan sponser rendang ayam yang lazat gila tu sampai orang ratah abis.


kek abg adhan 
creampuff farah 
brownies gbc hanoor bagi
ni along beli


Alhamdulillah rezeki orang bagi dah macam buat portluck dah jadi lepas ni buat portluck ja lah..haha..Menu makanan ni semua masak sendiri tak ada pun yang beli, bestnya orang dapat makan apa yang kita buat dan puji sedappp..ehh haha..Abis semua masakan macam masak cukup cukup pulak..haha



























bahan untuk pizza..

kek batik yg dipuji sedap sangat tu..haha
ayam ni pun sama...
kek batik lazat kami , sup , nasi, kacang kacang , keropok dan rendang ayam
koew teow thng
nasi ayam madu
pizza 

Terima kasih kalian semua yang sudi mai rumah sembang sembang.Setahun sekali ja kita dapat jumpa pun, kalau hari biasa memang tersangat lah susah nak jumpa , masing masing sibuk.Dengan musim raya ni lah baru ada peluang nak jumpa semua sebab boleh buat makan makan sempena raya..

Insyallah kalau ada rezeki lebih, umur panjang tahun depan boleh jumpa lagi.Semoga persahabatan kita semua kekal sampai anak cucu gitu..haha. Maaf kalau ada kekurangan apa apa yang buruk semuanya dari kami...


Belum tengok lagi ke entry raya yang lain?
boleh klik link di bawah..

RAYA 2017 | FAMILY POTRET

RAYA 2017 | FAMILY GATHERING RAYA 2017

RAYA 2017 | VIPER CHALLENGE PENANG GATHERING

RAYA 2017 | KRABI TRIP GATHERING





INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :hazwan943@yahoo.com.my 

Sunday, July 23, 2017

PERLASHINE KAPSUL MUTIARA | KELEBIHAN PERLASHINE

PERLASHINE KAPSUL MUTIARA | KELEBIHAN PERLASHINE | KEBAIKAN PERLASHINE


Mesti ramai yang  sudah tahu apa itu perlashine. Perlashine merupakan produk kecantikkan yang sesuai di gunakan oleh lelaki mahupun perempuan. Produk yang di hasillkan oleh safiey ilias ni mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan memang tidak ragu ragu lagi untuk cuba produk ni..
Perlashine memang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia sudah pasti ramai yang mencuba dan mendapat hasilnya. Mesti hampa semua perasan juga kan promosi iklan untuk produk perlashine di tv, radio, billboard dan banyak lagi.Yang belum tahu lagi kelebihan produk kecantikan perlashine kapsul mutiara ni boleh rujuk di bawah.

Kelebihan Perlashine:
-Memutihkan kulit
-Menegangkan kulit wajah
-Menyihatkan tubuh badan
-Awek muda dan kulit anjal
-Merawat masalah jerawat dan jeragat.
-Memudahkan parut di wajah dan badan
.
-Kesan yang sangat hebat
-Hanya sebiji sehari cukup memberi kesan menyeluruh
-Seawal 3-7 hari kulit mula glowing seperti mutiara.
-Seawal 8-14 hari kulit makin cerah,gebu dan anjal.





.
Untuk dapatkan produk perlashine boleh terus berhubung dengan butiran di bawah.Free babies glow kepada pembeli dan stok adalah terhad.

Whatapps: 017-5945084
Atau lebih laju klik link dibawah👇
.
.




INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :hazwan943@yahoo.com.my