Monday, November 23, 2015

RESEPI POPIA PISANG

RESEPI POPIA PISANG


Resepi popia pisang| Untuk menu petang hari ni nak share lah dekat korang satu resepi mudah dan cepat untuk korang siapkan iaitu resepi popia pisang. Mudah dan ringkas sahaja untuk disediakan untuk seisi keluarga ataupun minum petang sorang-sorang..haha


Untuk lebih sedap korang boleh sira kan popia pisang ni bersama coklat ataupun gula. Kalau tak suka manis sangat tak perlu sira kan apa-apa pun, makan macam tu saja pun dah sedap tau sebab pisang dah manis.


Bahan-bahan:

- Pisang
- Popia
- Air ( untuk lekatkan popia )
- Gula
- Coklat cair
- Cheddar cheese

Cara memasak :
- Hiris pisang kepada dua atau boleh letak sebiji.
- Gulong bersama popia tadi dan lekatkan dengan air.
- Minyak masak dah panas korang masukkan sahaja lah. Jangan biar lama nanti hangit.
- Angkat dan sira kan kesemua bahan-bahan tadi.

Siap!! simple sangat kan.Selamat mencuba.





Instagram : @hazwanhairy
Email: hazwan943@yahoo.com.my

1 comment:

sitirohaida said...

ha..ni akak tak pernah buat lagi...