Friday, September 27, 2013

TRIP KOTA KINABALU SABAH , PULAU MANUKAN


BAJET TO KOTA KINABALU SABAH , BAJET MURAH KE KOTA KINABALU SABAH

Pulau manukan merupakan salah satu pulau yang wajib di kunjungi dan juga di kenali sebagai Taman Tunku Abdul Rahman . Taman Tunku Abdul Rahman terbahagi kepada tiga pulau yang tercantik di Kota Kinabalu iaitu Pulau Manukan ( Manukan Island ) , Pulau Mamutik ( Mamutik Island ) dan Pulau Sapi ( Sapi Island ). 

Pic GRID saja ea oleh sebab banyak sangat pic nak upload..haha

Untuk ke pulau ni korang kena naik boat dari jetty Jesselton ( Jeselton Point ) yang terletak di penghujung jalan bandar KK. Senang sangat nak cari jetty ni bersebelahan dengan pusat membeli-belah Suria Sabah. Sambil menaip ni aku selit lah pic-pic menarik yang sempat snap dekat pulau manukan.

Jesselton Point 
Harga boat untuk ke Pulau Manukan dan Pulau Lain ( Tunku Abdul Rahman Park )

RM 23 untuk satu pulau
RM 33 untuk 2 pulau
RM 43 untuk 3 pulau ( boleh dpt RM45 termasuk caj terminal )
caj terminal RM7.20
caj pulau RM3

Feeling..haha
So total korang tambah lah sendiri memana korang nak pergi. Aku pilih Aparu Holiday untuk boat , servis not bad dan bot pun boleh tahan cantik bha. Kalau korang pergi aku syorkan try lah perkhidmatan dari Aparu Holiday ok.


Jadual perjalanan bot setiap 20 minit so korang boleh lah pilih mana korang nak kalau boleh seawal mungkin jam 7 pagi dah mula orang bersesak-sesak dekat jetty ni. Last boat plak pukul 5 petang kalau terlepas boat bermakna korang kena lah bermalam dekat pulau. 

ikan banyak woooo!!

Bagi korang yang nak sewa peralatan sukan air ( water sport ) aku syor kan korang sewa siap-siap dekat jetty jesselton tuh sebab murah kalau dekat pulau memang harga agak melampau lah , makanan pun sama juga kalau korang tak kisah mahal tu boleh lah makan dekat pulau..hehe

Blogger EDDY !!!
orang cakap muka kami sama! haha..
look like brother..
Ini saja cerita aku and the geng dekat manukan island ..Jangan lupa tunggu sambungan entry percutian ni ea ada banyak lagi tempat yang aku nak kongsi sebagai rujukan korang yang ingin bercuti dekat Kota Kinabalu Sabah.
Okeh dah hitam legam moh la kita balik ke hotel..haha

Lihat Entry Lain.

BAGET TRIP TO KOTA KINABALU SABAH

TRIP TO KOTA KINABALU , PASAR PHILIPINES


Next entry lepas ni kita jalan-jalan dekat Kinabalu Park & Kundasang okeh..




20 comments:

Sukma said...

menariknya trip ke sana.....betul ker harga makanan di Sabah mahal?

Hafiz Hafizol said...

okeh! haha

Sharfynarz Sharfnie said...

bestnyerr ,kiter org sabah pown blom pnah pegi lagi , huhu

Kakcik Seroja said...

Mak pergi ke Pulau, ambil pakej kat hotel. Memang kena sembelih la...

Unknown said...

untungnya adik..cik akak tak sempat lagi singgah pulau tu...huhu....

klik nuffnang 2

Unknown said...

Wah..cantiknya pulau manukan sabah..

NURUL FILZAH said...

aahh la.. muka abg dgn blogger eddy sama :)

Unknown said...

sangat best...marilah bercuti ke Kota Kinabalu..bajet giler..saya pernah pergi pulau manukan...memang best..

Ezwan Amrin said...

wah, rindunya KK... :)

Ezwan Amrin said...

wah, rindunya KK! :)

Luqman Zakaria said...

perghh..cantek kot..air die bersih giler.

budakbandunglaici said...

nak keychain. seronok nampak bercuti kt sana. done isi tabung nuff..

My recent post : Ajaib Tiket Soalan Nuffnang

Bahrain said...

Cantik je air laut...
geram pun ada aku tgk.haha

izzuddinfz said...

Ini kampong tunang aku nie... Hehehhe..

Mia Kassim said...

amacam pulau manukan.....cantik kan kat sana.....:D

Syazwanie Afandi said...

Cantiknya pulau...... wooww..
ada la sama sikit2 muka tuh hehehe

ayut said...

ni dh ala-ala bt lawatan ke pulau seharian dh ni....balik pulau gelap tak ni?? :p

Hazmin Hamudin said...

Jernih betul air dekat pulau tu ye. Memang puas hati la.

inche hlovate said...

geram lak ai tengok ikan2 tu gggrr..serius nmpak best gile

dya nasir said...

ni yg bertambah2 semangat nk pulau manukan ni..