Friday, February 14, 2014

PUTERI AYU CHALET YAN KEDAH


PUTERI AYU CHALET & TRAINING CENTRE
SENARAI HARGA SEWA CHALET , DORM, DEWAN PENYEDIAAN


Famli day tahun baru cina baru ni kami pilih Puteri Ayu Chalet sebagai tempat percutian . Puteri Ayu Chalet terletak di daerah Yan Besar , Kedah lebih di kenali sebagai tempat peranginan Batu Hampar. Untuk kali ni kami memilih tema hijau dan semulajadi so memang sangat sesuai dengan tempat ni.

Hampir lima tahun sebelum ni Family day kami dekat Pulau Pangkor, mereka yang dah bersama dengan blog ni mesti dah tahu lokasi sebelum ni kan..tapi untuk tahun ni sedikit kelainan hutan semula jadi dan keindahan flora fauna jadi pilihan untuk tenangkan fikiran, beriadah bersama family serta saudara.

Untuk entry ni saya nak memperkenalkan Puteri Ayu Chalet untuk korang yang mencari lokasi terbaik bersama keluarga yang jauh dari kesibukan bandar, pekan mahupun kota.


Selain daripada menyediakan penginapan untuk keluarga , Puteri Ayu Chalet juga menyediakan tempat untuk berkursus, motivasi , perkhemahan dan latihan kepada sekolah rendah & menengah, Ipta & Ipts , pertubuhan , Jabatan-jabatan  dan petubuhan belia dengan menawarkan harga pakej yang sangat berpatutan.Untuk lebih lanjut mengenai Harga pakej korang boleh refer butiran di bawah.

Puteri Ayu Chalet & Training Centre 

Alamat : 1634 Jalan Batu Hampar, Peranginan Batu Hampar, 06900 Yan Besar, Kedah.
Tel       : 04 - 425 34 25 / 019-4444441 / 012- 4983311 

Sebutharga Penyewaan Chalet , Dorm , Dewan, Penyedian Makanan dan Kemudahan Asas

Chalet ( Aircond ) :  RM 128.00- RM148.00 Sehari
Chalet A Shape     : RM48.00 Sehari
Tilam/ Bantal Tambahan : RM10.00
Hidangan BBQ :  RM18.00-RM22.00 seorang
Karaoke           : RM180.00 Sehari
Tapak perkhemahan : RM5.00 Sehari/ seorang
Dapur / Gas      : RM50.00
Dewan tertutup : RM280.00 Sehari ( 100 orang )
Dewan terbuka : RM480.00 sehari  ( 250 orang )
Dewan terbuka : RM180.00 sehari  ( 60 orang )

Kemudahan surau yang boleh memuatkan seramai 250 jemaah dalam satu-satu masa.

Gambar selebihnya saya akan update pada entry akan datang so korang yang nak tengok gambar bilik, gambar sekitar Puteri Ayu Chalet boleh tunggu entry akan di publish kelak. Kalau letak dalam entry ni nanti berat pulak entry nak buka..haha


http://www.hazwanhairy.my/2014/02/gambar-sekitar-puteri-ayut-chalet-yan.html


21 comments:

maszull said...

assalamualaikum hazwan hairy...wah bestnya tempat ni menarik....

msredcheesecake said...

comelnya chalet tu...

Anonymous said...

menarik je kat sini !

Syira Lokman said...

salam jumaat :) syira singgah sini :)

Fazlina Ridzwan said...

owhh, tau tpt nie...jauh sket dr sg petani...hehehe...nnt blk sp bleh laa jenjalan tgk chalet kat situ..

Liyliz said...

perhh cute miuk sih. natural punya keindahan je tgk ..

Sukma said...

memang berbaloi...

ayut said...

Jauh tu kedah sana....mmg smpi perak je.kedah xlg.hihi

Unknown said...

comei chalet
view pun nmpk tenang je


: Kebaikan Yogurt untuk Kulit

Miss N™ said...

alahai..comeinya..!

terasa mcm nak bercuti dekat situ lak. :)

ayut said...

Hery oo hery..ayut dtg....

Unknown said...

wah bestnya HH. bila la aku nak jalan jalan nih. aigoo

QasehnyaRania said...

sekali sekala tukar suasana best jugakkan
cepat up entry baru.hihi

Akak Coway said...

cam best.. memang sdg cari venue family day :) ada padang utk sukaneka x?

zarul farhana said...

best jgk

Unknown said...

Best tmpt ni slalu full book time cuti

Unknown said...

Best place lah kayak gituan mas bro, ane mau kapan-kapan kesitu deh.... seorang perawat

Unknown said...

Tak best langsung

Unknown said...

Bilik durian atap bocor bila hujan tak de electrik.

Unknown said...

Dah lah takda pemanas air dengan TV.

Unknown said...

Bilik durian atap bocor bila hujan tak de electrik.