Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI AMAL. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

VISIONNAIRE CLUB


PENGENALAN 
( LAST UPDATE 17/5/2013 )

VISIONNAIRE GROUP / CLUB
Visionnaire merupakan sebuah kelab yang mempunyai penaung serta memiliki organisasi yang menjalankan pelbagai aktiviti seperti sukan & rekreasi, aktiviti kebajikan & amal , pendidikan , kem motivasi , konvoi, perlancongan & kebudayaan serta banyak lagi aktiviti yang melibatkan remaja & belia.. 

Club yang didaftarkan dan merupakan sebuah pertubuhan yang sah di sisi undang-undang ditubuhkan pada 10 Februari 2013.


Untuk pengetahuan korang saya salah seorang ahli untuk club ini dan merupakan salah seorang pemegang jawatan di dalam Visionnaire Club. Kepada korang yang berminat nak jadi ahli macam saya boleh lihat SINI

KELEBIHAN MENYERTAI VISIONNAIRE
- Penyertaan secara PERCUMA dalam aktiviti Sukan & Rekreasi (Visionnaire FC) setiap bulan.
- Potongan harga untuk pakej Perlancongan yang akan diadakan
- Tersenarai dalam AJK Visionnaire secara automatik
- Berpeluang menjadi pengarah projek dalam program Visionnaire Team
- Dapat membantu badan-badan amal & rumah anak yatim yang memerlukan
- Aktiviti konvoi dan annual dinner
- Kad keahlian setiap ahli
- Stiker kereta no. keahlian
- Potongan harga untuk baju Visionnaire

AKTIVITI BULAN 3

Jualan Karnival Hari Wilayah
Lokasi  : Taman Metropolitan Kepong
Tarikh  :  2-3 March 2013
Masa   :  8.30 pagi - 6.00 petang

Tujuan aktiviti : Mencari dana untuk club untuk menampung aktiviti-aktiviti lain yang akan di adakan pada masa akan datang seperti sukan dan sebagainya. Ahli-ahli yang akan turut serta dalam segala aktiviti adalah free..

Kempen Cucian Amal  ( Anak yatim & Masjid )
Lokasi  :  Car Wash Setapak Golf Range 
Tarikh   : 16-17 March 2013
Masa    : 9.00pagi-6.00 petang

Melibatkan 3 orang Artis tempatan dan wartawan Berita Harian & Metro dan undangan dari mytv3 untuk membuat liputan semasa.

Tujuan aktiviti : Mengajak remaja & belia untuk bersama-sama melakukan aktiviti amal  dan kebajikan..Kepada korang yang berminat nak ikut serta boleh PM saya or PM di email Visionnairegroup2013@gmail.com

AKTIVITI BULAN 4 

Aktiviti Sukan Dan Reakreasi 
Lokasi  : Kompleks Belia Dan Sukan Puchong
Tarikh   : 5 dan 12/4/ 2013
Masa    : 10 mlm - 12 malam

Aktiviti Riadah Visionnaire 
Lokasi   : Air terjun Sungai Kamcing
Tarikh    : 13/4/2013
Masa     : 10 pagi hingga 5 petang

Aktiviti Amal 
Lokasi   : Merewang di kenduri Ahli Visionnaire ( Penang )
Tarikh    : 20 - 22/4/2013
Tajaan    : Group

AKTIVITI BULAN 5

Trip To Hatyai/ Krabi Visionnaire Team
Lokasi  : Hatyai dan Krabi Thailand
Tarikh   : 29 /4/2013 - 4/4/2013

Explorasi Kembara Visionnaire Team di Bumi Gajah Putih

Aktiviti Sukan Dan Reakreasi 
Lokasi  : Kompleks Belia Dan Sukan Puchong
Tarikh   : 17 dan 24/5/ 2013
Masa    : 10 mlm - 12 malam




Kepada remaja & belia diluar sana yang berminat nak sertai Visionnaire Club boleh segera layari blog --->http://visionnairemy.blogspot.com

Dengan menyertai Visionnaire club anda dapat melakukan aktiviti aktiviti yang berfaedah serta menyihatkan tubuh badan..Jadi kepada korang yang suka dengan aktiviti-aktiviti macam ni boleh segera mendaftar. Borang pendaftaran boleh dapatkan by hand or datang ke tempat-tempat aktiviti yang akan diadakan.

Segala aktiviti akan di update di
Blog : http://visionnairemy.blogspot.com
Facebook friend : Visionnaire friend
Facebook group : Visionnaire-Group

Boleh tekan link di atas untuk korang yang berminat .Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia 



Notakaki Hazwanhairy : Dengan aktiviti mcm ni gua dah xbuang masa dan rasa sangat menarik sebab dapat pengalaman baru tuk handle semua event-event yang dibuat..So kepada korang-korang tu meh join sekali..



Tuesday, March 26, 2013

SEKITAR CUCI KERETA AMAL TABUNG WIRA LAHAD DATU

16 dan 17/3/2013 lepas , seperti yang korang sedia maklum Visionnaie Group telah menganjurkan satu aktiviti cucian amal bagi mengutip dana untuk disalurkan kepada tabung Wira Lahad Datu serta Rumah Titian Kasih.

Dalam aktiviti ni seramai 20 orang ahli yang terdiri daripada anak-anak muda Visionnaire Team melakukan cucian kereta. Sebanyak 70 biji kereta yang telah di cuci selama 2 hari tersebut. Selain cucian, program ini juga membuka gerai jualan sabun serta tabung derma bagi dana Exco Kebajikan dan Perhubungan VISIONNAIRE.
Kepada korang yang yang belum tengok lagi entry pasal ni boleh klik SINI. Untuk entry ni saja blog aku dapat hampir 4k view. Kalau lah 4k orang yang baca entry aku pasal aktiviti amal ni kan best baru lah mencabar..haha..

Ini saja gambar yang ada tu pun sebab tangkap dengan hp aku then gambar aku plak tu..haha.. lain-lain gambar ada dalam kamera dan kamera itu telah hilang jatuh ntah kemana..inilah dugaan ke 2 buat diriku..haha...

Instagram gua  ------>http://instagram.com/hazwanhairy/



Semoga program amal ini akan disambung serta di buat pada lain masa dengan pelbagai lagi aktiviti menarik serta melibatan ramai belia-belia di luar sana.

Terima kasih tidak terhingga kepada pemilik Car Wash Setapak iaitu Saudara Aznil atau dikenali sebagai Pak Nil sekeluarga, serta Pemilik Setapak Golf Range yang dimiliki oleh warga Singapura kerana membenarkan kami menjalankan aktivti ini.


Kepada korang yang berminat nak join segala aktiviti Visionnaire boleh segera mendaftar sebagai ahli.Student amat di alukan tak kisah lelaki atau perempuan. Kami memerlukan ahli perempuan untuk goup ni dan group sukan kepada korang yang sempoi tu boleh segea join, tak pelu bagi komitmen apa pun just daftar sebgai ahli berdaftar saja...boleh tekan link di bawah untuk lebih lanjut.

http://www.hazwanhairy.com/2013/02/visionnaire-club.html
 




Notakaki Hazwanhairy : Jangan lupaka dapatkan Utusan Malaysia 30.3.2013 ( sabtu ) ni sebab kitaoang ada dalam ruangan COM. Terima kasih tak terhingga dekat kak ini ( wartawan ) keana sudi muatkan aktiviti kami dalam Utusan Malaysia.Akhir kata biar sampai hitam legam tapi puas lakukan kerja bantu mereka yang memerlukan..hehe...Alhamdulillah



Friday, March 15, 2013

CUCI KERETA AMAL TABUNG WIRA LAHAD DATU & RUMAH TITIAN KASIH


Kempen cucian amal tabung wira Lahad Datu dan rumah Titian Kasih yang akan diadakan di Snow Wash Setapak Golf Range. Kempen yang dianjurkan oleh VISINNONAIRE GROUP adalah untuk mengumpul dana dan di salurkan kepada tabung wira Lahad Datu dan rumah titian kasih yang memerlukan sumbangan dari kita bagi meringankan beban yang di hadapi oleh mereka.


Program Cucian amal

Tarikh   : 16-17 March 2013
Lokasi  : Snow Wash Setapak Golf Range
( Bersebelahan ASAM PEDAS & COLUMBIA HOSPITAL )
Masa    : 10 pagi - 6.00 petang
Aktiviti  : Jualan Sabun & tabung derma
Penglibatan : Ahli Visionnaire , Rakan artis & Media


Kepada korang yang berminat nak menyertai ahli Visionnaire group boleh lah segera PM aku or bole isi borang secara online atau anda boleh datang di mana-mana event yang Visionnaire anjurkan. Terbuka kepada semua belia di seluruh Malaysia..

Aktiviti akan di jalankan di serata Malaysia bukan sahaja di Kuala Lumpur. So apa tunggu lagi marilah beramai-ramai memeberi sokongan kepada Visionnaire.

boleh terus terjah blog Visionnaire dan baca entry-entry mengenai Visionnaire dan aktiviti:


Notakaki Hazwanhairy : Semoga kerja amal ini mendapat keberkatan dan berjalan dengan lancar. Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan kempen ni. Sumbangan dari anda amat kami hargai