Friday, October 28, 2011

aku perlukan mu sahabat!

Mencari teman memang mudah, tapi bak kata sarjana, teman menangis sukar ditemui.
Dikala aku sedih, masalah menimpa, aku perlukan kehadiranmu.
Terima kasih engkau hadir dalam mimpi-mimpi ku.
Terima kasih kerna menemani tangisan aku biar sekadar mimpi. Aku bahagia mengenali mu sahabat..
Aku punya ramai kawan, tapi tak ada yang aku mampu peluk dan menangis. Aku punya masalah bertimbun, aku punya hati yang serabut, aku punya jiwa yang kacau tetapi tidak ade org yg aku nak luahkan..padamu saja sahabat aku mengharap.
Sahabat..
Kalau dapat aku ukir senyuman mu,
Pasti aku jadikan ia arca nostalgia dalam hidup ku..
Kalau dapat ku pintal gurauan mu,
Pasti aku jadikan tali ingatan buat aku..
Kalau dapat aku pinjam hati mu,
Pasti aku tukarkan menjadi hati aku..
Kalau dapat aku bertemu denganmu,
Pasti aku peluk erat melepaskan rindu aku padamu..
Mungkin tak pernah terucapkan yang aku kasih pada mu kerana Tuhan kita,
tiada yang memisahkan bahkan kehendak Allah jua.. Bertemu berpisah keranaNya juga.
aku merinduimu sahabat..

8 comments:

M said...

teman... sahabat... atau... kekasih...
sahabat sejati adalah insan yg sanggup bersama kita ketika senang dan susah. mmg pyh utk kita menemui sahabat yg sebegitu... tapi xsukar menemuinya kerana dia sdah pon berada di dpn mata....

Unknown said...

betul tu nk cari sahabat bukan senang, tapi yg cari kawan bukan susah, hebat penggunaan kata, bab kata cam dak sastera ja..hehehe apa2 pun cari la yg terbaik untuk diri hery k :)

Unknown said...

huuu rindu kat bff

LURZAN TAZA LIMAJ said...

kita serupa.... :(

BTS said...

sahabat,,,,untuk selamanyaaa.....

Unknown said...

saya sayang kawan saya

maszull said...

assalamualaikum hazwan hairy...kawan2 pasti akan tetap ada ...:)

inche hlovate said...

siyes rindu kat best frenz..berthun dah tak jumpa sebb sekrg dia blaja nun jauh disana plus dah pindah rumh dekt muar