Monday, September 30, 2013

TRIP TO KOTA KINABALU KUNDASANG , DAIRYFARM


TEMPAT MENARIK DI KOTA KINABALU SABAH | KUNDASANG

Hari ketiga aku abiskan masa di Kundasang , Kinabalu Park , Poring Palm Spring ( Ranau ), Sungai Kelah , Jambatan Tamparuli dan Rumah terbalik.Untuk entry ni kita jalan-jalan tengok Kinabalu Park dengan Dairy Farm dulu okey. Lagipun semua tempat yang pergi ni satu jalan ja xsusah mana pun nak cari.


Seawal jam 5 pagi dah bersiap-siap nak gerak ke Kundasang orang cakap kalau pagi ni sejuk dia best sikit almaklumlah kawasan gunung kan.
Pukul 530 aku dah gerak ke sana time ni dah cerah tau langit pun dah nampak dah . Kalau nak tengok gelap pagi tak payah tidur lah sebab tak tau kul bp dah cerah..haha

Perjalanan ke Kundasang ni amik masa selama 2 jam bagi yang belum biasa lagi kalau paling cepat pun 1 jam 45 minit macam tu lah. Serius tak bosan 2 jam perjalanan ni udara yang sejuk , persekitaran plak memang cantik weh bukit bukau semua tu buat aku teruja.

Sampai ja dekat Kinabalu Park ni mula lah sesi jalan-jalan dan snap pic yang menarik. Bayaran masuk RM3 korang simpan tiket tu sebab kalau pergi Palm Spring guna tiket yang sama juga. Banyak view cantik if korang nak tengok puncak gunung Kinabalu tu . Tak banyak sangat lah snap pic lite-lite ja lah sebab sini sejuk tak selesa untuk aku..haha


Abis ja melawat sini terus ke Dairy Farm tempat ni kalau pergi Kundasang memang wajib melawat kekonon boleh feeling macam dekat New Zealand la..wakaka..Dari Kinabalu Park tu amik masa lebih kurang 10 Minit ja perjalanan. Berdekatan dengan pekan Kundasang senang sangat lah nak cari tempat ni. Tapi agak tinggi juga lah korang nak panjat naik sampai atas tu.
nice kan pintu masuk ke dairy farm
Dah sampai atas memang korang akan teruja lah view yang sangat-sangat cantik tau, sejuk dengan angin kaki gunung plak boleh lah korang feeling dekat sini..ahahaha..



Itu saja lah yang nak kongsi dalam entry ni lepas ni nak bawa korang jalan-jalan Ranau plak. Sini pun best juga..

Nak baca entry lain boleh klik link dekat bawah ni..

BAJET TRIP TO KOTA KINABALU , SABAH

TRIP TO KOTA KINABALU PASAR PHILIPINES

TRIP TO KOTA KINABALU PULAU MANUKAN

9 comments:

Kisah Si Dairy said...

bestnya dik...rugi tak ikut..hehehehe

Incik Zarif said...

siyes best gilo. hoho.. lame tak lawat sini dah.

Bahrain said...

Memang cantik pemandangan di sana..

Hazmin Hamudin said...

Wah.. dah sampai new zealand la.. Hehe

Cik Nur™ said...

serius cantikk..!
teringinnya nak pergi..

inche hlovate said...

boleh la hery pasni bawak sya pi sni hihi

dya bunga said...

teringin lah nk g situ..pemandangan kt situ cntik sgt..

Syazana Zainn said...

kite pun nak pi trip juga ni

doakan baik2 ye ;)

MaYa MustWany said...

indahnya...mesti segar je kan