Wednesday, October 24, 2012
GURU TAMPAR MURID 120 KALI DALAM 1/2 JAM
BEIJING: Seorang guru prasekolah didapati mendera muridnya dengan menampar serta menendang mereka berkali-kali.
Perbuatan kejam itu terbongkar selepas aksi guru terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah pusat pendidikan di Taiyuan, utara Shanxi.
Melalui rakaman video selama 30 minit itu, guru terbabit dilihat menampar empat muridnya lebih 120 kali apabila mereka gagal menjawab soalan diberi. Insiden itu disiasat selepas seorang daripada bapa murid terbabit - cuma dikenali sebagai Han kehairanan apabila muka anak perempuannya merah dan bengkak. Media semalam melaporkan, Han pergi bertemu pentadbiran prasekolah berkenaan dan menuntut untuk melihat rakaman CCTV di situ.
Menurut Han, melalui rakaman berkenaan, dia melihat anaknya serta tiga kanak-kanak lain menjadi mangsa dera seorang guru.
“Dalam tempoh setengah jam, guru wanita terbabit menampar anak saya 43 kali, selain menendangnya dua kali,” katanya. Mengenai tiga kanak-kanak lain, Han berkata, mereka masing-masing ditampar 43, 27 dan 10 kali dalam tempoh sama. “Wanita itu tidak sepatutnya menjadi guru. Dia bukan manusia, tetapi jembalang!” katanya. Menurut Han, bukan sekali anak perempuannya pulang dengan muka merah dan membengkak tetapi menyangka ia disebabkan kecederaan ketika bermain. Melalui rakaman itu, Han berkata, guru matematik terbabit meminta anaknya mencampurkan dua angka lebih daripada 10.
Apabila anaknya mengaku tidak tahu, guru terbabit menamparnya. Sementara itu, media China melaporkan, guru wanita itu kini dipecat dari sekolah berkenaan
#sumber..
Labels:
BERITA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
gilo ke hape cikgu dier nih...huhu
subahanallah...nak salahkan sape nyh..murid?cikgu?atau ibu yang mengandung??
gila betul tu....hiiiiss
mak aiii..sampai cmtu sekali.. risiko besar jd cikgu..huwawawa
macam ni orang pun boleh jadi cikgu ker.. memang beranglah bapa dia time tengok cctv tu..
kejammmmmmmmmmmm >.<
eyda time jadi cikgu ganti haritu , nak cubit pon takot . ni kan nak tampar terajang bagai . eiii kejam kejammmm >.<
giler kejam.. kadang kadang guru ni pon nak melepaskan masalah rumahtangga kat budak budak... hemmm
Jom Kenali Nafsu Kita : 7 turutan nafsu manusia yang perlu dipelajari
ayoooo igt dak tu punching bag kot...mintak dijauhkan jumpa mcm org ni..
takde video? nk tgk gak..
jahatnya cikgu ni
ni nk slhkn sape pulak ni....haishh.
gila punya cikgu..adakah patut..
assalamualaikum hazwan hairy...betul cikgu ni dah gilaer kot...:)
kurang ajar la cikgu tuh. sepak laju2 baru tahu.
cikgu yg kejam
kejammmmmmmmmmm!!!
Bergunanya CCTV zaman la ni kan Hery.. Bleh buat bukti kat mahkamah..
cikgu meroyan namanya......
Kesian budak2 comel tu ='(
Post a Comment