KUALA LUMPUR: Cinta mendalam, apatah lagi selepas dijanji untuk dijadikan isteri menyebabkan seorang wanita kerugian RM40,000 selepas diperdaya teman lelaki yang baru dikenalinya dalam tempoh sebulan.
Mangsa yang berusia 29 tahun berkenalan dengan lelaki itu pada penghujung Julai lalu dan bermula Ogos hingga September lalu, dia memohon lima pinjaman peribadi daripada bank serta syarikat wang berlesen untuk mendapatkan wang bagi diserahkan kepada teman lelakinya.
Sumber polis berkata, selain wang tunai, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat swasta turut menyerahkan beberapa barangan berharga termasuk sebuah motosikal kepada lelaki berusia 30-an itu.
“Selepas menerima wang dan pelbagai barangan yang keseluruhannya bernilai RM40,000, suspek menghilangkan diri. Menyedari dia ditipu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya, Jumaat lalu,” katanya.
“Selepas menerima wang dan pelbagai barangan yang keseluruhannya bernilai RM40,000, suspek menghilangkan diri. Menyedari dia ditipu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya, Jumaat lalu,” katanya.
Menurutnya, hasil soal siasat mangsa memberitahu suspek berjanji untuk mengahwininya menyebabkan dia percaya lelaki terbabit menyintainya.
#SUMBER METRO
Menarik perhatian artikel ni..salah siapa kalau perkara macam ni jadi?
22 comments:
dua-dua salah.. yang perempuan jgn la mudah percaya dengn ayat2 org lelaki..yang lelaki pula jgn la gunakan org perempuan untuk kepentingn sendiri :)
salah diri sendiri..akal x fikir panjang... :P
salah diri sendiri..akal x fikir panjang... :P
utk kemewahan org sanggup buat apa je...mintak dijauhkan perkara sebegini terjadi pd org2 terdekat dgn ku...
Salah siapa? Mungkin dua2 salah. wanita terlalu mudah percaya lelaki yg dia syg. lelaki tu dah sah2 salah sbb menipu! Atau mungkin lelaki tu yg salah sepenuhnya. Lelaki tu dah pukau dia ke terkena ilmu lelaki tu ke.
p/s : Hati2 ye rakan2 hawaku. Jgn mudah percaya lelaki. Zmn sekarang ni pasal duit org boleh buat mcm2. huhu
nie laini..senang2 aje terjatuh cinta..aduhhh..he
erghh pompuan jgn percaya sgt gn laki2 asing nih..
salah diri sendiri lah..hehe
salah diri sendiri la. apapun yg kita lakukan, bermula dari diri sendiri. semoga perkara ini menjadi iktibar buat kita semua :)
kena lebih berhati2.hukhuk
nilah wanita bila dh cinta serah segalanya
mcm2 hal lah skang ni
bahaya2...sanggup bg harta utk lelaki mcm ni...adessss
itu lah dia..haihhh..sbb tu org tua2 kata "xkenal maka xcinta" eh! ape kena mgena..huhhu
tak guna punya jantan. hahahaha
hewhewhew . terdesak sungguh
kene santau kot... erkkk
Ishk2 macam2 la dunia la ni...mintak dijauhkan la semua tu
salah perempuan tu...npe la senang2x...mmm..harap dijauhkan.amin..bt perempuan tu,jgn ulangi kesilapan ini yer...kan dh ssh sndiri...
simpati dekat wanita tersebut....jgn mudah percaya pada kata2......
macam2 dah berita sekarang. Mereka tak tau azab ke?
law tengok dari umur pompuan 2..masyarakat pom jadi faktor..pmpuan 2 mesti terdesak nak kawen sebab x nak orang cakap dia andartu..selain diri sendiri juga..:)
Post a Comment