Show all posts
Showing posts with label REVIEW MAKANAN. Show all posts

Wednesday, February 11, 2015

NASI GORENG MENTARANG

NASI GORENG MENTARANG

Nasi goreng mentarang ,makanan yang korang mesti cuba kalau pergi kawasan Sekincan Kuala Selangor.

Baru-baru ni pergi kawasan Kuala Selangor singgah makan mentarang Bakar dekat Ajil mentarang bakar kedai yang wajib singgah kalau lalu area situ.

Mentarang bakar memang popular di kawasan Sekinchan ni,kalau dekat kedai Ajil menu lain yang di sediakan adalah Nasi goreng mentarang,mentarang goreng tepung,sup belut,belut bakar ,ikan haruan ,mentarang masak lemak dan macam-macam lah..

So korang mesti cuba kalau berdekatan dengan kawasan Sekinchan ok..Pasti akan singgah makan lagi untuk kali ke dua..hehe





P/s:Nak update banyak entry tapi susah lah laptop buat hal kalau tak boleh kongsi backpacker travel..Boleh follow ig kami @hazwanhairy 

Wednesday, November 20, 2013

VIVO AMERICAN PIZZA & PANINI


Vivo American Pizza & Panini
Live with passion

Hari ni nak berkongsi dengan korang satu restoran yang di kenali sebagai Vivo American Pizza & Panini. Sebelum ni pernah juga tengok restoran ni tapi tak pernah makan , baru-baru ni tengok flyer dia macam best ja terus cuba dekat One Utama.

Tempat dia sangat tenang dan selesa untuk semua pelanggan di tambah pula dengan menu yang sangat meriah untuk korang pilih. Dari menu yang biasa-biasa sehingga lah yang luar biasa sedapnya. Bila korang tengok pasti akan rasa macam semua nak makan  kalau nak rasa boleh lah cuba nanti.





Harga yang sangat berpatutan dan mampu untuk semua lah nak kata mahal sangat tu tak de lah sangat . Yang pasti makanan semuanya halal yea jangan ragu-ragu sebab menu dia banyak macam dekat pizza hut bezanya cuma di vivo American Pizza & panini ada pelbagai menu yang korang jarang makan.



kalau nak tengok outlet boleh klik sini ----> http://www.vivopizza.com/

Selamat Mencuba !!!