Show all posts
Showing posts with label LIFESTYLE BLOGGER. Show all posts

Friday, November 16, 2018

APA BEZA SAHABAT DAN KAWAN BAGI ANDA?

BEZA SAHABAT DAN KAWAN



Terhasilnya entry ini adalah melalui pengalaman sendiri mungkin juga bagi anda di dalam kehidupan apabila kita kenal dengan ramai orang. Perbezaan di antara sahabat dan kawanKawan dan sahabat adalah dua perkara yang berbeza , kawan mudah di cari tetapi sahabat sukar  untuk di cari kerana sahabat adalah di kalangan yang tertentu sahaja. 


Sahabat lebih akrab hubungannya, susah senang boleh di kongsi bersama. Sahabat memerlukan proses yang lama dalam persahabatan lahir dari seorang kawan akan terus menjadi sahabat. Sahabat adalah orang yang memiliki tanggungjawab terhadap diri kita tidak semestinya memiliki hubungan kekeluargaan dalam kata lain sahabat bukan terdiri daripada kalangan adik beradik mahupun saudara tetapi sahabat berupanya mewujudkan hubungan yang sama seperti hubungan di antara adik beradik.

Sahabat adalah teman sehidup semati , sahabat adalah seseorang yang sangat memahami ,sahabat tidak akan muncul apabila kita senang sahaja malah akan sentiasa di sisi kita apabila kita susah dan memerlukan pertolongan. Sahabat tak kan biarkan sahabatnya sedih, malah berusaha untuk menggembirakan sahabatnya yang dalam kesusahan walaupun sahabatnya dalam kesusahan.Sahabat juga mungkin ada selisih paham tapi cuba untuk memperbaiki hubungan sahabat dan kekal bersahabat. Tali persahabatan sangat kuat apabila kita sudah kenal lama dengan sahabat sahabat kita.

Kawan plak seseorang yang datang dan pergi dalam hidup seseorang dan kawan adalah seseorang yang selalu berinteraksi dengan kita di dunia realiti ataupun dunia maya yang hanya tahu beberapa fakta penting pasal diri kita sahaja dan juga kita tidak mengenali mereka.Tidak seperti sahabat yang tahu banyak benda mengenai kita. Kawan akan muncul di sisi kita apabila kita senang dan bergembira dengan kita akan tetapi apabila kita sedih, terluka dalam kesusahan kawan akan terus pergi hilang entah kemana dengan haluan masing masing.

Kawan mungkin boleh berkongsi cerita tetapi tidak cerita yang bersifat peribadi. Sekiranya tidak sependapat hubungan kawan mungkin akan terputus dan akan terjadilah story mory di belakang sana yang tidak puas hati dengan kita..hahaha

"kawan ketawa mudah di cari , malah kawan menangis susah di cari " bertempiaran lari...hahaha...

Apa yang penting bila kita berkawan atau bersahabat kita perlu ikhlas dan jujur dalam perhubungan . Hargai lah kawan dan sahabat anda semua yang ikhlas mengenali anda semua.



Nak letak muka hampa dalam ni tapi tak payah lah "FRIENDSHIP" kita tidak akan terputus walaupun ada yang tidak berasa selesa dengan PERSAHABATAN kita yang sudah lama di ibaratkan seperti adik beradik yang kadang kadang masing masing tak sependapat,  meroyan dan left group kemudian elok balik semuanya...hahaha.. Allah tahu persahabatan kita semua..Terima kasih atas persahabatan kita semua selama ini.








Nak review produk di blog dan instagram?
klik link di bawah..

Email: hazwan943@yahoo.com.my
Instagram : hazwan hairy 

Friday, January 8, 2016

PERJALANAN HIDUP BERDIKARI SELAMA 7 TAHUN


08/01/2009 - 08/01/2016 sudah genap 7 tahun aku merantau di negeri orang. Serba sedikit kisah perjalanan hidup berdikari nak di sematkan dalam blog ni.Mungkin tak seindah perjalanan hidup hampa tapi sangat bermakna buat diri aku ni. Sebab kenapa aku merantau macam hampa semua juga yang dapat tawaran belajar di mana-mana kolej , universiti yang jauh dari negeri asal hampa.

Macam aku selepas tamat pengajian di peringkat STPM amik keputusan untuk sambung belajar di sebuah pusat pengajian yang terletak di Damansara . Dapat offer belajar dalam bidang kejuruteraan allahmdulillah selesai sehingga konvo.



gambar tinggal yang ni ja gambar konvo hilang entah kemana masa pindah rumah.
Banyak dapat hadiah sampai kawan kawan jeling haha
Kisahnya bermula di sini lah macam mana aku mula merantau jauh dari family.Berbelas tahun hidup dengan mak abah mula-mula memang rasa berat hati tapi bila pikir masa depan so aku terima saja tanpa pikir banyak. Masa lepas SPM macam mana ntah tak boleh pikir msa depan tolak tawaran Universiti dan pilih untuk sambung STPM. Masa tu jiwa muda sedang memberontak dapat pulak motor hadiah abah lepas SPM so kehidupan mat rempit bermula.hahaha..



Enjoy tanpa berpikir apa-apa pun , yeala masa STPM sekolah macam biasa bangun subuh siap-siap pergi sekolah lepas tu pukul 1 balik macam biasa.STPM kalau nak cemerlang kena jadi ulat buku bukan calang calang orang boleh lepas dengan jayanya sekadar cukup makan sahaja Alhamdulillah bukan penamat di situ.

First time jejak di Damansara ni hanya pertolongan dari sahabat aku Syafiq sahaja, beliau lah yang banyak tolong masa aku mula-mula nak masuk study dulu. Mak abah memang tak hantar bukan tak nak hantar tapi aku sahaja tak nak dorang susah hantar jauh-jauh nanti aku sedih kalau berpisah.haha

Naik bas pergi Shah Alam umah syafiq ni sebab dia study dekat Shah Alam so bermalam di sana dan dia mintak pertolongan kawan dia keesokan harinya tuk hantar aku ke Damansara bagi daftar pelajar baru.Serius terima kasih banyak-banyak sebab tolong aku masa tu rasa sedih kot kenal pun tak si kawan dia tu ,dia pinjam kereta ayah dia tuk hantar aku.

Start dari situ aku dah mula hidup sorang-sorang di Damansara ni. Berjumpa dengan kawan-kawan baru yang sama-sama study di sini. Untuk batch aku tak ramai sangat student melayu yang ada beberapa kerat ja tu pun banyak perempuan so ada lah sedikit kawan-kawan lagi yang boleh rapat.Macam biasa kehidupan student duduk hostel , pergi study dan semua lah macam hampa juga.


Saudara ada juga yang tinggal area-area lembah klang ni tapi tak beberapa nak rapat dan kenal sangat depa semua.Jumpa along  so dia lah banyak bantu semasa proses aku di Ibu kota yang pesat membangun ni.Kalau nak cerita lebih panjang lagi aku rasa satu novel boleh dapat .haha.7 tahun kot.

Alhamdulillah abis study dapat tawaran practikal di Jabatan Kerja Raya Malaysia dekat area Komplek Kerajaan Jalan Sultan Sollahudin berdekatan dengan Bank Negara tu. 3 bulan practikal di situ lepas abis practikal bos rekeman kan untuk aku terus bekerja di situ so aku dapat tawaran terus sambung kerja di bahagian pengurusan korporat JKR. Time tu memang susah nak cari kerja kau memilih plak memang kau tak kan dapat kerja punya so aku tak cakap banyak terima dulu sbelum mintak kerja lain.
view dari opis JKR

Dapat tawaran kontrak selama 2 tahun di situ, tapi bidang tak sama macam aku belajar nak tak nak kena terima juga lah macam aku cakap tadi kan jangan memilih ambil sebagai pengalaman untuk masa akan datang. 2 tahun tu macam-macam lah aku belajar, macam tempat juga aku pergi, macam-macam orang aku kenal.

Meja yang semak..haha

Pasal kehidupan aku tak banyak yang menarik tak ramai kawan yang aku ada di sini. Dua Tiga orang sahaja yang kenal time tu tak nak lah cerita pasal kawan-kawan.haha Back to entry dalam masa aku kerja JKR tu lah aku start buat blog sebagai teman aku bila aku tak dak apa-apa nak di buat. Aku tulis blog macam hampa semua sehingga lah sampai satu tahap blog aku sangat femes pada masa tu.haha

Sekejap saja femes sebab time tu aku busy pulak dengan kerja lain. Orang kata buat banyak kerja dalam satu masa. Dalam time kerja aku juga buat 4 time jualan barang melalui online. Buat jualan tshirt masa tu aku dropship sahaja seronok-seronok tambah pendapatan then ada la beberapa jenis lagi aku buat.

Lama kelamaan dan jadi best pulak berniaga secara online.Kau boleh rasa berbeza gaji kau dapat dengan hasil 4 time kau dapat.Syukur alhamdulillah pada masa tu.Lama juga berpikir nak sambung kontrak lagi ke tak selepas 2 tahun atau pun tak. So kesudahannya aku tamatkan sahaja kontrak dan fokus pada pernigaan dalam talian ni.Amik risiko sangat time tu nak buat camna kau kena pikir mana satu boleh buat.

Sambil berblogging sambil buat online bisnes boleh tahan bestnya , Kumpul punya kumpul duit Alhamdulillah dapat lah memiliki sebiji kereta dengan hasil titik peluh aku sendiri.Selepas setahun aku amik risiko lagi sekali untuk buka kedai dan juga opis secara kecil-kecil untuk letak produk dan tempat untuk cetak baju diberi peluang juga untuk ada kedai dan opis sendiri walaupun sekadar untuk melengkapi.Itu peluang yang Allah dah beri dekat aku setakat ni.
2 harta yang cukup bernilai.

Bila bercakap pasal berblogging ni banyak juga kenangan manis yang aku dapat di antaranya dapat ditemuramah untuk di muatkan dalam Utusan Malaysia ( Citra Orang Muda ) Blogger pilihan Utusan Malaysia.Dapat masuk papaer uols!! haha .Selain tu ada berbepa kenangan manis macam dapat kenal ramai blogger lain, dapat masuk event macam-macam dan semua lah.

Utusan Malaysia 2012 dimana titik permulaan berblogging mula naik

Untuk perniagaan bisnes online ni juga terpilih untuk di reiew dalam Utusan Malaysia mengenai produk yang di hasilkan untuk jualan.Tu juga merupakan kenangan manis yang tak kan pernah aku lupa sampai akhir hayat.Terima kasih kak sya & Abg degun sebab sudi terima kami.

produk tshirt yea bukan berangan nak jadi model .haha


Macam-macam lagi lah cerita kalau nak di kongsi dekat sini.Aku pun rasa macam penat sangat jari menaip.haha.Dalam hidup berdikari ni kau perlu ambil risko dalam apa juga situasi, kau kena kuat untuk tempuh kehidupan kau yang akan datang, kau kena tabah bila kau kena macam-mcam dari kawan kau, kau akan lebih kenal dalam erti berkawan, dan semua lah.


Secara jujur Alhamdulillah perjalan hidup aku di Selangor sudah cukup untuk aku rasa bersyukur ke hadrat Allah sebab beri peluang aku untuk berdikari sendiri, cari duit sendiri, susah senang macam mana nak hidup, aku dapat kenal erti usaha untuk mendapatkan sesuatu, Terima kasih Ya Allah atas semua yang di berikan kepada aku selama 7 tahun aku tidak tinggal bersama family.Mungkin perjalanan hidup kita berbeza tapi sentiasa lah bersyukur dengan apa yang ada.

Terima kasih tak terhingga sampai tak tau nak balas macam mana dah to along sebab banyak gila support dan tolong untuk proses design dan semua benda lah, kalau taip banyak sangat-sangat.Jutaan Terima Kasih !!


JUM FOKUS 2016!!!! FOKUS & SMART WORK! CHAIYOKKK SEMUA BOLEHHH!~~







Blogger
Copyright : www.hazwanhairy.my
Email : hazwan943@yahoo.com.my
Instagram : @hazwanhairy

Wednesday, April 1, 2015

AKTIVITI DI FEST VESS VOL 1


Bertempat di Season Square Damansara Damai akan diadakan satu karnival jualan pada 24 hingga 26 April 2015.Kepada yang mencari booth untuk jualan boleh sertai mereka.Booth adalah terhad. Karnival pada penghujung bulan April.

Vess bermaksud Vendor, Sukan & seni so untuk event ni bukan semata-mata bazaae jualan sahaja malah pelbagai aktiviti akan di adakan pada hari berkebaan.Untuk lebih lanjut boleh terus ke Instagram.


 FestVess vol.1 2015 
@vhousebazaar
@vhousebazaar
@vhousebazaar

Pada : 24,25 & 26 April 2015.
Masa : 11 pagi-10malam

aktiviti yang diadakan:
1. Bazaar 
2. Car boot sale
3. Tresure hunt
4. Zumba
5. Pertandingan Mewarna
6. Soopadoopa
7. Scrambler Team
8. Pertandingan karaoke
9. Ujibakat pencarian DJ radio HyeFM
10. Perlrtandingan Karaoke



Tempah booth dengan segera!!... 
RM 200 (10x10)
RM 150 (6x6) 
*harga untuk 3 hari & booth berbumbung

tempat terhad
Email : vhousebazaar@gmail.com
Whatapps : +60123367702 (kecik) / +60176377612 (hafiz) *pilih seorang saja untuk pm..
Facebook : VHouse Bazaar

Boleh terus walk in ke opis:
S113A season square Damansara Damai ( Effa )


Jika berminat kami akan berikan anda Layout Booth.
 *boleh follow instagram untuk lebih informasi.

#vougevendor jangan lepaskan peluang..

#vendor #vendorwanted #festivalvendor  #damansaradamai #sungaibuloh

Wednesday, February 11, 2015

NASI GORENG MENTARANG

NASI GORENG MENTARANG

Nasi goreng mentarang ,makanan yang korang mesti cuba kalau pergi kawasan Sekincan Kuala Selangor.

Baru-baru ni pergi kawasan Kuala Selangor singgah makan mentarang Bakar dekat Ajil mentarang bakar kedai yang wajib singgah kalau lalu area situ.

Mentarang bakar memang popular di kawasan Sekinchan ni,kalau dekat kedai Ajil menu lain yang di sediakan adalah Nasi goreng mentarang,mentarang goreng tepung,sup belut,belut bakar ,ikan haruan ,mentarang masak lemak dan macam-macam lah..

So korang mesti cuba kalau berdekatan dengan kawasan Sekinchan ok..Pasti akan singgah makan lagi untuk kali ke dua..hehe





P/s:Nak update banyak entry tapi susah lah laptop buat hal kalau tak boleh kongsi backpacker travel..Boleh follow ig kami @hazwanhairy 

WORDLESS WEDNESDAY #6

MENTARANG BAKAR 


Lokasi : Ajil Mentarang bakar ,sekinchan
IG : @hazwanhairy



Friday, January 30, 2015

YONGTAUFU FOOD REPUBLIK ONE UTAMA

YONGTAUFU | ONE UTAMA SHOPPING CENTRE 

Kalau rasa mengidam nak makan Yongtaufu tapi tak tahu dekat mana nak makan meh sini nak rekemen yongtaufu sedap dekat One Utama.


Sebenarnya bukan dekat One Utama saja tapi dekat mana-mana shopping mall yang ada food republik ni mesti ada yongtaufu ni juga so korang boleh lah try.

Yongtaufu ni sama saja yang buat dia sedap adalah kuah dia yea.Yeala bahan mentah dia 100% sama korang celup ja dalam air panas dah siap .hahaha..

Kuah lah yang main peranan untuk yongtaufu ni kan. Sambil makan sambil review makan okeh juga ada entry.

Susah nak online sekarang sebab lappy buat hal pulokkk ni pong guna hengpong ja..

Terima kasih sudi baca..😎

IG:@hazwanhairy 





Thursday, January 22, 2015

ASAM PEDAS GEROBOK DANGA

ASAM PEDAS GEROBOK DANGA | ASAM PEDAS JOHOR

Ini bukan resepi asam pedas tau tapi nak review sikit asam pedas di kawasan Damansara Damai ni. Jika korang yang berdekatan dengan Damansara Damai boleh lah cuba asam pedas asli dari Johor ni.


Lokasi Asam Pedas Gerobok Cafe ni satu bangunam Season Square so kalau uols dari shell mcd cuma jalan kedepan sikit korang akan nampak kedai ni tepi jalan hujung sekali.Senang sangat nak cari ok.

Asam pedas ni memang terbaik tau kalau makan sekali pasti akan datang makan lagi xyah jauh-jauh dah nak cari asam pedas sedap.Harga pun sangat berpatutan.

Asam pedas ikan kembung,ikan pari,kepala ikan merah kami dah cuba memang sedap!! 

Kalau datang area sini roger lah kita p makan sekali okeh hahaha..


Ni jalah entry untuk kali ni yang boleh di kongsi lagipun update dengan hp ja uols so xblh lah nk panjang sangat sekadar untuk berkongsi cerita saja..



Sunday, January 18, 2015

ANUGERAH JUARA LAGU 29

ANUGERAH JUARA LAGU 29


Lagu manakah yang layak untuk dinobatkan sebagai Anugerah Juara Lagu 2014? Nantikan debarannya malam ini jam 9 malam di Stadium Putra Bukit Jalil dan di TV3 yang di pancarkan oleh pamoga Qu Puteh.


Joe Flizzow dan Sonaone – Apa Khabar
Hazama – Malaikat
Yuna – Lelaki
Alyah – Sesal Separuh Nyawa
Bunkface dan Amy Search – Rentak Laguku
Hafiz – Matahari
Dato Hattan dan Waris – Gadis Jolobu
Indah Ruhaila – Percayalah
Stacy – Gilalah
Mojo – Romancinta
Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga
Shila Amzah – Masih Aku Cinta


#ajl29 

Wednesday, January 14, 2015

Tuesday, January 13, 2015

WORDLESS WEDNESDAY #4

WORDLESS WEDNESDAY 
Lokasi : Kuantan
Keropok lekor

Instagram :@hazwanhairy
Review :hazwan943@yahoo.com.my

Thursday, January 8, 2015

INSTANT SHAWL DIANA AMIR

INSTANT SHAWL DIANA AMIR PLAIN DAN PRINTED | REVIEW PRODUK


Review produk entry kali ni adalah instant Shawl Diana Amir plain dan Printed . Shawl yang juga popular pada masa kini yang di ilhamkan oleh Diana Amir kepada wanita yang berhijab yang gemar berfesyen.

Shawl yang senang untuk di pakai dan juga mudah untuk di bentuk mengikut kesesuaian si pemakai .Di datangkan dalam pelbagai corak dan warna yang boleh dipilih .

Kepada yang nak dapatkan instant shawl Diana Amir ni boleh follow 

Instagram: @penelope_store
Facebook: penelope store




Produk review free
@hazwanhairy
Email: hazwan943@yahoo.com.my

INSTANT SHAWL NEELOFA

INSTANT SHAWL NEELOFA 



Hari ni nak review satu produk shawl yang teramat popular yang di ilhamkan oleh neelofa iaitu Instant Shawl Neelofa.Shawl yang mendapat sambutan yang menggalakkan oleh kakak-kakak,makcik-makcik,dan semua golongan wanita yang berhijab. 

Instant shawl yang sangat simple untuk memakainya dengan pelbagai warna yang sesuai untuk di gayakan oleh pengaya shawl..

Untuk dapatkan instant shawl Neelofa ni korang boleh ikuti:
Instagram : @penelope_store
Facebook : penelope store

Harga yang di tawarkan adalah serendah Rm37 sehelai. Jadi apa tunggu lagi boleh segera dapatkan untuk koleksi terbaru anda semua ..




Review produk Free
Instagram: @hazwanhairy
Email: hazwan943@yahoo.com.my

Wednesday, January 7, 2015

MALAYSIA BAKAL ALAMI MUSIM SEJUK?


Berikut merupakan keratan akhbar kosmo pada hari ini 7 Januari 2015 di ramalkan Malaysia dijangka alami musim sejuk ,keadaan ini berlaku  kerana cuaca sejuk yang melampaui di Siberia Rusia pada ketika ini menyebabkan tiupan udara bertekanan tinggi merentasi negara Asia.



Ini bukan wordless ehh!!
Sumber : kosmo

WORDLESS WEDNESDAY #2

WORDLESS WEDNESDAY #2

Instagram: @hazwanhairy
Lokasi : Kuantan 

WORDLESS WEDNESDAY #1

WORDLESS WEDNESDAY | WW #1



Instagram : @hazwanhairy
Tshirt review : @penelope_store

Friday, January 2, 2015

OUTING BFF BOWLING


PENANG 

Sebelum memulakan entry nak wish lagi selamat tahun baru 2015 to all followers blog hazwanhairy.com ni terima kasih sudi jengah santai dekat blog.

Untuk entry pertama januari 2015 ni hope boleh buat ak semangat tuk hupdate blog sepanjang tahun 2015 ni lah yea.Before tahun baru sempat balik Penang dan lepak-lepak dengan kawan baik.

Kawan sekepala lah kiranya sahabat yang blh kita kongsi cerita sesama gembira mahupun sedih.Diorang lah kawan yang ada bersama ketika kepulangan ku ke kampung. Ko rasa? Jauh sgt lah di perantauan hahaha..

Weols pilih main boling ea tuk outing kali ni .Baru lah boleh lepas tension sikit bila fight ramai-ramai ni bersaing satu sama lain sp paling hebat! Haha

Megamall Penang lah tempat boling yang ada dekat pun.Sunyi sepi okeh tempat tu dan anda akan rasa ketika berada di luar negara tau sebabnya tempat lepak indon2,nepal dan seangkatan..Pihak berkenaan sila buat serbuan di situ hahaha..

Main 2game dan 2pasukan so masing-masing akan bkrjasama well klo berpasukan baru blh tambah silaturahim gituh kan.

Mata yang terkumpul setelah 2 game sila lihat gambar di bawah ..hihi
Sekian saja bebelan untuk kali ni lifestyle katako!