Show all posts
Showing posts with label PERSONAL BLOG. Show all posts

Saturday, July 8, 2017

RUMAH MANIS RUMAH | RUMAH BUJANG TERLAJAK

HOME SWEET HOME | DAMANSARA DAMAI

Tajuk tak tahan kemaruk nak kahwin dah ke?hahaha...Sebelum balik beraya lepas sempat lah kemas kemas rumah sikit,yea la rumah pun nak raya juga kan lagi plak tinggal lama jadi kena kemas dulu rumah bujang ni nanti bila balik rumah semula dari kampung rasa macam tenangnya rumah dan cantik..hahaha

Bulan puasa tinggal sekeping dengan tidoq 2,3 jam sehari 

Seminggu sebelum balik kampung beraya kami dah start cuti jadi ada masa terluang untuk jalan-jalan,tengok tengok barang, kemas kemas rumah ehh macam macam lah time tu hampa mesti tengah reja lagi..haha..Pegi ikea mula mula nak beli balang kuih ja lepas tu lain pulak terjadi.Semoga tak boros lagi..haha

Okeh lah aku cuti awal sebab bulan puasa non stop tak cuti tau, sabtu ahad pun kerja ok.Hampa mesti sabtu ahad berbuka puasa dengan family lah, kawan kawan lah tapi aku banyak habis masa dengan bangla ja menyiapkan kerja..haha Tak ada beza pun..

Mini taman dekat balkoni

Hiasan mini taman dekat balkoni ni dah lama sangat kami nak buat tapi belum ada rezeki nak buat sebelum ni, Alhamdulillah bulan puasa lepas dapat lah beli serba sedikit barang untuk hias balkoni.Best gila ok!!kami suka benda macam ni kira macam hobi la juga kemas kemas rumah ni,apa hang ingat jantan xreti nak kemas kemas?haha..Apa yang aku nak sangat selama setahun lebih terbeli juga terjadilah macam di atas.lawaaa ke tidakkkkkkkk....Tapi kan! cuti 12 hari raya balik mai sini pokok keladi bawah tu matiiiii...kami sedih seketika..hahaha

Hasil kemas rumah bahagian dalam seperti di bawah.Tema hiasan dalaman rumah warna, merah, hitam, putih almaklumlah warna kegemaran..haha..Jum tatap hiasan simple rumah bujang kami ni, biasa ja tau orang lain lebih lawa lagi..Bukan nak menunjuk yea tapi nak simpan dalam blog hope otak hang tak berpikir kearah negatif..

Ruang tamu & makan

ruang tamu dan ruang makan

ruang tamu 

letih sehari kemas..hahaha


Syukur alhamdulillah masuk tahun ke empat dah rumah ni, suka duka pahit getir kehidupan semua di sini. Dari bangun sampai jatuh , bangun balik dalam perniagaan kecil kecilan ni masih di beri peluang untuk meneruskan perjuangan.

Tak mau lah cerita sedih sedih cukup lah diri sendiri dan orang terdekat ja tahu macam mana susahnya kehidupan sebelum ni.Hilang kawan tu benda biasa di saat kau jatuh terduduk sampai kau rasa diri kau tak berguna lagi untuk hidup kat dunia ni dan banyak lagi lah cukup yang ni saja.

Alhamdulillah di beri kesempatan untuk kenal beberapa sahabat yang ada bersama..Bermula dari kosong tau tiada ilmu, tiada laar belakang family kerja sendiri, tiada bantuan keluarga untuk mulakan apa yang aku buat sekarang ni. Bukan depa tak mau tolong tapi aku yang tak bagitau apa pun dan depa ingat aku masih bekerja di Jabatan Kerja Raya Malaysia..haha..Setahun lebih berlalu family pun terima dan beri banyak sangat sokongan ok! Kami jadi lebih bersemangat untuk teruskan perjuangan dalam kehidupan..

Terima kasih family, terima kasih family angkat, terima kasih saudara mara, terima kasih sahabat, terima kasih semua yang support apa kami buat dan jual...Sekian terima kasih jumpa entry seterusnya..

Nak datang beraya bersalaman bermaafaan mai lah! ...





INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :hazwan943@yahoo.com.my 


Sunday, January 18, 2015

ANUGERAH JUARA LAGU 29

ANUGERAH JUARA LAGU 29


Lagu manakah yang layak untuk dinobatkan sebagai Anugerah Juara Lagu 2014? Nantikan debarannya malam ini jam 9 malam di Stadium Putra Bukit Jalil dan di TV3 yang di pancarkan oleh pamoga Qu Puteh.


Joe Flizzow dan Sonaone – Apa Khabar
Hazama – Malaikat
Yuna – Lelaki
Alyah – Sesal Separuh Nyawa
Bunkface dan Amy Search – Rentak Laguku
Hafiz – Matahari
Dato Hattan dan Waris – Gadis Jolobu
Indah Ruhaila – Percayalah
Stacy – Gilalah
Mojo – Romancinta
Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga
Shila Amzah – Masih Aku Cinta


#ajl29 

Thursday, March 28, 2013

PERSONAL BLOG PAGE HAZWAN HAIRY DOT COM


PAGE PERSONAL BLOG | HAZWANHAIRY.COM

Hari ni aku nak cerita sikit mengenai page fb Personal Blog aku, kepada korang yang belum tahu lagi boleh lah baca sampai habis. Dekat fb like aku tak pakai nama Hazwan Hairy Dot Com tau tapi sebaliknya aku guna nama Personal Blog untuk page Like.



Kenapa nama tu ea, kenapa xpakai HAZWANHAIRY? ermm ni lah aku nak story sikit. Masa buat page ni time tak berapa nak expert sangat dengan Fb jadi tertulis nama personal blog tu tuk my page . Dah lebih 200 orang like dah tak boleh tukar tau so terpaksa lah guna nama tu.haha.

Dekat page ni plak aku jarang juga update-update status susah lah nak jumpa aku update ayat-ayat dekat page tu sebulan tak sampai 10x rasanya..haha.. Banyak post pasal entry yang aku update dekat blog saja.

Untuk entry hari ni nak bagitau kat korang blogger-blogger, followers,reader,pengomen setia blog hazwan hairy.com ni bahawa korang boleh ping segala entry korang dekat my page. anytime! jangan lupa paste tau kadang-kadang terlepas pandang entry korang xdapat lah aku nak baca dan komen..

boleh PING dekat sini ----> PERSONAL BLOG | HAZWANHAIRY.COM




Notakaki HazwanHairy :Ping tau jangan segan silu plak senang sikit nanti aku nak detech korang punya entry if aku terlepas pandang maklumlah nak dekat PRU ni aku pun busy lah juga..haha..Then Alhamdulillah baju i love blogging sudah siap sepenuhnya, sebenarnya kan ini baju ke 2 yang aku buat sendiri guna duit sendiri yang duit orang order tu telah dilarikan oleh tukang buat baju tu yang 1st.

Sebelum ni pernah buat tapi tak penah jd cmni mungkin beliau sudah terdesak..Terima kasih kerana anda semua yang oder seorang yang sangat penyabar, sayang hampa ketat-ketat sampai akhir nyawa..itu saja yang boleh aku bagitau..

OFFBLOG 3HARI... drive dari  Kuala Lumpur - Kuala Lipis - Kuala Rompin .Lepas dah settle kerja baru balik Penang rindu sangat-sangat dengan family... ^_^