Sunday, July 23, 2017

PERLASHINE KAPSUL MUTIARA | KELEBIHAN PERLASHINE

PERLASHINE KAPSUL MUTIARA | KELEBIHAN PERLASHINE | KEBAIKAN PERLASHINE


Mesti ramai yang  sudah tahu apa itu perlashine. Perlashine merupakan produk kecantikkan yang sesuai di gunakan oleh lelaki mahupun perempuan. Produk yang di hasillkan oleh safiey ilias ni mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan memang tidak ragu ragu lagi untuk cuba produk ni..
Perlashine memang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia sudah pasti ramai yang mencuba dan mendapat hasilnya. Mesti hampa semua perasan juga kan promosi iklan untuk produk perlashine di tv, radio, billboard dan banyak lagi.Yang belum tahu lagi kelebihan produk kecantikan perlashine kapsul mutiara ni boleh rujuk di bawah.

Kelebihan Perlashine:
-Memutihkan kulit
-Menegangkan kulit wajah
-Menyihatkan tubuh badan
-Awek muda dan kulit anjal
-Merawat masalah jerawat dan jeragat.
-Memudahkan parut di wajah dan badan
.
-Kesan yang sangat hebat
-Hanya sebiji sehari cukup memberi kesan menyeluruh
-Seawal 3-7 hari kulit mula glowing seperti mutiara.
-Seawal 8-14 hari kulit makin cerah,gebu dan anjal.





.
Untuk dapatkan produk perlashine boleh terus berhubung dengan butiran di bawah.Free babies glow kepada pembeli dan stok adalah terhad.

Whatapps: 017-5945084
Atau lebih laju klik link dibawah👇
.
.




INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :hazwan943@yahoo.com.my 

Thursday, July 20, 2017

APA ITU XTRA INCH | KELEBIHAN XTRA INCH DAN KEBAIKAN XTRA INCH

XTRA INCH | KELEBIHAN XTRA INCH | KEBAIKAN XTRA INCH

Untuk entry kali ni nak review satu produk kesihatan untuk lelaki yang mengalami masalah masalah lelaki dan juga masalah kesihatan. Insyallah dengan mencuba produk xtra inch ni anda dapat melihat sendiri perubahan yang berlaku dalam diri anda.Terdapat pelbagai kelebihan xtra inch nanti saya terangkan di bawah..
 Apa itu xtra inch?
- xtra inch merupakan suppliment untuk kesihatan seksual dan juga untuk keseluruhan tubuh badan.
- Xtra inch diperbuat dari 5 ramuan herba terbaik .
- Xtra inch berstatus halal dan mendapat kelulusan ujian makmal.
- Xtra inch memberi kesan yang pantas seawal seminggu.
- Xtra inch bebas dari bahan kimia dan bahan berbahaya tiada kesan sampingan .

kelebihan xtra inch dari segi kesihatan yang menyeluruh :
- Mencegah darah tinggi dan kencing manis.
- Membaik pulih sistem peredaran darah dalam badan.
- Mengawal tahap gula dalam darah.
- Mengurangkan kolestrol dan membakar lemak.
- Meningkatkan kualiti tidur yang sempurna.
- Mengurangkan keletihan dan sentiasa bertenaga.

Kelebihan xtra inch dari segi seksual:
- Merawat masalah mati pucuk.
- Meningkatkan prestasi seksual secara maksima.
- Mengatasi masalah pancutan pra matang
- Mampu bertahan lebih lama.
- Meningkatkan kuantitidan kepekatan air mani.
- Membesar, menebal dan memanjangkan alat sulit.


5 ramuan semula jadi di dalam xtra inch :
- Eurycoma longifolia
- Tribulus
- Ginko biloba
- Panax ginseng
- Muira puama

Cara pemakanan xtra inch:
1 Botol xtra inch mengandungi 60 biji kapsul.

Pengambilan normal:
1 biji pagi dan 1 biji malam.

Workout atau kesan lebih cepat:
2 biji pagi dan 2 biji malam

Jika nak kesan tahan lama semasa bersama boleh ambil 1 biji 30minit sebelum bersama..

Untuk pengambilan produk kesihatan anda semua perlu meminum air masak yang secukupnya dalam sehari.



Lebih testimonial boleh terus ke instagram : Xtrainchdamansara

Berminat untuk dapatkan produk xtra inch? promosi free tshirt dan free postage untuk anda..Terhad!
Boleh whatapps : 0175945084

atau klik link dibawah.
www.wasap.my/60195945084




INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :hazwan943@yahoo.com.my 

Wednesday, July 19, 2017

RESEPI SALAD | RESEPI SALAD CAMPUR

RESEPI SALAD | RESEPI SALAD CAMPUR | RESEPI SALAD BUAH


Apa pun yang kami masak la ni kalau sempat,kami update dekat blog ada juga bahan untuk menulis kan daripada tak dak langsung. Naik lah juga pageview walaupun sendu kan..Sendu pun hado katanya..Untuk menu hari ni simple ja tak perlu nak buka api pun cuma buka dompet ja nak beli bahan..haha..Resepi hari ni resepi salad campur mungkin nama dia resepi salad sayur buah..

Salad ja kot tak kan tak pandai nak buat? bukan tak pandai tapi malas kan.Yeala dok hadap fb 24 jam memang malas, sempat pulak carut..hahaha..Jum tengok bahan apa yang kami boh dalam salad kami tu.


Bahan-bahan:
- Salad 
( dua tiga jenis mcm dalam gambar tu kami tak tau lah nama apa hampa boh la apa pun salad )
- Lada benggala 
- Tomato 
- Lobak merah
- Bawang holland atau bawang merah
- Buah epal 
- Perahan lemon
- Minyak zaitun
- Thousand island atau mayonis
- Parmesan
- Teloq rebus ( yang ni aku menyesal lupa boh teringat2 sampai sudah )

Cara dia sangat mudah, hampa potong potong semua campak dalam bekas besar masukkan semua kemudian kacau sebati lepas tu dah boleh makan dah..Selain bahan di atas tu hampa boleh la letak apa pun yang hampa nak, macam macam benda boleh campur sekali.




Selamat mencuba okeh...




INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :hazwan943@yahoo.com.my 

Tuesday, July 18, 2017

CUSTOMERS IS ALWAYS RIGHT? PUIHHHH LAHHH


Sebenarnya aku nak luah apa yang terpendam dalam hati aku selama ni, aku sabar ja sebelum ni apa yang kau cakap, sebab apa sebab kau customer aku kena la dengar kau mengata aku, mempekecilkan aku sebab kau rasa mungkin diri kau tu hebat sangat.Ak dah mintak maaf lembut lembut kalah wanita tapi semakin aku mintak maaf semakin menjadi jadi kata kau seolah olah aku ni sampah yang tiada perasan.

Memang kau bagi aku job banyak helai tapi kau mintak harga murah tak masuk akal, aku tak mau terima mualanya tapi kau paksa aku tuk terima dengan alasan kau kononnya nak tolong aku bagi job dekat aku long term katanya.Bagus tu sebab niat murni kau nak tolong aku tapi kau boleh pikir harga yang kau mintak tu sebenarnya tak masuk akal?tak masuk akal org bodoh mcm aku ja terima..

Orang lain dekat tempat aku buat kerja macam aku tak amik tau harga macam ni sebab kebodohan aku dan sebab kononnya kau kawan aku jadi aku terima job kau ni.Untung yang aku dapat rm200++ sedangkan aku perlu dapat rm2000++ jika aku bukan kawan kau...

Bila tiba kali ni job ada masalah sikit bukan lewat di sebabkan aku kau tak boleh terima , Lewat apanya sepatutnya 7-14 hari tau bukan 1-7 hari job kena siap selepas payment yea..tolong paham sikit yang tu.., kau cakap aku macam tak buat kerja. Oooo sebelum ni aku tak buat kerja lah? aku tak tolong kau lah?

job kau nak 3,4 hari aku buat tau segera katanya urgent sangat sebab kebodohan aku jadi aku terima hakikatnya aku menyiksa diri aku, aku dah buat diri aku jatuh dalam neraka..Kau tahu kenapa?sebab jenis macam kau lah emosi aku terganggu, kau cust jenis saiko tak padan dengan apa yang kau buat, sebab kau mood aku lari aku marah orang sana sini sebab kau lah punca..

Aku boleh terima kalau kau nak cakap kerja aku ni macam macam makesure berbaloi apa yang aku dapat.Ini tak semua benda nak murah, semua benda nak ikut kepala kau, semua benda nak ikut jadual kau macam aku ni buat kerja kau sorang sahaja, macam aku untung buat job kau berjuta..Aku pun ada kerja lain , customer lain yang sudah awal submit order. Perlu ikut turn list tau mana mana tempat pun .Kalau nak potong turn kena bayar xtra cas tp kau?dah la murah pastu ntah apa apa..eeeeeeeee 

Customer ni yang aku kena jaga bukan cust macam kau menyusahkan. Customer yang aku kena jaga tu sikit pun tak bagi tekan, sikit pun tak buat aku rasa terbeban, sikit pun tak beri masalah, mereka jenis sabar dan paham situasi ni tapi kau??

Jumlah yang mereka buat memang sedikit tak macam kau kau kau yang oder beratus ratus mintak murah tu..Kenapa aku jadi macam ni ? sebab kau dah ungkit macam macam seolah tak menghargai apa yang aku dah buat sebelum ni..

Oooo kau ada bagitau tak nak submit dan tak nak tolong aku dah?yaaaa saat yang aku tunggu sudah tiba, sudah lama sangat aku nak blah buat kerja ni..hahaha...Sedikit pun tidak membantu aku tau, tidak mengkayakan aku, tidak buat aku senang..

Kau jangan ingat kau bg job aku besar aku untung banyak ke?heloooooo sehelai 30 sen ! kepala hotak kau wehhhh tenaga aku ni 30 sen ja ke?otak mana otak???belum tolak kos pegi antar tau..ingat tu..pastu plastik 2kg rm20..dah rm40 kena beli...Servis aku tak baik ke?dah la pegi hantar lepas tu kos semua tolak untung sendri...jadah lah aku pun....otak kau lah!

Sudah lah aku pun malas nak pikir.aku tak ada pun mention sapa sapa kalau kau terasa tu bagus juga lah sebab boleh kot ubah diri kau kan..lagipun bukan kau sorang ja customer aku yea..So berubahlah jangan jadi ego sangat dan berterima kasih lah dengan orang..


Customers is always right ke?kepala hotak kau k! pegi mampos sapa yg perangai macam ni...





Monday, July 17, 2017

KELEBIHAN PERFECT SKINZ | PRODUK PERFECT SKINZ

KELEBIHAN PERFECT SKINZ | PERFECT SKINZ | PRODUK PERFECT SKINZ | IKLAN PRODUK 



Perfect skinz merupakan salah satu produk kecantikkan di Malaysia yang mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Kesiahatan Malaysia. Produk untuk merawat kulit wajah yang bermasalah seperti jerawat, parut jerawat ,jeragat, melicinkan kulit wajah, melembabkan kulit wajah,memutihkankan wajah anda dan sebagainya.




Perfectskinz mengeluarkan sabun, krim siang, krim malam dan juga serum..Berikut merupakan kelebihan perfectskinz.

Sabun, krim siang , krim malam, serum 

Kelebihan Facial Soap:
*menanggalkan kotoran kulit.
*menanggalkan set kulit mati.
*melembabkan kulit,
*mengandungi Vitamin E.

Kelebihan Day Cream:
*pelidungan cahaya UV
*memutih & mencerahkan kulit.
*menghilangkan tanda penuan & garisan kedutan pd kulit.

Kelebihan Night Cream:
*memutih & mencerakan kulit.
*mengembalikan keanjalan kulit.
*menghapuskan jerawat,parut & jerawat halus.

Kelebihan Magic Serum:
*memudarkan parut dan jeragat.
*menjadikan kulit lebih lembut &pinkish & glowing.
*menghilangkan eye bag.



Kalau ada yang berminat untuk dapatkan produk perfect skinz ni boleh tengok testimonial di instagram atau terus berhubung dengan detail di bawah.

Instagram :perfectskinzdamansara_
Whatapps: 017-5945084
atau terus tekan link di bawah
www.wasap.my/60175945084


Ada yang berminat nak jadi dropship untuk perfect skinz? boleh tambah pendapatan anda. Komisen tinggi di tawarkan untuk anda semua yang berminat..Boleh pm segera..




INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :hazwan943@yahoo.com.my 

Sunday, July 16, 2017

17.7.2017 TIGA TAHUN TRAGEDI PESAWAT MH17 | PESAWAT MH 17 | KRONOLOGI TRAGEDI MH17

KRONOLOGI TRAGEDI PESAWAT MH17 | TRAGEDI PESAWAT MH 17 | TRAGEDI MH17 


17 Julai (Khamis) Pesawat MH17 terhempas kira-kira pukul 10.15 malam waktu Malaysia di Donetsk, timur Ukraine. Tragedi itu berlaku kira-kira empat bulan selepas kehilangan pesawat MH370. Pesawat Boeing 777-200 dengan 298 penumpang dan anak kapal dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara (SAM) ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
18 Julai (Jumaat) Najib mengadakan sidang akhbar pukul 4.30 pagi di Hotel Sama-Sama KLIA memaklumkan tindakan kerajaan ekoran nahas itu. Kerajaan Ukraine dan pemisah pro-Rusia masing-masing menafikan menembak pesawat berkenaan. MAS mengesahkan menerima makluman daripada Trafik Kawalan Udara (ATC) Ukraine bahawa hubungan komunikasi dengan pesawat MH17 terputus pada pukul 10.15 malam waktu Malaysia. 
19 Julai (Sabtu) Najib umumkan sidang tergempar Parlimen akan diadakan. Obama menyatakan bukti yang diperoleh pihaknya menunjukkan pesawat itu ditembak jatuh menggunakan SAM dari kawasan yang dikawal oleh pemisah yang disokong Rusia. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengetuai delegasi ke Ukraine bagi membuka laluan selamat untuk kemasukan pasukan penyiasat dari Malaysia. Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang sebagai penghormatan terhadap mangsa tragedi. 
20 Julai (Ahad) Agensi berita AFP melaporkan mayat-mayat yang dikumpul di tapak pesawat terhempas telah dialihkan ke tempat lain. Pemisah pro-Rusia mendakwa mereka telah menjumpai alatan yang menyerupai kotak hitam.
21 Julai (Isnin) Najib mendapat persetujuan daripada pemisah pro-Rusia diketuai Alexander Borodai untuk menyerahkan dua kotak hitam dari MH17. Persetujuan itu juga melibatkan penghantaran jasad mangsa dengan kereta api dari bandar Torez yang dikawal pemberontak ke bandar Kharkiv dikawal tentera Ukraine. Anggota penyelamat menemui 251 mayat dan 86 cebisan mayat manusia yang terus disimpan dalam gerabak kereta api yang mempunyai sistem penyejuk. Ahli forensik dari Belanda membuat pemeriksaan ke atas mayat.
22 Julai (Selasa) Dua kotak hitam diserahkan kepada pegawai-pegawai Malaysia. Pemimpin seluruh dunia memuji tindakan bijak Najib yang mendapat persetujuan dengan pemisah pro-Rusia. Kereta api yang membawa jasad mangsa tiba di Kharkiv, Ukraine. Tiga pakar penerbangan dari Malaysia berjaya masuk ke tapak nahas.
23 Julai (Rabu) Dewan Rakyat mengadakan sidang khas. Najib membentang usul mendesak badan bebas antarabangsa mengadakan penyiasatan menyeluruh berhubung nahas berkenaan. Kumpulan pertama 40 keranda yang membawa mayat mangsa tiba di Eindhoven, Belanda.
24 Julai (Khamis) Najib mengumumkan jasad mangsa tidak mungkin dapat dibawa pulang sebelum Hari Raya Aidilfitri. Kementerian Kesihatan telah mendapatkan 50 sampel DNA daripada waris mangsa bagi memudahkan proses mengenal pasti identiti mayat. Di The Hague, pasukan penyiasat Belanda mengumumkan telah memuat turun data dari kotak hitam dan mengesahkan ia berada dalam keadaan baik tanpa dicemari atau dirosakkan.
25 Julai (Jumaat) Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pembatalan semua rumah terbuka Jemaah Menteri merupakan satu mesej penting kepada dunia bahawa rakyat Malaysia bersatu dan sama-sama berkongsi kesedihan keluarga mangsa.
26 Julai (Sabtu) Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah serta Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah melawat waris mangsa di Hotel Putrajaya Marriott. Seramai 65 ahli pasukan mencari dari Malaysia kembali di Kuala Lumpur setelah seminggu berada di Ukraine.
27 Julai (Ahad) Pasukan penyiasat antarabangsa tidak dapat masuk ke kawasan nahas kerana berlaku pertempuran antara tentera Ukraine dan pemisah pro-Rusia. Di The Hague, pakar forensik mengenal pasti mangsa pertama yang merupakan rakyat Belanda.
28 Julai (Isnin) Kerajaan Belanda membatalkan penghantaran pasukan bersenjata antarabangsa bagi mengawal kawasan nahas kerana bimbang akan diheret untuk terlibat sama dalam konflik dalaman Ukraine. Tentera Ukraine berjaya menguasai beberapa bahagian kawasan nahas.
29 Julai (Selasa) Polis Belanda menerima 150 gambar dan video yang dimuat naik oleh saksi bagi membolehkan siasatan punca nahas dibuat.
30 Julai (Rabu) Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mewujudkan satu pasukan petugas khas yang bertanggungjawab mengesyorkan langkah-langkah bagi mempertingkatkan tahap keselamatan penerbangan.
31 Julai (Khamis) Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor melawat kem tentera di Hilversum, Belanda tempat identiti mayat mangsa sedang dikenal pasti. Perdana Menteri mengumumkan akan diadakan Hari Perkabungan Negara ketika kumpulan pertama mayat dan jenazah tiba di Malaysia.
Ogos 2014
1 Ogos (Jumaat) Sebanyak 70 polis dari Belanda dan Australia berjaya masuk ke kawasan nahas untuk menjalankan proses pencarian dan menyiasat walaupun berlaku pertempuran antara tentera Ukraine dan pemisah pro-Rusia yang menyebabkan 14 orang terbunuh.
2 Ogos (Sabtu) Seorang ahli kongres AS memuji Najib kerana berjaya berunding dengan pemisah pro-Rusia bagi membolehkan jasad mangsa dibawa keluar dari kawasan nahas.
3 Ogos (Ahad) Penyiasat yang masuk ke tapak nahas menemui lebih banyak cebisan jasad manusia dan barangan milik mangsa.
4 Ogos (Isnin) Anggota Pasukan Siasatan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tiba di Donestk.
5 Ogos (Selasa) Sebanyak 21 anggota pasukan penyiasat dari Malaysia menjalankan pemeriksaan di kawasan ladang gandum di Torez bagi mencari cebisan mayat dan serpihan pesawat.
6 Ogos (Rabu) Ukraine menafikan pesawat tentera udaranya berada berhampiran MH17 ketika pesawat itu ditembak jatuh.
7 Ogos (Khamis) Seorang penganalisis AS mendakwa MH17 ditembak jatuh oleh jet pejuang menggunakan peluru berpandu udara ke udara dan bukannya SAM. Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte berkata, operasi pencarian cebisan mayat kemalangan MH17 membabitkan pasukan dari Belanda, Malaysia dan Australia digantung.
8 Ogos (Jumaat) MAS sudah menerima notis mengenai cadangan Khazanah Nasional Bhd. untuk mengambil alih pemilikan penuh serta menyahsenarai syarikat penerbangan itu dari Bursa Malaysia.
9 Ogos (Sabtu) Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan dakwaan pesawat MH17 ditembak jatuh oleh pesawat pejuang. Hasil risikan dan bukti dikumpulkan daripada penemuan serpihan pesawat malang itu jelas menunjukkan ia ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu yang dilancarkan dari darat ke udara.
10 Ogos (Ahad) Ketua perkhidmatan perisikan Ukraine, SBU, Valentyn Nalyvaichenko mendakwa pemberontak yang menembak jatuh pesawat MH17, sepatutnya menyasarkan sebuah pesawat penerbangan Rusia bagi memberi alasan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk menjajah negara itu.
11 Ogos (Isnin) Najib menyatakan penghargaan kepada pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Malaysia yang telah memainkan peranan dalam proses siasatan nahas pesawat MH17.
12 Ogos (Selasa) Kumpulan terakhir petugas khas PDRM diketuai Ketua Polis Negara selamat tiba di KLIA pada 6.35 pagi. 
13 Ogos (Rabu) Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, enam daripada 16 mangsa rakyat Malaysia yang telah dikenal pasti disahkan sebagai beragama Islam, manakala 10 lagi bukan Islam. Seramai 90 pegawai bukan tentera dari Malaysia dibenarkan memasuki lokasi nahas untuk mencari cebisan mayat serta melakukan siasatan mengikut Resolusi PBB
14 Ogos (Khamis) Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan 22 Ogos sebagai Hari Perkabungan Negara sebagai penghormatan kepada penumpang dan anak kapal yang terkorban dalam nahas MH17. Empat wakil agama bukan Islam membabitkan Hindu, Buddha, Tao dan Sikh di hantar ke Belanda bagi membantu pengurusan mayat mangsa mengikut kepercayaan agama masing-masing.
15 Ogos (Jumaat) Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim menasihatkan ahli keluarga tidak membuka keranda dan melihat mayat berikutan keadaan jasad sudah terlalu lama dan tidak sempurna. Ketua Polis Negara bersama Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bertolak ke Amsterdam, Belanda bagi menguruskan kes siasatan dan perundangan. 
16 Ogos (Sabtu) Turut berada di Belanda ialah empat wakil agama bukan Islam membabitkan Hindu, Buddha, Tao dan Sikh bagi membantu pengurusan mayat mangsa.
17 Ogos (Ahad) Hishammuddin berkata, baki mayat rakyat Malaysia yang akan dibawa pulang melalui penghantaran khas kedua akan diberikan penghormatan sama seperti mayat yang dibawa pulang dari Belanda pada Jumaat. Pihak berkuasa Belanda mengenal pasti dua lagi mayat warga Malaysia menjadikan setakat ini 26 jasad rakyat negara ini telah disahkan identiti. 
18 Ogos (Isnin) Duta Besar Malaysia di Belanda, Dr. Fauziah Mohamad Taib memaklumkan 22 jenazah dan mayat mangsa tragedi MH17 termasuk seorang rakyat Belanda akan dihantar pulang dari negara itu pada Khamis dan dijangka tiba di tanah air pada pagi Jumaat. Penghantaran pulang itu merangkumi 18 keranda dan empat bekas berisi abu mayat. 
19 Ogos (Selasa) Persiapan menguruskan jenazah mangsa tragedi MH17 kini memasuki fasa akhir, kira-kira 60 jam sebelum jenazah itu dihantar pulang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, untuk disempurna dan dilengkapkan sebelum diserah kepada waris keluarga. 
20 Ogos (Rabu) Upacara membakar mayat dan solat jenazah yang akan dibuat ketua agama masing-masing yang telah dilantik diselesaikan. Kerajaan mengesahkan hanya 20 mayat yang akan dibawa pulang ke tanah air pada jumaat.
21 Ogos (Khamis) Mayat dan jenazah dibawa masuk ke dalam pesawat khas MAS dan disusun dalam kedudukan yang sangat tertib sebelum pesawat berlepas pulang kira-kira pukul 2 petang.


artikal from utusan melayu...



Alfatihah dan salam takziah....


RAYA 2017 | KRABI TRIP BERAYA DI PULAU PINANG

RAYA 2017 | KRABI TRIP GATHERING RAYA 


Macam biasa blog ni adalah blog personal yang akan menceritakan hal hal lifestyle baru lah meriah sikit, semua yang tertulis lahir dari hati yang suci ni tau.haha.. Untuk raya 2017 ni berkesempatan juga jumpa dengan beberapa rakan yang sama trip pergi bercuti ke Krabi dan Hatyai lepas. Untuk trip Hatyai dan Krabi ni kami guna pakej jadi lebih mudah.



Dengan ambil pakej ni lah kami semua dapat bertemu dalam van untuk percutian ni.Story sikit mula mula pegi sana semua malu macam baru keluar dari hutan..haha..Nak sembang pun susah tapi bila dah dekat sana aktiviti semua buat sekali jadi mula la rapat sehingga time balik tu dah macam apa lagi dalam van riuh rendah macam dalam market..haha..Yang penting driver van join sekali..

Raya ni sempat jumpa 3 orang ja yang lain lain semua busy kerja kot.Boleh lah tu bukan senang masing masing nak jumpa.Beraya rumah kak linda salah sorang trip so jumpa dekat situ saja.Masih terkenangkan lagi makanan koew teow teng yang kak linda buat sedap ya amat 3 kali tambah makan ok tak pernah pernah..haha

Dan aku pun dah buat resepi koew teow thng ni.. klik sini ---> Resepi koew teow thng


Sambil makan sambil sembang-sembang, gelak ketawa, imbau masa masa dulu best gila tu lah pengalaman berharga dalam perhubungan persahabatan ni.Tak semua orang boleh dapat situasi macam ni tau.Support each other dalam apa jua keadaan sekalipun.Lepas makan sembang apa semua keluar berjalan tepi pantai sebab dekat rumah kak linda ni sebelah pantai ja area Lexis Penang lupa dah kawasan apa situ..ahahaha


mcm baru keluar dari hutan xpnh makan asam dari pokok.

Sesi tangkap gambar kenangan sana sini lepak sekejap then balik lah dah dapat shoot terbaik kan.Dalam perjalanan balik tu ada nampak satu pokok tumbang yang lawa gila kalau amik gambar , member sorang ni gigih sangat nak snap gambar kononnya nak viral lah last last kena gigih seengat aka lebah ..hahahahahahaha..Ini kelakar tak sempat snap gambar terus kena , tu lah tak mintak izin lagi nak snap gambar kan sengat dah marah..Gambar tak dapat, viral tak dapat yang dapat bengkak dekat bibir..hahahahhaha..
sebelum kejadian pose dulu dekat bawah..hahaha
semasa kejadian..hahahahha..sempat pulak snap gambar..hahahah
Ini adalah kenangan raya 2017 yang tak dapat dilupakan.Nasib baik ubat ada tak de lah bengkak. Gelak smpai nak abis nyawa selama berhari hari kalau ingat situasi ni..hahahaha

Terima kasih kak linda terima kami p beraya , jumpa raya haji pulak atau raya tahun depan..haha

Selepas selesai makan makan pastu melepak lepak pulak dengan bestie, nak kongsi kongsi idea apa perlu buat selepas raya.Semua hal macam mana nak cari, kembangkan apa yang sedang diusahakan dan macam macam lah.Alhamdulillah ada kawan yang sekepala dalam bidang yang sama.Bagi kami tak kaya raya sangat pun tak apa janji dapat berbakti dekat keluarga, bayar hutang, dapat hidup dengan tenang,dapat ilmu di dada, dapat apa yang kami nak itu sudah cukup bersyukur dah. Kalau lain lain tu semua bonus.hahaha


kbaiiii....


Ada plan nak pegi bercuti ke Hatyai dan Krabi ke? boleh baca entry di bawah.
BAJET KE HATYAI
PERCUTIAN BAJET KE KRABI THAILAND
PAKEJ PERCUTIAN KE KRABI


Belum baca entry berkaitan raya 2017? boleh klik link di bawah pulak...

RAYA 2017 | FAMILY POTRET
RAYA 2017 | RUMAH MANIS RUMAH
RAYA 2017 | TEMPAHAN DODOL RAYA
RAYA 2017| FAMILY GATHERING RAYA
RAYA 2017 | VIPER CHALLENGE GATHERING


INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :hazwan943@yahoo.com.my 

Saturday, July 15, 2017

RESEPI PIZZA HOMEMADE VERSI BUJANG TERLAJAK MASAK | PIZZA HOMEMADE

RESEPI PIZZA HOMEMADE | RESEPI PIZZA MUDAH

Dua tiga hari ni mood nak memasak tu macam terlebih rajin pulak, mungkin sebab kerja tak berapa banyak lagi. Haa tunggu sat nanti kerja banyak semua benda dah tak boleh buat..haha..Hari ni nak berkongsi resepi pizza homemade. Resepi pizza mudah untuk hampa yang teringin nak buat, sebenarnya kami pun google juga cuma olahan sedikit saja bahan bahan pizza ni..

pizza homemade

Mula mula ingat nak uli tepung sendiri bila baca tu macam risau sikit nak kena jemur tengah panas baru kembang lah, letak tepi dapur panas lah jadi amat risau takut nanti membengkak pulak doh tu dalam oven..haha

Jadi pegi la kedai kek alhamdulillah ada roti yang sudah siap hanya balik rumah buat hiasan sahaja.Sekarang semua mudah aih mau dengan tak mau ja zaman la ni semua dah terhidang depan mata tapi tu lah membeli pun guna duit juga..haha

Jum tengok apa bahan yang kami guna untuk hasilkan pizza yang super sedap ni.


Bahan- Bahan untuk roti :
( macam kami cakap tadi , kami beli yang dah siap sebab takut terlebih yis membengkak pulak roti tu apa tak dapat.haha )

kalau nak buat juga
- Tepung gandum 
- Yis 
- Garam, gula
- Minyak sayuran
- Air suam ( bg tepung lembut )

Bahan-bahan untuk sos:
- Prego sos tradisional 
- Bawang besar di cincang halus
- Bawang putih di cncang halus
- Gula dan garam
- Serbuk oregano
- Sedikit lada sulah
- Minyak masak



Bahan bahan untuk topping :
- Ayam diracik halus, 
- pepperoni beef 
- Tuna, sosej pun boleh atau apa saja la hampa nak letak.
- Bawang holland, 
- Lada benggala hijau, merah ,kuning 
- Cili ( kalau nak bagi pedas )
- Keju mozzarela,chedar cheese 

Cara-cara nak buat :
1. Panaskan minyak masak, masukkan bawang putih dan bawang besar goreng sampai wangi, kemudian  masukkan sos prego kacau sehingga masak.
2. Masukkan gula, garam, lada sulah dan serbuk oregano..Kalau mendidih dan sudah cukup rasa boleh la tutup api..
3. Masa untuk topping pulak.Sapu sos tadi di atas roti kemudian ratakan.
4. Tabur chedar cheese terlebih dahulu sebelum susun semua bahan bahan toping di atas roti.
5. Dah settle hias last sekali letak semula chedar cheese atau mozzarela cheese.
6. Bakar selama 20 minit dengan suhu 150 darjah..




Siapp!!! Mudah saja kan kalau ada smua bahan.Yang nampak remeh ni kalau doh roti tu kena uli sendiri.Tak sanggup nak uli takut tak jadi dah lah pertama kali buat..haha..

Selamat mencuba...

Sila share berjemaah , tekan link di bawah yang ada lambang fb tu..lambang pun boleyyy....






INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :hazwan943@yahoo.com.my 

Thursday, July 13, 2017

RESEPI KOEW TEOW TH'NG | RESEPI KOEW TEOW TENG ALA CHINESE

RESEPI KOEW TEOW TH'NG | RESEPI KOEW TEOW TENG

Dah lama tak update resepi dekat blog kali ni nak update resepi koew teow thng atau ejaan lain mungkin koew teow teng. Mana mana pun boleh lah kot asalkan sedap..haha..Resepi koew teow thng ni adalah masalah chinese yang sangat mudah untuk disiapkan.



Mula-mula rasa koew teow thng ni dekat rumah kak linda masa pergi raya haritu, pertama kali rasa memang tambah 3 kali tau sebab sedap sangat, nampak simple gila bila dah masuk semua bahan dan makan rasa dia tak tau nak cakap macam mana..


Kalau hampa nak rasa boleh cuba resepi mudah yang kami sediakan ni..

Resepi koew teow thng 

Bahan-bahan untuk sup:
-  2,3 ketul ayam bahagian isi
-  2,3 ulas bawang putih 
- 1 kiub pati ayam 
- Lobak merah diracik halus
- Halia
- Garam
- Gula

Cara-cara :
- Rebus isi ayam tadi bersama halia dan bawang putih
- Ayam sudah masak, toskan ayam ( ayam nak guna tuk hiasan nanti, racik2 ayam bagi kecik )
- Masukkan lobak merah tadi dan garam,gula,kiub pati ayam.
- Kemudian masukkan fishball siap siap ( kalau xmau masukkan rebus asing nnti buat hiasan ja)
- Sehingga mendidih sup boleh masukkan daun sup bersama daun bawang
- Dan siap

Bahan untuk hiasan:
- Ayam yang di racik tadi 
- Fish cake goreng dulu dan hiris halus halus
- Daun bawang
- Daun sup
- Bawang goreng
- Bawang putih yang sudah di goreng bersama minyak ( ni la sbb koew teow thng sedap )
- Sambal kicap

Bahan untuk sambal kicap :
- Cili ikut suka banyak mana nak kalau boleh segengam
- 3,4 ulas bawang putih
- Kicap
- Gula

Bahan untuk minyak bawang putih goreng; 
- 1 atau 2 labu bawang putih di cincang halus.
- minyak masak secukupnya

1. Panaskan minyak masak dan goreng bersama dengan bawang putih yang dicincang tadi.
2. Kacau sehingga kekuningan
3. Angkat bersama dengan minyak yang di goreng bersama.


Mudah sangat kan resepi ni,memang sesuai untuk majlis rumah terbuka dekat rumah hampa. Kos nak buat pun murah..hahaha
Selamat mencuba ...






INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :hazwan943@yahoo.com.my 

Tuesday, July 11, 2017

TEMPAHAN DODOL RAYA 2017 | TEMPAHAN DODOL RAYA

TEMPAHAN DODOL RAYA | TEMPAHAN DODOL RAYA 2017 | DODOL WARISAN

Untuk raya tahun ni kami cuba ambil tempahan dodol,setiap tahun abah mak mesti kacau dodol untuk rumah. Oleh sebab setiap tahun mesti orang akan tanya dan nak rasa jadi tahun ni kami beranikan diri untuk ambil order alhamdulillah maklumbalas dan support dari sedara mara, kawan kawan yang dah lama follow facebook sangat memberangsangkan.

masa awal awal masak time ni ok lagi.

Pre order ni kami ambil dalam bulan puasa juga satu minggu awal puasa sebab nak cuba kan kira dalam kuantiti yang sikit saja lah.Tak sangka ramai yang nak..haha..Tapi kami start kacau 4 hari sebelum raya sebab nak kekalkan kesedapan dodol tu.

bila dodol dah masak 

Fresh punya tak ada simpan stok berminggu-minggu. Sebab kami amik tempahan ni sebenarnya nak bagi dekat mak dengan adik beradik ja keuntungan, tak sangka Allah mudahkan segala urusan kami.Kami buat delivery dekat penang sebelum raya dan kacau semula selepas raya untuk delivery area Damansara.

macam biasa selfie tu penting sebab nak upload kan..hahaha
tu adik kami dia la yang kacau dulu sebelum kami balik.
ni kali ke 3 kacau 
Mohon jangan kecam selfie bersama dodol.
pagi sampai pastu sahur jap then bangun awal terus kacau dodol 
sekeping di aidilfitri
Resepi dodol ni dari arwah tokwan dengan tok, depa turunkan ilmu ni dekat mak abah, yang dah cuba mesti depa kata sama sebiji macam arwah tok buat..hehe.Tradisi turun temurun setiap kali raya puasa dan raya haji sejak 30 tahun yang lepas tau kami pun belum beranak masa tu..haha

Dodol ini akan jadi sedap pertama sekali ramuan dia lah cukup semua pasti sedap, guna pulak dapur kayu memang terasa sedap dia lain macam berbeza kalau guna gas. Lagi satu guna kudrat yang ada tau untuk kacau selama 5 jam bukan guna mesin ok..Orang kata kacau dengan kasih sayang gitu..haha


Selepas ni kalau ada kesempatan lagi boleh la amik tempahan dodol awal sikit dan kembangkan perniagaan dodol kecik kecik untuk isi masa di bulan puasa..haha..Kepada yang nak tempah dodol raya nanti boleh terus bagitau kami ok..



                                      

Tips kalau tak mau bagi lebihan dodol melekat dekat belanga sila masukkan hampas nyioq dalam belanga tu sebelum basuh yea.Biarkan selama beberapa jam dulu nanti boleh basuh ternyata mudah untuk gosok belanga..Kalau hg tak letak hampas tu boleh menangis depan belanga nak bagi ilang bekal dodol..haha

Syukur alhamdulillah di beri kesempatan untuk kacau dodol setiap tahun dan juga ambil resepi turun temurun.Sesiapa yang nak merasa kacau dodol boleh mai rumah nanti ok..hahaha..Terima kasih baca.

Berminat untuk order selepas ni boleh

Whatapps: 0175945084
Lokasi : Bukit Teh, Bukit Mertajam Pulau Pinang..




Nak tengok entry berkaitan raya 2017? klik link di bawah..
RUMAH MANIS RUMAH 

RAYA 2017 | FAMILY POTRET

FAMILY GATHERING RAYA 2017

RAYA BERSAMA TEAM VIPER






INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :hazwan943@yahoo.com.my 

Monday, July 10, 2017

RAYA 2017 | VIPER CHALLENGE PENANG GATHERING

RAYA 2017 | TEAM VIPER CHALLENGE PENANG | BEST FRIEND FOREVER


Masa raya ni lah kita semua dapat berkumpul bersama dengan keluarga, sedara mara,kawan kawan dan semua lah.Raya ni berkesempatan nak berkumpul bersama dengan team viper challenge penang dekat rumah kami.Serius tak sangka tau dapat jumpa dengan depa semua, then paling tak sangka member cakap ' hang tau dak rumah hang ni lah kami semua dapat berjumpa, mana dan lagi nak jumpa semua'.woaaaa

rindu nak lepak dengan hampa
Terima kasih sangat sangat dekat semua yang sudi mai rumah kami malam tu, last minit prepair jadi buat mana yang sempat sahaja.Sempat siapakn benda mudah ja steamboat, bbq ayam dan benda remeh remeh ja. Depa cakap tak apa seronok nak meramaikan ja..haha.



Pernah jumpa depa ni ada sekali dekat viper challenge Penang dulu ja oleh sebab semua sporting gila jadi selesa sangat berkawan dengan depa semua, depa pun jenis tak kisah berkawan .Ada juga yang dah lama kenal alhamdulillah syukur di kurniakan kawan macam depa..

Masa ni hujan tau kawasan rumah kami sejuk gedi kot masa ni tapi semua nak lepak luaq,kami jadi segan juga tapi depa kata tak pa..haha..Rezeki sapa awalboleh rasa kerang bakaq fresh baru lepas cari petang tu dengan kepah..Haaa nanti kami update plak yang tu dekat mana boleh cari tanpa modal..haha

Marilah tatap gelagat masing masing.





time ni ada baru smpai so awal lagi ni.

Rasa time ni pukul 12 malam..haha
Depa bukannya tinggal berdekatan dengan rumah tau, ada yang dari sungai petani, kuala ketil, belah pulau sana sanggup mai umh kami yang tu sangat terharu ok.Lepak sampai kul 1 pagi tau raya kan setahun sekali pastu nak jumpa pun masa macam ni lah.Kalau ada event sekali ja boleh jumpa..ahaha..nanti kami buat makan makan lagi jangan lupa mai rumah kami lagi noh..



Tu saja lah untuk kali ni.Terasa macam rajin pulak dok update selalu tunggu kerja mai esok esok mood nak mengarang ada lagi ke tak..haha
Terima kasih lagi sekali hampa semua...

belum baca entry berkaitan raya? meh klik link di bawah.

RUMAH MANIS RUMAH

RAYA 2017 | FAMILY POTRET

FAMILY GATHERING RAYA 2017






INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :hazwan943@yahoo.com.my