Saturday, June 30, 2012

HANYA AKU CINTA KAU SEORANG BY HAZWAN HAIRY

ASSALAMUALAIKUM
Untuk pagi ni nak review filem yang aku tengok semalam iaitu filem romantik remaja "hanya aku cinta kau seorang" (HACKS). Sebenarnya aku xnak tengok filem macam ni, memang xberapa nak minat sangat cintan cintun nih oleh sebab ada orang beria-ria nak suruh teman g tengok ala-ala fefiling kapel tuh so aku pun join juga lah kan..haha..Jalan cerita dia boleh lah menarik lah juga buat mereka yang sedang bercinta or mencari cinta sejati katanya...haha..Sedih gak lah weh bila dengan lagu dalam cerita ni teringat my ex..*tetiber..haha

Kalau korang rasa free hari ni nak tengok wayang ngan pasangan korang boleh lah tengok cerita ni ea..Sekali skla support filem malaysia kan . Sapa lagi nak support kalau bukan orang melayu sendiri...Moh lah g tengok.
Sinopsis
Mengisahkan seorang wanita bernama murni yang mengembara mencari kekasih hati sejati. Murni dipaksa olh kawan baiknya Mukhlis dan stacy untuk mencari teman lelaki menerusi laman sesawang Meet Soulmate. Walaupun Murni tidak mempercayai yang lelaki dikenali di internet, namun kerana paksaan dia menurut.Apakah murni akan menemui cinta sejati selepas kecewa dengan mukhlis dan iqwal?



p/s :nak g tengok mael lambung lak...nanti BW n komen blog korang..-peace-

Friday, June 29, 2012

KELIBAT LEMBAGA PUTIH OR WHT? @ VACATION BFF

ASSALAMUALAIKUM..
Ini adalah entry ulang semula ea xsalah kan wat kembali? sebabnya masa wat entry ni dulu xde sapa nak baca..hehe
Untuk entry ni nak tunjuk satu "kelibat lembaga putih" or apa yang sedang usha kitaorang mandi kolam time vacation with my bff dekat cherating..Time kitaorg mndi manda malam tu around 930 until 11 lebih camtuh lah.Masa lepas mndi tuh lepak-lepak dekat chalet tengok gambar yang amik tadi masa mandi xnampak apa langsung. Kelibat ni aku yang nampak dalam laptop aku ni bila aku dah sampai kl alangkah terkejut sampai nak demam bila tengok satu kelibat lembaga putih sedang tengok kami mandi..serammm gila ok!! menangis-nangis kawan pompuan yang join sekali time mandi tengok pic ni..

Kawasan chalet kitaorng ni beberapa langkah ja dari tanah perkuburan islam..Time nak jalan nak maasuk chalet ni kami kena melalui tanah perkuburan ni dulu yang hnay selangkah dari jalan mini yang xbertar kami lalu tuh dah macam percutian seram ja..haha...Time daftaf masuk tuh dah di bgtau supaya jangan terlalu gembira...KItaorang berlima ni memang sangat gila-gila mendapat lah jawabnya...haha

Ini dia gambar itu...
kalau berani tekan la
nak tgk jelas boleh rapatkan mata anda pada skrin dan tengok melalui atas
pic yang sama..kena blur-blur ..haha
KEDUDUKAN YANG SAMA TP XNAMPAK..
MEMANG SAJA LETAK INI SEBGAI BUKTI BENDA ITU SUDAH TIADA
Anda nampak apa-apa x?kalau nampak cuba gitau ape..
selanjutnya nak tengok gambar kami berlima KLIK SINI
Aummmm!!

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JULAI BLOG HAZWAN HAIRY

ASSALAMUALAIKUM..
ENTRY MELEKAT SEHINGGA 30JUN 
ENTRY BARU DIBAWAH
Hai korang untuk hari ni saya nak buat segmen pencarian bloglist untuk bulan julai punya...Untuk bulan lepas saya xde buat oleh sebab bloglist bulan jun untuk senarai peserta contest yang lepas..Untuk segmen kali ni jika anda berminat nak masuk dalam bloglist julai hazwan hairy boleh lah join..Alhamdulillah setakat hari ni saya selalu melawat & komen di entry senarai2 bloglist jika ada masa terluang...

SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini jika tidak paham2 je ok..
2. Letak header ini
3. Tajuk SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JULAI HAZWAN HAIRY 
4. Kekerapan anda berblogging dlm sehari?
5. Link kan entry anda pada post entry ini

Tarikh tutup: Sehingga 30JUN
Blog anda akan di listkan didalam sidebar BLOGLIST JULAI sebelah kanan blog
Hanya kekal sehingga hujung bulan JULAI 2012 sahaja.

Ajak la ea kawan2 anda seramai mungkin ok..meriah sikit.! hehe
Sekian Terima Kasih
Hope ade lah join xde pun sokay ja ..hehe

Thursday, June 28, 2012

TIPS ATASI KULIT WAJAH BERMINYAK

ASSALAMUALAIKUM...
Untuk entry yang lepas saya ada buat tentang punca masalah kulit berminyak kan jadi arini saya entry kan pula tips mengatasi masalah kulit wajah berminyak ni..Hope dapat membantu anda yang mengalami masalah ini...Saya juga mengamalkannya alhmdulillah dapat mengawal masalah kulit berminyak ni..
MISS GOOGLE
Tips atasi masalah kulit wajah berminyak

Pemilihan makanan
-Anda digallakkan untuk meminum jus-jus semulajadi tanpa gula untuk menjadikan kulit anda sentiasa awet muda dan kelihatan sentiasa nampak segar.
- Hindari makan makanan yang koletrol tinggi atau bergoreng dan banyak memakan sayur-sayuran.

Sentiasa mencuci wajah
- Mencuci wajah yang berminyak sangat penting kerana kulit berminyak akan mengabitkan wajah cepat kotor. Kotoran dan kuman yang terletak akan berkumpul, jika tidak di cucikan dengan segera kotoran tadi akan menyebabkan jerawat. Cuci wajah anda sehari lebih urang 2x dengan pencuci wajah yang sesuai

Sentiasa mengunakan kertas penyerap minyak
- Ini merupakan salah satu cara yang saya gunakan untuk mengatasi maslah berminyak nih..Dengan mengunnakan tisu pelembab biore dapat mengurangkan kulit nampak berminyak.. Pastikan anda menggunakan penyerap minyak pakai buang...

Simple ja kan? kalau korang ada idea blh komen disini....
Share kan kepada mereka di luar sana...
yang belum tengok punca kulit wajah berminyak boleh KLIK SINI

Korang yang berminat nak masuk dalam bloglist hazwan hairy boleh   KLIK SINI
 

PUNCA KULIT WAJAH BERMINYAK

ASSALAMUALAIKUM..
Dah lama tak buat tips dan mencari punca-punca..Hari nak berkongsi ngan kalian semua yang mempunyai masalah kulit muka berminyak.
en google
Kulit berminyak seringkali menjadi masalah ramai orang  walaupun perlbagai rawatan dapat dilakukan untuk menyelesaikannya..Keadaan kulit berminyak ditandai dengan kulit wajahnya mengilat dan kusam..Disini saya sediakan entry mengenai punca kulit wajah berminyak..
Hormon
- Hormon juga merupakan punca kulit berminyak. Hormon kita akan berubah dalam tempoh tertentu kebanyakkan remaja yang akan mengalami situasi begini oleh sebab itu ketika remaja banyak jerawat akan timbul di wajah...

Keadaan cuaca
- Faktor lain yang diketahui merupakan punca masalah kulit berminyak ni ailah kelembapan atau udara yang amat panas. Apabila panas dan berpeluh, minayk yang terkumpul di wajah akan menjadikan kulit kelihatan berkilat..

Pola pemakanan
- Ini merupakan salah satu lagi punca kulit wajah berminyak jika terllau banyak mengambil makanan bergula dan garam boleh menyebabkan terjadinya masalah ini. Anda disarankan mengamalkan diet pemakanan seimbang dan kurangkan pengambilan makanan berkolestrol tinggi..

Oleh sebab terjadi masalah ini saya terus mencari punca...hehe...
semoga tps ini dapat membantu anda semua...
kongsi-kongsi kan kepada mereka diluar sana...
next entry TIPS

p/s : Untuk anugerah2 didalam blog hazwan hairy ni akan berkuatkuasa mulai 1/7/2012 dan akan dinilai dipenghujung setiap bulan...Tunggu next entry mengenai penjelasan ini..Yang belum tahu lagi boleh KLIK SINI

SEGMEN BLOGLIST JULAI PECINTA PINK

ASSALAMUALAIKUM...
Sambil tunggu bola nih tadi terperasan sorang blogger yang selalu terjah,selalu join segmen aku,selalu join contest aku dari awal dia berblogging smpai lah skrg beliau tetap join apa yang aku buat dekat blog nih sehinggalah beliau pernah menang hadiah..hehe..Terima kasih akma ! Untuk kali ni saya join segmen yang awak buat ..Kalau korang nak join boleh lah KLIK SINI

Apakah blog pilihan?
Bagi hery kan, hery suka semua blog, semua jadi pilihan tapi akan baca blog mana-mana yang sempat hery pandang ja sebab keja kan xfokus sangat dekat blog..Kalau blogger yang komen dekat entry blog hery lagi bagus selalunya selalu hery masuk walaupun seminggu entry yang mereka komen tuh sebabnya dekat situ lah kita akn tau yang blogger ni aktif buka blog walaupun dorang xde entry..hery tetap akan terjah! terima kasih kepada semua2 yang xputus2 komen n terjah blog hery..hekhek..

IKLAN
untuk korang yang nak masuk dalam bloglist julai hazwan hairy boleh KLIK SINI

Tuesday, June 26, 2012

BRAVE @ NUFFNANG PREMIERE SCREENING

ASSALAMUALAIKUM
Pertama sekali nak ucap ribuan terima kasih dekat Nuffnang oleh sebab bagi aku peluang nonton cita brave secara free..Sayang Nuffnang ketat-ketat..haha...Semalam bertempat di Chatay Cineplex Damansra berlangsungnya Nuffnang Premiere Screening untuk cita brave. Jalan cerita brave ni amat menarik dan sangat-sangat kelakar ok dari awal sampai abis asyik gelak ja tengok cerita ni..Bagi korang yang rasa stress tuh baik g tengok cerita ni pasti anda akan hepy..aku bagi penuh 5/5 bintang...

Sinopsis
Merida yang merupakan puteri kepada Raja Fergus dan Ratu Elinor adalah seorang pemanah hebat dan remaja yang berani melawan tradisi dan takdir.. Merida bertekad untuk menentukan jalan hidupnya sendiri dan melawan penguasa tanah bernama Lord Macintosh dan Lord Dingwall.. Tanpa disengajakan, Merida telah membuat kekacauan dan emarahan kawasan pemerintahan bapanya, ketika dia memerlukan bantuan daripada Witch , dia berdepan nasib yang buruk...

selanjutnya sila pergi tengok dipawagan berdekatan anda..hehe



Monday, June 25, 2012

ANUGERAH DI DALAM BLOG HAZWAN HAIRY


ASSALAMUALAIKUM
Setelah 2 ari off blog oleh sebab bercuti ditempat yang tak de line untuk update jadi terbengkalai lah blog aku ni…Sangat risau okeh bila xon9 blog nih hati rasa tak tenang jaw eh..rindu saya x?eh...haha
Untuk hari ni aku nak perkenalkan satu lagi benda baru yang aku nak buat dalam blog aku ni. Ianya adalah memperkenalkan ANUGERAH-ANUGERAH yang terdapat didalam BLOG HAZWAN HAIRY ni…
Ini adalah satu lagi idea dan ianya bersebab bagi menghargai followers & reader yang sudi view ,komen,beramah mesra dengan saya ketika berblogging.
Antara anugerah didalam blog hazwan hairy
Anugerah pengomen pilihan
Anugerah blogger sporting
Anugerah khas blogger

Anugerah pengomen pilihan
Anugerah ni aku akan memilih top5 pengomen  sejati dalam blog aku nih..Jadi untuk kategori nih ada 25 orang pemenang setiap bulan.Jika kiraan komen anda seri aku akan wat undian untuk pilih pemenang.

Anugerah blogger sporting
Anugerah nih aku akan menilai berdasarkan keramahan anda semua dengan aku tak kira lah di dalam shout blog ke , di sini TWITTER , di sini FACEBOOK BADGE or di sini FACEBOOK LIKE..Kategori ni ada 10 pemenang.

Anugerah khas blogger
Anugerah ni khas dari aku sendiri akan menilai dari semua segi merangkumi semua iaitu komen di blog, facebook like,facebook badge,twitter dan segi keramahan anda iaanya untuk 1 pemenang sahaja.

Hadiah-hadiah
Anugerah pengomen pilihan
Pertama – Topup rm 10/ penanda buku khas / Sijil penghargaan
Kedua – topup rm 5/ penanda buku khas/ Siji penghargaan
Ketiga – coklat Cadbury/ penanda buku khas/ Sijil penghargaan /
Keempat - saguhati
Kelima - saguhati
saguhati - review 20 blogger

Anugerah blogger sporting
pertama - Topup rm5 / penanda buku khas / sijil penghargaan
ke 2- ke 5 = saguhati
Review blog = 5 blogger

Anugerah khas blogger
Topup rm5/ penanda buku khas / sijil penghargaan

perhatian !!!
award ni akan berkuatkuasa  1/7/2012

Untuk korang yang belum lagi tengok macam mana penanda buku khas dengan sijil penghargaan boleh klik SINI dan SINI
Korang yang baru follow mesti tertanya-tanya sijil penghargaan? Haaaa untuk contest aku ni aku sediakan sijil dan ianya bersebab…Tunggu next entry

Friday, June 22, 2012

TQ NUFFFNANG ALHAMDULILLAH REZEKI

ASSALAMUALAIKUM...
Mula-mula sekadar hanya mencuba nasib tetapi rezeki berpihak kepada saya untuk kali nih..Syukur alhamdulillah semalam belek-belek email tengok satu email dari Nuffnang terus buka then di situ tercatit jemputan untuk menghadiri Nuffnang Premiere Screening cerita brave bertempat di Cathay Cineplex Damansara..
tekan tuk besarkan
 Accually cathay cineplex ni dekat ngan umah jadi sebab tuh lah try join untuk attent event nih dapat juga kenal dengan blogger-blogger yang hadir kalau ada rezeki kan...Insyallah hari isnin malam ni saya akan hadir untuk filem ini..Terima kasih sekali lagi kepada pihak Nuffnang kerana beri peluang nih...Love u Nuffnang.

p/s: ada sapa-sapa yg baca entry nih dapat jmputan? Pada anda yang hadir untuk jemputan nih kita jumpa disana ea..Nebes plak lah nak berhadapan dengan blogger-blogger yang hadir dah lah pemalu...ahks..

OFF BLOG 2 HARI KORANG JGN LUPA TINGGAL LINK VIEW TAU...LOVE U ALL




Thursday, June 21, 2012

BEN ASHAARI DAN SAYA


ASSALAMUALAIKUM...
Dah lama xjoin segmen ni ternampak en ben ada buat segmen tuk malam nih terasa cam nak join ja..Boleh gak kenal ngn blogger-blogger lain..Segmen ni hanya 2 jam ja ok...kalau korang berminat boleh KLIK SINI

Senang ja segmen nih korang perlu jelaskan blog macam mana yang anda suka baca dan kenapa..

Bagi aku kan , aku suka baca blog yang simple dan padat dengan cerita...Xkisah lah blog tuh blog apa pun janji menarik untuk dibaca..Sebab aku boleh lihat semua orang sedang menyampaikan sesuatu..Jika blog anda mengisahkan tentang BF/GF sory saya xminat nak baca...haha

Sekian saja...

TEMPAHAN UNTUK RAYA DIBUKA

ASSALAMUALAIKUM...
Hari ni nak stop jap bercerita pasal birthday party ngan tips-tips...Untuk birthday party belum abis lagi tau..ada lagi 3 entry lagi ok..!! haha..kalau direct pasal birthday nanti korang bosan matiler nak cari reader balik...Sayang sangat kat korang semua yang sudi baca entry dan komen-komen kat entry aku nih...Sangat-sangat hargai korang sampai mati....

Untuk hari nih aku nak share kat korang yang berminat nak tempah cookies, batang buruk sabah, dan lain-lain untuk tempahan raya...Mohon jasa baik dari anda-anda yang baca entry ni LIKE page nih segala maklumat anda boleh dapatkan di dalam ini KLIK SINI

IH Empayar Nusantara ni kalau korang yang pernah join contest aku seblum ni mesti tau kan yang owner page nih yang sponser hadiah-hadiah lumayan untuk contest aku tuh....Page ni adalah page untuk bisnes makanan. Di dalam page ni anda boleh lihat jenis-jenis biskut untuk tempahan raya atau bila-bila masa sahaja jika anda berminat..Segala maklumat ada dalam tuh jika anda berminat boleh PM saya okey...

COOKIES

BATANG BURUK SABAH
APAM LADYBUG
COOKIES
CHEESE TART

Walau dimana saja anda berada kami menjanjikan yang terbaik..
by hand sekitar lembah klang, kuala lumpur, selangor, pulau pinang, kedah, kuala lipis, segamat

Sekali lagi mohon LIKE n LIHAT page ini KLIK SINI

Wednesday, June 20, 2012

CARD BIRTHDAY HAZWAN HAIRY YG UNIK

ASSALAMUALAIKUM...
Mukadimah untuk entry ni aku nak ucap ribuan terima kasih kepada mereka yang wish birthday aku yang ke 24...#EH terkantoi sudah umur aku nih dah tua kan dah boleh kahwin lah camni....*jodoh dimana kau...haha.

Apa yang aku teruja untuk birthday kali nih bila aku dapat birthday card yang sangat besar ok seumur hidup aku xpernah aku dapat kad birthday yang begitu besar tuh siap ada gambar dan tandatangan lagi dalam tuh..Tandatangan dari staff2 gemilang press plak tuh ! sangat-sangat terharu dan teruja bila tengok kad dan ucapan dalam tuh terasa sebak sekejap.... opss..

Thankz to along yang buat suprise ni dan belanja semua untuk party semalam...xtau nak ucap macam mana dah terkedu bila tengok suprise tuh ingatkan g karoke saja..

p/s: ada sapa-sapa nak sign atas kad ucapan tuh?

untuk SUPRISE PARTY HAZWAN HAIRY KLIK SINI


Tuesday, June 19, 2012

SUPRISE BIRTHDAY PARTY HAZWAN HAIRY

ASSALAMUALAIKUM..
Hepy birthday to u...
Hepy birthday to u...
Hepy birthday to hery
Hepy birthday day to u...

#Eh birthday kau lah hazwan hairy !!
anda dah semakin tua lah kan..haha
SUPRISE
Sungguh aku xsangka lagu hepy birthday nih ada lagi orang nyanyikan untuk aku...Fuhhh ketika saat tu hati ni terasa teruja,sebak,gembira,terharu dengan mereka yang nyanyikan lagu untuk birthday aku kali nih...Btw ini adalah suprise daripada along dia adalah ketua yang rancang semua ni dengan staff gemilang press..

Untuk birthday kali nih aku dapat lagi suprise dari mereka yang aku sayang..ingatkan dah tua nih dah xda suprise rupanya still ada sangat untung ok dapat kenal mereka-mereka nih... kenapa wat suprise nih kan dah tua ..

jawapan : eh2 hery nampak cam umur 18tahun tau...ohhh terasa muda bila mereka cakap camtuh..HAHA..(jangan carut saya haha )

Suprise kali nih dibuat di karaoke box dekat the curve mutiara damansara lunch tadi...Mula-mula aku ingat nak g karok ngan makan  ja lah ngan dorang nak lepaskan tension tapi rupanya suprise party lah plak siap dapat kad ucapan yang bapak besar , kek ais cream dengan ada sekali topi tuk berparty..wahhhh!!! aku xkan lupakan detik nih...
meh tengok pic yang sempat snap ni...
Ais cream kek
AKU NGN WYWEEN
ALONG ,WYWEEN ,KAK SU
ALONG N KAK SU
CIK ETON, KAK SU, WYWEEN
AKU,KAK SU, CIK ETON, WYWEEN
Walaupun hanya 5 orang ja  2 laki 3 pompuan yang dapat pegi oleh sebab kebanyakkan bz so ada komitmen kerja, party ni tetap riuh rendah macam 50 orang....aku sangat-sangat bahagia wehh!!! haha... Terima kasih lagi sekali buat along, wywen, kak su,cik eton dan semua staff2 gemilang press atas ucapan anda...

P/S : Hadiah mana? HAHA...Macam birtday budak-budak x? sangat kan tapi aku sangat suka!! haha....


Monday, June 18, 2012

TIPS BERHADAPAN LELAKI MENANGIS


ASSALAMUALAIKUM..
Entry sebelum ni saya ada buat pasal punca utama lelaki menangis kan.. Kalau korang yang belum tahu punca kenapa lelaki mengalirkan airmata boleh KLIK SINI
Lelaki terkenal dengan sikap ego yang tinggi. Walau dalam apa jua perbuatan, lelaki sememangnya ingin di lihat sebagai seorang yang gagah berani dan tampil bergaya. Lelaki juga merupakan manusia biasa yang mempunyai hati dan persaan sama seperti seorang wanita dan apabila perasaan mula dilanda emosi akhirnya gugurlah airmata lelaki...

Tips berhadapan lelaki menangis

Tenangkan hati dan perasaan dia dan juga menenangan dirinya.
Beri kata-kata semangat yang boleh buat dia bangun semula.
- Jangan lekas buat andaian ,Lelaki yang menangis tidak semestinya mereka tidak tulen. Terima keadaan dirinya seadanya..
- Jangan panik sekiranya abg, adik, ayah, suami, kekasih anda menangis. Tanya sebab kenapa mereka menangis.

simple kan? selamat mencuba jika anda mengalami situasi macam ni..
Punca utama lelaki menangis KLIK SINI



Sunday, June 17, 2012

SEKITAR GAMBAR JEREBU AREA KOTA DAMANSARA

ASSALAMUALIKUM...
Dah hampir seminggu sekitar kuala Lumpur dan lembah klang nih tak hujan tapi semalam alhamdulillah hujan turun juga berkurang sikit jerebu ni...Time jerebu kawasan rumah aku nih lagi lah dah rasa macam ada kabus-kabus dari atas bukit macam kat genting plak.. Kalau kabus sejuk tak pe ni jerebu kan sangat bahaya untuk kesihatan okey...

Petang semalam keluar jalan-jalan kat area kota damansara atas sebab nak cari barang penting sempat juga aku snap gambar-gambar time masa nak balik tuh..Oleh sebab rasa terkejut tengok langit putih dengan kabus-kabus tuh terus aku snap..Tak pernah lagi macam ni kalau area kota damansara nih..
ni gambar yang aku sempat snap....teruk kan.




Korang yang belum tengok lagi tips yang perlu amal ketika keadaan jerebu nih boleh KLIK SINI

p/s: Hari ni rasa cam ok sikit oleh sebab pagi tadi dah hujan...Alhamdulillah 

TIPS PERLU AMAL KETIKA JEREBU


ASSALAMUALAIKUM...

Sekitar Kuala Lumpur , lembah Klang dan beberapa kawasan sekarang sedang dilanda fanomena jerebu akibat daripada kebakaran dari sumatera indonesia.. Sudah hampir seminggu hujan tidak turun dan mengakibatkan keadaan jerebu bertambah buruk serta merbahaya kesihatan kepada manusia. Jadi kepada korang yang di sini saya nak bagi tips yang patut anda amalkan ketika jerebu.
sekitar Kota Damansara
tips
- Banyakkan meminum air masak
- Kurangkan aktiviti luar kalau boleh rehatkan diri di rumah saja ketika cuti
- Jika anda keluar rumah pastikan memakai penutup mulut bagi mengelakkan kesihatan anda terganggu.
- Elakkan pembakaran secara terbuka di tempat anda

itu saja untuk kali ni kesihatan amat penting untuk diri...-peace-
kongsi-kongsi kan la eaa...

Friday, June 15, 2012

PUNCA UTAMA LELAKI MENANGIS

ASSALAMUALAIKUM..
Semua lelaki jika boleh ingin mengelak untuk menangis . Namun adakah salah jika seseorang lelaki mengeluarkan airmata? Ramai beranggapan jika lelaki menangis akan dikategorikan sebagai lelaki lembut, tidak sejati dan sebagainya namun sebaliknya yang beranggapan bahawa lelaki menangis mempunyai sebab. Di sini aku nak senaraikan punca utama lelaki menangis

Kamatian orang yang di cintai
- Lelaki memang sukar untuk menangis namun jika berhadapan dengan kematian sudah pasti jasadnya tidak dapat menahan kesedihan

Kegagalan
- Kegagalan dari sudut rumahtangga dan kerjaya. Setelah menemui jalan buntu dalam menyelamatkan daripada berakhir, lelaki mudah sekali untuk menangis.

Kesyukuran
- Setelah bersusah payah untuk mencapai kejayaan akhirnya berjaya lelaki akan menangis sebagai tanda bersyukur.

Ketika bergelar ayah
- Melihat zuriat bersama isteri yang disayangi dan di cintai sudah pasti akan meninggalkan kenangan manis dalam hati hingga mengalirkan airmata gembira..

Berjaya melamar kekasih hati untuk dikahwini
- Ini merupakan salah satu saat manis yang membuatkan lelaki mengalirkan airmata setelah bersusah payah untuk menawan hati si dia..

sekian saja untuk entry kali ini...
Kongsikan lah dengan mereka diluar sana... -peace-

AKU PORTUGAL !! KAU?

ASSALAMUALAIKUM...
Mula-mula nak cakap ada aku kesah portugal dah kalah 1 game..haha !! tahniah tuk game ke2 ..
dah sangat lewat aku update pasal euro ni ntah kenapa aku xnak publish entry nih aku pun xtau lah..haha

Pasukan korang ape? Macam aku sudah semestinya memilih pasukan portugal lah macam piala dunia aritu juga portugal tetap di hati walaupun kecundang.hehe...Entry hari ni nak tunjuk kat korang jersey yang aku beli..hehe..Semangat kan haruslah beli walaupun xde lah mahal mana janji ada dan boleh di pakai...korang dah beli jersey pasukan korang? !!

senarai pemain PORTUGAL

Penjaga gol
- Eduardo ( Benfica ) , Rui Patricio ( Sporting ) , Beto (CPR Cluj )

Penyerang
- Cristiano Ronaldo ( real madrid ) , Nani (MU) ,Hugo Almeilda , Ricardo Quaresma (Besiktas ), Silvestre Varela ( Porto ) , Helder Postiga ( Real Zaragoza ), Nelson Oliveira ( Benfica )

Pertahanan
- Bruno Alves ( Zenit st petersburg ) , Rolado ( Porto ), Ricardo Costa ( Valencia ) , Pepe ( Real Madrid ), Migual Lopez ( Braga ), Joao Pariera ( Sporting ) , Fabio Coentaro ( Real Madrid )

Tengah
- Custodio ( Braga ) , Hugo Viana ( Braga ) , Raul Meireles ( Chelsea ), Migual Vileso ( Genoa ), joao Mauthinho ( Porto ) , Ruben Micael ( Zeal Zaeagoza )


p/s: apa-apa pu tahniah Malaysia kerana telah mengalahkan singapore.. haha

Thursday, June 14, 2012

TIPS UNTUK MEMIKAT HATI WANITA

ASSALAMUALAIKUM
Ehem entry ni khas buat bacan kaum lelaki ansem, macho, kacak ,comel di luar sana yang sangat memerlukan tips untuk memikat hati wanita...! Tips ni amat penting buat lelaki jika anda mahukan yang terbaik...

1. Jaga penampilan diri dan kebersihan diri
 contoh :
 - Berpakaian kemas yang bersesuai dengan tempat..
 - Semburan perfium amat penting agar kita kelihatan sentiasa wangi. (jgn over sgt wangi tuh nnti dorg plak sentap)
 - Gigi sentiasa gosok jangan biarkan gigi kuning terus anda akan di reject serta merta
 - Sentiasa pakai deadorant jika anda kemana-mana ! (penting ni kalau x tahan lah cacian )
 - Kuku sentiasa kemas dan tidak hitam legam ea

2. Jangan nampak terlalu terdesak
Wahai lelaki (termasuk aku) jika kita sangat tergilakan seorang perempuan itu bersikap cool lebih baik jangan terlalu memaksa seseorang wanita kerana mereKa akan berasa diri terlalu "rimas" dengan kelakuan kita.

3. Jadi diri sendiri
jadilah dri sendiri xperlu nak ikut cara orang lain kerana tu lebih afdal dalam hubungan. Kita semua diciptakan dengan sempurna oleh Tuhan jadi bersyukur dengan apa yang ada..

4. Senyum
Orang cakap wanita akan muda tergoda dengan kita apabila melihat seseorang lelaki itu senyum ( betul ka tak ea ) .Apabila kita senyum dengan jujur ia akan nampak kelihatan sangat manis..senyum juga merupakan satu sedekah jadi senyumlah ea..

5. Sentiasa mengambil berat
yang ni penting ok...sentiasa mengambil berat terhadap wanita yang anda minat contohnya :
sihat ke harini?
dah makan ker?
lifee arini macam mana?
family sihat?
sesekali jika kita bertanya ia akan mendatangkan kebaikan kepada kita kerana mereka akan anggap bahawa kita seorang yang bertanggungjawab dan prihatin dengan mereka..tp !! jangan terlalu kerap nanti mereka akn berasa rimas..

itu saja untuk bacaan kaum lelaki selamat mencuba ea.. -peace-


Wednesday, June 13, 2012

KAMI PENYOKONG / TEAM MALAYSIA

 ASSALAMUALAIKUM

Tahniah buat pasukan bola sepak malaysia !!! 2-0 sangat memadai untuk negara apatah lagi untuk kami penyokong yang memenuhi Stadium Shah Alam semalam..Memang mendebarkan lah bila tengok live semalam kat stadium kalau diikutkan xoutside 4 gol malaysa boleh dapat. Yang penting pemain malaysia tidak mengecewakan peminat-peminat bola sepak malaysia..yeahaa!!

Agak lambat sikit nak update entry pasal nih oleh sebab pic baru saja dapat! gigih nak masukkan pic juga kan..Gambar sekitar Stadium Shah Alam semalam

Alhamdulillah semalam dapat tiket percuma saja ok xperlu nak bayar pun oleh sebab kami team malaysia & bekerja dengan TM so apa lagi dapat lah tiket free tp bukan aku keja TM tau..haha...Terima kasih kak gee sebab bg adikmu ni tiket free xmelayang lah rm20...hehe...

Tetiber semalam aku terjumpa tiket berbayar 2 keping sapa punya ntah tengok dah ada atas lantai jadi itu mayb adalah rezeki aku kot nak bagi kat tuan dia xtau sapa kan jadi aku jual lah 2 tiket tuh dapat lah aku rm40 ..haha....

p/s: abaikan yang mana buruk..ahks





WORDLESS WEDNESDAY #


Wordless Wednesday : Rabu tak bercakap , gambar yang menceritakan segalanya...
tapi untuk WW arini aku nak bercakap sebabnya aku nak jelaskan tentang gambar diatas..Gambar diatas ni aku bukan saja-saja letak ok tapi nak tunjuk kat korang hasil edit menjadi ka x..Almaklumlah try to be a graphic designer bukan model ok sangat xlayak..HAHA...jadi apa kata anda? boleh kah aku edit pic.. :p

Tuesday, June 12, 2012

"SALJI PUTIH" DAN SI PEMBURU

ASSALAMUALAIKUM..
Semalam baru berkesempatan nak tengok wayang jadi pilihan aku adalah cita "salji putih dan si pemburu" a.k.a snow white and the huntsman...Walaupun cerita nih dah hampir 2 miggu tayangan tapi hall tetap penuh ok tu pun dah selling fast.. Jalan cerita yang sangat-sangat menarik dan mendebarkan. Bagi korang yang ada niat nak tengok wayang tuh then belum tengok lagi citer ni aku sarankan kat korang tengok lah cerita nih ea..Kalau dah tengok xpe meh kongsi bersama ! haha...
Sinopsis
Seorang pemburu telah diperintahkan oleh ratu yang amat jahat untuk menculik dan membunuh Snow White di tengah hutan. Namun , segalanya berubah apabila pemburu tersebut jatuh cinta dengan Snow White dan bertindak menjadi pelindung kepada snow white. Ratu mengetahui khabar tersebut lalu bertindak untuk memburu mereka. Snow White bukan lagi seperti kisah klasik dahulu kala, namun berubah menjadi puteri kental apabila dia turut melawan ratu jahat tersebut dengan belajar untuk berlawan dan memakai besi seperti para pahlawan lain.

Monday, June 11, 2012

MELAWAN ARUS CINTAMU - PUTERI CAROLINE

Melawan Arus Cintamu – Puteri Caroline

Sabar ini
Hatiku resah
Mengapa harus begitu

Kau disana
Aku disini
Ku tak bisa lihat semua

Jalan cinta ini
Yang kau katakan padaku
Apakah kita harus bersama tuk meneruskan perjalanan

Asmara engkau dan aku bagai sudah tiba jalan pemisah
Seperti tiada erti semua
Kerna ku tak daya melawan arus

Asmara engkau dan aku dibuai gelora yang tak menentu
Seperti tiada erti semua
Kerna ku tak daya melawan arus ini
Arus ini

Jalan cinta ini
Yang kau katakan padaku
Apakah kita harus bersama tuk meneruskan perjalanan


Friday, June 8, 2012

AKU ADALAH AKU !!



kalaulah aku seekor burung..
akan aku terbang tggi smpai awan biru...
sehingga xlagi mampu...
tp itu suma tak mungkin..
kerana aku adlah aku...
seorang insan yang lemah!!!!

kalaulah aku air..
akan aku sirami KUALA LUMPUR ini..
yang sedang di CATU air...
untuk merubah segalanya yg berlaku..
tapi xmungkin kerna aku adalah aku..
insan yg lemah yg perlukan arah tuju..

kalaulah aku sekuntum bunga
akan aku hiasi dunia ini seindah yg mungkin.
sebegitu indah di alam maya..
tapi itu tak mungkin..
kerna aku adalah aku..
insan yg lemah yg xmampu!!!

TIPS BERHADAPAN LELAKI "LEMAH SEMANGAT"

Assalamualaikum...
TIP BERHADAPAN DENGAN LELAKI "LEMAH SEMANGAT"
Lelaki lemah semangat mudah kecut? apa kata anda? 
(buat bacaan kaum wanita)

Sebetulnya, lelaki dianggap berkualiti jika kental dalam apa jua cabaran .. Namun tidak semua lahir sempurna. jika anda berpasangan dengan seorang lelaki yang mudah "lemah semangat" ada cara untuk anda berhadapan dengan mereka..

-  Sekiranya keluar bersama , elakkan berduaan di tempat yang berpotensi melemahkan semangatnya..
    contoh : keluar menonton wayang seram
-  Kurangkan bergurau senda mengenai isu sensetif. ada kalanya ia sensetif dan mampu mengugat perhubungan
-  Tunjukkan sokongan dan sentiasa memberi nasihat membina demi menguatkan kembali semangatnya.
-  Jangan anggap 'lemah semangat" satu aspek kekurangan si dia.


simple right selamat mengenalpasti dan mencuba ea... peace-