Monday, February 5, 2018

28 GAMBAR DI TIME CAPSULE RETREAT,SUNGAI LEMBING PAHANG

TIME CAPSULE RETREAT SUNGAI LEMBING PAHANG | TIME CAPSULE RETREAT


Entry hari ni nak kongsi dengan hampa semua gambar sekitar kawasan Time Capsule Retreat ,Sungai Lembing Pahang.Kalau hampa teringin nak rasa bercuti di dalam hutan dengan suasana yang mendamaikan Time Capsule Retreat memang sesuai untuk anda beristirehat bersama kawan kawan. Berkesempatan bercuti dan menginap di sini untuk satu malam dan boleh di katakan tempat penginapan best bagi yang ingin merasa tenang dengan kehijauan hutan di sekeliling time retreat capsule.

capsule

Dekat time capsule retreat ni ada 3 jenis bilik yang boleh hampa pilih.Kalau ikut viral lah bilik jenis capsule yang popular.Memang popular pun masa kami booking tarikh yang pegi tu dah penuh cuma tinggal parallel dengan white cottage saja jadi dan kami pilih amik parallel aurora.



parallel 


 Parallel pun ada 3 jenis yang boleh pilih,parallel aurora yang kami amik ni ada 2katil queen ,2 aircond dan ada bilik air di dalam.Kira dalam tu macam 2 bilik ada plak pintu sliding yang boleh pisahkan dengan katil sebelah so tak jadi masalah kalau ada perempuan..hahaha..hang dapat bayangkan tak?hahaha...



Parallel Aurora

Parallel Aurora

Parallel cooporate plak ada 1 katil queen 1 katil single,sofa bed dan meja tinggi untuk kegunaan letak laptop ke sambil fefeling buat kerja menghadap hutan.Best weh kalau amik yang ni pun.Paling best kalau hampa amik parallel discovery yang ni sesuai untuk yang nak honeymoon dalam hutan tau sebab ada balcony luar yang ada bathtub open okk,kawasan ni khas tau ada pintu pagar orang luaq tak boleh masuk hanya yang tinggal dalam parallel discovery ni saja boleh masuk soo boleh mandi dalam bathtub open tu tanpa segan silu sbb orang tak kan nampak pun menghadap hutan.haha





Parallel Discovery

Parallel Discovery

White Cottage

White Cottage

Untuk 1 hari kami semua bercuti dekat sini tak banyak aktiviti boleh buat.Masa kami p hari tu lombong biji timah tak dapat masuk tutup sebab ada air limpahan masuk dalam terowong tu masa hujan lebat dekat Pahang yang lepas.Sebelum ni dah pernah masuk jadi tak lah rasa kecewa sangat cuma 2 orang ja yang belum.pernah dan kecewa..haha..

Jadi plan di teruskan melawat muziem sungai lembing kadar bayaran RM2 boleh tengok salah silah mengenai Sungai Lembing dan pelombongan biji timah di kawasan sini.Agak tertarik dan teruja bila tengok dan baca mengenai cara mendapatkan biji timah dan kawasan perlombongan. Dah settle sini kami jalan sekitar kawasan kampung di Sungai Lembing antaranya meniti titi gantung.Serius kawasan dia sangat lawa padahal titi gantung ja pun..haha. Abis semua ni kami lepak pulak dekat area bus stop beli makanan dekat situ jumpa 1 kedai makcik ni dia jual sangat murah borong abis cokodok dgn keropok lekor kemudian lepak dekat sungai tengok orang mancing..Best walaupun nampak macam biasa saja.







Kami dah cadang awal sebelum pergi sana, sebelah malam kami akan bawa makanan sendiri untuk masak dekat sana jadi bincang punya bincang kami buat steamboat untuk makan malam dekat sini dalam hutan yang sejuk tu..haha..Serius best gila time tu potong potong, masak masak dan makan makan. Lepak sampai rasa dah tak tahan dengan nyamuk pastu sembang dalam bilik plak..haha.Kalau malam situ nak pergi mana dah tak boleh tak ada apa so aktiviti masak masak sambil buat unggun api ni sangat best.




Untuk aktiviti pagi tidak ada program hanya bangun pagi bersenam dan makan makan saja lah..haha..Kalau bajet hampa banyak boleh plan pergi air terjun pelangi pakej RM60 seorang nanti depa akan bawa ke sana dengan pacuan 4 roda dan lebih kurang sejam perjalanan masuk ke sana.\



Sekian sahaja untuk entry kali ni..next cerita aktiviti dekat Kuantan plak.







Instagram :@hazwanhairy
Email : hazwan943@yahoo.com.my

No comments: