Monday, November 6, 2017

RESEPI PUDING MARBLE MUDAH

RESEPI PUDING MARBLE | RESEPI MUDAH PUDING MARBLE


Puding marble | Sebenarnya dah lama nak buat puding marble, kali ni baru berkesempatan nak buat.Untuk entry kali ni kami nak kongsi resepi puding marble yang sangat mudah untuk hampa buat. Cukup bahan dan boleh hasilkan puding marble yang sangat sedap.Kalau dah ada bahan rajin dengan tak rajin ja lah..hahaha

Rupa dia tak dak lah cantik sangat tapi alhamdulillah rasa dia sedappp woooo.....



Bahan bahan untuk Puding Marble :
- 1 bungkus agar agar tali ( 37gm )
- 6 gelas air anggaran 1300ml 
- 2 cawan gula pasir ( tgk manis mana nak )
- 4 Biji telur
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 tin susu cair ( nak lebih pun tak apa )
- 2 sudu besar majerin
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1/2 cawan serbuk koko


Cara cara :
- Masak agar agar dengan air
- Pukul telur sehingga kembang, masukkan tepung jagung ke dalam telur dan pukul sehingga sebati.
- Masukkan susu cair dan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati.
- Apabila agar agar tadi sudah hancur masukkan gula. Bila semua sudah sebati boleh angkat dan tapiskan dulu ke dalam periuk.
- Masak lagi sekali agar agar yang sudah di tapis tadi sehingga mendidih dan boleh masuk adunan telur tadi.
- Kacau sehingga mendidi dan masukkan majerin serta kacau sampai mendidih.
- Bila mendidih dah boleh angkat setengan adunan di bahagi kepada 2 bahagian.Satu perisa vanila dan satu lagi boleh masukkan serbuk koko dan kacau di atas api yang perlahan sehingga sebati.
- Bila semua dah settle boleh tuang ke dalam dulang berselang seli di atas adunan sehingga abis..

Mudah kan?kalau kami boleh buat xkan hampa xboleh buat..hahaha




1 comment:

noorhaidaz eyda said...

Habis closing tahun ni, kakak nak cuba semua resepi.. hahaha (sblm closing...lpas closing takut jd lain)