Saturday, August 26, 2017

RESEPI IKAN PATIN MASAK LEMAK CILI API

RESEPI IKAN PATIN MASAK LEMAK CILI API | RESEPI MUDAH IKAN PATIN MASAK LEMAK 

Untuk entry kali ni nak kongsi resepi ikan patin masak lemak cili api.Dah banyak resepi kalau dekat google macam macam orang buat ada juga yang copy paste ayat ( yang tu teruk )..haha..Nak kongsi juga sebab ni kami yang masak sendiri.haha.. Ikutkan nak buat ikan patin masak tempoyak tapi tempoyak pulak tak dak jadi terhasilah masak lemak cili api.


Bahan bahan mudah untuk hampa yang nak cuba nanti.

Bahan Bahan:
- 1 ekor ikan patin
- Santan 
- Serai
- Kunyit hidup 
- Serbuk kunyit
- Cili api
- Bawang besar
- Bawang putih 
- Daun kunyit
- Gula
- Garam


Cara cara dia , mula sekali kisar atau tumbuk dulu cili api,bawang putih, bawang merah dan kunyit hidup. Kemudian panaskan kuali dan terus masuk bahan bahan yang dikisar/ tumbuk tadi.Sampai dah rasa wangi sikut boleh masukkan air, santan,serai, serbuk kunyit masak sehingga mendidih barulah masukkan ikan. Ikan tak boleh lama lama nanti dia lembut dah tak sedap. Lebih kurang 7-10 minit dah siap. Sebelum tu boleh letak garam, gula dan biarkan masak.

Tak banyak bahan bahan jadi hampa boleh la cuba buat juga. Kebanyakkan bahan bahan ni memang dah ada dalam peti ais bagi kami lah.Seminggu sekali beli bahan bahan mentah lepas tu buat la apa boleh buat..haha.

Selamat mencuba!!...






INSTAGRAM: 
@hazwanhairy
EMAIL :hazwan943@yahoo.com.my 

No comments: