NUSAJAYA: Bermodalkan telefon pintar berjenama sebagai umpan, seorang doktor di sebuah klinik swasta di Bukit Indah, di sini, bertindak mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun bagi memuaskan nafsu songsangnya, Sabtu lalu sebelum menghadiahkan alat telekomunikasi itu untuk ‘menutup mulut’ mangsa.
Malah, doktor lelaki berusia 40 tahun yang masih bujang dipercayai sudah melakukan perbuatan terkutuk itu kepada beberapa kanak-kanak lain yang dikenalinya, namun dirahsiakan sebelum ini.
Bagaimanapun, doktor yang menjadikan kliniknya sebagai tempat mencabul kanak-kanak lelaki akhirnya ditahan polis pada kira-kira jam 1 tengah hari semalam, selepas bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, perkara itu disedari bapa mangsa yang juga seorang jurugambar bebas selepas mendapati anaknya memiliki telefon pintar baru.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, perkara itu disedari bapa mangsa yang juga seorang jurugambar bebas selepas mendapati anaknya memiliki telefon pintar baru.
SUMBER :metro
19 comments:
tidakkkkk....apa dah jadi pada dunia sekarang ni... *mental-break down*
Doktor ape macam ni.. Ish!! TERUKNYA.
nauzubillah..dengan kanak2 pun bole tereangsang..nafsu binatang btul
Errkk. APTB. Huhu. Dia sbg Dr. patut merawat dgn sebaik mungkin. Ni mencabul pulak. Haih.
p/s : tak paham la dgn manusia yg bernafsu songsang ni. mcm mana dia boleh tergoda dgn jantina sejenis dgn dia =.='
assalamualaikum hazwan hairy....memang dah x betul doktor tu buat kerja yg x senonoh elok la kena tangkap...:)
ehh bahaya gak doktor ni kan
Teruknya!! Dgn kanak2 pun bole terangsang. Ngong betul! Org cmni elok kita rejam smpi mati je
apesal byk sgt kes kat nusajaya sekarang ni.....mmm..dislike..huhu
ish... ish...
eee mcm ni ponw ada yek!
sucks je perangai....
patutla bujang =.="
Doktor??? ermmmmm asyik ubat orang, terlupa nak ubat diri sendiri.
gila...doktor mcm ni pun ada
Astaghfirullah...sian budak yg menjadi mangsa....
kerana telefon....
budak tu sanggup menggadaikan diri.......
doc tu pun gila......
kesian budakbudak tu . doktor ni giler ke hape -_-"
gilerr!! doktr songsang nih..bljar tgi last2 kelutut gak otak dia..huhuhu..
ape nak jadi negara kitanyh..jom kembali ke asal..
kuatkan tali simpulan..insyaallah:)
Post a Comment