Friday, January 8, 2016

PERJALANAN HIDUP BERDIKARI SELAMA 7 TAHUN


08/01/2009 - 08/01/2016 sudah genap 7 tahun aku merantau di negeri orang. Serba sedikit kisah perjalanan hidup berdikari nak di sematkan dalam blog ni.Mungkin tak seindah perjalanan hidup hampa tapi sangat bermakna buat diri aku ni. Sebab kenapa aku merantau macam hampa semua juga yang dapat tawaran belajar di mana-mana kolej , universiti yang jauh dari negeri asal hampa.

Macam aku selepas tamat pengajian di peringkat STPM amik keputusan untuk sambung belajar di sebuah pusat pengajian yang terletak di Damansara . Dapat offer belajar dalam bidang kejuruteraan allahmdulillah selesai sehingga konvo.



gambar tinggal yang ni ja gambar konvo hilang entah kemana masa pindah rumah.
Banyak dapat hadiah sampai kawan kawan jeling haha
Kisahnya bermula di sini lah macam mana aku mula merantau jauh dari family.Berbelas tahun hidup dengan mak abah mula-mula memang rasa berat hati tapi bila pikir masa depan so aku terima saja tanpa pikir banyak. Masa lepas SPM macam mana ntah tak boleh pikir msa depan tolak tawaran Universiti dan pilih untuk sambung STPM. Masa tu jiwa muda sedang memberontak dapat pulak motor hadiah abah lepas SPM so kehidupan mat rempit bermula.hahaha..



Enjoy tanpa berpikir apa-apa pun , yeala masa STPM sekolah macam biasa bangun subuh siap-siap pergi sekolah lepas tu pukul 1 balik macam biasa.STPM kalau nak cemerlang kena jadi ulat buku bukan calang calang orang boleh lepas dengan jayanya sekadar cukup makan sahaja Alhamdulillah bukan penamat di situ.

First time jejak di Damansara ni hanya pertolongan dari sahabat aku Syafiq sahaja, beliau lah yang banyak tolong masa aku mula-mula nak masuk study dulu. Mak abah memang tak hantar bukan tak nak hantar tapi aku sahaja tak nak dorang susah hantar jauh-jauh nanti aku sedih kalau berpisah.haha

Naik bas pergi Shah Alam umah syafiq ni sebab dia study dekat Shah Alam so bermalam di sana dan dia mintak pertolongan kawan dia keesokan harinya tuk hantar aku ke Damansara bagi daftar pelajar baru.Serius terima kasih banyak-banyak sebab tolong aku masa tu rasa sedih kot kenal pun tak si kawan dia tu ,dia pinjam kereta ayah dia tuk hantar aku.

Start dari situ aku dah mula hidup sorang-sorang di Damansara ni. Berjumpa dengan kawan-kawan baru yang sama-sama study di sini. Untuk batch aku tak ramai sangat student melayu yang ada beberapa kerat ja tu pun banyak perempuan so ada lah sedikit kawan-kawan lagi yang boleh rapat.Macam biasa kehidupan student duduk hostel , pergi study dan semua lah macam hampa juga.


Saudara ada juga yang tinggal area-area lembah klang ni tapi tak beberapa nak rapat dan kenal sangat depa semua.Jumpa along  so dia lah banyak bantu semasa proses aku di Ibu kota yang pesat membangun ni.Kalau nak cerita lebih panjang lagi aku rasa satu novel boleh dapat .haha.7 tahun kot.

Alhamdulillah abis study dapat tawaran practikal di Jabatan Kerja Raya Malaysia dekat area Komplek Kerajaan Jalan Sultan Sollahudin berdekatan dengan Bank Negara tu. 3 bulan practikal di situ lepas abis practikal bos rekeman kan untuk aku terus bekerja di situ so aku dapat tawaran terus sambung kerja di bahagian pengurusan korporat JKR. Time tu memang susah nak cari kerja kau memilih plak memang kau tak kan dapat kerja punya so aku tak cakap banyak terima dulu sbelum mintak kerja lain.
view dari opis JKR

Dapat tawaran kontrak selama 2 tahun di situ, tapi bidang tak sama macam aku belajar nak tak nak kena terima juga lah macam aku cakap tadi kan jangan memilih ambil sebagai pengalaman untuk masa akan datang. 2 tahun tu macam-macam lah aku belajar, macam tempat juga aku pergi, macam-macam orang aku kenal.

Meja yang semak..haha

Pasal kehidupan aku tak banyak yang menarik tak ramai kawan yang aku ada di sini. Dua Tiga orang sahaja yang kenal time tu tak nak lah cerita pasal kawan-kawan.haha Back to entry dalam masa aku kerja JKR tu lah aku start buat blog sebagai teman aku bila aku tak dak apa-apa nak di buat. Aku tulis blog macam hampa semua sehingga lah sampai satu tahap blog aku sangat femes pada masa tu.haha

Sekejap saja femes sebab time tu aku busy pulak dengan kerja lain. Orang kata buat banyak kerja dalam satu masa. Dalam time kerja aku juga buat 4 time jualan barang melalui online. Buat jualan tshirt masa tu aku dropship sahaja seronok-seronok tambah pendapatan then ada la beberapa jenis lagi aku buat.

Lama kelamaan dan jadi best pulak berniaga secara online.Kau boleh rasa berbeza gaji kau dapat dengan hasil 4 time kau dapat.Syukur alhamdulillah pada masa tu.Lama juga berpikir nak sambung kontrak lagi ke tak selepas 2 tahun atau pun tak. So kesudahannya aku tamatkan sahaja kontrak dan fokus pada pernigaan dalam talian ni.Amik risiko sangat time tu nak buat camna kau kena pikir mana satu boleh buat.

Sambil berblogging sambil buat online bisnes boleh tahan bestnya , Kumpul punya kumpul duit Alhamdulillah dapat lah memiliki sebiji kereta dengan hasil titik peluh aku sendiri.Selepas setahun aku amik risiko lagi sekali untuk buka kedai dan juga opis secara kecil-kecil untuk letak produk dan tempat untuk cetak baju diberi peluang juga untuk ada kedai dan opis sendiri walaupun sekadar untuk melengkapi.Itu peluang yang Allah dah beri dekat aku setakat ni.
2 harta yang cukup bernilai.

Bila bercakap pasal berblogging ni banyak juga kenangan manis yang aku dapat di antaranya dapat ditemuramah untuk di muatkan dalam Utusan Malaysia ( Citra Orang Muda ) Blogger pilihan Utusan Malaysia.Dapat masuk papaer uols!! haha .Selain tu ada berbepa kenangan manis macam dapat kenal ramai blogger lain, dapat masuk event macam-macam dan semua lah.

Utusan Malaysia 2012 dimana titik permulaan berblogging mula naik

Untuk perniagaan bisnes online ni juga terpilih untuk di reiew dalam Utusan Malaysia mengenai produk yang di hasilkan untuk jualan.Tu juga merupakan kenangan manis yang tak kan pernah aku lupa sampai akhir hayat.Terima kasih kak sya & Abg degun sebab sudi terima kami.

produk tshirt yea bukan berangan nak jadi model .haha


Macam-macam lagi lah cerita kalau nak di kongsi dekat sini.Aku pun rasa macam penat sangat jari menaip.haha.Dalam hidup berdikari ni kau perlu ambil risko dalam apa juga situasi, kau kena kuat untuk tempuh kehidupan kau yang akan datang, kau kena tabah bila kau kena macam-mcam dari kawan kau, kau akan lebih kenal dalam erti berkawan, dan semua lah.


Secara jujur Alhamdulillah perjalan hidup aku di Selangor sudah cukup untuk aku rasa bersyukur ke hadrat Allah sebab beri peluang aku untuk berdikari sendiri, cari duit sendiri, susah senang macam mana nak hidup, aku dapat kenal erti usaha untuk mendapatkan sesuatu, Terima kasih Ya Allah atas semua yang di berikan kepada aku selama 7 tahun aku tidak tinggal bersama family.Mungkin perjalanan hidup kita berbeza tapi sentiasa lah bersyukur dengan apa yang ada.

Terima kasih tak terhingga sampai tak tau nak balas macam mana dah to along sebab banyak gila support dan tolong untuk proses design dan semua benda lah, kalau taip banyak sangat-sangat.Jutaan Terima Kasih !!


JUM FOKUS 2016!!!! FOKUS & SMART WORK! CHAIYOKKK SEMUA BOLEHHH!~~







Blogger
Copyright : www.hazwanhairy.my
Email : hazwan943@yahoo.com.my
Instagram : @hazwanhairy

3 comments:

maszull said...

assalamualaikum HH...semoga akan terus maju dalam apa jua yg dilakukan...:)

PeRdU cINta said...

alhamdulillah...warna warni kehidupan..

Hafiz Hafizol said...

terbaek laa bro.. all the best... =D