#OpsBunga
Tarikh : 8 Mac 2013 (Jumaat)Masa : 2.30 petang
Lokasi : Kedutaan Republik Filipina di Malaysia, 1 Jalan Changkat Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur
PERHATIAN!
Ini BUKAN perhimpunan. Ini TIADA kaitan soal politik. Kami cuma ingin menyampaikan mesej kami kepada Filipina - bahawa kami adalah negara yang aman dan tidak ingin konflik, dan menggesa mereka untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat dan hubungan, kedua negara kami.
TUJUAN :
- Untuk menunjukkan kami mencintai keamanan negara kami. Jika perhimpunan dihadapan kedutaan kami di Manila tampil dengan pelbagai elemen negatif, kami ingin tunjukkan rakyat Malaysia juga ingin bersuara, tapi dengan cara AMAN.
- Sebagai tanda terima kasih dari rakyat Malaysia kepada kerajaan Filipina yang telahpun menyelar tindakan pihak yang telah menceroboh negara kami
- Sebagai kenangan jasa dan tanda sokongan kepada perajurit negara, biar yang terkorban ketika bertugas, mahupun yang masih berjuang di Sabah untuk mempertahankan negara kami.
- Untuk menyakinkan rakyat Filipina di Malaysia, dan rakyat Malaysia dari kaum Sulu, negara kami selamat dan warganegara Malaysia tidak memandang serong dengan tindakan sekumpulan kecil penceroboh
BAGAIMANA UNTUK SERTAI:
- Bawa bunga, biar sekuntum ataupun sejambak untuk diletakkan dihadapan kedutaan Filipina
- Datang dengan doa untuk Malaysia terus aman, keselamatan anggota keselamatan kita yang berjuang dan juga untuk mereka yang telahpun terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara Malaysia
INGAT!
- JANGAN bawa sepanduk, sebarang bahan paparan, kain rentang, baju T (samada di pakai atau di bawa yang mempunyai ikatan politik/NGO) selain dari dinyatakan diatas.
- JANGAN berkumpul di depan kedutaan. Letakkan bunga, sedekahkan doa, dan pulang. Sekali lagi, ini BUKAN perhimpunan
- JANGAN datang dengan penuh kemarahan. Kami tidak ingin kata-kata tidak elok mencemari suasana keamanan yang ingin kami tonjolkan
- JANGAN melaungkan sebarang slogan atau sebagainya yang berbaur perkauman, keagamaan atau politik.
- JANGAN melakukan sebarang tindakan memalukan Malaysia
- JANGAN datang dalam sekumpulan yang besar untuk mengelakkan niat #OpsBunga disalahertikan
Sebarkan info #OpsBunga - dan mari kita tunjukkan - Malaysia dan rakyatnya negara yang aman dan terus inginkan keamanan.
SUMBER # http://www.opsbunga.blogspot.com/
Notakaki hazwanhairy : ayuh ramai-ramai..sebarkan!!
24 comments:
Sungguh comel Ops Bunga itu, nampak lembut, tak ada kekerasan. :)
8 hari buln ni nak p amik brim la hery hihi
Dah terlepas...
tapi takper la...
sentiasa doakan kesejahteraan semua yang berkenaan... Amin...
kita sayangkan malaysia... kita cintakan keamanan.....
moga xde berlaku pape yg x di ingini time ops bunga ni dijalankan
ingat..aman2 saja....
pray for sabah
Tapi ada ke yang dengar arahan tu??
Tu tyang risau..
jauh nak gi..ape pun...hope semua berjalan lancar
we're LOVE Malaysia so much..
nice. tapi sayang jauh lah. tolong kirimkan bunga sekali k :)
#Pray4sabah :)
Semoga berjalan dengan lancar ;D
Takut ada yg x dengar arahan......
PRAY FOR SABAH....
geram betol r ngan penceroboh ni..sesuka hati je ceroboh negara orang.
esok eh? tak dapat join ;(
Mcam2 la.. Tak payah terikut macam rakyat sana jugak..
Aman damai itu yg kita mahukan.. Doaku semoga pe yg dirancangkan berjalan dgn baik..
wah..boleh kasi bunga tahi ayam bah..hahaha...opsssss
wah..boleh kasi bunga tahi ayam bah..hahaha...opsssss
ingat nak peluk duta philipine tu sambil kata bersabarlah... pastu blk... letak bunga ros putih atas pagar... biar diaorg tau btapa sygnya rakyat kita sesama manusia dan jiran tetangga... supaya dorg tahu rakyat kita tak ada yg bakar bendera... supaya mereka tahu kita bkn negara provokasi...
mv jauh apapun terima kasih rakyat malaysia
assalamualaikum hazwan hairy...seronoknya ada ops bunga mcm ni utk keamanankan...:)
oo...ops bunga ni bru tahu..means bawak bnga ltak doa pastu balik...menarik.
pray 4 sabah :)
Post a Comment