Friday, May 31, 2013

DULU BLOG PERSONAL SEKARANG BLOG PENGIKLANAN + PERSONAL


Dulu blog aku ni memang dikenali sebagai Blog Personal Liku-Liku Kehidupan , sejuta langkah kembara impian Hazwan Hairy di kalangan pembaca yang setia dengan blog hazwanhairy.com ni akan tetapi sekarang mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa blog hazwanhairy.com ni banyak mempromosikan produk-produk seperti produk printing, makanan, kecantikan, kesihatan, event-event, promosi gadjet dan macam-macam lagi.


Untuk tidak mengelirukan sesiapa dan takut reader lari lintang pukang dengan blog hazwanhairy ni aku kena lah buat sedikit penjelasan..hehe..Korang perasan tak Header Lama di atas? Dulu ada liku-liku kehidupan kan akan tetapi sekarang korang tengok header yang ada di blog ni or di bawah ni yang Liku-liku kehidupan telah bertukar kepada Hazwan Hairy Dot Com.

 Sebabnya header betukar nama adalah if aku guna
 Liku-liku kehidupan
- Korang pun tahu liku-liku kehidupan tu bermaksud macam mana kan. Mestilah more tu personal hal-hal peribadi, hal-hal mengenai hidup, perjalanan hidup , vacation ke apa pun yang melibatkan liku-liku kehidupan hazwanhairy lah kaedahnya macam tak sesuai plak bila aku campur aduk dengan pengiklanan ni kan sebabnya orang sewa iklan dekat blog aku ni aku promosi produk dorang.

Hazwanhairy Dot Com
- Adalah lebih sesuai bila header tersebut menggunakan Hazwan Hairy Dot Com kerana boleh merangkumi semua benda yang aku akan post dalam entry dan tidak lagi mengelirukan sesiapa sahaja yang baca segala penulisan di dalam blog ni. Boleh aku gunakan untuk entry personal ( Liku-Liku Kehidupan ) dan juga segala produk tuk mengiklan.

Akan tetapi Slogan masih dikekalkan kerana ia sama sekali tidak mempesongkan blog aku..haha...Sejuta Langkah Kembara Impian Hazwan Hairy. Yeahh bermaksud slogan itu kalau korang yang dah kenal aku dari awal dulu boleh tahu maksud yang tersirat..

Mohon pendapat dari kalian semua reader & followers mengenai ini . Pendapat yang boleh menaikkan semangat bukan menjatuhkan...Terima kasih dear ^_^







Notakaki HazwanHairy : Kepada korang yang nak mengiklankan apa-apa produk boleh Email dekat aku hazwan943@yahoo.com.my @ klik SINI

Dan ini adalah job kecil-kecilan yang di usahakan oleh aku n my partner, if korang nak menempah apa-apa pun mengenai printing dari segi baju, kad kahwin, kad raya, sampul kad raya design blog korang or sebagainya boleh terus like kami punya page ---> BOX CREATIVE

Support dari korang semua menaikkan semangat aku untuk terus berusaha dan mohon maaf jika saya dah tak aktif berblogging macam dulu akan tetapi saya akan berusaha untuk baca entry menarik dari korang semua..




Thursday, May 30, 2013

PROMOSI AURAWHITE, MAIXARA, AURASLIM , FIGURE UP , MASK


Promosi Aurawhite, Maixara , Auraslim , Figure Up, Mask dan pelbagai lagi prduk untuk kecantikan dan kesihatan ini bermula 29/5/2013 sehingga 31/5/2013. Kepada korang yang nak dapatkan harga promosi ni boleh lah segera menghubungi no yang tertera.

Produk kecantikan yang semakin popular dikalangan rakyat Malaysia yang menitik beratkan hal kecantikan luaran dan kesihatan dalaman. Juga korang boleh dapatkan pelbagai barangan percuma pada setiap pembelian.

                                                        AURAWHITE
        MAIXARA-C
FIGURE UP
AURASLIM
PROMOSI LAIN
SAPA BERMINAT BOLE SMS WASSUP 0175343549...ATAU SAPA GUNA CELCOM SMS SHJ 0195110352 MALU NK SMS BOLE EMEL syafniee@gmail.com

Ini adalah pengiklanan dari mereka yang telah mengiklankan produk mereka di dalam blog hazwanhairy.com.Terima kasih sebab beri kepercayan tuk blog hazwanhairy untuk mempromosikan produk anda.
EMAIL : hazwan943@yahoo.com.my

Thursday, May 23, 2013

LUVLY PINKY CHOCO WRAPPER


Luvly Pinky Choco Wipper page yang menawarkan khidmat doorgift coklat pelbagai corak , pelbagai bentuk, design korang sendiri yang akan buat korang rasa teruja bila lihat kreativiti owner page ni. Doorgift ni sangat sesuai untuk majlis kahwin, majlis bertunang, hadiah birthday party, gift untuk konvo, gift untuk kawan dan macam-macam lagi lah..


Kalau korang nak tengok segala corak, bentuk doogift boleh terus ke link page owner tekan SINI or bawah

Email        : lpcwrapper@gmail.com
No Hp     : 011-21907611 

Apa tunggu lagi meh lah kita serbu ramai-ramai page ini dan segera buat tempahan untuk sesiapa sahaja yang disayangi...Meh tengok gambar yang sempat aku copy ni..

ni cik ika aka cik rongok ea...semalam jumpa dia juga..haha

Notakaki Hazwanhairy : Aku dapat free dorgift ni tak sangka kak eida bagi aku benda ni then baru aku tau yang beliau buat bisnes ni. Semalam antar tempahan t-shirt yang dia buat dekat Ipoh ,terima kasih kak sebab support saya and i will support u to.. semoga berjaya kak !!

Kepada korang yang nak tempah baju T-shirt ( berkolar or bulat ), jersey, korporat dan sebagainya boleh roger dekat no ni 0174223101

harga serendah rm15 mengikut terma dan syarat



Thursday, May 16, 2013

TEMA DAN UCAPAN HARI GURU 2013


Guru Malaysia : 1 Aspirasi 1 Agenda  merupakan tema yang di Pilih oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ( JNJK ) telah mendapat persetujuan dari Menteri Pelajaran sejurus menjadikan tema Hari Guru 2013 kali ini.

Ucapan Selamat Hari Guru ni di tujukan kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia Terutama Guru-guru yang telah berusaha mendidik, mengajar saya dari umur saya 5 tahun sehingga sekarang dari saya tak kenal huruf, tak pandai membaca, tak reti menulis, tak reti mengira, tak reti dalam segala hal tentang pelajaran kini saya tahu semua itu. 

Jasamu guru dikenang sehingga akhir hayat tanpa anda kami tidak tahu semua itu.

Kepada cikgu-cikgu Tadika Kemas Bukit Teh , SK Bukit Teh , SMK Bukit Mertajam , Form 6 SMK Bukit Mertajam Pulau Pinang, Pensyarah-Pensyarah ucapan jutaan terima kasih tak terhingga buat kalian semua.


Ucapan ni juga Khas buat adik saya (Muhammad Zaidi ), paksu (Mohammad Harkimi), maksu (Awien Mansor), Kakngah ( Suhara Sidek ), Sahabat-sahabat study, kawan-kawan dan juga semua blogger yang bergelar Guru.

SELAMAT HARI GURU
GURU MALAYSIA 1 ASPIRASI 1 AGENDA 


VISIONNAIRE CLUB


PENGENALAN 
( LAST UPDATE 17/5/2013 )

VISIONNAIRE GROUP / CLUB
Visionnaire merupakan sebuah kelab yang mempunyai penaung serta memiliki organisasi yang menjalankan pelbagai aktiviti seperti sukan & rekreasi, aktiviti kebajikan & amal , pendidikan , kem motivasi , konvoi, perlancongan & kebudayaan serta banyak lagi aktiviti yang melibatkan remaja & belia.. 

Club yang didaftarkan dan merupakan sebuah pertubuhan yang sah di sisi undang-undang ditubuhkan pada 10 Februari 2013.


Untuk pengetahuan korang saya salah seorang ahli untuk club ini dan merupakan salah seorang pemegang jawatan di dalam Visionnaire Club. Kepada korang yang berminat nak jadi ahli macam saya boleh lihat SINI

KELEBIHAN MENYERTAI VISIONNAIRE
- Penyertaan secara PERCUMA dalam aktiviti Sukan & Rekreasi (Visionnaire FC) setiap bulan.
- Potongan harga untuk pakej Perlancongan yang akan diadakan
- Tersenarai dalam AJK Visionnaire secara automatik
- Berpeluang menjadi pengarah projek dalam program Visionnaire Team
- Dapat membantu badan-badan amal & rumah anak yatim yang memerlukan
- Aktiviti konvoi dan annual dinner
- Kad keahlian setiap ahli
- Stiker kereta no. keahlian
- Potongan harga untuk baju Visionnaire

AKTIVITI BULAN 3

Jualan Karnival Hari Wilayah
Lokasi  : Taman Metropolitan Kepong
Tarikh  :  2-3 March 2013
Masa   :  8.30 pagi - 6.00 petang

Tujuan aktiviti : Mencari dana untuk club untuk menampung aktiviti-aktiviti lain yang akan di adakan pada masa akan datang seperti sukan dan sebagainya. Ahli-ahli yang akan turut serta dalam segala aktiviti adalah free..

Kempen Cucian Amal  ( Anak yatim & Masjid )
Lokasi  :  Car Wash Setapak Golf Range 
Tarikh   : 16-17 March 2013
Masa    : 9.00pagi-6.00 petang

Melibatkan 3 orang Artis tempatan dan wartawan Berita Harian & Metro dan undangan dari mytv3 untuk membuat liputan semasa.

Tujuan aktiviti : Mengajak remaja & belia untuk bersama-sama melakukan aktiviti amal  dan kebajikan..Kepada korang yang berminat nak ikut serta boleh PM saya or PM di email Visionnairegroup2013@gmail.com

AKTIVITI BULAN 4 

Aktiviti Sukan Dan Reakreasi 
Lokasi  : Kompleks Belia Dan Sukan Puchong
Tarikh   : 5 dan 12/4/ 2013
Masa    : 10 mlm - 12 malam

Aktiviti Riadah Visionnaire 
Lokasi   : Air terjun Sungai Kamcing
Tarikh    : 13/4/2013
Masa     : 10 pagi hingga 5 petang

Aktiviti Amal 
Lokasi   : Merewang di kenduri Ahli Visionnaire ( Penang )
Tarikh    : 20 - 22/4/2013
Tajaan    : Group

AKTIVITI BULAN 5

Trip To Hatyai/ Krabi Visionnaire Team
Lokasi  : Hatyai dan Krabi Thailand
Tarikh   : 29 /4/2013 - 4/4/2013

Explorasi Kembara Visionnaire Team di Bumi Gajah Putih

Aktiviti Sukan Dan Reakreasi 
Lokasi  : Kompleks Belia Dan Sukan Puchong
Tarikh   : 17 dan 24/5/ 2013
Masa    : 10 mlm - 12 malam




Kepada remaja & belia diluar sana yang berminat nak sertai Visionnaire Club boleh segera layari blog --->http://visionnairemy.blogspot.com

Dengan menyertai Visionnaire club anda dapat melakukan aktiviti aktiviti yang berfaedah serta menyihatkan tubuh badan..Jadi kepada korang yang suka dengan aktiviti-aktiviti macam ni boleh segera mendaftar. Borang pendaftaran boleh dapatkan by hand or datang ke tempat-tempat aktiviti yang akan diadakan.

Segala aktiviti akan di update di
Blog : http://visionnairemy.blogspot.com
Facebook friend : Visionnaire friend
Facebook group : Visionnaire-Group

Boleh tekan link di atas untuk korang yang berminat .Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia 



Notakaki Hazwanhairy : Dengan aktiviti mcm ni gua dah xbuang masa dan rasa sangat menarik sebab dapat pengalaman baru tuk handle semua event-event yang dibuat..So kepada korang-korang tu meh join sekali..



Wednesday, May 15, 2013

SENARAI MENTERI KABINET BARU MALAYSIA 2013

SENARAI MENTERI KABINET BARU MALAYSIA 2013

Perdana Menteri 
YAB Dato Sri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak

Timb Perdana Menteri 
YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Yassin

Menteri-Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
YB. Dato Seri Jamil Khir Baharom
YB Senator Dato Seri Idris Jala
YB Dato Sri Abdul Wahid Omar ( Senator )
YB Dato Seri Shahidan Kassim
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
YB Senator Datuk Paul Seng Kua
YB Puan Hajah Nancy Syukri\
YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun

Menteri Kewangan
1.YAB  Dato Sri Najib Tun Abdul Razak
2.YB Dato Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Timbalan Menteri Kewangan 
YB Dato Ahmad Maslah

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
YB Datuk Seri G Palanivel

Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan
YB Dato Seri Mohammed Nazri Bin Abdul Aziz

Menteri Wilayah Persekutuan
YB Dato Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Menteri Belia dan Sukan 
YB Tuan Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar

Menteri Kerja Raya
YB Dato Fadillah Yusof

Menteri Komunikasi Dan Multimedia
YB Dato Seri Shabery Cheek

Menteri Dalam Negeri
YB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Luar
YB Dato Seri Anifah Aman

Menteri Pelajaran Dan Pengajian Tinggi
YAB Tan Sri Dato  Muhyiddin Yassin
YB Dato Sri Idris Jusoh

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
YB Dato Hasan Malik

Menteri Pertahanan
YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussen

Menteri Kesihatan
YB Dato Seri Subramaniam

Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
YB Dato Seri Mustapha Mohd

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani 
YB Dato Sri Ismail Sabri Yaakup

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
YB Datuk Seri G Palanivel

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
YB Datuk Dr. Maximus Ongkill


Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah 
YB Dato Seri Shafie Afdal

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
YB Datuk Rohani Binti  Ab Karim

Menteri Perusahaan , Perladangan dan Komuniti
YB Dato Seri Douglas Uggah Embas

Menteri Pengangkutan
YB Dato Sri Hishamuddin Tun Hussein ( Memangku )

Menteri Sains Dan Inovasi
YB Datuk Dr.Ivon Ibin

Menteri Sumber Manusia
YB Datuk Richard Riot Anak Jaem

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
YB Dato Haji Abdul Rahman Bin Dahlan



Tahniah untuk semua Menteri Kabinet Baru 2013 Semoga dapat menjalankan tugas dengan sempurna.



Nota : Yeahh dapat bos baru..hahaha...opsss...Banyak Kementerian tak de lah.. Tahniah KJ anda memang hebat dan terbaik..Aku taip tau semua ni kalau salah tu tolong tunjukkan..

2 JUTA PAGEVIEW BLOG



Syukur Alhamdulillah blog personal aku yang makin hari makin di mamah usang ni dapat juga target 2juta pengunjung .2juta ni dah seminggu lebih dapat baru arini nak taip entry sikit ikutkan nak buat WW ja tapi tiba-tiba nak menaip plak..haha..

Walaupun dapat 2 juta TAPI .................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................. haaa kau titik punya panjang berjela nak menjawab , tapi kenapa? ntahlah rasa tak berpuas ati biarlah aku sorang ja yang tau kenapa..

Kepada korang yang selalu baca, komen segala entry aku tu jutaan terima kasih sebab sudi singgah lagi walaupun aku ni tak sempat nak jenguk korang tapi aku tetap masuk kan. Saya bukan macam dulu lagi 24 jam mengupdate blog busy dengan kerja sekarang ni ..sobsob

Kepada korang yang ada INSTAGRAM tu kalau nak tengok gambar-gambar sekitar vacation aku dekat Thailand boleh cari nama ini HAZWANHAIRY

Kalau ada masa nanti akan aku update pasal vacation tu nanti boleh korang rujuk entry aku untuk pergi sana.




Wednesday, May 8, 2013

KRABI BEACH THAILAND


Krabi , Thailand menjadi lokasi percutian pertengahan tahun aku kali ni. Krabi yang terkenal dengan lautnya yang sangat cantik tu meninggalkan 1001 kenangan buat kami semua yang join this trip.. Kepada korang yang follow Instagram aku mesti dahh tengok kan gambar-gambar yang boleh buat korang teruja..

Yaaa ramai sekali yang terpegun dengan ciptaan Ilahi di muka bumi Krabi. Lautnya yang sangat cantik, pemandangan yang sangat menakjubkan.Kepada korang yang nak tengok gambar selebihnya boleh cari instagram aku hazwanhairy 


Untuk entry ni tengah nak ambil mood karang pasal percutian ke Krabi & Hatyai la.ikutkan nak buat WW ja tapi excited nak bercerita plak..haha


Wednesday, May 1, 2013

LIVE UPDATE FROM THAILAND

Hari ke 2 holiday dekat Thailand ni sangat best.Tunggu entry berikutnya.hehe...

Published with Blogger-droid v2.0.10