ALOR GAJAH: Luluh hati seorang ibu apabila anak gadisnya yang hilang dari rumah awal Oktober lalu dan sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula kelmarin, sudah melahirkan seorang bayi perempuan ketika ditemui malam kelmarin.
Menurut sumber, pelajar berusia 17 tahun itu dilaporkan keluar dari rumah keluarganya, di sini bersama teman lelaki ketika ahli keluarganya tiada di rumah dan kehilangannya disedari sejurus ibunya pulang kira-kira jam 7 malam.
“Sejak hari kejadian, ibunya gagal menjejak gadis itu namun malam tadi (kelmarin) selepas kira-kira sebulan, wanita itu menerima panggilan telefon daripada remaja terbabit yang memberitahu dia berada di sebuah rumah sewa di Johor.
“Gadis itu juga memaklumkan sejak keluar dari rumah keluarganya, dia tinggal di rumah itu bersama teman lelakinya berusia 37 tahun yang dikenalinya melalui laman sosial di Internet,” katanya.
“Gadis itu juga memaklumkan sejak keluar dari rumah keluarganya, dia tinggal di rumah itu bersama teman lelakinya berusia 37 tahun yang dikenalinya melalui laman sosial di Internet,” katanya.
Menurutnya, keluarga gadis itu segera ke alamat diberikan namun sebaik tiba di situ, mereka terkejut apabila mendapati pelajar berkenaan sedang menggendong seorang bayi perempuan.
P/S: Ni mesti bayi hari kekasih hari tu apa nak jadi dengan budak-budak sekarang ni..alahai budak-budak...
#Sumber
29 comments:
iktibar untuk semua...
Semoga dijauhi kita semua dari benda mcm tu..
tak tahu nak ckp apa
aduhai mcm2 hal budak2 skrg
yg lelaki tu pon satu hal dah tua kot tak kan tak leh pikir.pfttt
#geram
syukurlah..dia x tambah dosa lagii..yg penting anak yg dia lahirkan tue selamat.kita x layak utk menghukum..
anak-anak sekarang..ish..ish..ish..
astaghfirullah . :(
Apa pun dia ambil keputusan yg betul dgn tidak membuang bayi tu. Tak lah terus menerus buat dosa. Doakan semoga dia terbuka hati utk bertaubat.
Ambil ini sbg peringatan & pengajaran buat diri & kaum hawaku juga. Jgn mudah menyerah krn cinta.
hai....adik2.....yg bersalah lelaki tu ..... dah 37 tahun...... pangkat bapa atau abg ...sanggup buat semua tu.....
aduhai , byk dah baca kes2 mcm ni !
susah nk kata khidupan zmn skg,pokoknye diri sendiri yg kena kuat pegangan agama
syukur lah, budak perempuan ni tak bunuh baby tu...
masyaallah..apa nak jadik dengan buDak sekarang:)
ish2..mcm2.budak2 skung ingt nk enjoy je,x pkiaq masa depan langsung.dah rugi,trlepas nk ambk SPM.ape nk jadi la.tp syukur la dia xbuang bby tu,,kalu buang lgi brtambah dosa dia..pape pn ambk la sbgai iktibar & pengajaran utk kita semua,especially kaum hawa.semoga kita terpeliharan daripada drp zina.
allahuakbar!!
nasib baik dia tak buang baby tu :)
nasib baik dia tak tambah dosa..
harap kisah ni pengajaran buat semua..
zaman sekarang ni, pemikiran budak2 makin terbuka..risau.!
brani buat brani tanggung la...nsib jga bby tu klu buang x ke tmbah dosa lagi..
apa nak jadi la dengan manusia zaman sekarang.....
jaga diri elok2 semua gadis .... dan semua remaja tak kira laki or perempuan, wajar sentiasa mengingatkan diri.
errr..takutnye la. mintak jauh .
macam2 budak zaman skng ni..mak bapak suruh duk umah study..diorang buat benda lain pulak..baru lepas jga budak spm ni..huhu
hakkk...tak patut. hrmm.. kekasih dia tu umur 37 dah leh jadi bapa dia . adui..
sekarang neh dah macam trend dah .. T_T ..rmai dah jmpa, yang umor 12tahun pun ad yang mengandung ..nauzubillah ..dunia akhir zaman
>.<
kita jdkan peringatan bersama ye...
hope benda ni x berlaku pada keluarga jaa..amin...
Alahai kesian mak dia..
Syukur remaja tu dah buang baby dia...
Sepatutnya inilah tindakan yang baik...
Dah buat salah, sanggup terima hukumannya...
Wilma harap teman lelaki dia sanggup bertanggungjawab dan menikahi gadis tu...
hilang la sgt kan. tau2 je dah bunting, tau2 je dah bersalin. mau x terkejut mak ayah nye. ape la nak jadi ngan budak2 zaman skang ni. semoga apa yg terjadi pd diorg ni jadi iktibar buat kita semua. risau dgn anak2 zaman skang ni. harap sgt anak2 akak x terjerumus ke kancah2 sebegini
kekasih umur 37 tu pn xmatang,nk kawen la jgn la hncurkn msa depan pmpuan tu..dua2 ngek!
Post a Comment