Thursday, February 6, 2014

RESEPI CHAR KUEY TEOW PERENCAH SERBAGUNA


RESEPI CHAR KUEY TEOW SEGERA PERENCAH SERBAGUNA

Kali ni nak berkongsi dengan korang resepi char kuey teow ataupun resepi kuey teow goreng yang hanya menggunakan perencah serbaguna yang di jual di sekitar Bukit Mertajam Penang. Perencah char kuey teow ni mak saya lah yang terjumpa lalu balik buat dah hasilnya sangat sedap macam di jual di kedai-kedai char kuey teow yea malah lagi sedap yang ada dekat Damansara ni. Kalau dekat penang memang tak boleh nak lawan la piau punya kalau makan dekat Penang .



Bahan-Bahan
Perencah serbaguna
Kuey Teow
Taugeh
Daun kucai
Udang
Kerang
Telur
Kicap cair soya

Cara Memasak 
1. Rebus udang terlebih dahulu bagi mendapatkan air rebusan udang untuk di masukan ke dalam kuey teow yang akan di goreng. Air udang akan buat char kuey teow anda lebih sedap
2. Panaskan minyak dan apabila panas masukkan beberapa ekor udang yang anda mahu.
3. Goreng sedikit sehingga rasa nampak masak
4. Masukkan perencah serbaguna char kuey teow sebanyak 2 sudu teh untuk segengam kuey teow dan masukan 2 sudu kicap cair sebagai penambah perisa.
5. Besarkan api beberapa saat kemudian masukkan kuey teow, taugeh, daun kucai , kerang serentak gaul sehingga sebati dan last sekali masukkan telur yang sudah di pukul.
6. Besarkan api beberapa saat dan siap untuk di hidangkan.


TADAAAAA!!! LAZATTT
Simple kan tak perlu nak masukkan garam, gula , bawang dan sebagainya kerana perencah serbaguna Char kuey teow dapat membantu anda menghidangkan char kuey teow terbaikk dari Penang. Boleh lah berniaga lepas ni..hahaha..Kalau nak order nanti bila balik penang boleh lah roger-roger yeaa..



Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

19 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. thanks kongsi resepi! terliur sheila adoiiii T_____T

Unknown said...

memang simple bro...tapi ada jugak orang letak coke sebagai perasa tambahan.

maszull said...

assalamualaikum hazwan hairy...wah nampak sedap je ni...;)

Nuriesya Nadia said...

Okay lapar !

nabila biela said...

sedapppnye...febret ni......nak sikit....hehe

Unknown said...

resepi ni bleh buatkan aku lapo gile.. haha

suwara entertainment said...

terbaiklah herry!!
nnt masakkan utk akak eh..hehe

Nadiaafarhanaa said...

terliur. kegemaran yaya tu :D

Anonymous said...

Nasib baik dah betulkan ejaan. Tak sempat nak carut

Hafiz Hafizol said...

senang nya main campak je dah siap cha kuey teow haha..

nak cha kuey teow kerang 1 bang..

Sally Samsaiman said...

Hery! I hate you..sedap gila nmpk!!!! hehehe..nak jugak perencah tu..kirim boleh? Serius ni..!!!!

Zam said...

rajinnya dia ;D msti sedap!

Zam said...

rajinnya dia ;D msti sedap!

Zam said...

rajinnya dia ;D msti sedap!

Miss N™ said...

Hadoii..saja bikin lapar..huhuh

Vee said...

Tak minat sgt dengan ckt.. Rasa pelik. Haha. Tp mungkin dgn resepi ni blh jatuh cinta lak dgn ckt. Haha. Amboii :p

Sukma said...

pergghh...memang buat lapar jer....sedap tu..

MalizaMah said...

alamak, hery tahu masak.. leeza .... errrrrrrrrrrrrrrrrrrr

QasehnyaRania said...

makan kat rumah je kan.hihi
nak la juga try. bila blk penang. nak kirim barang sebotol dua, boleh?