Tuesday, July 11, 2017

TEMPAHAN DODOL RAYA 2017 | TEMPAHAN DODOL RAYA

TEMPAHAN DODOL RAYA | TEMPAHAN DODOL RAYA 2017 | DODOL WARISAN

Untuk raya tahun ni kami cuba ambil tempahan dodol,setiap tahun abah mak mesti kacau dodol untuk rumah. Oleh sebab setiap tahun mesti orang akan tanya dan nak rasa jadi tahun ni kami beranikan diri untuk ambil order alhamdulillah maklumbalas dan support dari sedara mara, kawan kawan yang dah lama follow facebook sangat memberangsangkan.

masa awal awal masak time ni ok lagi.

Pre order ni kami ambil dalam bulan puasa juga satu minggu awal puasa sebab nak cuba kan kira dalam kuantiti yang sikit saja lah.Tak sangka ramai yang nak..haha..Tapi kami start kacau 4 hari sebelum raya sebab nak kekalkan kesedapan dodol tu.

bila dodol dah masak 

Fresh punya tak ada simpan stok berminggu-minggu. Sebab kami amik tempahan ni sebenarnya nak bagi dekat mak dengan adik beradik ja keuntungan, tak sangka Allah mudahkan segala urusan kami.Kami buat delivery dekat penang sebelum raya dan kacau semula selepas raya untuk delivery area Damansara.

macam biasa selfie tu penting sebab nak upload kan..hahaha
tu adik kami dia la yang kacau dulu sebelum kami balik.
ni kali ke 3 kacau 
Mohon jangan kecam selfie bersama dodol.
pagi sampai pastu sahur jap then bangun awal terus kacau dodol 
sekeping di aidilfitri
Resepi dodol ni dari arwah tokwan dengan tok, depa turunkan ilmu ni dekat mak abah, yang dah cuba mesti depa kata sama sebiji macam arwah tok buat..hehe.Tradisi turun temurun setiap kali raya puasa dan raya haji sejak 30 tahun yang lepas tau kami pun belum beranak masa tu..haha

Dodol ini akan jadi sedap pertama sekali ramuan dia lah cukup semua pasti sedap, guna pulak dapur kayu memang terasa sedap dia lain macam berbeza kalau guna gas. Lagi satu guna kudrat yang ada tau untuk kacau selama 5 jam bukan guna mesin ok..Orang kata kacau dengan kasih sayang gitu..haha


Selepas ni kalau ada kesempatan lagi boleh la amik tempahan dodol awal sikit dan kembangkan perniagaan dodol kecik kecik untuk isi masa di bulan puasa..haha..Kepada yang nak tempah dodol raya nanti boleh terus bagitau kami ok..



                                      

Tips kalau tak mau bagi lebihan dodol melekat dekat belanga sila masukkan hampas nyioq dalam belanga tu sebelum basuh yea.Biarkan selama beberapa jam dulu nanti boleh basuh ternyata mudah untuk gosok belanga..Kalau hg tak letak hampas tu boleh menangis depan belanga nak bagi ilang bekal dodol..haha

Syukur alhamdulillah di beri kesempatan untuk kacau dodol setiap tahun dan juga ambil resepi turun temurun.Sesiapa yang nak merasa kacau dodol boleh mai rumah nanti ok..hahaha..Terima kasih baca.

Berminat untuk order selepas ni boleh

Whatapps: 0175945084
Lokasi : Bukit Teh, Bukit Mertajam Pulau Pinang..




Nak tengok entry berkaitan raya 2017? klik link di bawah..
RUMAH MANIS RUMAH 

RAYA 2017 | FAMILY POTRET

FAMILY GATHERING RAYA 2017

RAYA BERSAMA TEAM VIPER






INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :hazwan943@yahoo.com.my 

No comments: