Terhasilnya entry ini adalah melalui pengalaman sendiri dalam kehidupan apabila kita kenal dengan ramai orang. Perbezaan di antara sahabat dan kawan. Kawan dan sahabat adalah dua perkara yang berbeza , kawan mudah di cari tetapi sahabat sukar untuk di cari kerana sahabat adalah di kalangan yang tertentu sahaja.
Sahabat lebih akrab hubungannya, susah senang boleh di kongsi bersama. Sahabat memerlukan proses yang lama dalam persahabatan lahir dari seorang kawan akan terus menjadi sahabat. Sahabat adalah orang yang memiliki tanggungjawab terhadap diri kita tidak semestinya memiliki hubungan kekeluargaan dalam kata lain sahabat bukan terdiri daripada kalangan adik beradik mahupun saudara tetapi sahabat berupanya mewujudkan hubungan yang sama seperti hubungan di antara adik beradik.
Sahabat adalah teman sehidup semati , sahabat adalah seseorang yang sangat memahami ,sahabat tidak akan muncul apabila kita senang sahaja malah akan sentiasa di sisi kita apabila kita susah dan memerlukan pertolongan. Sahabat tak kan biarkan sahabatnya sedih, malah berusaha untuk menggembirakan sahabatnya yang dalam kesusahan walaupun sahabatnya dalam kesusahan.
Kawan plak seseorang yang datang dan pergi dalam hidup seseorang dan kawan adalah seseorang yang selalu berinteraksi dengan kita di dunia realiti ataupun dunia maya yang hanya tahu beberapa fakta penting pasal diri kita sahaja .Tidak seperti sahabat yang tahu banyak benda mengenai kita. Kawan akan muncul di sisi kita apabila kita senang dan bergembira dengan kita akan tetapi apabila kita sedih, terluka dalam kesusahan kawan akan terus pergi hilang ntah kemana.
Kawan mungkin boleh berkongsi cerita tetapi tidak cerita yang bersifat peribadi. Sekiranya tidak sependapat hubungan kawan mungkin akan terputus dan akan terjadilah story mory di belakang sana yang tidak puas hati dengan kita..ehh!! hahaha
"waktu kita senang ramai kawan menghampiri tetapi bila kita susah ramai yang menjauhi " "kawan ketawa mudah di cari , malah kawan menangis susah di cari " bertempiaran lari...hahaha...
Apa yang penting bila kita berkawan atau bersahabat kita perlu ikhlas dan jujur dalam perhubungan . Hargai lah kawan dan sahabat anda semua yang ikhlas mengenali anda semua.
S : Syafiq / Syahril
A : Aizan / Aina
H : Hery
A : A.ijam
B : Bulat nomy
A : Arel jai
T : Taktau sapa..haha
Depa kawan dari kecik tadika, sekolah rendah, menengah dan sampai sekarang .Luv uols !!! ada lagi tak Sahabat saya?hehe
Contoh situasi:
Bila kita habis topup then dalam masa yang sama kedai @ tempat topup tak da, tiba-tiba topup masuk dari seseorang yang kita tak pernah berjumpa hanya berkawan melalui alam maya sahaja, tanpa kita mintak pertolongan pun cuma cakap kredit last adakah orang ni mungkin akan jadi sahabat kita satu hari nanti?haha
Itu saja lah entry untuk kali ni lama tak update kan arini tetiba panjang berjela plak entry. Lepas ni nak siapakn entry family day masa raya cina yang lepas.Best wooooo dalam hutan .
Terima kasih sudi baca..
Terima kasih sudi baca..
19 comments:
sahabat ! utk selamanya ^_^ hehe
sweet nye entri ko =.=
sweet nye entri ko =.=
Yang penting keikhlasan dalam persahabatan...:D
wah ramainya kawan sejati...
Jum Join Mini GA...
http://shafiqhashim.blogspot.com/2014/02/mini-giveaway-by-wwwaimanazizcom.html
T - Tarleah!! :D Yay! Boleh jadi sahabat Hery kan :D :D Hahak.. Yeah, sahabat memang susah dicari. Ada juga yang kita rasa mcm sahabat, but one day, baru kita sedar.. They're just 'kawan'. Hmm..
teringat waktu johan nyanyi lagu sahabat kepada zizan
sahabat untuk selamanya bkn smentra sng jer kan hery :)
hope kite leh jd sahabat forever :)
Heeee :) datang sini setelah sekian lama, hehe!
susah nak cari sahabat susah sama susah..
T : Tak jumpa lagi...nih shbt comin soon..hahaha.....btol tu...nk bkwn ngn sape pun bole..tp nk mentain bkwn tu yg pyh..lg pyh nk cri shbt sjati.... -mira adzlia...tetibe xlogin pulak..mls nk login kt henpon n..so jd anymous kjapi..hahaha-
ikhlas dlm persahabtan tu yg penting.. :)
assalamualaikum hazwan hairy..betul tu sahabat utk selamanya bukan utk sementara saja...:)
kawan gembira mmg ramai, tapi sgt susah nak cari teman dan sahabat semasa kita berduka..
betul2..nice entry :)
sahabat tu mmg satu dalam seribu kawan :)
sahabat yg baik kita akan ingat smpai mati kan !
Bab t.up tu...eerrr..laki ke pmpuan ek..? Hahaha..tp blh x ek klu laki dgn perempuan jd sahabat?
betul tu..
cepat update entry baru.. nk baca .hihi
Post a Comment