RESEPI AGLIO OLIO SEAFOOD
Kali ni nak berkongsi pula resepi Aglio Olio Seafood cara Hazwan Hairy memasak tau. So korang boleh cuba lah sedikit kelainan tambahan bahan-bahan yang lebih buatkan Aglio Olio Seafood anda lebih sedap sehingga jiran sebelah menangis kalau tengok.
Resepi Aglio Olio ni kalau kita olah sedikit dan campak bahan-bahan lain mungkin akan lebih sedap dari biasa. Untuk Aglio Olio Seafood ni bahan dia tak lah banyak sangat dan mudah di dapati di mana-mana pasaraya sekarang ni.
Bahan-bahan :
Sepeket Pasta bersaiz kecil
Sebiji bawang merah
Setengah biji bawang hollen
2 ulas bawang putih
Lada hitam
Butter
Olive oil
Lada capsicum (merah, hijau , kuning )
Cendawan butang
Serbuk Oregano
Udang
Sotong
1 Batang hotdog
Garam
Cara memasak :
1. Mula-mula sekali rebus pasta sehingga masak ( jangan biangkan ianya terlalu kembang ). Masukan sedikit olive oil agar tidak melekat.Tose dan campur sedikit butter untuk rasa lebih lemak pada pasta anda.
2. Tumis bawang putih, bawang merah dan juga bawang hollen . Kemudian masukkan Udang dan sotng masak sehingga sebati.
3. Setelah udang dan sotong masak masukan pula cendawan butang, hotdong dan juga lada capsicum.
4. Setelah semuanya sebati masukkan Lada hitam, serbuk oregano serta garam secukup rasa.
5. Last sekali masukkan pasta tadi dan kacau selama beberapa minit , siap sedia untuk di hidangkan.
Sangat mudah kan? Selamat mencuba
Instagram : @hazwanhairy
14 comments:
Salam singgah sini...sedapnya...
super sedap...
thanks datang dan follow blog akak
Boleh try nie...simple tapi macam best...
Assalamualaikum hh...lama x singgah sini n lama x bersiaran yer....;)
Tetiba rase lapar..adehhh...
tengok pn rasa nk nagis nih belum mkn lg... huhubu nampak sedap!
Asalam Hazwan apa khabar jumpa lagi di blog.Blog sangat kemas ya. Tahnia
serious nampak sedap tuh..terliur pulak memalam cmnih.T__T..
Bagus anak mak ni. Boleh masak sendiri... kenyang perut suka hati. :)
simple and sedap...huhu
ringkas tapi marvellous!
kene cuba ni. sedappppppppppp. hehe
feveret! selalu mkn kat luar. lps nie dh leh masak sendiri.. thanks kongsi resepi!
Resepi pasta paling mudah dan ringkas. Salam singgah.
Post a Comment