NUSAJAYA: Enam beranak diburu polis kerana disyaki menggunakan wang palsu untuk membeli-belah dan menjamu selera di sebuah pusat beli-belah di sini, tanpa menyedari gerak geri mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Kejadian berlaku Isnin lalu dan enam beranak itu membabitkan seorang lelaki, dua perempuan dewasa selain dua kanak-kanak serta seorang bayi.
Mereka dikatakan berlagak seperti satu keluarga sedang bercuti dan berkunjung ke pusat beli-belah berkenaan untuk berbelanja di sekurang-kurangnya tiga kedai.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Asisten Komisioner Nor Hashim Mohamad berkata, ketika berurusan petugas di beberapa kedai didatangi enam beranak itu tidak menyedari pembayaran dilakukan menggunakan wang palsu.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Asisten Komisioner Nor Hashim Mohamad berkata, ketika berurusan petugas di beberapa kedai didatangi enam beranak itu tidak menyedari pembayaran dilakukan menggunakan wang palsu.
“Hasil siasatan mendapati keluarga terbabit membuat pembayaran menggunakan wang palsu di tiga kedai di kompleks itu. Wang palsu yang mereka gunakan hampir menyamai wang kertas tulen berdasarkan warna, kualiti kertas dan ciri keselamatan lain seperti pelekat bersinar.
p/s : Macam ni pun ada ke? alahai memalukan saja...
#sumber...
25 comments:
memalukan betui.. ish3
isyh3 . ada pulak cmtu .
setinggi2 tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua
haihhhhh..macam2 la skrg nie kan ..
macam-macam laa.. kecik-kecik dh pndai menipu. besar nanti xtau la ape jd.
amboi..belanja sakan nampak. kot ye pun nak berbelanja sakan, agak2 la kan. x pasal je dah dicari polis. kihkih
(eh..cemane HH buat link/page yg bwh header tu eh? ajar akak skit)
seronok hidup mereka.orang lain susah-susah cari duit, dia senang je buat duit palsu.
macam2 hal..
lah memalukan lah..
bukan main lagi...adesss..apa la nk jadi..terdesak sgt
assalamualaikum hazwan hairy....mcm2 kes mana la dia dpt duit palsu tu ek ada kilang memproses ke...?
tah2...dieorg pun tak tahu duit tu palsu...... mungkin dapat dari org lain...... kena cari bukti nie.....
hebat lah ank bernk ni buat duit.
nah..ne la nie..ingt snang2 ka mau lepas bila paki duit palsuuuu.huh
tp advance gak family tu...penyalahgunaan ilmu yg ada ni..huhuhu...
alahai, satu family tu kot ..macam2
faktor persekitaran
kalau parents macam tu
tak mustahil anak pun akan ikut :(
Macam2 hal dunia skang ni...sungguh memalukan..
memang memalukan..!
pergh...gila la.. berani betul..
Kenapalah nak buat kerja bodoh macam nie...Macam-macam la dunia nie sekarang :-)
ish..berlagak kaya lak..huhuhu
uit. duit kertas baru pn dah pandai palsukan? dasat! haih. ni la jadi kalau TERlebih pandai
wow bahaya la mcm ni..tah sape plak yg dapat duit palsu ni..ksian peniaga..
nak menipu bawak anak pulak 2..macam ne 2...haish..
Post a Comment