Tuesday, July 25, 2017

DECO TAMAN MINI DI BALKONI | 8 GAMBAR HIAS POKOK DI BALKONI

HIAS POKOK DI BALKONI |TAMAN MINI DI RUMAH | DECO TAMAN DI BALCONI RUMAH


Siapa cakap ruang sempit tak boleh buat mini taman walaupun tanam pokok dalam pasu sahaja.Tengoklah dunia apa yang kami dah buat dengan balkoni rumah kami ni.haha..Dekat entry ni kami nak bagi idea sikit kat hampa yang teringin nak hias hias pokok bunga dekat ruang kecik macam rumah kami ni.Alhamdulillah dah jadi macam hutan dah harap tak dak la beruk beruk , gajah menumpang berteduh..haha

rak putih dan set meja kayu tu dekat ikea..Meja tu kami beli 1 ja kerusi kalau ikutkan dua nasib ikea  ni boleh beli satu satu  kan..haha

Mungkin sebab minat terhadap tanah, tumbuhan hijau, bunga bunga membuak buak terhasil lah mini taman dekat balconi. Seminggu sebelum raya baru start berjinak jinak dengan tumbuhan.Rumah kami atas jadi balKoni ja lah tempat nak berbakti dengan tanah pun.haha. Boleh kira beberapa orang ja letak bunga bunga dekat balKoni nampak paing over setakat ni aku la kot..haha..

Deco taman mini dah lama sangat dah nak buat selepas beli kerusi dan rak yang nak sangat dekat ikea, lepas tu  terus la tambah tambah beli pokok dengan bunga untuk penuhkan ruang.Cuti 12 hari raya hari tu pokok keladi kami mati sedihnya rasa tapi dah tumbuh balik dah anak anak keladi tu..Maknanya tangan kami ni sesuai lah tuk tanam apa apa pun sama macam tangan abah kami tanam apa mesti menjadi..hahaha

Salah satu sebab buat deco mini taman ni sebab minat tu satu benda lah dan satu lagi terapi stress pun boleh juga tau.Bila kita tengok tengok pokok bunga , daun daun hijau ni boleh ubah mood kita. Nampak tenang dan relex saja ok.Kalau boleh nak ja duduk dekat tepi tu selalu..haha.Alhamdulillah rasa macam best bila berbakti dekat tanah ni..

dah siap pun...tenang ja tengok..haha


dah siappppp...

Belum siap lagi ni..
Gmbar sebelum siap sepenuhnya..Pokok keladi depan tu la yang mati..
sekarang jadi anak pkok dah nasib hidup balik.
belum siap kembang mekar morning glory ni.

Lepas ni nak tanam sayur sayuran pulak lah senang sikit nak masak petik petik ja tak payah beli dah..haha.

Sesiapa nak beli bunga murah murah harga borong boleh la hampa google cari SZ Nursery Sg Buloh, Harga sangat murah tau kami pun terkejut...





INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :hazwan943@yahoo.com.my 

No comments: