Wednesday, December 2, 2015

ROJAK TONGGEK PERMATANG PAUH PENANG

ROJAK TONGGEK PERMATANG PAUH | MAKANAN MENARIK DI PULAU PINANG 


Rojak tonggek Permatang Pauh | Pelik kan nama ? pelik tapi benar.Rojak tonggek memang popular dekat Pulau Pinang sejak dari dulu lagi. Sebelum ni rojak tonggek amat popular di sekitar pantai road Butterworth . Bagi orang Penang memang tahu akan kewujudan makanan ni.


"Rojak tonggek" sebenarnya rojak buah dan juga beberapa jenis makanan lain yang di makan sambil berdiri. Sebab orang panggil tonggek dekat Pantai Road dahulunya setiap gerai rojak tonggek ni tidak menyediakan meja atau kerusi untuk makan. So mereka akan berdiri sambil cicah dengan kuah rojak sebab tu lah nama tonggek tu terus melekat.haha

Selain dari buah-buahan tempatan rojak ni juga menyediakan makanan seperti fishball, fishcake, epal, sotong , telur burung puyuh dan macam-macam lagi lah.So kepada hampa yang p Penang tu jangan lupa p try rojak tonggek ni noh!



Kalau dekat Pantai Road kebanyakkan orang yang jual ni cina so kalau korang lalu nak makan sambil celup-celup boleh lah makan tapi kalau aku memang tak lah..haha.Ada gerai melayu tapi jarang buka tak tau lah kenapa malas nak komen panjang-panjang.

TU CARA ORG MAKAN SAMBIL BERDIRI..KAMI DUDUK JA HAHA

So kalau nak pure melayu yang punya korang boleh p makan dekat Permatang Pauh gerai tepi jalan sahaja berdekatan dengan Char Koew Teow Permatang Pauh. Dekat situ korang tak yah nak makan tonggek sangat sebab memang ada sediakan beberapa meja tuk korang santai kat situ.So kalau nak kelainan dan amik pengalaman makan lah sambil berdiri macam mana orang kat situ buat okeh..


itu lah serba sedikit pasal rojak tonggek Penang..haha JOM P PENANG!!!


2 comments:

Fara Hani said...

kalau Penang tu sebelah negeri dah pergi cari rojak ni. duh sedapnya ..

Hasrul Hassan said...

Belum sempat mencari Rojak Tonggek .. tapi pernah sebarkan di Suria.fm hari tu ..