Show all posts
Showing posts with label ALKISAH. Show all posts

Tuesday, March 18, 2014

SEKILAS SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2014


Sabtu lepas 8 march 2014 berkesempatan hadir event terbesar blogger 2014 "Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014 ' anjuran denaihati bertempat di Saloma Bistro jalan Ampang. SBB2014 ni merupakan event himpunan blogger Malaysia dan juga Asia Tenggara bagi mendalami ilmu dan juga merapatkan ukhuwah diantara blogger-blogger lain. 
Dengan adanya event seperti ini para blogger dapat merapatkan silaturahim diantara satu sama lain kerana kebanyakkan blogger hanya berkomunikasi dan mengenali di dalam media sosial sahaja.Dalam masa yang sama para-para blogger dapat menambahkan ilmu pengetahun dalam penulisan blog daripada blogger-blogger senior yang sudah lama berkecimpung dalam dunia penulisan blog.

Ini merupakan event kali ke dua sepetang bersama blogger yang sempat hadir . Kali ni sama macam SBB2013 tahun lepas hanya seorang sahaja pergi setelah lama berdiam diri dalam dunia blog. Tapi alhamdulillah ada beberapa blogger masih kenal .

Di beri tempat duduk yang telah di sediakan oleh pihak penganjur, cara macam ni boleh kenal sapa-sapa yang kita tak pernah kenal.Lagipun sorang-sorang tak de lah kisah sangat duduk mana pun.

My team table meja no 19,meja yang hampir kesemua dari kami menang cabutan bertuah.Ada sesetengah orang cakap meja kami bertuah..haha..Alhamdulillah my best team in this event SBB2014.

Berkesempatan duduk semeja dengan blogger-blogger top Malaysia yang sangat-sangat di kenali dalam kalangan blogger lain dan merupakan blogger yang sangat peramah sunggoh-sunggoh, sempoi, havoc dan semua lahhh yang pasti mereka sangat sporting walaupun kami 1 st time baru kenal.

Mereka adalah blogger kak mialiana , kak ayu jean , kak farahwaheeda  ,Sally ,cheq em , bella luna , ainimsuju , kak Suria dan suami kak mialiana. See nasib lah suami kak mialiana ada kalau tak memang aku sorang lah lelaki dalam group ni..hahaha.. cuba tanya dengan blogger lain hepy or tidak meja no 19? hahaha...

with : Kak Mialiana.com
Kak Farah 
Bella LunaAima

with : Aku penghibur Acik 
Irwan Aleesa
Sally Salaiman 
cheq em

Kak ayu jean 
Kamil Salleh , Tengku syukri . Khir Khalid , Acik

Alhamdulillah menang cabutan bertuah set comferter manis mulut kak ayu , and my team. Dalam dok sebut "selama hidup ni tak pernah lagi dapat menang cabutan bertuah" tuptup nama naik memang bersorak lah my team dan semua rasa macam femes sebentar sana sini orang tengok...haha tu benda yang tak kan lupa sampai bila-bila bersorak macam menang iphone 5 okeh seee peramah semuanya..hahaha..



Indah sangat sbb2014 kali ni tak kan ku lupakan mereka semua !Terima kasih pihak penganjur denanihati dan team denaihati kerana berjaya handle event terbesar ini tanpa korang kami para blogger tak kan dapat berkumpul seramai ini.

credit : iluvtour.com
Nak say sory dekat sesiapa yang aku tak tegur or tak sempat nak tegur tu ea.tak tau nak cakap apa walaupun aku ni memang kuat bercakap..hahaha..Anda semua memang havoc !!.Panjang plak entry kali ni next entry kita selit pic yang mana sempat snap masa event SBB2014 berlangsung.



Entry dah masam sangat sebabnya ada macam-macam terutama sekali menghormati. Bukan apa sedang kita gembira ada yang sedih di luar sana..


#PRAYFORMH370



Saturday, November 16, 2013

ASAM PEDAS KEPALA IKAN RM16 SEPARUH BERBALOI ?


Tudiaa punya panjang berjela tajuk untuk entry ni, tak tahu nak letak macam mana tajuk nak explain. Btw semalam pergi makan kat kedai asam pedas dekat area rumah aku ni. Sebelum ni pernah juga makan tapi tak pernah nak try amik Asam Pedas kepala ikan merah.


en goole saja pic ni..
Ni  nampak 1 kepala kan? i means dibelah 2 untuk hrga RM16 tu.
Semalam member makan Asam pedas kepala ikan merah ni. Ingatkan harga dia sama lah dengan isi ikan merah bila bayar harga dia RM16 untuk separuh kepala tu saja. Means kepala ikan tu dibelah dua ko rasa mahal ka tidak? terkejut baq hanggg ingatkan sama harga dengan isi ikan merah ni.

Memang terlalu mahal lah kalau harga macam ni kalau 1 kepala tak pe juga ni sebelah saja memang tak berbaloi harga dia. Makan pun dah makan so kena lah bayar juga kan terima lah kenyataan bahawa asam pedas kepala ikan merah separuh berharga RM16 yeaa..hahaha..

Kami makan ikan pari RM6.50 kecik saja , Isi ikan merah RM9.00 seketul , Kepala Ikan merah separuh RM16. Sedap memang sedap tapi berbaloi kah harga yang RM16 itu? bab makan ini bukan kedekut weh cuma terasa macam tak sesuai sangat harga tu..Renungkan lahh..


Tuesday, August 27, 2013

RANDY PANGALILA | EKSKLUSIF INTERVIEW ( 7GAMBAR )


RANDY PANGALILA | EKSKLUSIF BERSAMA RANDI PANGALILA | SEPETANG HI -TEA BERSAMA RANDY PANGALILA | ACTOR INDONESIA | PELAKON DALAM HATI ADA TAMAN | HAZWANHAIRY.COM

Sambungan entry mengenai Eksklusif temubual Randy Pangalila..Korang yang belum baca entry sebelum ni boleh tengok SINI

Korang yang dah baca entry sebelum ni terima kasih aku ucapkan dengan komen-komen dari korang tu.Aku masih lagi teruja sebab 1st time jumpa Randy secara eksklusif untuk aku muatkan dalam blog aku ni.Wartawan pun belum tentu boleh jumpa dan interview macam ni kan?*pitam..haha..

KENAPA LAH AKU SUSAH SGT NAK SENYUM!HAHA
Terima kasih dekat untie ( mak Randy) coz bagi peluang jumpa randy walaupun hanya 20minit. Jutaan terima kasih tak terhingga to kak gee ( kak angkat + family angkat dkt Malaysia ) sebab aturkan pertemuan ni dan bagi peluang yang orang lain susah nak dapat..hehe


Untuk entry ni ini ada 8 soalan yang aku tanya Randy dan beliau dengan mesra sekali jawab segala pertanyaan aku walaupun time ni beliau sangat penat + mengantuk.Yang ruginya aku tak rakam video! *tension..haha.

Macam wartawan plak kan, nasib lah tak kena bayaran pape mau beribu ni artis antarabangsa weh..Malaysia punya pun aku tak pernah duduk semeja lagi ..haha.

SEE! SEMEJA RIGHT..HAHA
 Jawapan aku tulis dalam bahasa Malaysia ok.tak mampu sangat nak cakap Indonesia..

1. Lokasi shopping dekat Malaysia
  - Saya ngak suka shopping tapi kalau shopping kat Malaysia hanya di Pavilion kerana di situ semua barang ada.

2. Bila drama berikutnya dekat Malaysia
- Bulan march nanti aku ke sini lagi tuk sinetron lain. Actress belum di ketahui untuk drama ini .Lokasi sekitar Kuala Lumpur dan *h*i*a*n* jangan lupa ya..
RANDY LEPAS GELAK-GELAK
SAMBIL JAWAB SOALAN
3. Ending cerita Dalam Hati Ada Taman
-*sambil tersenyum* kamo kena lihat sendiri endingnya..yang boleh saya cakapkan endingnya sedih..*sambil senyum lagi..( murah senyuman betul Randy ni haha ) *Memang sedih gila samalam..haha

4. Masa terluang selalu buat apa
-ohh kalau ada masa aku suka buat lagu sama main gitar, mixing, compose lagu kiranya macam hobi gitu.pastu aku suka muzik..hehe
POSE JAP! JGN JELES..HAHA
5. Suka melancong dekat mana.
-Acctually aku ngak suka melancong tapi aku suka mendaki bukit bersama teman-teman di Indonesia.

6. Dekat Paris dulu shooting berapa lama?
-hampir 2 minggu dekat sana ,bla3 ...( lupa apa dia cakap )

7. Bila sampai Malaysia Randy?
- Tadi flight aku pukul 9am ,pukul 1 aku sampai KL terus ke Mid untuk acara  until 6 pm .Selesai acaranya aku terus ke sini..capet banget gue belum tidor dari semalam gue ada shooting di Indonesia udah selesai gue terus ke Malaysia.. *tetap senyum..haha
ATIRA ,ALONG,AKU,RANDY,KAK GEE
MCM 1 FAMILY PLAK.HAHA
8.Last sekali aku tanya kenal Scha ngan Awal x?
- dia blurrr dan say tak kenal..bahaha
Dah abis soalan so sembang-sembang biasa macam dah lama kenal sangat yang penting Randy sangat sporting.
HUAHUAHUA..SERABAI GILA ..MALU-MALU
Time lepas tangkap gambar ni Randy cakap "maaf ya sebab ngak lama berbicara " boleh dia cakap macam tu..haha.. "sokay-sokay tak perlu mintak maaf"

Ini saja sesi Eksklusif Temubual + lepaking with artis Indonesia terkenal Randy Pangalila yang tak pernah aku duga akan jumpa tapi akhirnya aku duduk semeja dengan beliau. Jutaan terima kasih agian to Randy sebab luangkan masa sekejap untuk ini..terharu!!then to kak gee yang aturkan semua ini.

Jumpa lagi kalau di izinkan sebab aku banyak lagi soalan nak tanya then macam tak puas sembang 20 minit non stop..bahahah...

lain-lain gambar akan di uploaad di Instagram sini----> http://instagram.com/hazwanhairy/

P/s : Aku blogger pertama yang jumpa Randy secara private * bangga..kbai..haha




Monday, August 26, 2013

EKSKLUSIF BERSAMA RANDY PANGALILA | HI-TEA


RANDY PANGALILA | EKSKLUSIF BERSAMA RANDI PANGALILA | SEPETANG HI -TEA BERSAMA RANDY PANGALILA | ACTOR INDONESIA | PELAKON DALAM HATI ADA TAMAN | HAZWANHAIRY.COM

Macam mana aku nak start bercerita ni erk untuk entry ni. Mula-mula nak cakap serius teruja sangat dapat jumpa dengan pelakon "Nada Cinta " face to face.. haha..! bertuah plak badan bila dapat minum + bersembang semeja dengan Randy Pangalila weh artis Indonesia terkenal lak tu. Kalau korang dekat tempat aku camna weh?haha..

GUA NEBES XRETI SENYUM..HAHA
RANDY SANGAT SEMPOI
Jutaan Terima kasih dekat Randy sebab sanggup luangkan masa walaupun cuma 20minit untuk aku menemuramah beliau tuk di muatkan dalam Blog hazwanhairy.com. Sejujurnya aku rasa bangga gila dapat interview Randy then menulis serba sedikit tentang beliau tanya soalan live ok live ulang lagi live...haha

Peluang camni sapa boleh dapat ? habaq mai sat kalau wartawan pun mesti ramai-ramai kan sidang media?ahaha..Macam mana aku boleh jumpa + dinner dengan beliau next entry aku akan ceritakan tungu sambungan okeh bersama soalan-soalan private yang aku tanya..Entry ni satu gambar ja saja..hehe

Eh-eh boleh tengok dekat my Instagram -----> http://instagram.com/hazwanhairy/
follow terus oke ..hee

p/s: Terima kasih kak Gee sebab menemukan hairy face to face semeja makan dengan Randy.Ikutkan plan awal nak rakam video ucapan tapi oleh sbb kesian tgk randy yg sgt penat batalkan hasrat tu walaupun disuruh..xpe next time jumpa lagi kata beliau..


Friday, May 31, 2013

DULU BLOG PERSONAL SEKARANG BLOG PENGIKLANAN + PERSONAL


Dulu blog aku ni memang dikenali sebagai Blog Personal Liku-Liku Kehidupan , sejuta langkah kembara impian Hazwan Hairy di kalangan pembaca yang setia dengan blog hazwanhairy.com ni akan tetapi sekarang mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa blog hazwanhairy.com ni banyak mempromosikan produk-produk seperti produk printing, makanan, kecantikan, kesihatan, event-event, promosi gadjet dan macam-macam lagi.


Untuk tidak mengelirukan sesiapa dan takut reader lari lintang pukang dengan blog hazwanhairy ni aku kena lah buat sedikit penjelasan..hehe..Korang perasan tak Header Lama di atas? Dulu ada liku-liku kehidupan kan akan tetapi sekarang korang tengok header yang ada di blog ni or di bawah ni yang Liku-liku kehidupan telah bertukar kepada Hazwan Hairy Dot Com.

 Sebabnya header betukar nama adalah if aku guna
 Liku-liku kehidupan
- Korang pun tahu liku-liku kehidupan tu bermaksud macam mana kan. Mestilah more tu personal hal-hal peribadi, hal-hal mengenai hidup, perjalanan hidup , vacation ke apa pun yang melibatkan liku-liku kehidupan hazwanhairy lah kaedahnya macam tak sesuai plak bila aku campur aduk dengan pengiklanan ni kan sebabnya orang sewa iklan dekat blog aku ni aku promosi produk dorang.

Hazwanhairy Dot Com
- Adalah lebih sesuai bila header tersebut menggunakan Hazwan Hairy Dot Com kerana boleh merangkumi semua benda yang aku akan post dalam entry dan tidak lagi mengelirukan sesiapa sahaja yang baca segala penulisan di dalam blog ni. Boleh aku gunakan untuk entry personal ( Liku-Liku Kehidupan ) dan juga segala produk tuk mengiklan.

Akan tetapi Slogan masih dikekalkan kerana ia sama sekali tidak mempesongkan blog aku..haha...Sejuta Langkah Kembara Impian Hazwan Hairy. Yeahh bermaksud slogan itu kalau korang yang dah kenal aku dari awal dulu boleh tahu maksud yang tersirat..

Mohon pendapat dari kalian semua reader & followers mengenai ini . Pendapat yang boleh menaikkan semangat bukan menjatuhkan...Terima kasih dear ^_^







Notakaki HazwanHairy : Kepada korang yang nak mengiklankan apa-apa produk boleh Email dekat aku hazwan943@yahoo.com.my @ klik SINI

Dan ini adalah job kecil-kecilan yang di usahakan oleh aku n my partner, if korang nak menempah apa-apa pun mengenai printing dari segi baju, kad kahwin, kad raya, sampul kad raya design blog korang or sebagainya boleh terus like kami punya page ---> BOX CREATIVE

Support dari korang semua menaikkan semangat aku untuk terus berusaha dan mohon maaf jika saya dah tak aktif berblogging macam dulu akan tetapi saya akan berusaha untuk baca entry menarik dari korang semua..




Wednesday, April 3, 2013

JANJIKU BERSAMAMU # WW




 "Aku datang membawa sejambak kenangan dari halaman mimpi kita buat hari esok"

Gambar dari Instgaram --->http://instagram.com/hazwanhairy/


Notakaki Hazwanhairy : Time-time hujan macam ni kalau layan novel best juga kan .Meh lah baca sama-sama sekali skala ngulor kerja..haha..


Thursday, March 28, 2013

PERSONAL BLOG PAGE HAZWAN HAIRY DOT COM


PAGE PERSONAL BLOG | HAZWANHAIRY.COM

Hari ni aku nak cerita sikit mengenai page fb Personal Blog aku, kepada korang yang belum tahu lagi boleh lah baca sampai habis. Dekat fb like aku tak pakai nama Hazwan Hairy Dot Com tau tapi sebaliknya aku guna nama Personal Blog untuk page Like.



Kenapa nama tu ea, kenapa xpakai HAZWANHAIRY? ermm ni lah aku nak story sikit. Masa buat page ni time tak berapa nak expert sangat dengan Fb jadi tertulis nama personal blog tu tuk my page . Dah lebih 200 orang like dah tak boleh tukar tau so terpaksa lah guna nama tu.haha.

Dekat page ni plak aku jarang juga update-update status susah lah nak jumpa aku update ayat-ayat dekat page tu sebulan tak sampai 10x rasanya..haha.. Banyak post pasal entry yang aku update dekat blog saja.

Untuk entry hari ni nak bagitau kat korang blogger-blogger, followers,reader,pengomen setia blog hazwan hairy.com ni bahawa korang boleh ping segala entry korang dekat my page. anytime! jangan lupa paste tau kadang-kadang terlepas pandang entry korang xdapat lah aku nak baca dan komen..

boleh PING dekat sini ----> PERSONAL BLOG | HAZWANHAIRY.COM




Notakaki HazwanHairy :Ping tau jangan segan silu plak senang sikit nanti aku nak detech korang punya entry if aku terlepas pandang maklumlah nak dekat PRU ni aku pun busy lah juga..haha..Then Alhamdulillah baju i love blogging sudah siap sepenuhnya, sebenarnya kan ini baju ke 2 yang aku buat sendiri guna duit sendiri yang duit orang order tu telah dilarikan oleh tukang buat baju tu yang 1st.

Sebelum ni pernah buat tapi tak penah jd cmni mungkin beliau sudah terdesak..Terima kasih kerana anda semua yang oder seorang yang sangat penyabar, sayang hampa ketat-ketat sampai akhir nyawa..itu saja yang boleh aku bagitau..

OFFBLOG 3HARI... drive dari  Kuala Lumpur - Kuala Lipis - Kuala Rompin .Lepas dah settle kerja baru balik Penang rindu sangat-sangat dengan family... ^_^


Wednesday, March 27, 2013

9 BULAN BERLALU


Pejam celik pejam celik tak sangka rupanya dah hampir 9 bulan my baby boo aku . 17000 Km sudah kuat juga berjalan rupanya my baby ni..haha..Korang 9 bulan banyak ni or kurang or lebih?Kira punya kira lagi bapa bulan lagi dah nak cukup setahun so bila dah cukup setahun ni macam biasa lah 1st time nak bayar sendiri roadtax kereta dengan insuran.

 Instagram gua sila-sila ----->http://instagram.com/hazwanhairy/


Macam tak boleh bayangkan ja kena bawa keluar duit sendiri gedebuk selonggok plak tu..haha..Lagi plak time bulan puasa plak tu kena bayar semua ni sangat tak boleh terima kenyataan bahawa bulan puasa before raya kena bayar..oh tidakkkk!!! duit shopping aku akan melayang-layang terpaksa pakai baju yang lama-lama ja untuk raya ni..sobsob..

Jumaat until ahad ni lak drive dari KL-Kuala Lipis- Kuantan- Rompin dan berpatah balik dari Rompin so ni juga 1st time aku jalan-jalan area Rompin. So sapa area sana-sana lets go dating-dating..haha



Notakaki HazwanHairy : Cepat kan masa belalu sekarang tak sangka dah nak jumpa bulan puasa balik dah lagi 3 bulan ja...Jadi sekarang ni no enjoy-enjoy lagi lah simpan duit tuk masa depan daannnnnnnnnnn.....haha

Saturday, February 23, 2013

1 JUTA PAGEVIEW BLOG HAZWANHAIRY.COM


Alhamdulillah terasa sangat teruja dan seronok sampai nak lompat-lompat setinggi langit tau bila blog picisan a.k.a blog persenol aku ni dah mencapai 1 juta view. Bersusah payah nak naikkan nama blog ni akhirnya impian jadi kenyataan..*over lak kan..haha



Jutaan terima kasih dekat korang semua yang tak putus-putus baca entry di blog hazwanhairy.com ni. Terima kasih juga sebab selalu komen-komen dalam semua entry..Teruja beb ngan korang semua tanpa korang reader-reader memang tak kan blog hazwanhairy.com ni dapat capai 1 juta pageview.

1 Million viewer sepanjang setahun lebih blog hazwanhairy.com dalam dunia blogging ni. Bukan senang nak senang yang pasti usaha untuk dapat reader & followers blog sejati anda.. Pelbagai cacian,kutukan komen yang pernah aku dapat tapi semua tu tak menghalang tuk teruskan berblog.

Hanya mampu ucap terima kasih ja dekat korang. Nak mintak maaf if tak sempat nak masuk blog korang komen-komen macam dulu sangat.Tapi akan usaha tuk masuk blog korang walaupun lambat sedikit..hehe

Korang memang awesome! !!!

notakaki hazwanhairy : Tiada kata-kata cuma tergamam seketika...


Friday, February 22, 2013

MALAYSIA SOSIAL MEDIA WEEK 2013


Belek punya belek tengok email dari Malaysia Sosial Media Week (MSMW2013). Setelah buka dan baca email terteralah ayat seperti di bawah.

en google
Dear Netizens

We are pleased to offer 2 (two) COMPLIMENTARY seats for the upcoming MSMW
2013 conference on 27th and 28th February at Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur. This goodwill gesture is our small way of thanking your support and encourage friends and netizens to be part of the MSMW. You need to 

- Lunch and tea breaks provided
All you need to do is to confirm your participation..simple as that!
Our cut off is by 24 Feb 6pm..
Hurry, seats are LIMITED and we go on first come first serve basis.


Email ni dah dapat 5 hari tau baru dapat baca semalam..haha.. Tak check plak email yang lepas-lepas kan dah melepas, apa yang harus aku buat just tunggu balik ja lah.. haha.. Mula-mula tak faham sangat dengan email ni tiba-tiba leh dapat offer cam ni. 


notakaki hazwanhairy : Ada sapa-sapa dapat email macam ni juga? boleh PM gua..jgn lupa follow blog ni ea..plezzz ----->http://visionnairemy.blogspot.com/


Saturday, January 19, 2013

MEET YUYU ZULAIKHA | STAR LRT KLCC


YUYU ZULAIKHA

Yuyu Zulaikha memang nama yang tak asing lagi dalam dunia blogging ni. Gadis yang berasal dari Langkawi ni seorang yang sangat sempoi dan peramah walaupun hanya 10 minit saja sempat sembang ngan beliau. Intro yang sangat skema..haha..

Alkisahnya semalam aku da event blogger area Ampang Park LRT so aku parking kereta dekat KLCC. Dah lepas parking tu aku terus lah jalan-jalan nak g star lrt tu tiba-tiba aku rasa gadis kecik molek sedang berjalan ni macam kenal lah. 

Turun tangga dekat klcc tu aku cepatkan jalan sebelah beliau then terus tegur "yuyu kan"? terus yuyu senyum..yaa yuyu lah ni ..So aku perkenalkan lah diri aku ni dengan muka xmalu..haha.Nasib yuyu bagi respon kalau tak mana lah aku nak letak muka aku ni wei..

Jalan menuju ke kaunter tiket bersama-sama sempat lah juga sembang juga stay mana,asal mana yang penting 1 loghat so senang sembang..haha..Lama gila aku tak naik str lrt tu dah pakai token plak ea so aku xtau camna nak beli benda alah tu then yuyu tolong tunjukkan okeh ,pastu boleh plak dia nak belanja tiket train tu..sumpah malu gila time tuh! bagi duit kat yuyu dia xnak.. 

"sokay-sokay yuyu belanja" omg baru ja jumpa sangat baik hati orang nya..Terkelu lidah tak tau nak cakap apa berulang kali say terima kasih dekat yuyu. Rasa cam nak simpan ja token yang yuyu bagi tu..hahahaha.. Nanti kalau ada rezeki jumpa yuyu lagi nak blanja dia minum lah , kalau yuyu baca entry ni kan best..haha..Tak sempat nak sanp pic ngan beliau lagipun ramai orang + tak da orang yang leh tolong.hehe

Blog Yuyu Zulaikha ----> kupukupukecik.blogspot.com


p/s: Lepas ni entry bersama Nisa kay, Hanis Zalikha , Bro framestone , Dkna , Boni kacak , Eazy dan mikail..Sangat best bila dapat jumpa dorang yang sangat-sangat sporting kalau da peluang nanti boleh lah sembang lagi. 4jam bersama dorang ..

Wednesday, January 16, 2013

25 RANDOM FACTS ABOUT ME


BLOGGER  HAZWANHAIRY.COM 

Baru berkesempatan nak menaip entry ni. Ramai yang dah taq aku soh buat benda ni tapi aku tak ingat sapa dah cuma ingat blogger ni saja ---> Nusha
Ada aku kesah nak buat entry pasal ni.haha..

1. Hazwan Hairy nama gabungan aku dengan adik aku hazwan. aku bagi nama tu masa dia kecik so di smbung nama aku rasa cam sedap lak..haha * nama penuh aku Muhammad Zulhairi.

2. Anak sulung dari 4 adik beradik

3. Cita-cita aku nak jadi  Pramugara dari kecik smpai sekarang walaupun hakikatnya aku tak layak oleh sebab faktor yang tak dapat di ellakkan

4. Tinggi aku 163cm berat 48 ( kecik molek ja haha )

5. Asal Bukit Mertajam Penang tapi menetap di Damansara dah 4 tahun lebih still pelat penang tak hilang..haha

6. Berkelulusan dalam bidang Engineering tapi kerja bahagian korporat..

7. Bila snap gambar aku tak suka senyum sebab nampak sangat buruk..haha

8. Suka mencuba sesuatu yang baru walaupun kadang-kadang kurang menjadi tapi alhmdulillah jika ada rezeki.Tidak mudah mengalah dan tidak mudah putus asa

9. Suka sangat shopping walaupun tak dak duit sangat..haha

10. Suka berjalan jalan ke sana kesini  bila ada duit ja.

11. Gila karok walaupun hakikatnya suara kelaut..ahks

12. Bila aku stress aku akan makan banyak-banyak pastu aku suka lepak dekat rumah-rumah banglo mewah dekat Bukit Rahman Putra Sg Buloh.

13. Mudah mesra dengan semua orang tak kira status korang apa.

14. Tak suka orang yang tak tepati masa/ tak suka buat orang tertunggu-tunggu

15. Suka bercakap walaupun orang nampak baik ja..haha

16. Tak suka tengok kawan-kawan sedih + mudah kasihan dengan orang

17. Suka sangat makan nasi goreng cendawan + tomyam pedas

18. Sangat suka teh o ais .sampai disuruh tukar air lain lah kalau g kedai makan..haha

19. Fobia dengan air .kalau mandi laut mandi tepi -tepi ja ada kisah disebalik itu..haha

20. Suka sangat mengemas rumah kalau ada mood. 

21. Terlalu suka dengan kasut nike..

22. Sangat suka dengan kaler warna warni macam blog aku juga baru meriah hidup.

23. Aku suka tengok keretapi, kapal terbang ,rumah besar,dan kereta besar..

24. Suka kumpul paper beg yang aku shopping, gila shopping| ada aku kesah orang nak cakap macam pmpn suka shopping duit aku,aku punya pasal lah kan..haha

25. Kehulur kehilir memana pun kalau aku pergi bercuti aku akan bwa segala baju yang aku sayang berpuluh-puluh helai tu dan tak kan aku tinggal dekat rumah.


Itu saja lah tentang aku yang korang belum tahu lagi..hehe


Sunday, January 13, 2013

KALENDER HAZWAN HAIRY IN MAJALAH REMAJA


KALENDER 2013 EKSKLUSIF HAZWAN HAIRY | MAJALAH REMAJA

Alkisahnya semalam singgah 7E nak beli barang pastu tergerak hati nak tengok majalah remaja dekat situ. Belek punya belek sampai dekat ruangan blogspot tu serius sangat terkejut bila tengok gambar kalender eksklusif 2013 hazwan hairy terpampang dekat salah satu blogger yang terpilih oleh pihak remaja ruangan blogspot iaitu azwarsyuhada.blogspot

sebelah header kak mialiana.com 

Sungguh tak sangka lah penulis tu boleh plak amik aku punya kalender ni sebagai gambar hiasan dalam tu..ahaha.. Gambar ni mayb penulis amik masa azwa join contest kalender eksklusif 2013 hazwan hairy di akhir-akhir tahun 2012 lepas.Walaupun gambar tu kecik saja aku ecited juga tau! gila kau x excited kalender ada design sendiri dalam tu..haha..

Bulan Mei 2012 lepas blog aku dah terpilih untuk di review oleh penulis ruangan blogspot remaja ni boleh tengok SINI. Time ni aku guna url http://fanomena.blogspot.com. Masa tahun lepas ruangan blogger dorang muatkan 4 saja blog-blog yang di pilih.


Tapi sekarang ni 7 blog kot dalam 1 page tengok macam sempit sangat space dan ulasan pendek tapi padat dengan isi tak macam dulu ucapan agak panjang juga lah mayb penulis lain yang take over ruangan ni kan. Pape pun terima kasih dekat penulis ruangan blogspot majalah remaja kerana beri peluang kepada blogger-blogger untuk perkenalkan blog kepada pembaca majalah remaja.


Nak baca boleh klik SINI

Untuk yang berminat nak buat tempahan baju eksklusif I LOVE BLOGGING boleh klik SINI


Tuesday, January 1, 2013

GOODBYE 2012 WELCOME 2013


SELAMAT TAHUN BARU 2013 
KEPADA KORANG SEMUA READERS, PENGOMEN, FOLLOWERS
BLOG HAZWANHAIRY.COM

ASSALAMUALAIKUM.
Syukur alhamdulillah kita semua diberi kesempatan untuk menikmati tahun 2013. Mesti bermacam azam korang kan dalam tahun 2012 lepas? ada yang korang dah capai ke? ke banyak yang belum capai? kalau belum tu forword kan untuk tahun 2013 ni ea..

Allahamdulillah untuk tahun 2012 hazwan hairy boleh di katakan 85% dah capai azam yang telah di hajatkan tu. Bersyukur sangat-sangat bila apa yang kita azam termakbur. Kebanyakkan azam tahun 2012 ni di forword dari tahun 2011 lepas oleh sebab berkat kesungguhan, doa, berusaha , tak putus asa dan lain-lain maka semua yang di azam kan tu berjaya..

Korang yang berjaya tu mesti gembira macam aku juga kan? hehe...Untuk tahun 2013 ni aku akan berusaha lebih gigih lagi untuk mencapai target aku, impian aku untuk lebih maju ke hadapan. Amin

SEMOGA TAHUN 2013 LEBIH BERMAKNA BUAT DIRI KITA SEMUA
BIARKAN KENANGAN 2012 TERSEMAT DALAM DIRI KALIAN
BUANG BUKU LAMA BUKA BUKU BARU
ALL THE BEST




Wednesday, December 26, 2012

5 HARI OFF BLOG 8 HARI SAKIT


ASSALAMUALAIKUM..
Hari ni gigih nak menaip entry walaupun masih kurang sihat lagi. Before off blog demam dah makin okeh bila 2 hari mau balik KL ahad lepas demam makin menjadi-jadi plak sampai family risau gila. Mayb sebab kena hujan ngan angin laut kot. Kalau balik penang tak sah kalau tak lepak ngan kawan-kawan tepi pantai then naik feri..

Hari ni pagi-pagi buta dah pegi hospital sebab dah rasa hilang separuh nyawa, badan lembik , kepala pening, muntah , batuk punya la sakit sampai bila nk batuk pun kena berpikir dulu. Alhamdulillah setelah baring atas katil org sakit, kena amik darah, cheak segala bagai , masukkan air dalam badan nampak sikit perubahan di situ so xperlu lah nak duk hospital ...

Entry ni nak say terima kasih kat korang semua yg lawat blog ni tak henti-henti walaupun aku tak sempat nak lawat blog korang. Then jutaan terima kasih tak terhingga kat korang yang amik berat pasal aku sakit dekat facebook tu. Nanti kalau da masa aku review korang okeh...

p/s: korang jangan pernah bosan ngn blog ni ok..











Monday, December 17, 2012

HAZWAN HAIRY DI REVIEW BLOGGER


BLOG HAZWANHAIRY  | REVIEW

ASSALAMUALAIKUM..
Entry ni hari ahad lepas nak create dah cuma busy so tak sempat nak menaip , entry lepas yang dipublish tu semua dah di draftkan just edit-edit sikit pastu siap tuk tontonan.hehe..Terima kasih tak terhingga kepada korang yang review hazwanhairy.com a.k.a hairy say tahniah sebab terpilih sebagai Blogger pilihan Utusan Malaysia 8/12/2012 yang lepas.

Sangat terharu dengan korang semua, dah xtau nak ucap macam mana lagi teruja dan hargai feedback yang korang bg..Dari awal until now korang xpernah-pernah jemu singgah dekat blog aku ni . Disini nak kenalkan kat korang blogger yang bersusah payah menaip entry mengenai gua dalam entry mereka..

MAMA MASZULL

LINK :
http://maszull.blogspot.com/2012/12/tahniah-tahniah-buat-blogger-hazwan.html

MIRA ADZLIA
LINK :
http://gadisbiasebiase.blogspot.com/2012/12/tahniah-abang-angkat.html

NUSHA
LINK :
http://akupencintahlovate.blogspot.com/2012/12/sabtu-8-disember-2012.html

Korang jangan lupa baca entry yang mereka tulis tu ea.. Pasti korang akan gelak sampai hilang separuh nyawa..hahaha

Kepada korang yang ucap tahniah di komen blog, facebook, facebook page , print screen , beli paper dan sebagainya jutaan terima kasih buat korang hargai gila lah. Maaf kalau tak sempat nak review korang semua.



p/s : Pemenang contest malam ni keluar. ada kesilapan teknikal sikit harap maaf ^^


Sunday, December 16, 2012

KAU INGAT KAU BAGUS KE WEYS ! BODOH


KAU INGAT KAU BAGUS KE WEYS! BODOH
Kalau korang kena ayat camni apa korang rasa? hahaha...Manusia biadap mana lah yang perangai seperti ini kan nak kata hantu manusia ni yang menaip . Kalau aku bagus pun xkacau duit kau lah. haha.Jenis penakut ja yang tak bagi link ni. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak..

Aku rasa di kalangan blogger juga ni...


p/s : manusia mana lah kan!....tq sebab bg aku idea update entry..senyum ja aku! blh dpt trffic tinggi..haha

Friday, December 14, 2012

MALAYSIA VS THAILAND | RESTORAN IDAMAN WITH HOT FM


MALAYSIA VS THAILAND | RESTORAN IDAMAN MUTIARA DAMANSARA | TEAM HOT FM

Semalam semi final ke 2 diantara Malaysia vs Thailand gua sempat tengok beramai-ramai dekat Restoran Idaman Mutiara Damansara with team Hot fm. Kalau yang dengan radio tu mesti tau kan yang team hot fm ada anjurkan event ni.

Tempat aku ke Restoran Idaman ni dekat saja 5 minit dah sampai tu pun kalau tak jem lah tu pun sebab member ajak jadi pegi lah lepak-lepak situ with 6 other people.Meriah juga lah bila tengok sambil makan berami-ramai ni. 

Mata ja sudah with fafau
Fafau aka fara fauzana pun ada tau sgt lah sporting dia time tu bila sampai terus ke meja org yang datang dkt situ..Last sekali meja aku dok so lama lah sikit dia berdiri dekat situ maklumlah kawan aku sorang tu kenal fafau so huha-huha lah dorang sekejap..
ni haa kak gee n keja kat media prima
Tenyata Malaysia tidak berpeluang untuk memburu kejuaraan AFF Suzuki cup yang pernah di menangi pada 2 tahun lepas di Indonesia. Permainan semalam boleh dikatakan ramai penyokong malaysia termasuk aku sekali beengang ngan pengadil + pemain thailand.



Mungkin bukan rezeki untuk Malaysia pada tahun ni kot yang pasti ketiadaan Wan Zack Haikal + saiko dari pihak thailand yang buat pemain Malaysia sedikit goyah.Apa-apa pun teruskan perjuangan harimau malaya pada game lain nanti .

Malaysia Boleh !!!!.





Monday, December 10, 2012

POYO LAH HANG MASUK PAPER JA PUN


gua masih respek lu kalau x gua dah tayang nama lu kat org

Poyo la hang masuk PAPER ja pun dah sombong..Itulah statment yang dikeluarkan oleh seorang yang dari pelusuk mana dia datang fire aku dengan statment camtu..haha.. Statment ni dari facebook aku ler ntah xkenal lah sapa dia ni, frend dah lama kot tapi xpernah chat pun.

Tiba-tiba chat cakap macam tu luluh hati gua kecewa + sentap..haha..Tengok gambar tapi tak dak pun tak pasti lah bila masa aku apporve orang yang tak da gambar ni. Mayb time dia add aku pakai gambar lain kot ala baget-baget nak popular kat fesbuk kan haruslah pakai gambar meletop yang aku pun ngok p approve..haha

Mayb sebab xlayan chat or xtegur or sebagainya abaikan ja lah ea..Bukan senang kita nak puaskan ati semua orang ni kan..alamak terpoyo plak aku tulis ni..haha.

Terima kasih lah sebab cakap camtu kalau belum kenal aku tu jangan cakap bukan-bukan noh. Don't judge a book by its cover ! kenali lah hazwan hairy ini..hahaha...



Nak baca story ni link ni ----> http://www.hazwanhairy.com/2012/12/hazwanhairycom-blogger-pilihan-utusan.html

meh join contest lagi 2 hari ja ---> http://www.hazwanhairy.com/2012/11/contest-kalender-2013-eksklusif.html


Sunday, December 9, 2012

HAZWANHAIRY.COM BLOGGER PILIHAN UTUSAN MALAYSIA 8/12/12


BLOGGER.COM | BLOGGER PILIHAN UTUSAN MALAYSIA | HAZWANHAIRY.COM

1st sekali nak ucap jutaan terima kasih dekat kak ina aka wartawan ruangan Citra Orang Muda (COM) Utusan Malaysia yang sudi memilih hairy aka blog hazwanhairy.com sebagai Blogger Pilihan Utusan Malaysia 8/12/2012 untuk di temubual dan dimuatkan di ruangan blogger.com Cintra Orang Muda ( Com ).


Perhatian : BAJU GUA BUKAN PINK OK!
PENATACAHAYAAN JD KALER PINK. HAHA
1st time kena interview dengan wartawan weh sangat teruja, terkelu lidah nak bercakap tapi dengan keramahan kak ina, aku mampu abiskan interview ni dengan jayanya. Haaa dalam interview ni macam-macam yang kak ina tanya terutama pasal blog lah then apa yang menarik dalam blog.

Tujuan terpilih untuk di interview ni juga sebab untuk perkenalkan apa yang aku buat ketika berblogging dan dengan berblogging ni aku boleh dapat jana pendapatan so 2 in 1 kan?. Jadi itulah sebab kenapa aku di interview supaya orang lain boleh amik sedikit ilmu daripada aku kot..hehe...

Terselik bisnes yang aku buat ni, jadi dengan cara ni pembaca akan mula tahu apa yang aku lakukan ketika aku berblogging. Peluang yang aku dpt ni juga adalah 1 paltform untuk aku perkenalkan macam mana aku jana pendapatan melalui blog.

Dalam temubual ni produk makanan yang diketengahkan untuk semua pembaca. Menariknya susah nak jumpa org yg stdy Engineering ,kerja plak bhagian pengurusan then ada plak benda  lain yang dibuatnya haha .Kalau yang mana dah kenal aku lama mesti tahu yang aku ada buat 2 jenis bisnes kecil-kecilan berasaskan makanan dan graffic designer.Kalau nak tahu lebih lanjut korang dapatkan majalah utusan hari ni. 

Agak kekok sikit bila sesi shoot ngan akak photografer tu ( lupa nama ) , aku kalau depan kamera memang akan rasa kekok, gelabah, malu tambah-tambah orang yang pro plak snap pic lagi lah, maaf lah kak kalau tak dapat bagi shoot yang terbaik saya bukan model..haha Mohon korang jangan gelak k kalau tengok gambar..haha..

Sekian saja entry kali ni thankz a lot again to kak ina & kak photografer tu sebab sudi beri peluang ni sangat-sangat teruja..

Ini adalah satu angan-angan aku juga lah weh alhamdulillah ternyata angan-angan boleh jadi kenyataan .Jadi korang semua jangan stop berangan ok mana nak tau kalau ada rezeki apa yang korang angan kan tu jadi kenyataan ^_^

klik page ni ----> Citra Orang Muda (COM)

 Nak join contest kalender eksklusif  dari saya klik sini ----> contest-kalender-2013-eksklusif.