Sunday, July 9, 2017

FAMILY GATHERING RAYA 2017 | MERIAHNYA RAYA

FAMILY GATHERING RAYA 2017 | HARI RAYA 2017 

Sebelum mulakan entry kami nak bagitau blog ni adalah blog personal & lifestyle so segala benda yang kami rasa nak update kami update dekat sini.Okey apa santai santai jangan pulak kau nak membenci baca segala benda kami tulis ni..haha.

Masih dalam mood raya lagi ni jadi hari ni nak sambung lagi kisah hari raya.Setiap tahun pasti ada satu hari untuk family kami buat makan makan dengan keluarga belah mak dekat rumah sendiri kiranya beraya beramai sekaligus lah mudah untuk masa sekali ja..haha..Family gathering lah kiranya.

Tahun ni ada penambahan 2 orang adi ngan adib.kembaq!!

Raya pertama macam biasa selepas manghrib baru pergi umah tok,tapi sekarang tok tinggal umah makcaq jadi senang tak payah pegi umah makcaq dah sekali jalan ja.haha.. Raya kedua baru start berjalan umah sedara mara sebelah mak, umah anak arwah tokcik, makcik, makcaq lagi, tok su sehari ja settle beraya sebelah mak..Kahwin orang dekat mudah tau tak payah terkejan kejan masa..

Sepatutnya family gathering ni selalu buat hari raya ke 2 malam dekat rumah makcaq tapi tahun ni sebab paksu tersekat dalam jem maka di tunda semua..haha cadangan seterusnya rumah kami lah.Menu yang abah selalu nak buat kari kepala ikan wajib ada tau sebab semua pak , mak menakan, sepupu sepapat semua..
puas makan ada 8 kepala dibelah 2 jadi 16 belah kepala ikan..haha
isi ikan lagi..

tudiaaa kari kepala ikan merah!! macam nasi kandaq hokeyy



Start masak untuk makan tengah hari sampai malam menu sama, kalau malam lebih special sikit sebab ada buat bbq ayam , daging dan steamboat. Meh nak belanja gambar yang ada..

BBQ ayam , daging & steamboat 


anak menantu cucu arwah tokcik, masih rapat macam dulu dulu
keluarga belah mak selamanya sayang.
sambil makan sambil gosip..
mini taman kami buat dekat mak..nanti kami cerita ok..hahaha
buat steamboat & bakaq ayam 
meriahnya rindu situasi macam ni
sedap kan ada ulam ulam lagi 

Meriah ke tidakk? Macam ni lah kalau berkumpul ramai ramai, Kalau depa mai umah kami mesti nak lepak- lepak luar, makan makan dekat luar saja, katanya sejuk sikit kalau luaq..haha Makan ramai ramai alaa kampung kan tak kan nak feeling makan atas meja makan pastu makan dengan camca apa.

Ini semua adalah kenangan, tak semua orang boleh kecapi dan rasa semua ni, jika kita di beri peluang untuk bersama yang tersayang maka teruskan bersama mereka.Mereka adalah segalanya tanpa mereka kehidupan family tidak lengkap.


Nak baca entry berkaitan raya 2017? boleh klik link tajuk di bawah..

KEMAS KEMAS RUMAH RAYA






INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :hazwan943@yahoo.com.my 

2 comments:

noorhaidaz eyda said...

Seronoknya...lama xbuat mcm ni...2 thn lg confirm nk buat

Mas Zull said...

assalamualaikum HH...kalau dah ramai2 mcm ni memang seronok...makan mcm2 ada lagilah meriahnya suasana...
** Mama Maszull