Saturday, July 15, 2017

RESEPI PIZZA HOMEMADE VERSI BUJANG TERLAJAK MASAK | PIZZA HOMEMADE

RESEPI PIZZA HOMEMADE | RESEPI PIZZA MUDAH

Dua tiga hari ni mood nak memasak tu macam terlebih rajin pulak, mungkin sebab kerja tak berapa banyak lagi. Haa tunggu sat nanti kerja banyak semua benda dah tak boleh buat..haha..Hari ni nak berkongsi resepi pizza homemade. Resepi pizza mudah untuk hampa yang teringin nak buat, sebenarnya kami pun google juga cuma olahan sedikit saja bahan bahan pizza ni..

pizza homemade

Mula mula ingat nak uli tepung sendiri bila baca tu macam risau sikit nak kena jemur tengah panas baru kembang lah, letak tepi dapur panas lah jadi amat risau takut nanti membengkak pulak doh tu dalam oven..haha

Jadi pegi la kedai kek alhamdulillah ada roti yang sudah siap hanya balik rumah buat hiasan sahaja.Sekarang semua mudah aih mau dengan tak mau ja zaman la ni semua dah terhidang depan mata tapi tu lah membeli pun guna duit juga..haha

Jum tengok apa bahan yang kami guna untuk hasilkan pizza yang super sedap ni.


Bahan- Bahan untuk roti :
( macam kami cakap tadi , kami beli yang dah siap sebab takut terlebih yis membengkak pulak roti tu apa tak dapat.haha )

kalau nak buat juga
- Tepung gandum 
- Yis 
- Garam, gula
- Minyak sayuran
- Air suam ( bg tepung lembut )

Bahan-bahan untuk sos:
- Prego sos tradisional 
- Bawang besar di cincang halus
- Bawang putih di cncang halus
- Gula dan garam
- Serbuk oregano
- Sedikit lada sulah
- Minyak masak



Bahan bahan untuk topping :
- Ayam diracik halus, 
- pepperoni beef 
- Tuna, sosej pun boleh atau apa saja la hampa nak letak.
- Bawang holland, 
- Lada benggala hijau, merah ,kuning 
- Cili ( kalau nak bagi pedas )
- Keju mozzarela,chedar cheese 

Cara-cara nak buat :
1. Panaskan minyak masak, masukkan bawang putih dan bawang besar goreng sampai wangi, kemudian  masukkan sos prego kacau sehingga masak.
2. Masukkan gula, garam, lada sulah dan serbuk oregano..Kalau mendidih dan sudah cukup rasa boleh la tutup api..
3. Masa untuk topping pulak.Sapu sos tadi di atas roti kemudian ratakan.
4. Tabur chedar cheese terlebih dahulu sebelum susun semua bahan bahan toping di atas roti.
5. Dah settle hias last sekali letak semula chedar cheese atau mozzarela cheese.
6. Bakar selama 20 minit dengan suhu 150 darjah..




Siapp!!! Mudah saja kan kalau ada smua bahan.Yang nampak remeh ni kalau doh roti tu kena uli sendiri.Tak sanggup nak uli takut tak jadi dah lah pertama kali buat..haha..

Selamat mencuba...

Sila share berjemaah , tekan link di bawah yang ada lambang fb tu..lambang pun boleyyy....






INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :hazwan943@yahoo.com.my 

No comments: