Koma digusti kerana air suam
KUANTAN: Hanya kerana lewat menghantar air suam dipesan, seorang pelayan sebuah kafe di Jalan Tun Ismail 2, di sini, kini bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), selepas ‘digusti’ seorang pelanggan yang naik angin, tengah malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa, warga Myanmar, Htong Haw, 29, ditumbuk bertubi-tubi dan kepalanya dihentak ke pasu pokok hiasan selepas dia menghantar air suam dipesan pelanggan terbabit.
Malah, suspek lelaki berusia 30 tahun itu terus mengganas dengan menghenyak tubuh mangsa ke tangga, menariknya ke seberang jalan lalu bertindak seperti ahli gusti dengan mengepit kepala mangsa di celah kangkangnya sebelum menghempas mangsa ke atas jalan di tempat letak kereta.
Selepas ‘menggusti’ mangsa sehingga lembik dan berlumuran darah, suspek melepak di premis berkenaan sebelum meninggalkan kawasan itu dua jam kemudian.
Pemilik premis, Stanly Soon Suan Ning, 43, berkata, dia yang dihubungi seorang pekerjanya memaklumkan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian.
p/s: Tertarik dengan artikel ni ..apa pendapat korang?
sumber :metro....
22 comments:
pelayan tu in wrong time at wrong place and wrong person...mungkin org tu...have bad day...
malaysia dah macam takdak undang2 dah sekarang..haishh tak tau lah bro..
humangaihhhh..hanya kerana air suam je kot. giler punya teruk la perangai suspek tu!
haa ni sya dengar kat Nasi lemak kopi O pagi tadi..teringin nak tahu la org awam lain yg nmpak tak tolong ke erk?? kesian la walaupun dia bukn warga tempatan tapi hanya disebbkan air suam dia jadi koma.. apa la org yg belasah ni..elok dia je kita belasah!! okay terpanjang pula komen ni hihi
kalau air kosong tu berharga 20 sen , berapa pula yang perlu dibayar untuk lelaki koma tu ?
manusia2 ..
manusia makin ganas. sekian.
mamat yg gusti to agak kena tangkap x
ya ampun..telampau juga nie..
SIkap "PRIHATIN SGATTTTTT" orang malaysia #gmbar 2 & 3
Aik ? sbb air suam pun nak gaduh.. ish3
mana pergi sikap prihatin orang awam? manusia makin pentingkan diri dan psiko.
tak kisahla dia (baca: sipengganas/psiko <<--sorry cant find any suitable words for such person)had a bad day or what, n dia (baca: mangsa) adalah warganegara asing, tapi ini tetap kes manusia mendajjalkan manusia. orang sekeliling dah hilang sifat kemanusiaan kah?
hanya kerana air suam....
nasib baik pelayan tuh org Myanmar, kalau org M'sia, siap dia aku kerjakan balik (poyonye ayat, hehe)
bahayanya....
haishhh . macam2 hal. bnda kecik jd besar =.="
motif benor hempuk org sesuke ati...wlupun myanmar jer..mane boleh.hak individu utk hidup kot..ecehhh..tlebih bg pendapat sudah... XD
Apebende la diorang ni kan,..
sian kan mangsa tu!
assalamualaikum hazwan hairy...mcm ni pun nak bergaduh kan melampau betul...:)
praktis untuk pertandingan gusti ka hapa 2?
kalau nak bergusti sangat, pergi la register kat WWE sana tu.. xyah nak lepaskan geram kat orang lain. ingat bangga sangat la tu dapat buat camtu.. apa punya perangai la.
baran tak bertempat.... susah kalau ada org macam tu dlm dunia nie.... dah semakin tak aman....
Sengal je. Ntah pape. Rileks sudah. Nk cepat p beli kt 7E. Haish. Ni org. Anak bini dia kat rumah tah ape jd ntah.
Post a Comment