Rumah Kiub di Belanda pada pandangan mata kasar seolah-olah buah dadu berwarna kuning yang tersusun elok. Rumah tersebut merupakan satu inovasi perumahan yang diilhamkan oleh arkitek Piet Blom dengan konsep tinggal di bumbung bandar bagi menjimatkan penggunaan ruang tanah.
Rekaan Blom itu mewakili sebuah perkampungan di dalam bandar Rotterdam dengan setiap rumah seakan sebatang pokok. Apabila disusun bersama ia menjadi seperti sebuah hutan.
Dalam bidang seni bina, reka bentuk bangunan pelik ini dikenali sebagai akrkitektur novelti iaitu bangunan dan struktur yang diberi sentuhan bentuk luar biasa.
Ia sama ada untuk tujuan pengiklanan, mercu tanda atau sekadar menonjolkan sisi eksentrik pemilik bangunan.
"Perkembangan dalam perisian komputer telah memberi peluang kepada arkitek untuk tampil dengan variasi bentuk tiga dimensi.
"Ia memudahkan mereka berimaginasi dan menghasilkan sesuatu yang kelihatan menarik," kata penulis pembentukan bandar, James Graham Ballard.
Namun, bukan semua rekaan bangunan unik itu berjaya.
Buktinya, sebuah resort di Sanzhi UFO City, Taipei, Taiwan mengangkat konsep kapal angkasa makhluk asing sebagai asas rekaan bangunannya gagal disiapkan kerana pemajunya kerugian selain berlaku beberapa kemalangan di sekitar kawasan pembinaan bangunan itu.
p/s: Sekali skala cari bahan
p/s: Sekali skala cari bahan
11 comments:
pehhhhh...mau nye berpusing-pusing kepala tgokk rumah ni..tp tetap stylez
perghh...canggih jugak kalau rumah aku cmnie...hehe..ang boleh bg dak aku rumah cmnie? bawu aku kawen kan ang ngn sepupu aku..kah kah :P
Awesome gila rmh nih... tp x ke ssh nk jln dlm rmh tuh? nmpk mcm x rata je ...
Cantik rumah ni. haha :p
cantik ler rumah2 cengggini
Saya suka3
style la heee
mcm2 style bentuk rumah skrg..pelik2 rupa bentuk nye >_<
memang Awesome lahh!
smart rumah ni. ada tak kat malaysia?
ishk macam2 la depa ni. pening akak tgk umah ni
Post a Comment