Saturday, September 21, 2013

BAJET TRIP TO KOTA KINABALU SABAH


Bajet ke Kota Kinabalu , Sabah

Kota Kinabalu, Sabah merupakan salah satu destinasi yang wajib korang semua pergi  untuk bercuti. Percutian yang boleh di katakan sebagai percutian yang meninggalkan 1001 kenangan buat korang. Beberapa hari lepas aku baru balik dari Kota Kinabalu.




Ramai orang tanya bajet ke Kota Kinabalu ni , bagi aku tak mahal sangat kalau korang pandai baget duit korang. Kalau aku cakap baget aku dalam RM300++  untuk 4H3M termasuk tiket flight pergi balik, hotel 3 malam dan sewa kereta korang caya tak? Terkejut kan meh tengok detail ni.

Flight : RM110 ( booking bulan 4 Air Asia sajo )
Hotel : RM80   ( Anggaran untuk 3 orang 1 bilik 1queen 1 single )
Kereta : RM70 ( 3 hari RM210 bahagi 3orang , viva saja )
Minyak kereta : RM15 ( 3hari boleh jalan sampai kundasang, ranau around 300km pegi balik & jalan sekitar KK )
Makan   : RM100 ( Pagi & tghari RM10 , Malam RM10 dan jalan-jalan )
Lain-lain : RM3 ( kinabalu park termasuk poring hot spring)
                RM5 ( Rumah Terbalik luar saja )

Total : RM383

See tak sampai pun RM500 kan , orang cakap melancong ke Sabah ni modal besar padahal kalau pandai, ramah tamah senang nak adjust semua tu..hahaha. Lagipun mayb aku ni pandai baget kot bab-bab holiday ni kalau nak belajar boleh tanya..haha

So lebih kurang RM400 juga lah termasuk dengan cenderahati dan serba sedikit yang tak termasuk tu bab makan tu sikit ja baget aku sebab aku ni tak kuat makan sangat tengok tangki lah beb.hahaha. Makanan murah tapi air serius mahal sikit okeh.itu lah bezanya bila dekat sabah ni.

Korang boleh lah refer dengan aku kalau korang berminat nak pegi bercuti dekat sabah . Tunggu next entry akan aku cerita percutian aku dekat Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya..Tak sabar nak kongsi percutian ni murah, padat dan the best vacation.

Boleh follow Instagram aku kalau nak tengok pic seach ja ----> hazwanhairy



19 comments:

Hafiz Hafizol said...

Nanti aku nak g sana boleh ah bawak kau.. hahaha. meh jalan2 kg aku palk meh.

Yana Sakura said...

Wahhh..berpatutan..yg pntg kna pndai planning kan? Baru jadi murah..hehe..Naik Air Asia ke MAS?

# psst..jgn lupa mutiara kite..hoho :)

Sally Samsaiman said...

untung la berjalan tak ajak...keychain mana keychain..? hehehe ;)

puteri cahaya said...

aku taktaula ko memang sengaja eja macam tu ke or salah eja. tapi, bahasa melayu bagi budget = bajet.

anyway, thanks for the info! =D

Miss N™ said...

betul..kena pandai bajetkan.. :)

teringinlah nak kesabah.. :)

Unknown said...

selamt bercuti d sabah..sabah memang best bha..:)ada pergi tenguk lembu kat kundasang? hee

adarain said...

Aku yang duduk Malaysia pun tak pg lagi KK lagi..teringin tu mmg ada pg tak tau bila..haha

dari:
akubahrain.om

Si Matatajam said...

Wah murah la.. Pandai Hery bajet.. Akak mmg teringin sgt nak pi Sabah tapi ngan family ni mmg bajet kena lebih skit la kan..

Kakcik Seroja said...

Rindujya mak nak ke KK lg..

MalizaMah said...

untunglah ke sana ke mari....

Akupenghibur.com said...

sangat berpatutan .. thanks sharing

NURUL FILZAH said...

nnti abg review tmpat pnginapan dekat sana. sbb skrg kita tgh survey pnginapan..

Syazana Zainn said...

best best. :D

tak sabar iteww nak pi holiday jugak ni. hihi

Wannie Ariffin said...

lepas ni patut ajak blogger lain pulak cuti-cuti. baru seronok hehehe

Sukma said...

nice info...budget yg betul-betul murah....apa nama hotel tu? tengah nak survey gi sana......hehe

inche hlovate said...

rajin hery melancong kan..

dya nasir said...

ajarlah dya cm ne bajet murah2 ni..hehehe

Sheila Salim said...

Assalamualaikum .. sheila patutnya pergi KK tahun ni. tapi masa ni jatuh plak time berpantang.. terpaksa burn tiket flight, huwaaa . takda rezeki nak terbang. alhamdullilah dapat rezeki baby :)

Unknown said...

Mohon Maaf kami ingin menumpang iklan...

TIPS PERCUTIAN MURAH KE SABAH!!!
Mari Bercuti Ke Sabah.... 2017

Tel : 0129600702 / 0163751978
Assalamualaikum Tuan Puan...
Bercuti la ke Sabah....!!
Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...

Kami menyediakan Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..

a) Nissan Urvan RM230 sehari
b) Toyota Innova RM200 sehari
c) Toyota Avanza RM160
d) Nissan Grand Livina RM170
e) Proton Exora RM150
f) Produa Alza RM140
g) Toyota Vios RM160
h) Proton Saga Flx RM120
i) Produa Myvi RM120
j) Produa Viva RM100
k) Proton Waja RM120
l) Proton Preve RM150
m) Viva 660 RM70

* Harga di atas adalah minimum sewa
untuk 3 hari ke atas...
* Penghantaran kereta percuma ke
Airport dan tempat penginapan.
* Kadar harga lebih rendah untuk sewa
secara bulanan.

Kelebihan yang anda dapat apabila memilih kereta sewa kami adalah :

1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
istimewa daripada kami bermula harga
RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
kundasang...

2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm250 semalam!!!

3. Pemandu Pelancong..
Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...

4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM20.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tak termasuk jetty fee, island fee...
Kami juga memberikan harga istimewa untuk Water Sport berikut:
* Banana Boat RM30 (15 mnt)
* FlyFish RM60 (15 mnt)
* Parasailing RM55 (15 mnt)
* Jetski RM140 (30 mnt)
* Sea Walking RM150 (30 mnt)

5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...

*Screenshot iklan ini sebagai voucher Diskaun dan whatsapp ke nombor di bawah*

Hubungi kami
0129600702
0163751978
Boleh Call atau Whatsapp