Thursday, May 16, 2013

VISIONNAIRE CLUB


PENGENALAN 
( LAST UPDATE 17/5/2013 )

VISIONNAIRE GROUP / CLUB
Visionnaire merupakan sebuah kelab yang mempunyai penaung serta memiliki organisasi yang menjalankan pelbagai aktiviti seperti sukan & rekreasi, aktiviti kebajikan & amal , pendidikan , kem motivasi , konvoi, perlancongan & kebudayaan serta banyak lagi aktiviti yang melibatkan remaja & belia.. 

Club yang didaftarkan dan merupakan sebuah pertubuhan yang sah di sisi undang-undang ditubuhkan pada 10 Februari 2013.


Untuk pengetahuan korang saya salah seorang ahli untuk club ini dan merupakan salah seorang pemegang jawatan di dalam Visionnaire Club. Kepada korang yang berminat nak jadi ahli macam saya boleh lihat SINI

KELEBIHAN MENYERTAI VISIONNAIRE
- Penyertaan secara PERCUMA dalam aktiviti Sukan & Rekreasi (Visionnaire FC) setiap bulan.
- Potongan harga untuk pakej Perlancongan yang akan diadakan
- Tersenarai dalam AJK Visionnaire secara automatik
- Berpeluang menjadi pengarah projek dalam program Visionnaire Team
- Dapat membantu badan-badan amal & rumah anak yatim yang memerlukan
- Aktiviti konvoi dan annual dinner
- Kad keahlian setiap ahli
- Stiker kereta no. keahlian
- Potongan harga untuk baju Visionnaire

AKTIVITI BULAN 3

Jualan Karnival Hari Wilayah
Lokasi  : Taman Metropolitan Kepong
Tarikh  :  2-3 March 2013
Masa   :  8.30 pagi - 6.00 petang

Tujuan aktiviti : Mencari dana untuk club untuk menampung aktiviti-aktiviti lain yang akan di adakan pada masa akan datang seperti sukan dan sebagainya. Ahli-ahli yang akan turut serta dalam segala aktiviti adalah free..

Kempen Cucian Amal  ( Anak yatim & Masjid )
Lokasi  :  Car Wash Setapak Golf Range 
Tarikh   : 16-17 March 2013
Masa    : 9.00pagi-6.00 petang

Melibatkan 3 orang Artis tempatan dan wartawan Berita Harian & Metro dan undangan dari mytv3 untuk membuat liputan semasa.

Tujuan aktiviti : Mengajak remaja & belia untuk bersama-sama melakukan aktiviti amal  dan kebajikan..Kepada korang yang berminat nak ikut serta boleh PM saya or PM di email Visionnairegroup2013@gmail.com

AKTIVITI BULAN 4 

Aktiviti Sukan Dan Reakreasi 
Lokasi  : Kompleks Belia Dan Sukan Puchong
Tarikh   : 5 dan 12/4/ 2013
Masa    : 10 mlm - 12 malam

Aktiviti Riadah Visionnaire 
Lokasi   : Air terjun Sungai Kamcing
Tarikh    : 13/4/2013
Masa     : 10 pagi hingga 5 petang

Aktiviti Amal 
Lokasi   : Merewang di kenduri Ahli Visionnaire ( Penang )
Tarikh    : 20 - 22/4/2013
Tajaan    : Group

AKTIVITI BULAN 5

Trip To Hatyai/ Krabi Visionnaire Team
Lokasi  : Hatyai dan Krabi Thailand
Tarikh   : 29 /4/2013 - 4/4/2013

Explorasi Kembara Visionnaire Team di Bumi Gajah Putih

Aktiviti Sukan Dan Reakreasi 
Lokasi  : Kompleks Belia Dan Sukan Puchong
Tarikh   : 17 dan 24/5/ 2013
Masa    : 10 mlm - 12 malam




Kepada remaja & belia diluar sana yang berminat nak sertai Visionnaire Club boleh segera layari blog --->http://visionnairemy.blogspot.com

Dengan menyertai Visionnaire club anda dapat melakukan aktiviti aktiviti yang berfaedah serta menyihatkan tubuh badan..Jadi kepada korang yang suka dengan aktiviti-aktiviti macam ni boleh segera mendaftar. Borang pendaftaran boleh dapatkan by hand or datang ke tempat-tempat aktiviti yang akan diadakan.

Segala aktiviti akan di update di
Blog : http://visionnairemy.blogspot.com
Facebook friend : Visionnaire friend
Facebook group : Visionnaire-Group

Boleh tekan link di atas untuk korang yang berminat .Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia 



Notakaki Hazwanhairy : Dengan aktiviti mcm ni gua dah xbuang masa dan rasa sangat menarik sebab dapat pengalaman baru tuk handle semua event-event yang dibuat..So kepada korang-korang tu meh join sekali..



38 comments:

Kesuma Angsana said...

bagusnyer !

Mas Zull said...

assalamualaikum hazwan hairy....menarik2 xtvt begini..:)

Nurakmaniza said...

interesting...wanna join this club :)

thankss for sharing

Sukma Haron said...

good...untuk mengisi masa lapang...

Ahmad Zarif said...

menarik bunyinye..

Mira Adzlia said...

wah mcm mnarik ni..sy kira remaja lg x?hahaha

C.T.K said...

bestnye lau dpt join..ct skrg bru nk msuk blajar, xdpt nk join...hohoho

Dianaa said...

kepong? selalu sgt pegi situ masa tinggal kat KL dulu sebab dekat je. kalau FD turun KL bulan depan, insyaAllah FD boleh join :D

xila dot said...

kami duk jauhh hukkk

Visionnaire.com.my said...

Terima Kasih kerana menyertai Visionnaire Group... dan terima kasih juga kerana sudi mempromosi Visionnaire melalui blog hazwan hairy... jasa baik anda amat kami hargai....

adzairdawati makdara said...

sangat menarik

Fendy said...

wow...menarik ni...

diana said...

ramai sebenarnya yang berminat cuma peluang tak de..sekarang dah ada group gini ramai boleh libatkan diri..

Wan Ahmad Izudean said...

bagus kot ada group2 macam ni untuk anak muda ^^

Remy hazza said...

nice hairy....
abg remy doakan niat dan usaha murni hairy dipermudahkan.....
abg teringin nak join tapi kekakang waktu yg terhad..... btw... remy tetap support hairy....

Anak Pak Muin said...

menarik :)

trah zain said...

best,, tapi komitmen susah nak kasi lak,, nanti pengsan..hehe

Ain Riz said...

kalo orgg arab mesirr join derang trme dakk hery ? haha

hafiz hafizol said...

syok... :D


nanti kalo ada wat pogram kat KT, boleh la aku join :P

Anisa Anuar said...

wahhh...baru tahu ada group mcm ni...

nini said...

wow....macam bestnya.....yang kem motivasi tu paling best....hehe

Cik Nur said...

siapa yg dekat bolehlah joinkan.. :)

isam ismail said...

amat bagus,nak join kelab macam ni gak untuk output yg bermnanfaat

Orga said...

hery, kalau nak dana lebih, try apply dengan dana belia 1 malaysia, sebab kebanyakan yang dapat mostly buat aktiviti macam ginilah. dana tu, tak perlu bayar balik.alang-alang nak dekat pru kan, apakata try, hehe...

Kisah Si Dairy said...

info yg bermanfaat untuk para remaja sekarang nie..
teruskan usaha

Si Matatajam said...

Bagus tu..sesuai utk remaja2 kita ni kan...

AyueJean AJ said...

Menarik ni....
Akak pun dah lama tak beraktiviti.....
nanti akak fikir2kan... =D

Mrs Velentine said...

bagusnyer...kan bagus kalau ada di sabah

ayut said...

dah ala2x IM4U ni dia punye gerakan..hihihi.. :)) tp mmg bgusla mcmni...gaya hidup aktif! ^^

baby comel said...

interested. bagusla ada byk aktiviti camtu. nak join cuma takut tak mampu nak bagi komitmen dgn baik. lagipun saya jauh, bukan dekat area kl sana. tapi mmg sgt interesting punya grup camni

NAL said...

sangat menarik ni..

inche hlovate said...

takde transport la..susah nak gerak

Leeza dayasari [santai leeza] said...

jommm join....

bai baizura said...

done follow blog tu ^^

syanaeyra amor said...

club yang bagus :) teringin nak join tapi jauhhh huu .

QasehnyaRania said...

menarik.macam teirngin juga nak join..hihi

shasha yacob said...

hamboiii, aktipnya HH

Cik Fie said...

menarik :)