Tuesday, December 1, 2015

RESEPI PISANG GORENG CHEESE


RESEPI PISANG GORENG CHEESE


Resepi Pisang Goreng Cheese| Nak berkongsi minum petang hari ni resepi pisang goreng cheese. Kalau uols rajin boleh lah try buat sendiri boleh dapat banyak. Kalau malas boleh beli dekat gerai tepi jalan ada banyak jual sekarang.haha.Kalau tak mau boleh cuba buat resepi ni RESEPI POPIA PISANG

Tahu ke resepi pisang goreng cheese sebelum ni terkenal dekat negeri Sabah dan juga Sarawak makanan wajib try kalau pergi sana padahal benda dia mudah sahaja cuma cara masak lah kot yang buat pisang goreng cheese ni terlampau sedap kan.

Sudah mudah di dapati ditepi-tepi jalan sekarang ni , Kalau uols yang berdekatan dengan Damansara Damai ada satu gerai dah jual pisang goreng cheese ni dan juga chocalate. Sambutan sangat mengalakkan yea, abam yang menjual tu tersenyum lebar bila tengok kakak-kakak, makcik-makcik baru pulang dari keja berpusu-pusu ke gerai dia tau. Itu namanya rezeki dari Allah tahniah abam pisang goreng cheese anda memang terbaikk..

Untuk ni meh nak kongsi sikit lah resepi yang di cuba sendiri kalau nak beli tu boleh tahan harga apa kata cuba sendiri dekat rumah mana tau sedap boleh plak berniaga pisang goreng cheese..yea ke tidok?hekk

Bahan-bahan
Pisang
Tepung gandum
Tepung jagung
Tepung beras
Garam
Air
Cheese cheedar
Susu pekat ataupun gula perang
Chocalate

Cara memasak pejam mata pun boleh buat yea sila lah reka sendiri..hahaa
Selamat mencuba




Instagram : @hazwanhairy
Email : hazwan943@yahoo.com.my


2 comments:

maszull said...

assalamualaikum HH...sedapnya tengok..;)

sitirohaida said...

memang sesekali pekena ni best jugak