Show all posts
Showing posts with label HAZWANHAIRYDOTMY. Show all posts

Friday, November 16, 2018

APA BEZA SAHABAT DAN KAWAN BAGI ANDA?

BEZA SAHABAT DAN KAWAN



Terhasilnya entry ini adalah melalui pengalaman sendiri mungkin juga bagi anda di dalam kehidupan apabila kita kenal dengan ramai orang. Perbezaan di antara sahabat dan kawanKawan dan sahabat adalah dua perkara yang berbeza , kawan mudah di cari tetapi sahabat sukar  untuk di cari kerana sahabat adalah di kalangan yang tertentu sahaja. 


Sahabat lebih akrab hubungannya, susah senang boleh di kongsi bersama. Sahabat memerlukan proses yang lama dalam persahabatan lahir dari seorang kawan akan terus menjadi sahabat. Sahabat adalah orang yang memiliki tanggungjawab terhadap diri kita tidak semestinya memiliki hubungan kekeluargaan dalam kata lain sahabat bukan terdiri daripada kalangan adik beradik mahupun saudara tetapi sahabat berupanya mewujudkan hubungan yang sama seperti hubungan di antara adik beradik.

Sahabat adalah teman sehidup semati , sahabat adalah seseorang yang sangat memahami ,sahabat tidak akan muncul apabila kita senang sahaja malah akan sentiasa di sisi kita apabila kita susah dan memerlukan pertolongan. Sahabat tak kan biarkan sahabatnya sedih, malah berusaha untuk menggembirakan sahabatnya yang dalam kesusahan walaupun sahabatnya dalam kesusahan.Sahabat juga mungkin ada selisih paham tapi cuba untuk memperbaiki hubungan sahabat dan kekal bersahabat. Tali persahabatan sangat kuat apabila kita sudah kenal lama dengan sahabat sahabat kita.

Kawan plak seseorang yang datang dan pergi dalam hidup seseorang dan kawan adalah seseorang yang selalu berinteraksi dengan kita di dunia realiti ataupun dunia maya yang hanya tahu beberapa fakta penting pasal diri kita sahaja dan juga kita tidak mengenali mereka.Tidak seperti sahabat yang tahu banyak benda mengenai kita. Kawan akan muncul di sisi kita apabila kita senang dan bergembira dengan kita akan tetapi apabila kita sedih, terluka dalam kesusahan kawan akan terus pergi hilang entah kemana dengan haluan masing masing.

Kawan mungkin boleh berkongsi cerita tetapi tidak cerita yang bersifat peribadi. Sekiranya tidak sependapat hubungan kawan mungkin akan terputus dan akan terjadilah story mory di belakang sana yang tidak puas hati dengan kita..hahaha

"kawan ketawa mudah di cari , malah kawan menangis susah di cari " bertempiaran lari...hahaha...

Apa yang penting bila kita berkawan atau bersahabat kita perlu ikhlas dan jujur dalam perhubungan . Hargai lah kawan dan sahabat anda semua yang ikhlas mengenali anda semua.



Nak letak muka hampa dalam ni tapi tak payah lah "FRIENDSHIP" kita tidak akan terputus walaupun ada yang tidak berasa selesa dengan PERSAHABATAN kita yang sudah lama di ibaratkan seperti adik beradik yang kadang kadang masing masing tak sependapat,  meroyan dan left group kemudian elok balik semuanya...hahaha.. Allah tahu persahabatan kita semua..Terima kasih atas persahabatan kita semua selama ini.








Nak review produk di blog dan instagram?
klik link di bawah..

Email: hazwan943@yahoo.com.my
Instagram : hazwan hairy 

Thursday, October 29, 2015

RESEPI SIPUT SEDUT MASAK CILI API


RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API 

Untuk mulakan mood berblogging kembali pulih seperti sedia kala , entry permulaan ni nak share resepi siput sedut masak cili api. Well sekarang ni rajin juga lah memasak kalau dekat rumah maklumlah save bajet katanya semua kena berjimat tambah-tambah stay dekat Damansara ni seuanya mahal.


Resepi siput sedut masak cili api cara orang bujang masak sangat simple tapi sedap tau, kalau tak caya cuba lah buat.Untuk menu ni kami tambah ulam pegaga untuk lebih bahan -bahan.

Bahan-bahan:
- Siput Sedut
- Santan
- Serai
- Kunyit hidup
- Serbuk Kunyit
- Garam
- Gula
- Daun pegaga
- Cili padi
- Bawang merah
- Bawang putih

Kan dah cakap simple ja so tak perlu bahan-bahan yang banyak untuk sediakan siput sedut masak cili api ni cara orang bujang masak.hehe

Cara memasak?Ikut korang lah nak buat macam mana pun janji sedap untuk makan kalau semua ni dah cukup confirm lah menjadi..haha






Instagram : @hazwanhairy

Sunday, October 25, 2015

DOT COM KE BLOGSPOT


Assalamualaikum.Setelah hampir 4 bulan tak dapat tulis berblog hari ni dah berjaya menulis entry semula.Tapi sekarang blog dah bertukar kembali kepada Blogspot oleh sebab domain www.hazwanhairy.com ada sedikit masalah.


Okeh lah dari blog tak boleh buka langsung tapi kami dah beli domain baru dah pun tukar kepada dot my la plak. Harga dot my mahal gila noh sekarang nak tak nak redah ja lah asalkan blog boleh buka balik.

Cuma nak kejar traffic blog dah susah sekarang kena start dari 0 balik yea semua. Sungguh kecewa dengan diri sendiri sebab terlepas pandang untuk renew.haha.

Hazwanhairy dot com tu dah di beli oleh orang jepun tau nama dia Yasutaka Sakatani yang berasal dari daerah Kyoto,Jepun. Kau siap aku pergi jepun nanti aku cari kau! haha

Hope lepas ni boleh la update macam selalu balik,banyak cerita nak dikongsi di sini.Rindu nak menulis lepastu orang baca entry kita.kahhh..