Show all posts
Showing posts with label RESEPI HH. Show all posts

Thursday, January 7, 2016

RESEPI AYAM GORENG BLACKPAPER



Resepi ayam goreng black paper | Resepi kali ni sangat mudah di buat dan pantas tuk di siapkan. Kalau hampa rasa malas-malas nak masak tapi terasa nak masak boleh lah cuba resepi ayam goreng black paper. Bahan- bahan yang diperlukan untuk resepi ni pun tak banyak  cuma perlukan RM10 sahaja boleh makan dua orang.hehe

resepi ayam goeng black paper 

Bahan-bahan:
- Ayam ( bahagian mana-mana pun tak apa ikut tekak masing-masing )
- Sos Lada hitam 
- Serbuk lada hitam 
- Garam
- Bawang Putih
- Bawang Holland
- Daun Bawang 
- Minyak masak 
- Air

Cara-cara penyediaan:
- Goreng ayam terlebih dahulu separuh masak atau masak terus pun tak apa.Kalau aku biar masak terus sebab rangup.haha
- Tumiskan bawang putih
- Selepas kekuningan masukkan sos lada hitam bersama serbuk lada hitam .
- Masukkna sedikit air agar tak pekat sangat.
- Tunggu 5 minit sehingga mendidih then masukkan ayam yang di goreng tadi bersama-sama dengan bawang holland dan daun bawang.
- 2minit sedia untuk di hidangkan.

Simple kan? tak sampai 10 minit nak buat dan xsampai RM10 untuk resepi ini. Save bajet itu penting untuk tahun 2016.haha. Selamat mencuba ..






Blogger
Copyright : www.hazwanhairy.my
Email : hazwan943@yahoo.com.my
Instagram : @hazwanhairy

Sunday, November 23, 2014

RESEPI AGLIO OLIO SEAFOOD


RESEPI AGLIO OLIO SEAFOOD


Kali ni nak berkongsi pula resepi Aglio Olio Seafood cara Hazwan Hairy memasak tau. So korang boleh cuba lah sedikit kelainan tambahan bahan-bahan yang lebih buatkan Aglio Olio Seafood anda lebih sedap sehingga jiran sebelah menangis kalau tengok.


Resepi Aglio Olio ni kalau kita olah sedikit dan campak bahan-bahan lain mungkin akan lebih sedap dari biasa. Untuk Aglio Olio Seafood ni bahan dia tak lah banyak sangat dan mudah di dapati di mana-mana pasaraya sekarang ni.

Bahan-bahan :
Sepeket Pasta bersaiz kecil
Sebiji bawang merah
Setengah biji bawang hollen
2 ulas bawang putih
Lada hitam
Butter
Olive oil
Lada capsicum (merah, hijau , kuning )
Cendawan butang
Serbuk Oregano
Udang
Sotong
1 Batang hotdog
Garam


Cara memasak :
1. Mula-mula sekali rebus pasta sehingga masak ( jangan biangkan ianya terlalu kembang ). Masukan sedikit olive oil agar tidak melekat.Tose dan campur sedikit butter untuk rasa lebih lemak pada pasta anda.
2. Tumis bawang putih, bawang merah dan juga bawang hollen . Kemudian masukkan Udang dan sotng masak sehingga sebati.
3. Setelah udang dan sotong masak masukan pula cendawan butang, hotdong dan juga lada capsicum.
4. Setelah semuanya sebati masukkan Lada hitam, serbuk oregano serta garam secukup rasa.
5. Last sekali masukkan pasta tadi dan kacau selama beberapa minit , siap sedia untuk di hidangkan.

Sangat mudah kan? Selamat mencuba

Instagram : @hazwanhairy



Wednesday, September 5, 2012

RESEPI AYAM GRILL HAZWAN HAIRY

RESEPI AYAM GRILL

Lama betul xmain masak-masak kat dapur tiba-tiba teringin nak makan ayam grill weh apa lagi terpikir kedai ler. Mula-mula terpikir MCD sbb ada GCB kan..haha tapi pikir punya pikir kalau buat leh makan ramai-ramai so better buat lah lagipun kerja xde kan memalam rajinkan diri wat resepi ni..

Bahan-bahan perap
- ayam sekor/sebelah ( ikit suka hati korang )
- lada putih
- lada hitam
- garam
- lengkuas ( blander )
- serai ( nak bg wangi )
- bawang puteh (blander )
- bawang besar ( blander )
- halia sedikit (blander )
- kicap pekat
- madu
- sos BBQ

Perap ayam dengan semua bahan tu lebih kurang sejam..Kalau nak lagi pekat tambahkan jam korang ea..Bakar ayam di dalam oven selama 45 minit dengan suhu 180 darjah..




Selamat mencuba tau pasti sedap okkk...hehe
kalau rajin boleh lah masak..huahuahua...

Thursday, May 10, 2012

RESEPI NASI GORENG "PANAS HATI"

ASSALAMUALAIKUM
"Nasi goreng panas hati" ?pelik kan nama ni kn! haaa ni xde kat memana tau aku yang mereka sendiri! haha...kenapa  "panas hati"? tadi aku masak nasi lepas 40 minit nak g tengok nasi siap lagi ka x lepas tgk nahhh rupanya tak tekan cook sampai bila nak masak kan klo cmtuh..haha...oleh sebab terlalu lapaq sangat2 dah rasa sedikit kecewa distu...haha...akhirnya terjadi lah nasi goreng ciptaan aku sendiri iaitu "nasi goreng panas hati"

resepi nasi goreng panas hati
bahan-bahan
- nasi putih
-cili boh (cili kisar)
-perisi nasi greng adabi
-cili padi
-bawang besar
-bawang putih
-garam
-telur sebiji
-ikan bilis

cara-cara membuat
1-panaskan minyak dan masukkan bawang putih, serta cili kisar masak sehingga bau aroma..(ahks)
2-kemudian masukkan perisa greng adabi ,bawang besar ,ikan bilis dan pecahkan sebiji telur sehingga masak..
3-setelah sebati masukkan nasi dan kacau sehingga rata kemudian masukkan sedikit garam sebagai penambah perisa...akhir sekali msukkan cili padi yang telah dipotong..
4-biarkan selama beberapa minit dan siap!! haha

p/s: haha dah berangan nak jadi blogger masakan plak...sory ea just mencuba!! selamat mencuba..toink2

YANG BELUM JOIN CONTEST KE2 HAZWAN HAIRY KLIK DISINI
HADIAH BERNILAI HAMPIR RM105 UNTUK DIMENANGI

Saturday, May 5, 2012

RESEPI AYAM PANGGANG MADU "SCHAWAL"

AYAM PANGGANG MADU SCHAWAL
Assalamualaikum..
Ayam panggang madu schawal!!  sngat xleh belah nama resepi ni kan..haha...oleh sebab sekarang ni schawal hangat diperkatakan jadi aku nama kan resepi ini bersempena dgn nama mereka...
hoyeh berjaya juga aku buat ayam panggang madu mengikut resepi yang diajar oleh mak aku..simple dan senang  ja cuma perap ngan bahan then masukkan dalam oven..haha
okeh meh sini tgk aku nak berangan jadi cam blogger-bloger masakan lain jap..

bahan-bahan untuk membuat ayam panggang
-ayam (sebelah)
-1 sudu perisa @ pati ayam
-2 sudu sos tiram
- madu
- kicap pekat
-2 ulas bawang putih
-3 cm besar halia
-serbuk lada hitam

CARA-CARA
1. Tumbuk bawang putih & halia terlebih dahulu bersama dengan serbuk lada hitam.kemudian gaulkan dgn ayam sehingga rata
2. Gaulkan kicap pekat,madu,sos tiram,perisa ayam sehingga sebati dan perapkan bersama ayam.
(xkisah berapa lama nak perap)
3. Bakar didalam oven selama 30-45minit pada suhu 180 darjah celcius sehingga masak.
4. Siap dan boleh dihidangkan..

 mudah kan! selamat mencuba...hehe

Wednesday, February 29, 2012

RESEPI SIPUT SEDUT ALA BUJANG


haloo selamat malam korang dah dinner ker? masak ke makan kat luar je malam nih? haaaa malam ni aku terlebih rajin masak makan malam..terasa teringin nak makan siput sedut ni lama dah petang semalam pegi pasar malam ternampak siput sedut ni terus ja beli then malam nih baru lah masak.walaupaun duduk bujang kang so xpelah redha ja lah masak sendiri sedap xsedap k lain kira..siput sedut nih aku masak lemak cili api..terbaikkkk lah lepas siap krdit to along sebab dia yg masak banyak..haha...sup ayam 100% dari air tangan aku..meh kita tgk ea...

siput sedut masak lemak versi bujang

 sup ayam cinta sayang...wahhh!!! haha



                                                                   ikan goreng berempah

tadaaaa dah siap tuk menjamah...heppy dinner korang ^_^